Kanak-kanak autisme berhak mendapat peluang sama untuk membesar dengan kanak-kanak lain seterusnya menjadi sebahagian modal insan negara.
Penaung Program Permata Negara (Permata), Datin Seri Rosmah Mansor berkata, setiap kanak-kanak ini merupakan kurniaan istimewa dan harus diberikan perhatian seistimewa yang mungkin.
"Hari ini merupakan detik yang sungguh bermakna buat saya dan seluruh warga Permata kerana mencatat satu lagi perkembangan dan kemajuan dalam program Permata. Ini menunjukkan kita maju setapak lagi ke hadapan melalui penubuhan pusat Permata Kurnia," katanya dalam ucapan perasmian Majlis Pecah Tanah Permata Kurnia di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Beliau yang juga merupakan isteri Perdana Menteri turut melahirkan rasa teruja dan bersyukur beliau dengan kerjasama semua pihak dalam pembinaan Permata Kurnia demi masa depan kanak-kanak autisme.
"Ini dapat menyediakan diri mereka lebih baik untuk masa hadapan. Istimewanya pusat ini akan menyediakan kemudahan seperti kolam, gimnasium dan laman hijau.
Malah arkitek bagi projek ini juga merupakan seorang ibu kepada anak yang turut mengalami autisme," ujar beliau.
Jelas Rosmah, beberapa kaedah intervensi awal dan pendidikan yang telah dibuktikan keberkesanannya melalui pendidikan di peringkat antarabangsa akan dilaksanakan secara bersepadu bagi mencapai objektif yang dirancang.
"Program ini juga akan bekerjasama dengan Autisme Speak, sebuah pertubuhan sains, kesedaran dan nasihat autisme terkemuka dunia yang berpengkalan di New York, Amerika Syarikat," katanya yang dalam masa sama berbincang dan memberitahu isteri kepada pemimpin utama di peringkat antarabangsa turut melahirkan keprihatinan mereka mengenai autisme malah menawarkan kerjasama bagi membuat kajian lanjut serta bertukar buah fikiran serta maklumat apabila membuat lawatan kerja ke Dubai baru-baru ini.
Justeru itu, Permata Kurnia akan menawarkan tiga jenis perkhidmatan iaitu Program Intervensi Sepenuh Masa, Program Intervensi Sokongan dan Keluarga serta Program Latihan.
Autisme adalah sejenis kecacatan perkembangan fungsi otak yang menyebabkan kecelaruan dan akan menimbulkan masalah perhubungan sosial, komunikasi dan hidup seolah-olah dalam dunia mereka sendiri.
Kajian menunjukkan bahawa 60 peratus hinggga 70 peratus mereka yang mengalami autisme mempunyai kekurangan keupayaan intelektual iaitu IQ di bawah 70.
Kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2004 mendapati kadar prevalens autisme adalah satu kes bagi 600 kelahiran untuk kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah.
Ini bermakna secara kasar, bilangan kanak-kanak yang mengalami autisme adalah seramai 13,333 orang. Namun yang demikian dijangka kadar prevalens ini lebih tinggi pada masa sekarang.
Pada masa ini, hanya sebahagian kecil iaitu 2.782 orang atau 20.86 peratus daripada kanak-kanak autisme menerima pendidikan di sekolah -sekolah aliran perdana.
Sebahagian kecil lagi menerima pendidikan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Autisme di bawah Badan Bukan Kerajaan dan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).
Sehubungan itu, pusat khusus untuk program intervensi kanak-kanak autisme ini akan dibina di atas tanah seluas 2.6 ekar di Lot PT9305, Jalan Sentul melibatkan anggaran kos pembinaan RM28 juta.
Projek berkenaan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan iaitu pada Februari 2015.
Sumber: rakyatnews.my 
JOM TERJAH:
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
Daftar SAYS Malaysia di sini
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline surveyDaftar SAYS Malaysia di sini
Cari Blog Ini
Khamis, 21 November 2013
Jumaat, 1 November 2013
KISAH PERJALANAN ARJUNA DARI RAHA MENJADI PENGAWAL KESELAMATAN HARAM DI MALAYSIA (SILA HEBAHKAN)
Sumber dari blog BERSAMA MAZIDUL
Saya tertarik  dengan komen dicatatkan oleh warganegara Indonesia, menggunakan nama  samaran Arjuna Sang Perantau di facebook. Lalu hati saya terbuka untuk  mengenalinya secara lebih dekat.
Dia berasal dari Raha, Kabupaten Muna, Sulawesi Tenggara.
Dia telah  berkahwin dan mempunyai cahaya mata perempuan, masih kecil. Manakala  isterinya, Nayla, bekerja sebagai jururawat di Pusat Kesihatan  Masyarakat di Raha.
Nama sebenar Arjuna,  La Ode Muhammad Arjuna Matadjo seperti tercatat di passport miliknya.
Sewaktu di kampung, dia pernah bekerja sebagai petani dan juga pengawal keselamatan.
Berikutan kegigihannya bekerja, dia mampu memiliki motosikal atau digelar spedar motor di Indonesia.
Arjuna juga  gemar menunggang kuda apabila berpeluang dan di Muna, kuda dilagakan  atau lebih dikenali sebagai 'adu kuda', sebagai hiburan.
Arjuna kemudian  berhirah ke tanah bertuah, Malaysia untuk memburu serta mengecapi  kehidupan lebih selesa sekaligus bertujuan menyara kehidupan keluarganya  di kampung. Seperti dicatatkan di laman facebooknya,  dia mengaku  membeli Mykad palsu berharga RM350.
Dia mendakwa,  MyKad palsu dibekalkan oleh individu dari Malaysia tetapi secara logik  akal, Arjuna pastinya dibawa masuk ke negara kita diuruskan oleh rakyat  Indonesia sendiri. Ayah kepada seorang anak itu, anak kampung. Masakan  dia mengetahui selok-belok perjalanan di negara asing ini.
Diuruskan oleh kenalan, Arjuna kemudian menggunakan MyKad palsu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di Malaysia.
Penampilannya terlalu jauh berubah.
Dia kini  berkuasa untuk memeriksa dokumen milik rakyat tempatan ingin memasuki  premis dijaga. Arjuna juga sudah mula menghisap rokok dibeli dengan gaji  lebih lumayan diraih berbanding pendapatan tatkala  membanting tulang,  bekerja di kampung. 
Bukan itu  sahaja, malah  Arjuna sudah pandai berjudi dan melayan cerita porno  (dimuattkan di facebooknya). Isteri di kampung tiada akses internet  sekaligus tidak berpeluang melawati facebook suami.
Di sepanjang  tempoh berada di Malaysia, Arjuna penah bertugas di beberapa syarikat  kawalan keselamatan berbeza. Terlintas di fikiran saya, tidakkah pihak  pengurusan syarikat terbabit mengetahui identiti sebenar Arjuna?
Mudahnya ditipu dek lelaki dari Muna atau syarikat menggajikan warga asing secara tangkap muat.
DNS Security?
Sesekali pulang ke kampung halaman, sanak saudara pasti  teruja melihat penampilannya lebih bergaya.
Bandingkan gaya Arjuna dengan gambar di bawah ketika dirakamkan bersama anak dan isteri. Bagaikan langit dengan bumi.
Di bawah pula  gambar Arjuna bak menunggu rezeki turun dari langit  berikutan hidup  dalam keadaan tidak begitu selesa di tanahair sendiri.
Kini telefon  bimbit dan kacamata hitam menjadi penemannya, dibelinya dengan  menggunakan gaji hasil  bertugas sebagai pengawal keselamatan HARAM di  negara ini.
Diulang,  pengawal keselamatan HARAM. Jika terbabit dalam kejadian jenayah di  Malaysia, dia pasti akan menghilangkan diri dengan sekelip mata,  menyusup keluar ke Muna.
Saya berharap  Arjuna diberkas oleh pihak berkuasa kerana selama ini memandang remeh  undang-undang di negara berdaulat. Jika ingin mencari rezeki di sini,  carilah secara sah. Untuk rekod, Arjuna, seorang daripada rakan facebook  pembunuh pegawai operasi Ambank di Subang Jaya, Selangor, kini masih  bolos.
Mohon hebahkan  kandungan entri ini, agar syarikat terkini menggajikan Arjuna sebagai  pengawal keselamatan haram mengambil tindakan wajar.   
Klik di sini untuk melawati facebook Arjuna.
Label:
Berita,
blogger,
Infomasi,
Isu Jenayah,
tembak-menembak
Langgan:
Ulasan (Atom)




























