JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Rabu, 11 Julai 2012

SPR akan lakukan pembaharuan pada PRU13

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melakukan beberapa pembaharuan terhadap proses pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) seperti yang dicadangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, berkata antara pembaharuan itu ialah perubahan susun atur dan kedudukan wakil calon di dalam bilik pengundian pada hari pilihan raya, nanti. "Jika dulu ejen calon atau wakil parti diletakkan bersebelahan dengan pintu masuk ke bilik mengundi tetapi sekarang mereka akan ditempatkan berhadapan dengan pintu masuk pengundi.

"Tujuannya supaya agen calon atau wakil parti boleh melihat dengan lebih jelas dan mengenal pasti wajah setiap pengundi masuk ke situ, sebelum mereka mengundi. Ini adalah salah satu daripada 10 pembaharuan diluluskan oleh PSC kepada SPR dalam laporan awalnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat khas kepada wakil media berhubung tatacara proses pengundian dan demontrasi susun atur bilik mengundi serta penggunaan dakwat kekal di Ibu Pejabat SPR di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata, SPR juga akan melantik empat Kerani Pengundian yang mempunyai tugas berbeza bagi memastikan proses dan tatacara proses pengundian di tempat mengundi pada PRU-13 adalah benar-benar rahsia, telus dan adil.

Katanya, tugas baru kerani pengundian pertama adalah untuk menyemak kesahihan dokumen pengenalan diri (MyKad, pasport atau dokumen lain) dan wajah setiap pengundi bagi memastikannya sama seperti yang terdapat dalam daftar pemilih.
"Kerani Pengundian Pertama juga dikehendaki memeriksa bagi memastikan tiada kesan dakwa kekal yang sudah dicalitkan pada jari telunjuk kiri setiap pengundi di saluran terbabit.

"Dia juga wajib menjerit nombor muka surat, nombor siri, MyKad dan nama setiap pengundi bagi membolehkan wakil calon atau ejen parti menyemak kesahihan identiti dan maklumat itu berdasarkan salinan daftar pemilih dipegang mereka," katanya.

Beliau berkata, pengundi kemudian diwajibkan pergi ke meja Kerani Pengundian Kedua untuk dicalitkan dengan dakwat kekal di jari telunjuk sebelah tangan kiri atau mana-mana bahagian seperti ditetapkan mengikut undang-undang.

"Sekiranya pengundi berkenaan tidak mempunyai jari telunjuk kiri, kita boleh mencalitkan dakwa kekal berkenaan pada mana-mana jari di tangan kiri.

"Jika ada di kalangan pengundi tidak mempunyai jari di sebelah kiri, maka kita benarkan dakwa kekal dicalitkan pada jari telunjuk di tangan," katanya.-berita harian

Tiada ulasan: