JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Isnin, 23 Julai 2012

Pembangkang tak sepatutnya mengukur keimanan seseorang berdasarkan politik

Parti pembangkang tidak sepatutnya menyeleweng dengan mengukur keimanan seseorang pada fahaman politik, sebaliknya bergantung kepada amalan mereka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Masitah Ibrahim berkata, beliau kecewa bila ada pasangan yang bercerai kerana perbezaan ideologi politik, walaupun perkara ini bukan lagi isu baru dan patut dijadikan iktibar.

Menurutnya, perbezaan parti dan kerukunan rumah tangga itu patut dibezakan, kerana boleh menyumbang kepada bertambahnya gejala sosial dan penceraian di peringkat umur yang sudah cukup matang berfikir.

“Ketaksuban yang sangat menebal dalam diri perlu dikikis bagi mengelak penceraian dalam kalangan warga emas,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Rantau Panjang 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati, kelmarin.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim, Ketua Wanita Umno Rantau Panjang, Rohani Mamat dan Ketua Puteri Umno Rantau Panjang, Norhayati Mamat.

Pada sidang media sama, Masitah turut meluahkan kebimbangan, apabila remaja hari ini turut ditanam dengan politik kebencian, dan tidak mempunyai rasa hormat pembangkang sekiranya tidak sependapat dalam isu-isu tertentu.

Menurutnya, perkara itu tidak sepatutnya dilakukan kepada kelompok yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang, kerana dikhuatiri bakal memberikan imej negatif kepada mereka.

“Kita bimbang dengan sikap pembangkang yang menanam kebencian dalam diri pada anak remaja, sehinggakan sanggup panjat dan turunkan bendera serta mengalungkan bunga malai apabila tidak sependapat.

“Anak remaja tidak sepatutnya ditanam dengan keganasan dan nilai buruk kerana bakal menjadi pemimpin yang keras serta tahu menolak dan membangkang sesuatu dengan kekerasan,” katanya.-sinar

Tiada ulasan: