JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Ahad, 18 Disember 2011

Falsafah 1Malaysia bukan hanya slogan


SERI KEMBANGAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menekankan bahawa falsafah 1Malaysia bukan hanya slogan tetapi ia mencakupi minda rakyat Malaysia ke arah membina sebuah negara yang maju pada 2020.

Beliau berkata jika rakyat Malaysia memahami dengan mendalam apa yang diperlukan untuk membina negara ini, mereka menyedari betapa pentingnya mempunyai sebuah negara yang kukuh dan akan terus menyokong kerajaan yang mempunyai pengalaman lama dan terbukti.

“Saya percaya kita boleh capai sebagai sebuah negara yang makmur dan kukuh jika semua rakyat Malaysia berpegang kepada falsafah 1Malaysia,” katanya pada majlis pecah tanah bangunan Hua Zong, Persekutuan Persatuan Cina Malaysia pada Ahad.

Bangunan itu yang berharga RM55 juta dijangka siap dalam masa dua tahun, dilengkapi dengan sebuah muzium, perpustakaan, bilik bacaan, bilik maklumat dan penyelidikan, bilik mesyuarat, dewan persidangan dan dewan sebaguna.

Pada majlis itu Perdana Menteri juga mengumumkan sumbangan kerajaan sebanyak RM5 juta untuk pembinaan bangunan itu, yang akan dibayar dalam dua peringkat, yang pertama RM2.5 juta pada tahun depan dan bakinya pada 2013. – BERNAMA

Tiada ulasan: