Juara bertahan, Terengganu dan Kedah berjaya melangkah ke separuh akhir persaingan Piala FA 2012 malam ini.
Turut berjaya ke separuh akhir, Kelantan dan Sime Darby.
Dalam perlawanan malam ini, Kedah mengatasi T-Team 2-1 manakala Terengganu dan Lions XII terikat tanpa jaringan.
Pada pusingan pertama, Terengganu mengatasi 1-0 di padang sendiri.
Dalam pada itu, Kelantan menjaringkan dua gol mengatasi SPA FC. Kelantan menang dengan aggregat 5-0.
Sementara itu, Johor FC tewas 1-2 di tangan Sime Darby. Sime Darby menang dengan agregat 3-5.
Terengganu, yang juga juara Piala FA 2000 dan 2011, layak dengan agregat 1-0 ke atas Lions XII dari Singapura, walaupun mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika bertemu pada saingan suku akhir kedua di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Pada saingan suku akhir pertama Sabtu lalu, skuad Penyu bimbingan Mat Zan Mat Aris mencatat kemenangan 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, hasil jaringan Joseph Kalang Tie.
Jiran mereka, Kelantan turut mengikuti jejak yang sama selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas SPA FC menerusi jaringan Nor Farhan Mohamad pada minit ke-17 dan pemain importnya Nwoha Onyekachi pada minit ke-71 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu.
Keputusan itu membolehkan skuad Kijang mara ke separuh akhir dengan agregat 5-0 kerana sebelum ini mereka meraih kemenangan 3-0 pada saingan suku akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, juga Sabtu lalu.
Kedah turut layak ke separuh akhir Piala FA selepas menundukkan T-Team 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Dua gol pasukan Kenari dijaringkan pemain importnya, Mohamed Hamidan pada minit ke-64 dan 81, manakala gol saguhati pasukan tuan rumah dihasilkan Azrul Azran Amiruddin pada minit ke-68.
Pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Sabtu lalu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.
Sementara itu, pasukan Liga Perdana, Sime Darby melakukan kejutan terbesar dengan mara ke separuh akhir Piala FA buat pertama kali selepas menumbangkan
pasukan Liga Super, Johor FC dengan agregat 5-3.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang hari ini, Sime Darby mencatat kemenangan tipis 2-1 menerusi penyerang importnya, Patrick Ronaldinho Wleh pada minit kedua dan ke-20, manakala gol tunggal skuad Lebah dijaringkan Ahmad Fauzi Saari pada minit ke-75.
Pasukan bimbingan Ismail Zakaria itu turut mencatat kemenangan tipis 3-2 ke atas Johor FC pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sabtu lepas.
Perlawanan separuh akhir, yang turut diadakan dalam format timbal balik, akan berlangsung pada 21 April dan 1 Mei ini.
KEPUTUSAN PENUH:
Lions XIII (0) - (0) Terengganu.
(Terengganu mara ke separuh akhir dengan agregat 1-0)
Johor FC (1) - (2) Sime Darby
(Sime Darby mara ke separuh akhir dengan agregat 5-3)
Kelantan (2) - (0) SPA FC
(Kelantan mara ke separuh akhir dengan agregat 5-0)
T Team (1) - (2) Kedah.
(Kedah mara ke separuh akhir dengan agregat 2-1)
SEPARUH AKHIR
Terengganu lawan Sime Darby
Kelantan lawan Kedah
Sumber: Sinar
JOM TERJAH:
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
Daftar SAYS Malaysia di sini
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline surveyDaftar SAYS Malaysia di sini
Cari Blog Ini
Rabu, 28 Mac 2012
PIALA FA 2012 Terengganu, Kelantan, Kedah, dan Sime Darby mara ke separuh akhir
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan