Warganegara Malaysia berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah layak mendapat diskaun 50 peratus bagi pembelian tiket KTMB Komuter untuk tempoh setahun mulai 1 November ini hingga 31 Oktober tahun depan.
Naib Presiden Eksekutif Perniagaan KTMB, Sarbini Tijan berkata pemberian diskaun itu adalah selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2013 dan sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat.
Bercakap dalam sidang media di sini hari ini, beliau berkata kad komuter 1Malaysia akan diperkenalkan sebagai kad identifikasi kepada mereka yang layak mendapatkan kemudahan diskaun itu.
"Warganegara yang memiliki kad ini boleh membeli tiket dengan harga diskaun 50 peratus di semua stesen KTM komuter dengan menunjukkan kad komuter 1Malaysia bersama-sama kad pengenalan mereka," katanya.
Sarbini berkata seorang warganegara hanya boleh memiliki satu kad komuter 1Malaysia dan pengeluaran kad itu melibatkan caj RM1.
Sekiranya berlaku kehilangan kad, individu terlibat akan didenda RM5 untuk penggantian kad baharu, katanya.
Sarbini berkata borang permohonan mendapatkan kemudahan diskaun dan kad komuter 1Malaysia itu boleh dibuat di semua stesen komuter dan laman web KTM http://ktmb.com.my mulai sekarang.
Bagi tujuan pendaftaran dan pengeluaran kad komuter 1Malaysia pula, sebanyak 20 kaunter khas akan diwujudkan di tujuh buah stesen utama melibatkan 120 petugas.
Kaunter khas itu akan dibuka bermula 22 Oktober ini yang akan beroperasi selama sebulan dari jam 11 pagi sehingga 8 malam setiap hari kecuali cuti umum.
Stesen yang terlibat untuk pendaftaran dan perolehan kad komuter 1Malaysia ialah KL Sentral, Kepong Sentral, Tanjung Malim, Subang Jaya, Sentul, Bangi dan Sungai Gadut. - Bernama
JOM TERJAH:
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
Daftar SAYS Malaysia di sini
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline surveyDaftar SAYS Malaysia di sini
Cari Blog Ini
Jumaat, 19 Oktober 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan