JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Selasa, 13 Mac 2012

Gangguan Bekalan Air | Lebih 1 Juta Penduduk Lembah Klang terlibat

Kira-kira satu juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air pada 14 Mac ini ekoran kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som berkata gangguan akan melibatkan 153 kawasan di Hulu Selangor, Petaling, Kuala Lumpur Klang/Shah Alam dan Kuala Langat.

"Gangguan bekalan air dijangka berlaku selama 36 jam bermula pada pukul 8 pagi 14 Mac sehingga 8 malam keesokan harinya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata di Hulu Selangor kawasan terlibat ialah
1.Kuang
2.Kundang
3.keseluruhan Bandar Tasik Puteri

Kawasan Petaling melibatkan
1.SS1 hingga SS6 Petaling Jaya
2.Kelana Jaya
3.kawasan perdagangan bebas SS8
4.Sungai Way
5.Damansara Kim
6.Damansara Utama
7.Damansara Jaya
8.Kampung Sungai Kayu Ara
9.Taman Megah
10.Taman Mayang Mas
11.Taman Mayang.
12.Bukit Mayang Mas
13.Kampung Cempaka
14.Sungai Mas & Aman Suria
15.Damansara Idaman
16.Sunway Damansara & Mutiara Tropicana
17.Kampung Kayu Ara
18.Mutiara Damansara
19.Damansara Perdana & Bukit Lanjan
20.Taman Megah Mas
21.Bandar Utama
22.Tropicana Golf
23.TTDI & Pinggiran TTDI
24.Sungai Pencala, Seksyen 2 hingga 11
25.Kota Damansara
26.Pusat Perdagangan Kota Damansara, Monteres
27.Kayangan Height & Subang Sejahtera, Seksyen 12 hingga 14, Petaling Jaya
28.Kampung Melayu Subang
29.Subang Perdana, Mah Sing dan Subang Bestari.

Kawasan Kuala Lumpur melibatkan
1.Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara
2.Kelab Diraja Selangor
3.Bukit Kiara Resort
4.Pusat Sukan Bukit Kiara
5.Pusat Sains Negara
6.Suruhanjaya Sekuriti
7.Bahagian Teknologi Pendidikan
8.Pusat Konvensyen Sime Darby
9.Jalan Segambir
10.Jalan Belimbing
11.Jalan Setia Bistari
12.Jalan Setia Murni 1 hingga 12
13.Jalan Setia Budi
14.Jalan Setia Rasa
15.Jalan Setia Raya
16.Jalan Setia Jaya
17.Jalan Medan Setia
18.Jalan Setia Bakti
19.Jalan Setia Kasih
20.Plaza Damansara
21.Taman Seri Beringin.

Klang/Shah Alam melibatkan
1.Sunway Kayangan
2.Subang Impian
3.Sunway Suria
4.Puncak Perdana
5.Sungai Kapar Indah
6.Pekan Meru
7.Bukit Kerayong
8.Kampung Budiman
9.Felda Bukit Cerakah
10.Cerakah Jaya
11.Bukit Kapar
12.Kampung Delik Kanan
13.Kampung Delik Kiri
14.Kampung Delik Dalam
15.Kampung Delik Baru
16.Kampung Sungai Udang
17.Jalan Sungai Bertik
18.Jalan Yadi
19.Jalan Batu Unjur
20.Jalan Kim Chuan
21.Taman Kim Chuan
22.Taman Bayu Perdan, Flat Sri Angkasa
23.Vista Indah Apartment, Bandar Puteri
24.Bandar Ambang Botanic
25.Taman Kota Permai.
26.Bandar Botani
27.Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2
28.Flat Pendamar Indah, Taman Sentosa
29.Bandar Parkland
30.Kampung Idaman
31.Taman Gembira
32.Jalan Raja Lumu
33.Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A
34.Rumah Teres Teluk Gadong Indah A
35.Flat Pandamaran Indah
36.Kampung Pendamar
37.Jalan Tengku Badar
38.Persiaran Raja Muda Musa
39.Jalan Kastam
40.Pandamaran
41.Pandamaran Jaya
42.Taman Telok Gedung Besar
43.Sobena Jaya.

Kawasan Kuala Langat melibatkan
1.Sijangkang
2.Telok Panglima Garang
3.Kebun Baru

Abdul Halem berkata sebagai langkah persediaan Syabas telah meletakkan 42 buah lori tangki dalam keadaan bersedia serta sebanyak 192 buah tangki statik di kawasan strategik bagi membekalkan air sekiranya berlakunya kecemasan.

Katanya orang ramai yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual itu boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.

Abdul Halem berkata Syabas terpaksa menutup loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1 itu sepanjang penyenggaraan kerana melibatkan kerja-kerja menukar peralatan yang mengalami masalah teknikal seperti injap.

Beliau berkata hentitugas itu juga perlu dilakukan bagi penambahbaikkan pam di loji rawatan itu bagi mencapai tahap kapasiti kepada 950 jumlah liter sehari (JLH) berbanding 840 JLH sekarang. BERNAMA

Tiada ulasan: