Tema hari Guru 2012
- Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Sejarah Hari Guru di Malaysia
- Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
- Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Objektif Hari Guru
- Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Tema hari guru 1972 - 2012
# 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
# 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
# 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
# 1975 Guru dan Pembangunan Negara
# 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
# 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
# 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
# 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
# 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
# 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
# 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
# 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
# 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
# 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
# 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
# 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
# 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
# 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
# 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
# 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
# 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
# 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
# 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
# 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
# 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
# 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
# 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
# 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
# 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
# 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
# 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
# 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
# 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
# 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
# 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
# 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
# 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
# 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
# 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
# 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
# 2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara
# 2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Ikrar Hari Guru
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
1 ulasan:
thanx share~
Catat Ulasan