JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Isnin, 29 Julai 2013

Contoh Surat Berhenti Kerja Paling Hampeh

Contoh surat berhenti kerja seorang operator pengeluaran kilang elektronik. Time nak kerja semua sanggup buat dah kerja tak tahan mula kutuk macam-macam. Biasa la tu kalau dah makan gaji, kalau tak nak makan gaji boleh la berniaga sendiri ke. Apapun, korang layan la surat ini.

NO 834,LORONG BAHGIA
TAMAN SEJAHTERA
06600

MUHAMAD YUSOP
PLOT 131A,
JALAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 BUKIT MINYAK,
SEBERANG PERAI TENGAH,
PENANG . 19 DEC 2005

TUAN,

PER : SURAT BERHENTI KERJA

Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab- musabab saya ingin berhenti kerja:-

1. Saya kerap dibuli oleh senior.

2. Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.

3. Lagu 5′S tidak masuk dalam carta ERA.

4. Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je… Nak beratur pun dah 20 minit!!!

5. KERJA BERDIRIIIIIIIIIII… … … . Kasut takde sponge pulak!!!!!

6. Bas kilang tersangat laju… . Tersangat BAHAYA… ..

7. Kalau setakat nak keja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM pun boleh keja
jugak!!!

8. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter
pulakk… ..

9. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.

10. Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GATE HOUSE nak balik kena beratok BULEH
TAWAF satu kilang..

11. Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu… . Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak
marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH…

12. Boss kadang 2 ok, kadang 2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak

13. Faedah2 lain tak memuaskan. contoh keja bagai nak tecabut kepala lutut profet shereing
HAMPEHHH

14. BANYAK LAGI NAK HABAQ TAPI KUT TAK SANGUP DENGAQ KUT!!!!

15. Bonus Tahun Ni Takde Macam Hampeh…Orang Gaji Besar je yang dapat,Orang bawahan semua tak dapat…Kalau mcm ni biar boss besar mati cepat!!!! ..baru ada keadilan……Aminnnn

Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja sebagai operator. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM890. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segala kerjasama … … … … tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya.

**Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUTdari saya… … ..
IKAN KELI, IKAN KEMBUNG; ANGKAT KAKI, LLLAAAMMMBUNG… … … … …

SEKIAN, TERIMA KASIH..

Khamis, 25 Julai 2013

PM Umum Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 Kepada Penjawat Awam

Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.
Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.
Katanya, pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.
Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itumasing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanyadalam kenyataan di sini, Rabu.
Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya.
“Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok (Khamis), sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13,” katanya.
Najib berkata, langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif.
Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun.
“Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini,” katanya.
Najib berkata, kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya.
- BERNAMA

Isnin, 8 Julai 2013

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA

Assalammua’laikum w.b.t.

Sempena dengan kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh kemuliaan, bersama-sama ini disertakan jadual waktu imsak dan berbuka puasa untuk dijadikan panduan khasnya kepada seluruh kaum muslimin yang akan mula berpuasa pada 1 Ramadhan 1434 (10 Julai 2013). Semoga kehadiran bulan Ramadhan pada kali ini akan dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. Marilah bersama-sama kita mensucikan hati daripada segala sifat yang tercela agar kita peroleh kebahagiaan, ketenangan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Insya Allah…


“KEHADIRANMU DIRINDUI, PEMERGIAANMU DITANGISI”

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Beramal

Jumaat, 5 Julai 2013

P/Raya Kecil DUN Kuala Besut 24 Julai, Penamaan Calon 12 Julai - SPR

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu ditetapkan pada 24 Julai, pengundian awal 20 Julai manakala tarikh penamaan calon ialah 12 Julai.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, berkata daftar pemilih yang akan digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2011 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) suku pertama, kedua, ketiga dan keempat tahun 2012 dan DPT suku pertama tahun 2013.

"Sembilan pusat mengundi akan dibuka, satu untuk pusat mengundi awal dan lapan bagi pengundian biasa," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai pilihan raya kecil DUN Kuala Besut di sini Jumaat.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong apabila penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 apabila mengalahkan calon muslimah PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Abdul Aziz berkata daftar pemilih itu mengandungi 17,683 pemilih berdaftar terdiri dari 16,534 pemilih biasa, 1,134 anggota tentera dan pasangan, 14 polis dan seorang pengundi tidak hadir luar negara.

Beliau berkata bagi pengundian biasa lapan sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi 35 saluran tempat mengundi.

"Bagi pengundian awal, Dewan Serbaguna Tentera Udara Diraja Malaysia Gong Kedak dengan dua saluran akan digunakan sebagai pusat mengundi. Seramai 305 petugas pilihan raya akan dilantik," katanya.

Beliau berkata anggaran kos perbelanjaan bagi menjalankan pilihan raya kecil itu ialah RM760,000.

Pada pilihan raya umum lepas Barisan Nasional (BN) Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.

Abdul Aziz berkata bagi maksud permohonan undi pos, permohonan boleh dibuat mulai Jumaat.

Tarikh tutup permohonan untuk warganegara Malaysia di luar negara ialah pada hari penamaan calon manakala bagi petugas pilihan raya dan petugas media ialah dua hari selepas penaman calon, katanya.

Beliau berkata pengundi dalam kawasan pilihan raya itu boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengundi di laman web SPR www.spr.gov.my atau menerusi SMS dengan menaip SPR jarak SEMAK jarak nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888, mulai 11 Julai.

Abdul Aziz berkata bagi memastikan pilihan raya kecil berjalan lancar, semua pihak diminta mematuhi arahan-arahan pihak polis termasuk semasa berkempen.

Ditanya mengenai sama ada boleh menggunakan masjid untuk berkempen, beliau berkata SPR tidak mempunyai kuasa kerana ia di bawah bidang kuasa negeri.

Satu pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya yang diketuai seorang pegawai penguatkuasa akan ditubuhkan bagi memantau semua aktiviti kempen sepanjang tempoh rasmi berkempen, katanya.

-- BERNAMA

Lebih 6,000 laman web disekat, termasuk kes hina Agong

Sebanyak 6,640 laman web telah disekat kerana melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang bertulis lain sejak 2008 hingga kini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Jailani Johari berkata sekatan itu termasuk ke atas laman web bank palsu, pelanggaran hak cipta, kandungan lucah dan yang didapati menghina institusi diraja.

"Sehingga Jun ini sebanyak 29 kes sedang dalam siasatan di mana merangkumi kes-kes laman web yang menghina Yang di-Pertuan Agong, institusi Raja dan Sultan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan).

Bung Moktar bertanya mengenai tindakan yang telah dikenal pasti terhadap beberapa blog yang didapati menggunakan bahasa berbaur hasuran dan fitnah melampau sehingga boleh menimbulkan keadaan huru-hara serta mengganggu-gugat kestabilan politik negara.

Jailani berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga mengambil tindakan terhadap laporan mengenai penyalahgunaan laman sosial seperti Twitter dan Facebook yang mengandungi kesalahan yang berkaitan seperti ugutan, penghinaan atau menyentuh sensitiviti kaum.

Katanya menerusi Seksyen 263 (2) akta itu pemegang lesen dikehendaki untuk membantu mencegah kesalahan berkaitan media sosial atau pelanggaran undang-undang berkaitan termasuk blog berunsur hasutan atau fitnah.

"Apa yang kita perlukan ialah maklumat lengkap mengenai akaun seperti alamat URL, print screen dan bukti-bukti yang membolehkan perkara itu disiasat dan diambil tindakan," katanya.

Jailani berkata peratusan pengguna facebook di Malaysia kini seramai 13 juta pengguna dengan 53.9 peratus daripadanya terdiri daripada kaum lelaki dan 46.1 peratus pula adalah wanita.

Menjawab soalan tambahan Datuk Makin@Marcus Majigoh (BN-Putatan), Jailani berkata undang-undang sedia ada untuk menangani jenayah siber di negara ini adalah mencukupi dan penguatkuasaan undang-undang spesifik atau tribunal khas untuk tujuan itu adalah tidak perlu buat masa sekarang.

"Kerajaan melalui SKMM sentiasa bekerjasama dengan agensi penguatkuasa yang lain dalam penguatkuasa undang-undang penyalahgunaan media media sosial dan internet.

"Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bukanlah satu-satunya undang-undang yang terpakai untuk tujuan tersebut.

"Undang-undang lain yang terlibat ialah Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan," katanya.

Marcus mahu tahu mengenai perlunya penguatkuasaan undang-undang spesifik atau tribunal untuk menangani jenayah siber yang semakin menjadi-jadi kini. - Bernama

Pengiraan undi PRK K.Besut disiar secara langsung

Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menyiarkan secara langsung proses pengiraan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya akan meyakinkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya idea itu boleh direalisasikan.

Perbincangan juga akan dibuat dengan pihak RTM berhubung cadangan itu.

"Insya-ALLAH saya akan berunding dengan pihak SPR termasuk untuk membenarkan kamera kita berada dalam bilik pengiraan undi.

"Orang tahu mengira undi bermula 5 petang, orang tahu kalau berlaku 'blackout' pada 5 petang pun gambar masih terang lagi, orang boleh menontonnya secara langsung.

"Saya akan bincangkan ia dengan pihak teknikal (RTM)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar 'Media dan pilihan Raya Umum 2013' di Kuala Lumpur pagi tadi.

Ahmad Shabery berkata pertemuan beliau dengan SPR itu akan diadakan dalam masa terdekat.

Kerusi Parlimen Kuala Besut, Terengganu kosong selepas penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 26 Jun lepas.

Tarikh pengundian dijangka diumum esok selepas SPR mengadakan mesyuarat khas berhubung perkara itu di ibu pejabatnya di Putrajaya.

Ditanya sama ada media lain juga akan dibenar berbuat demikian, Ahmad Shabery berkata ia mungkin tidak praktikal dan akan menganggu pihak SPR menjalankan tugas.

Sementara itu, Ahmad Shabery yang juga anggota Parlimen Kemaman berkata beliau yakin BN mampu mempertahankan kerusi Dun Kuala Besut.

"Difahamkan, jentera pilihan raya pun telah bersedia dan mood rakyat berada dalam keadaan yang baik. Jadi, kita rasa tiada sebab untuk rakyat tidak bersama dengan kerajaan pada hari ini," katanya.-sinar

60,000 kad MyPlusMiles RM1j akan diagih

Glaxosmithkline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK) mengadakan kerjasama dengan Touch 'n Go Sdn Bhd (Touch 'n Go) dan Plus Malaysia Bhd (PMB) untuk mengedar 60,000 kad prabayar MyPlusMiles bernilai RM1 juta kepada pengembara.

Ia diedar melalui kempen Panadol 'Be Prepared', yang dilancar hari ini untuk tahun kedua sejak 2012, bersempena sambutan Ramadan dan Aidilfitri.

"Kami berharap kerjasama kami ini akan terus meningkatkan kesedaran pengembara tentang perlunya mereka menjaga keselamatan dan kesihatan masing-masing sepanjang tempoh berkenaan untuk memastikan mereka dapat menghayati bulan mulia itu dan sambutan Raya," kata CEO Touch 'n Go Andul Karim Md Lassim.

GSK berkata melalui kempen ini dan kempen lain, mereka menjangka dapat mencatat pertumbuhan hasil sebanyak dua angka, mengulangi prestasi tahun lepas dengan pertumbuhan hasil sebanyak 20 peratus.

Kad berkenaan akan diedar di plaza tol Sungai Besi, Subang, Duta, Damansara dan Sungai Buloh dalam tempoh tertentu, di gedung peruncitan yang menyertainya seperti Mydin Hypermarts dan Guardian serta melalui Hot FM Zoomers dari 2 hingga 4 Ogos. - Bernama