JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Sabtu, 4 Ogos 2012

Mercun Telah ‘Halal’ Di Malaysia? Adakah Akta Bahan Letupan pindaan 1991 telah dimansuhkan?

Setiap kali pertengahan Ramadhan hingga ke Syawal, pastinya langit dan bumi di Malaysia ini akan berdentam-dentum.

Mana tidaknya, dari mercun sekecil-kecil biji saga hinggalah mercun setanding sambutan ulangtahun kemerdekaan semakin banyak dipasaran.

Seolah-olah mercun di Malaysia telah di’halal’kan kerana ia terlalu mudah untuk didapati.

Selain dari mercun yang dijual, ada juga mercun buatan sendiri, seolah-olah mereka telah menerima ijazah sebagai pembuat bom.

Anda pergilah kemana-mana bazar Ramadhan, gerai-gerai jualan di sekitar pusat bandaraya mahupun di ceruk-ceruk kampung, pasti akan ada ‘gerai haram’ yang menjual mercun.

Pernah satu ketika, bukan sahaja penulis yang terkejut, malah imam serta seluruh jemaah surau beristighfar panjang seolah-olah kami menunaikan solat di Afghanistan apabila dentuman mercun tidak putus menggegarkan kawasan sekitar.

Tambah mengecewakan apabila ibubapa seolah-olah merelakan anak mereka membeli dan bermain mercun.

Dengan kata mudah, “raya setahun sekali je, biarlah mereka nak main..”

Memang raya setahun sekali, putus jari, pecah muka pun akan berlaku sekali dalam seumur hidup.

Dalam isu itu, beberapa pihak harus mengambil tindakan yang serius.

Kemana perginya Akta Bahan Letupan pindaan 1991 yang mengklasifikasikan mercun sebagai bahan letupan kecil?

Jarang sekali kedengaran pihak berkuasa mengambil tindakan seperti menangkap pemain-pemain mercun.

Justeru, pihak berkuasa haruslah ‘membuka mata’ bukan hanya memantau sebaliknya mengambil tindakan yang sewajarnya supaya isu penjualan mercun secara terbuka mahupun secara ‘gelap’ dapat ditangani.

Pada masa yang sama, ibubapa haruslah memantau serta prihatin terhadap setiap pergerakan dan tindakan anak-anak mereka.

Jangan sampai ratapan air mata Syawal menyelubungi keluarga anda pada Syawal nanti.

Penulis bukan ingin memburukkan mana-mana pihak, cuma sebagai peringatan supaya tragedi yang pernah menimpa pada tahun-tahun yang lalu tidak berulang lagi pada Syawal kali ini.

Apa pandangan anda berkenaan isu ini? Kongsikan bersama kami.-MyNewshub

Tiada ulasan: