JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Jumaat, 23 Disember 2011

Penguatkuasa akan bincang enakmen cegah murtad

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan semua Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam negeri akan membincangkan pendekatan penguatkuasaan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam berhubung isu murtad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perbincangan itu juga akan menumpukan kepada isu lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT) di kalangan masyarakat Islam.

"Saya dah minta supaya Jakim mengaturkan pertemuan tersebut dalam masa yang terdekat supaya kita memaklumkan berkenaan kewujudan enakmen ini kepada masyarakat dan supaya ia dikuatkuasakan," katanya dalam sidang media di Putrajaya semalam, lapor Bernama.

Beliau berkata ramai di kalangan masyarakat tidak menyedari kewujudan enakmen tersebut sejak 1980 lagi sehingga terdapat desakan supaya digubal enakmen atau akta bagi keperluan menangani isu murtad dan LGBT.

Jamil Khir berkata oleh itu perbincangan itu dirasakan perlu dan yang menjadi perkara utama ialah untuk mencapai persepakatan daripada segi pendekatan atau tindakan untuk penguatkuasaan enakmen itu.

Katanya Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam wujud di semua negeri kecuali Perak, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Tiada ulasan: