Polis akan menutup secara berperingkat-peringkat beberapa laluan di sekitar Jalan Duta berikutan mereka yang menyertai perhimpunan Oren mahu berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Laluan berkenaan ialah Jalan Ibadah, Jalan Dutamas 1 dan Jalan Sri Hartamas yang akan ditutup antara pukul 2 dan 4 petang ini, kata Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan.
"Polis akan mengawal keadaan dan lalu lintas sepanjang perarakan itu," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurutnya, jarak yang dibenarkan untuk para peserta perhimpunan menunggu, sementara memorandum diserahkan kepada wakil istana ialah di pintu masuk 3 iaitu kira-kira 1.3 kilometer dari Istana Negara.
Himpunan itu dianjurkan oleh Gerakan Selamatkan Felda (GSF) bagi membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) di Bursa Malaysia. - Bernama
JOM TERJAH:
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
Daftar SAYS Malaysia di sini
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline surveyDaftar SAYS Malaysia di sini
Cari Blog Ini
Isnin, 2 Julai 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan