JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Isnin, 9 Julai 2012

Nong Chik: Anwar buat gimik 'old-fashion'

Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba membuat gimik politik 'old-fashion' apabila menyatakan hasrat akan berundur jika gagal dalam misi mengemudi Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu menurut Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ini, Anwar sepatutnya bersara sekarang tanpa perlu menunggu sehingga PRU13.

"Tindakan Anwar ini merupakan satu gimik yang biasa dan 'old-fashion'. Anwar jelas mahu meraih simpati rakyat dan para pengikutnya," kata beliau ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Titiwangsa di sini, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan berkata, Anwar sudah terdesak apabila sanggup menggunakan taktik ini bagi meraih undi.

"Semestinya Anwar berasa tertekan dan terdesak apabila usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu berkesan bagi mendapat sokongan kaum Melayu dan bukan Melayu negara ini," kata beliau.

Hasrat Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PR, pertama kali disuarakan menerusi satu temu bual dengan akhbar Financial Times minggu ini.

Ekoran pengumuman yang dilihat agak mengejutkan ramai ini, anak sulungnya, Nurul Izzah dan beberapa pemimpin PR termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, barisan pembangkang masih memerlukan kepimpinan beliau.

Anwar mengulangi hasratnya pada satu ceramah di Rawang malam kelmarin.

Pendirian Raja Nong Chik ini seiring dengan komen bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencabar Anwar bersara sekarang jika mahu.

Raja Nong Chik yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Wilayah Persekutuan berkata, pengumuman tempoh hari juga merupakan cara Anwar mengaburi mata rakyat dan para pengundi lebih-lebih lagi menjelang PRU13.

"Mengapa tidak boleh terima hakikat? Jika mahu terus berkhidmat untuk masyarakat, tidak timbul isu kalah atau menang. Jika kalah, beliau sepatutnya terus berjuang demi rakyat. Barulah kita katakan kalah dengan maruah," beliau membidas Anwar.-sinar

Tiada ulasan: