JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Khamis, 9 Ogos 2012

MyEG Lancar Khidmat Pemindahgan Milik Kenderaan Secara Dalam Talian

Penyedia Perkhidmatan E-Kerajaan Malaysia, MyEG Services Bhd, meluaskan perkhidmatan e-kerjaan menerusi pelancaran Sistem Pemindahan Pemilikan Kenderaan Sukarela.

Ia menyasarkan untuk merealisasikan transaksi pemindahan pemilikan kenderaan sebanyak 20 peratus menjelang 2013.

Pengerusi Eksekutifnya Datuk Dr Norraesah Mohamad berkata kumpulan itu melabur beberapa juta ringgit untuk perkhidmatan itu, yang membolehkan pemilik kenderaan dan bakal pembeli membuat pilihan mudah untuk memindahkan pemilikan kenderaan secara dalam talian. "Kami berharap tahun depan, perkhidmatan itu akan membolehkan kira-kira 20 peratus jumlah transaksi pemindahan pemilikan dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran perkhidmatan itu oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata pada masa ini 35 peratus transaksi Jabatan Pengangkutan Jalan dilakukan menerusi syarikat.

Sementara itu, Kong berkata pelancaran perkhidmatan itu adalah selari dengan inisiatif kerajaan untuk mencapai sasaran 85 peratus perkhidmatan kerajaan secara dalam talian menjelang 2015.-bernama

1 ulasan:

rebellion berkata...

waah, makin mudah sekarang, boleh lepas proses dekumentasi yg melecehkan!