JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Khamis, 12 Julai 2012

Malaysia Berdepan Laluan Getir Pertahan Piala AFF Suzuki

Malaysia berdepan laluan sukar untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki yang dimenangi dua tahun lepas apabila diundi bersama naib juara edisi 2010, Indonesia dan juara tiga kali Singapura dalam Kumpulan B pada kejohanan itu yang akan berlangsung, November ini.

Turut akan disenaraikan dalam kumpulan berkenaan ialah naib juara pusingan kelayakan yang akan diketahui pada 13 Okt depan.

Pusingan kelayakan kejohanan itu akan berlangsung dari 5 hingga 13 Okt di Myanmar dengan format kalah mati melibatkan pasukan Brunei, Kemboja, Laos, Timor Leste dan tuan rumah.

Skuad bola sepak kebangsaan yang turut dikenali sebagai 'Harimau Malaya' muncul juara edisi kelapan kejohanan dwi-tahunan itu pada 2010 selepas menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 menerusi perlawanan timbal balik.

Pada undian yang berlangsung di Bangkok, Thailand hari ini dan disiarkan melalui laman web kejohanan www.affsuzukicup.com, juara tiga kali Thailand, yang menjadi hos bersama Malaysia pada kejohanan kali ini, mendapat laluan mudah selepas diundi dalam Kumpulan A bersama juara 2008, Vietnam, Filipina dan pemenang pusingan kelayakan, kelak.


Keputusan undian Piala AFF Suzuki 2012

Kumpulan A
Thailand
Filipina
Vietnam
Juara kelayakan (Myanmar,Brunei,Kemboja,Loas,Timor Leste)

Kumpulan B
Malaysia
Singapura
Indonesia
N.Juara kelayakan (Myanmar,Brunei,Kemboja,Loas,Timor Leste)

Mesyuarat ahli majlis AFF pada 19 Februari 2012 memutuskan untuk memberikan hak penganjuran kempem peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2012 kepada Thailand (Kumpulan A) dan Malaysia (Kumpulan B)

Ini merupakan kali kedua Malaysia mendapat hak selaku penganjur piala paling berprestij di rantau ini selepas menjadi tuan rumah bersama Vietnam pada 2004 yang menyaksikan skuad negara menamatkan kempen di tempat ketiga.

Tiada ulasan: