JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Selasa, 24 Julai 2012

Perigi Hang Tuah Ditutup Sementara Hingga 31 Ogos

Perigi Hang Tuah, satu daripada kawasan tarikan pelancong di Melaka, ditutup sementara bagi kerja menaik taraf hingga 31 Ogos.

Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dalam kenyataan Isnin berkata kerja menaik taraf bermula pada Jumaat lepas, yang bertujuan memulihara dan menjaga keaslian struktur semula jadi perigi berkenaan.

Perigi Hang Tuah yang terletak di Kampung Duyong di sini merupakan antara tarikan pelancongan utama di Melaka dan popular dalam kalangan pengunjung dari dalam dan luar negara.

Perigi itu, yang dipercayai digali sendiri pahlawan Melayu Hang Tuah untuk kegunaannya, dikatakan tidak pernah kering walaupun di musim kemarau panjang dan airnya sentiasa jernih serta dipercayai boleh menyembuhkan penyakit. – BERNAMA

Tiada ulasan: