“Pembangkang tak perlulah nak sibuk politikkan slogan Hari Kemerdekaan ke 55 iaitu ‘Janji Ditepati’. Daripada sibuk pasal slogan ni lebih baik betulkan cara pentadbiran di negeri masing-masing terutama menunaikan janji yang telah ditaburkan pada pilihanraya umum lepas kerana kalau Kerajaan BN pakai ‘Janji Ditepati’, pembangkang pula ‘Janji Ditaburi’
“Saya cabar mereka untuk buat program seperti program jelajah Janji Ditepati. Berdepanlah dengan rakyat dengan semua janji yang mereka taburi tanpa ditepati,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin mengenai tindakan pembangkang yang mempertikaikan slogan hari kemerdekaan yang dikatakan berunsur politik.
Menurut Norashikin, slogan tersebut sama sekali tidak ada kena mengenai dengan soal politik kerana sebagai seorang manusia, setiap janji diucapkan haruslah dikotakan. “Seharusnya Pas yang tahu selok belok agama tahu janji ini adalah sesuatu yang berat.
“Setiap janji yang diucapkan haruslah ditunaikan tetapi saya hairan sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, Pas hanya mampu berdiam diri melihat rakan sekutu mereka memungkiri janji-janji yang dibuat. Janji bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan. Banyak contoh-contoh boleh kita ambil yang menunjukkan bahawa pembangkang hanya pandai taburi janji.
“Contohnya nak bagi duit kepada ibu tunggal dan warga emas. Ianya tidak ditunaikan secara sekata. Belum lagi janji nak hapus tol dan sebagainya. Sebab itulah mereka takut dengan slogan janji ditepati ini. Mereka takut rakyat akan mempersoalkan setiap janji mereka sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.
“Jadi bila Kerajaan pilih slogan ini untuk tema Hari Kemerdekaan, mereka mula gusar dan takut. Takut rakyat akan desak tentang janji kosong mereka. Sekarang ni tak perlu untuk jadi pakar ekonomi untuk menilai mengenai janji. Rakyat boleh fikir,” ujarnya lagi kepada UMNO-Online di sini.
Beliau yang juga ADUN Kg Gajah berkata pembangkang sengaja menimbulkan isu ini memandangkan PRU sudah semakin hampir. Dek kerana bimbang rakyat akan menagih janji maka mereka cuba mengalihkan perhatian rakyat kononnya slogan tersebut berunsurkan politik dan tidak sesuai untuk digunakan sebagai tema sambutan hari kemerdekaan. – MediaUMNO
JOM TERJAH:
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
Daftar SAYS Malaysia di sini
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline surveyDaftar SAYS Malaysia di sini
Cari Blog Ini
Selasa, 24 Julai 2012
Pembangkang Takut Slogan ‘Janji Ditepati’ Kerana Mereka Amal ‘Janji Ditaburi’
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan