Perhimpunan kebangsaan itu dijangka menggantikan Majlis Peralihan Kebangsaan dan memantau pembentukan perlembagaan baru, yang pertama selepas perang saudara selama beberapa bulan yang menggulingkan Gaddafi.
“Semua persoalan asas akan diputuskan oleh sekumpulan 200 orang yang dipilih. “Ia amat penting. Kita tidak menulis sesuatu perlembagaan setiap hari,” kata pengarang urusan Libya Herald, Sami Zaptia.
Kongres Kebangsaan Umum akan dipilih yang bakal melantik kerajaan sementara baru dan sebuah panel untuk merangka sebuah perlembagaan baru bagi negara Afrika Utara yang kaya dengan minyak itu.
Sebaik saja perhimpunan mengadakan sesi pertama, Majlis Peralihan Kebangsaan yang menerajui Libya sejak penyingkiran dan kematian Gaddafi tahun lalu, perlu meletak jawatan.
Penyokong parti Islam al-Watan menghadiri kempen pilihan raya di Tripoli, semalam. |
“Pilihan raya ini adalah peluang pertama bagi rakyat Libya untuk memilih wakil mereka dalam pilihan raya kebangsaan selepas beberapa dekad,” katanya.
“Ia menandakan satu langkah bersejarah untuk negara dan penduduknya. Memberikan peranan utama kepada Kongres Kebangsaan Umum dalam melantik badan untuk merangka perlembagaan, pilihan raya ini adalah amat penting.”
Seorang pemuda menampal poster calon bertanding dalam pilihan raya Libya di Benghazi, semalam |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan