JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Selasa, 8 Mei 2012

Majlis Peguam Sembunyi Fakta Rusuhan BERSIH 3.0

KUALA LUMPUR, 8 Mei 2012 - Majlis Peguam menerima tamparan apabila seorang peguam, Ranjit Singh Dhillon, dari J Kaur, Ranjit & Associates mempertikaikan badan professional guaman itu yang didakwa menyembunyikan fakta bahawa peserta perhimpunan BERSIH 3.0 telah memasuki kawasan larangan justeru melanggar perintah mahkamah.

Dalam satu rakaman video di youtube selama 7.27 minit, peguam tersebut memberikan pandangan beliau secara professional dan bebas mengenai rusuhan sewaktu perhimpunan BERSIH 3.0 (rujuk www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=69dLDyVJFWA)

Beliau nyata hairan dengan sikap Majlis Peguam yang sepatutnya bertindak sebagai badan professional yang bebas, selaras dengan Akta Profesion Undang-Undang 1976, namun tidak berbuat demikian.

Ranjit turut mempersoalkan badan professional guaman itu yang tidak mengambil pendekatan menghubungi semua pihak dan agensi yang terlibat sebelum menerbitkan satu laporan terperinci dalam isu rusuhan sewaktu perhimpunan BERSIH 3.0

Sebelum itu, Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata tindakan pihak polis ke atas peserta perhimpunan Bersih 3.0 diperhatikan "lebih ganas" berbanding ketika menangani perhimpunan sebelum ini.

Perkara yang dibangkitkan itu merupakan antara kandungan laporan awal badan itu, berdasarkan pemerhatian ke atas perjalanan perhimpunan.

Ranjit turut mempersoalkan sikap dan tindakan Presiden Majlis Peguam itu yang dilihat seolah-olah mewakili pemimpin dan parti-parti pembangkang, dan tidak lagi dilihat sebagai sebuah badan profesional yang bebas dan non partisan.

Beliau yang kesal menyatakan mukasurat 26 laporan awal badan itu menyebut peserta perhimpunan BERSIH 3.0 telah melakukan provokasi terhadap pihak polis, sekaligus membidas Lim Chee Wee yang membisu mengapa tidak disebutkan siapa sebenarnya yang mencetuskan keganasan pada perhimpunan itu.

"Adakah kita layak digelar professional, adakah kita layak bergelar peguam," kata Ranjit.

Beliau mengulas laporan awal tersebut sebagai tidak melihat secara keseluruhan apa yang didakwanya hadangan pihak berkuasa telah dipecahkan oleh perusuh. Menurutnya lagi apabila peserta melangkaui hadangan oleh pihak berkuasa, maka ia dikatakan sebagai melanggar perintah mahkamah.

Peguam itu turut mendakwa pihak polis tidak melakukan apa-apa terhadap perusuh setelah mereka merempuh hadangan sejauh 50 meter sehingga menyebabkan ketegangan dan harta awam dirosakkan.

"Apa yang anda jangka pihak berkuasa akan lakukan setelah perusuh memasuki kawasan larangan," soal Ranjit.

Beliau turut melontarkan soalan kepada presiden badan itu "Adakah kita yang bernaung dibawah badan guaman ini secara jujur mahu mengakui memang terdapat mereka yang mengambil kesempatan atas kejadian tersebut.

Peguam itu sekali lagi mempersoalkan perhimpunan yang sepatutnya dianggotai oleh gabungan badan-badan NGO ini tidak memerlukan campurtangan dan menjadi alat bagi mana-mana parti politik.

Ranjit turut mendakwa pihak penganjur telah gagal mengawal keadaan apabila perusuh mula memasuki kawasan larangan dan melanggar perintah mahkamah. Beliau juga mempersoalkan mengapa salah satu perkara berkait rapat dengan undang-undang tidak digunakan dalam menyediakan laporan awal kejadian rusuhan itu.

"Secara jujur saya katakan telah ada perintah bertulis, kawasan dan zon larangan telah dibentangkan dan pihak penganjur juga telah bersetuju dengan syarat-syarat perhimpunan. Mengapa apabila peserta merempuh hadangan ini Majlis Peguam hanya membisu," kata peguam itu.

Beliau turut menyalahkan pihak penganjur BERSIH 3.0 kerana tidak menerima tawaran awal Stadium Merdeka untuk diadakan perhimpunan malah menukar pada saat-saat akhir kepada Dataran Merdeka.

"Pihak berkuasa telah menawarkan Stadium Merdeka kepada penganjur. Pihak berkuasa juga telah memberikan kerjasama, berbincang, mengadakan dialog, terma dan syarat telah diberikan.

"Namun masih ada pihak yang masih berdegil dan melanggar perintah mahkamah. Beritahu saya, adakah anda mendapat kebebasan mutlak dalam mana-mana negara-negara Asia, apatah lagi dunia.

Peguam itu sekali lagi membidas Majlis Peguam kerana menyorokkan maklumat pada mukasurat 26 laporan awal badan itu yang menyebut peserta perhimpunan BERSIH 3.0 telah melakukan provokasi terhadap pihak polis terlebih dahulu.

"Badan ini bukan parti politik, semua perlu ingat perkara ini. Sila perjelaskan siapa dan apa sebenarnya yang anda mahu pertahankan." soal beliau kepada Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee.

KLPOS

Tiada ulasan: