JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Selasa, 7 Ogos 2012

'Olimpik 2016 mustahil bagi saya'-DLCW

Pemain badminton negara Lee Chong Wei bersama pingat perak selepas kecundang kepada pemain China Lin Dan pada perlawanan akhir di Sukan Olimpik London, di Arena Wembley.
PEMAIN perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menjelaskan bahawa beliau akan mempertimbangkan untuk beraksi di Sukan Olimpik 2016 sekiranya kesihatan beliau berada dalam keadaan baik.

"Untuk beraksi di Sukan Olimpik 2016 amat mustahil bagi saya.

"Tapi sekiranya fitness saya berada dalam keadaan baik dan stabil, saya akan cuba beraksi.

"Apa-apa pun, ia bergantung kepada tahap kecergasan kerana temasya Olimpik empat tahun lagi, umur saya sudah menjangkau 34 tahun," kata Chong Wei ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang hari ini.

Chong Wei berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat rakyat Malaysia yang masih memerlukan khidmat beliau untuk beraksi pada temasya Olimpik 2016.

Pada masa sama, beliau yang disambut hampir 1,000 peminat di KLIA hari ini melahirkan rasa terkejut dan gembira apabila melihat sokongan padu rakyat Malaysia terhadapnya.

"Saya betul-betul terharu di atas kehadiran peminat hari ini. Malah, kehadiran mereka membuatkan kekecewaaan saya terubat setelah gagal menyumbang emas kepada negara.

"Kesudian mereka juga membuktikan rakyat Malaysia mampu menerima kekalahan saya walaupun ada segelintir peminat yang kecewa," jelasnya yang berterima kasih kepada rakyat Malaysia apabila tidak jemu memberikan sokongan padu kepadanya selama ini.-sinar

Tiada ulasan: