Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mungkin diadakan pada pertengahan atau penghujung Disember iaitu tiga bulan selepas pembentangan Bajet 2013.
Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, PRU13 mungkin diadakan sewaktu cuti persekolahan dan Disember dilihat sebagai bulan yang sesuai.
“Ini kerana bajet akan dibentangkan pada September, dan sudah tentu tidak sesuai diadakan pilihan raya. Manakala musim haji iaitu Oktober dan November pula, ia sudah menjadi isu justeru agak mustahil untuk kerajaan mengambil risiko kerana ia pasti akan dijadikan modal dalam kempen parti pembangkang.
“Tambahan pula, apabila kerajaan mengumumkan pemberian ‘durian runtuh’ kepada rakyat, ia mungkin akan dapat dinikmati sekitar Disember dan Januari.
"Sudah tentu mereka tidak akan lanjutkan tarikh PRU terlalu lama dari tarikh bajet diumumkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Katanya, adalah sukar untuk menjangkakan bahawa PRU13 akan diadakan pada tarikh akhir tempohnya iaitu Mac tahun depan kerana ia agak berisiko.
“Rakyat mungkin akan berubah fikiran dalam menentukan siapa pilihan mereka dalam PRU13 jika tercetus perkara yang tidak diduga, contohnya penganjuran demonstrasi seumpama Bersih.
“Bagaimanapun, saya percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mempunyai tarikh yang difikirkan tepat dan sesuai bagi membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya. Cuma belum sampai masanya untuk diumumkan,” katanya.
Menurutnya, sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) di Kedah dan seluruh negara, dilihat bertambah selepas pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Namun apabila berlaku demonstrasi Bersih baru-baru ini, sokongan itu dilihat agak menurun, khususnya kalangan masyarakat bukan Melayu. Sebaliknya sokongan dalam kalangan masyarakat Melayu tidak banyak berubah.
“Justeru, dalam masa yang singkat ini, kerajaan perlu meraih kembali sokongan daripada pengundi bukan Melayu,” katanya.-sinar
JOM TERJAH:
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
Daftar SAYS Malaysia di sini
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline surveyDaftar SAYS Malaysia di sini
Cari Blog Ini
Rabu, 27 Jun 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan