Senarai yang diserahkan oleh Pengerusi Perhubungan Negeri dan Presiden parti komponen itu akan ditapis ketat oleh sumber parti dan agensi sedia ada sebelum dihantar kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat.
“Bukan semua nama disenaraikan itu akan menjadi calon, ia perlu ditapis terlebih dulu termasuk oleh sumber agensi sedia ada.
“Saya tidak boleh dedahkan agensi itu, tapi kita akan buat pertimbangan berdasarkan sumber yang diperoleh bagi menentu dan memastikan calon yang terpilih bertanding pada PRU-13 diterima rakyat akar umbi,” katanya pada sidang media selepas melawat Karnival Kerjaya Pemuda BN 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, semalam sempena sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66.
Lebih 20,000 mengunjungi karnival itu yang menawarkan lebih 20,000 jawatan kosong pada peringkat agensi kerajaan dan swasta.
Mengulas senarai calon UMNO, Tengku Adnan berkata, nama yang diterima merangkumi pemimpin lama dan baru mengikut pilihan kawasan masing-masing.
“Tidak kira tua atau muda, mereka pilih pemimpin yang bijaksana, mereka mahu pemimpin yang boleh meletakkan harapan dan dapat memajukan kawasan masing-masing.
“Mereka juga yakin UMNO dan BN adalah parti yang sesuai sebab janji kita tepati, bukan seperti pembangkang yang menjanjikan ‘bulan dan bintang’” katanya.
Ditanya desas-desus Najib menemui Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada proses pilihan raya, beliau berkata ia hanya spekulasi pihak tertentu.
“Itu semua spekulasi, Perdana Menteri ada urusan, nak pergi majlis kenduri kahwin di Johor dan kemudian menghadiri majlis konvokesyen anaknya, namun kita bersedia bila-bila masa untuk mengadakan pilihan raya,” katanya.
Mengenai sambutan penyokong UMNO dan rakyat pada Perhimpunan Ulang Tahun Ke-66 UMNO malam kelmarin, Tengku Adnan yakin PRU-13 menjanjikan kemenangan besar pada parti berikutan sokongan yang ditunjukkan termasuk generasi muda.
“Dengan sambutan begitu ramai, menunjukkan mereka masih percaya dan yakin kepada perjuangan UMNO. Saya yakin rakyat dapat melihat sendiri kemajuan yang dicapai menerusi parti ini dan kita sebagai ahli patut rasa bangga,” katanya.
berita harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan