JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Khamis, 29 Disember 2011

Hakim Mahkamah Rayuan Kes Liwat Anwar Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Arifin Jaka dilaporkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada jam 6.05 pagi tadi.

Beliau dilaporkan meninggal dunia akibat menghidap penyakit kencing manis dan ianya disahkan oleh Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee.

Datuk Arifin merupakan Hakim Mahkamah Tinggi yang diantaranya terbabit dalam perbicaraan Kes Liwat 1 melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga terlibat di dalam sebutan Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan tersebut, tetapi Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1 membatalkannya dan Anwar dibebaskan pada tahun 2004.

Arifin dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presinct 20 Islam di Putrajaya selepas solat Zohor.

Sumber : klpos

Tiada ulasan: