JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Rabu, 19 September 2012

WANG TUNAI RM 170 RIBU MENANTI DI PUNB BIZ PLAN CHALLENGE 2012

Jika anda seorang usahawan muda yang mempunyai idea perniagaan yang menarik. Anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 170,000 daripada PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad)

Terdapat dua kategori iaitu untuk Pelajar dan Orang Awam.

SYARAT-SYARAT

PELAJAR

a. Pelajar BUMIPUTERA IPTA/Politeknik
b. Berumur 18-25 tahun semasa tarikh penyertaan
c. Penyertaan dalam bentuk individu atau kumpulan maksimum 3 orang
d. Penyertaan mestilah mendapat pengesahan pihak berwajib IPTA

AWAM

a. Bumiputera sama ada sedang bekerja, berniaga atau bekerja sendiri
b. Berumur 18-25 tahun semasa tarikh penyertaan
c. Penyertaan dalam bentuk individu atau kumpulan maksimum 3 orang

RANCANGAN PERNIAGAAN

a. Berasaskan sektor “Perdagangan Pengedaran” dengan tumpuan ke arah Model Ekonomi Baru
b. Anggaran kos projek bagi cadangan perniagaan ialah RM50,000 ke bawah
c. Ringkas dan padat (tidak melebihi 5 helai mukasurat)
d. Pemenang dikehendaki melaksanakan perniagaan yang dicadangkan
e. Mengikut format yang ditetapkan (sila rujuk “Format Rancangan Perniagaan” pada bahagian Muat Turun)

KRITERIA

a. Perniagaan yang dirancang mesti berasaskan Perdagangan Pengedaran* (Distributive Trade).
b. Perniagaan mesti tertumpu kearah Model Ekonomi Baru.
c. Perniagaan perlu kreatif dan inovatif dengan produk ataupun perkhidmatan berasaskan teknologi yang dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada masyarakat.
d. Perniagaan yang berkomersil, berdaya maju dan berpotensi untuk pasaran dalam dan luar negara.
e. Perniagaan yang boleh menghasilkan nilai tambah yang tinggi kepada pasaran khusus, baru atau pasaran yang berpotensi untuk diterokai.
f. Perniagaan yang menggunakan platform “e-business” sebagai salah satu medium pemasaran dan jualan.
g. Model perniagaan yang senang untuk dibangunkan dengan kos persediaan yang rendah.
h. Bagi Kategori Awam, jika perniagaan sedang berjalan secara sepenuh masa atau sambilan, Rancangan Perniagaan perlu mempunyai cadangan/strategi penambahbaikan (berasaskan kriteria yang ditetapkan oleh PUNB).

JENIS PERNIAGAAN

a. Terbuka kepada semua sektor/industri perniagaan kecuali pertanian dan penternakan
b. Perniagaan secara “online”, perniagaan dalam industri informasi, komunikasi & teknologi adalah digalakkan (seperti industri pembangunan kandungan).
c. Perniagaan berbentuk franchais tidak dipertimbangkan

FORMAT RANCANGAN PERNIAGAAN

Rancangan Perniagaan mestilah mengikut format seperti berikut:

1. Profil Pemohon/Usahawan/Syarikat

2. Pengenalan Projek
a. Jenis Perniagaan Yang Diceburi
b. Produk atau Perkhidmatan Yang Ditawarkan
c. Faktor Pemilihan & Potensi Perniagaan
d. Kewangan (Kos Projek & Unjuran Tunai untuk 1 Tahun)
(Nota: Ramalan jualan perlu dibuat dan mestilah mempunyai andaian yang munasabah)
3. Mempunyai Lampiran-lampiran Yang Berkaitan

4. Rancangan Perniagaan mestilah ringkas dan padat serta tidak melebihi 5 helai mukasurat
(muka hadapan tidak dikira sebagai mukasurat)

5. Rancangan Perniagaan boleh disediakan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa
Inggeris dengan fon Tahoma 11 dan jarak baris 1.5.

6. Rancangan Perniagaan yang di emel mestilah dalam format PDF

Borang penyertaan boleh didapati di link di bawah
Borang Penyertaan PUNB Biz Plan Challenge 2012

Tiada ulasan: