JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Isnin, 9 Julai 2012

Peringatan Najib kepada Anwar

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, pemimpin yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia mesti bebas daripada dibelenggu masalah moral.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, pemimpin tersebut juga harus mempunyai kekuatan moral untuk membela diri tanpa menuding jari menyalahkan pihak lain.

Jelas beliau, tindakan menuding jari kepada pihak lain adalah cubaan menutup kelemahan diri sendiri sedangkan pelbagai isu yang dikaitkan dengan masalah moral belum terjawab.

Tanpa menamakan pemimpin dimaksudkan, beliau berkata, sehingga kini rakyat tertanya-tanya mengenai kehilangan jam tangan Omega seorang pemimpin pembangkang dalam isu video seks.

"Sikit-sikit salah Barisan Nasional (BN) dan UMNO. Jangan tuduh orang lain atas kerendahan moral kita, bela dan bersihkan diri dulu sebelum bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri.

"Saya tidak mahu ulas panjang tapi isu ini belum selesai, isu jam Omega rakyat masih tertanya-tanya," katanya di hadapan 50,000 pengunjung Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Selangor di Bangi hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terpalit dengan isu video seks yang disahkan 99.9 peratus tulen, sehingga kini masih gagal menjelaskan misteri kehilangan jam Omega.

Beliau juga tidak berani mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas trio 'Datuk T' walaupun Tan Sri Rahim Tamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuaib Lazim terbabit secara terbuka mencabar Anwar menyaman mereka.

Terbaru, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam penghakiman penuh mengesahkan berlaku penetrasi pada dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan oleh Anwar dalam kes liwat.

Najib berkata, tindakan pemimpin pembangkang yang dibelenggu masalah moral menyalahkan pihak lain setiap kali kemungkaran terbongkar menunjukkan mereka tidak bersih.

Beliau turut menyelar Pas yang disifatkannya sebagai hilang punca sehingga sanggup menyokong pemimpin pembangkang yang terpalit dengan skandal moral.

"Pas mendakwa mereka parti Islam tetapi dengan corak sokongan begini semata-mata demi menawan Putrajaya. Jelas di sini menunjukkan pemimpin-pemimpin parti tersebut hilang punca.

"Namun kita mahu tegaskan juga kepada Pas, mereka tiada kemampuan untuk menawan Putrajaya kerana hanya BN mampu melonjakkan negara ini dan ia sudah terbukti," katanya.-utusan

Tiada ulasan: