JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Isnin, 19 Mac 2012

Tarikh pilihanraya umum 13 - PRU 13

Baru-baru ini ada menjangkakan pilihanraya umum 13 bakal diadakan pada 3 Jun 2012. Hebat….Bukan semua mampu menilik dengan tepat tarikh pilihanraya umum ke 13.

Berapa ramai yang terus “gagal” menjadi peramal tarikh pilihanraya yang tepat, baik penulis akhbar di Malaysia sehingga sehinggalah kalangan ahli politik termasuklah pembangkang sendiri, masih lagi gagal. Kerana….

Kerana di Malaysia hanya Perdana Menteri sahaja yang mempunyai kuasa untuk menentukan tarikh pilihanraya umum 13 yang sesuai bagi kerajaannya, parti politiknya, survival politiknya dan juga mengambil kira iklim politik di Malaysia secara keseluruhannya. Itu adalah hakikatnya.

Tetapi yang pastinya pilihanraya umum ke 13 bakal diadakan pada musim cuti sekolah bagi membolehkan pilihanraya dapat dijalankan dengan lebih lancar. Seperti esidi pilihanraya umum

Tarikh Pilihanraya Umum 13 Semakin Dekat?

Sekarang ini kita sudah boleh melihat gandingan Perdana Menteri dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, secara mantap dan terancang menjelajah ke seluruh negara setiap hujung minggu untuk bertemu rakyat, seperti yang dijanjikan pada satu sidang akhbar sebaik Perhimpunan Agung Umno tamat dahulu.

Apatah lagi bila pemimpin negara semakin kerap turun padang ke merata pelosok negeri bertemu rakyat. Ditambah dengan dengan pelbagai bantuan telah mula diagihkan kepada rakyat Malaysia termasuklah bantuan RM500 (BR1M), bantuan RM100, baucer buku RM200 & lain-lain lagi. Jadi sementara bantuan-bantuan yang diberikan masih lagi “panas”, kerajaan semestinya tidak mahu membiarkan kelangsungan tindakan tersebut tidak disertakan dengan mengadakan pilihanraya umum 13 secepat mungkin.


Sumber

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BR1m, Bayaran Rasuah 1 Malaysia.

ahmad zikron berkata...

anon 10:09 seorg yg pengecut.xnk tonjolkn diri ke?