JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Sabtu, 14 Julai 2012

Himpunan Oren: Bukan Peneroka, Tetapi Ahli PAS Yang Berhimpun

Himpunan Oren, Selamatkan Felda’ yang dirancang oleh Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini yang dijadual bermula pada jam dua petang ini mula dipenuhi pesertanya yang berada di sekitar kawasan Masjid Wilayah.

Namun, pengikut-pengikut yang berkumpul itu hampir kesemuanya bukanlah peneroka tetapi ahli-ahli Pas dari seluruh negara.

Mereka dilihat jelas memakai baju berlogokan Pas warna hijau dan hanya menukar baju oren setelah tiba di lokasi.

Rata-rata yang hadir adalah warga tua yang pada ketika ini hanya melepak dan berbual di anjung Masjid Wilayah.

Turut kelihatan seorang lelaki tua sedang giat meminta bantuan kewangan dari pengunjung yang datang dengan menggunakan nama ‘Dana Khas PRU Untuk Pas’.

Pihak polis sudah pun bersiap sedia mengawal di beberapa jalan penting seperti Jalan Duta dan jalan Masjid Wilayah Kuala Lumpur untuk mengelakkan sebarang tindakan yang ganas berlaku apabila Perhimpunan Oren bermula pada jam dua petang nanti.

Selain itu, tinjauan sebelah pagi memperlihatkan perhimpunan itu lebih menyerupai karnival Jom Heboh kerana lebih banyak gerai menjual barangan daripada peserta.

Peniaga-peniaga kecil mengambil peluang menjual pelbagai produk daripada acara perhimpunan tersebut.

Perhimpunan berkenaan dibuat kononnya berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) di Bursa Malaysia.

Penyenaraian berkenaan yang telah dibuat baru-baru ini memperlihatkan saham FGVHB memperlihatkan peningkatan yang sangat baik dan cergas didagangkan di Bursa Malaysia.

Selain menerima durian runtuh dan pemilikan saham, para peneroka juga diberikan jaminan berulang oleh kerajaan bahawa tanah milik mereka akan kekal bersama mereka.

Pembangkang yang kurang senang dengan kejayaan penyenaraian itu nampaknya secara berterusan menyerang Felda dan FGVHB.

Apa yang menarik, segelintir peneroka yang menenyang penyenaraian berkenaan merupakan antara kelompok yang terawal menuntut habuan durian runtuh ketika ia diumumkan kerajaan baru-baru ini.-Mynewshub

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ape benda pun kalau takde campur tangan politik, kerajaan buat dek je, dapat durian runtuh tp felda tergadai buat apa