JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Isnin, 21 Julai 2014

Kronologi Nahas MH17

Berikut adalah kronologi nahas yang membabitkan 298 orang penumpang dan anak kapal Malaysia Airlines MH17 Boeing 777-222 penerbangan dari Armsterdem menuju ke tahan air dan dijangka tiba di KLIA pada jam 06.10 pagi waktu Malaysia.

Kerajaan Ukraine hari ini menuduh pemberontak pro-Russia cuba untuk memusnahkan bukti di lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh dan terhempas di timur Ukraine, Khamis lalu dan mengalihkan 38 mayat dari tempat kejadian.

“Kerajaan Ukraine secara rasmi mengatakan bahawa pemberontak yang dibantu Russia, cuba untuk memusnahkan bukti berkaitan jenayah antarabangsa,” kata kerajaan Ukraine daalm satu kenyataan hari ini.

USA Today melaporkan, saksi yang berada di lokasi nahas memberitahu kebanyakkan bagasi milik mangsa telah ditarik keluar dari kawasan yang terbakar untuk digeledah.
Berikutan itu, kebanyakkan barangan milik mangsa kelihatan berselerak di samping mayat selepas sebahagiannya dicuri.
Dailymail melaporkan, kekurangan anggota keselamatan telah memberi ruang kepada pencuri untuk mendapatkan barangan berharga dari lokasi tersebut.
Penerbangan MH17 Dari Amstersdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh di timur Ukraine dan mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal.

Isnin, 14 Julai 2014

Jerman Juara Piala Dunia 2014 Brazil


Jerman dinobat sebagai juara dunia buat kali keempat selepas menumpaskan Argentina 1-0 dalam permainan masa tambahan di Stadium Maracana, di sini, sebentar tadi.


Pemain gantian, Mario Goetze muncul wira skuad Die Mannschaft apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-113 menerusi voli cantik untuk mengecewakan Lionel Messi dab rakan-rakan.

Jadual Pusingan Kalah Mati Piala Dunia 2014 Brazil
Kedudukan Dalam Kumpulan dan Keputusan Perlawanan Piala Dunia Brazil 2014

Khamis, 10 Julai 2014

Doa Qunut Nazilah Buat Saudara Kita Di Gaza


Doa Qunut Nazilah Buat Saudara Kita Di Gaza

Argentina layak final tewaskan Belanda penentuan sepakan penalti

Argentina pimpinan Lionel Messi menewaskan Belanda 4-2 menerusi penentuan sepakan untuk layak ke final Piala Dunia yang pertama sejak 1990.

Penjaga gol Argentina, Sergio Romero menyelamatkan penalti daripada Wesley Sneijder dan Ron Vlaar untuk membantu pasukan Latin Amerika itu memburu mahkota kejuaraan pada edisi kali ini.

Kedua-dua pasukan seri 0-0 selepas tamat masa tambahan.

Dengan kemenangan itu, Argentina akan bertemu Germany dalam merebut kejuaraan Piala Dunia 2014 Brazil.

Satu lagi pertembungan dalam menentukan tempat ketiga diantara tuan rumah Brazil dan Belanda.

Rabu, 9 Julai 2014

Miroslav Klose Cipta Rekod Baharu Penjaring Terbaik Piala Dunia

Penyerang Jerman, Miroslav Klose mencipta rekod baharu Piala Dunia apabila menjaringkan gol ke-16 ketika menentang Brazil dalam separuh akhir di Stadium Mineirao, sebentar tadi.

Penyerang Lazio berusia 36 tahun itu sebelum ini menyamakan rekod lama iaitu 15 gol ciptaan Ronaldo dari ketika meledak satu ketika menentang Ghana dalam saingan peringkat kumpulan pada 22 Jun lalu.

Klose adalah pemain ketiga dalam sejarah Piala Dunia menjaringkan gol pada empat edisi berlainan dan dia juga penjaring terbanyak Jerman dengan 71 gol daripada jumlah 135 penampilan untuk skuad negara. Seperkara lagi, Jerman tidak pernah kalah dalam perlawanan dia menjaringkan gol.

INFO:

Berikut pecahan gol jaringan Miroslav Klose

Piala Dunia 2002 - 5 gol
Piala Dunia 2006 - 5 gol
Piala Dunia 2010 - 4 gol
Piala Dunia 2014 - 2 gol

Lima penjaring terbanyak Piala Dunia

16 - Miroslav Klose (Jerman)
15 - Ronaldo (Brazil)
14 - Gerd Muller (Jerman)
13 - Just Fontaine (Perancis)
12 - Pele (Brazil)

JERMAN melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia 2014, belasah Brazil 7-1

JERMAN melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali kelapan selepas membelasah Brazil 7-1 pada separuh akhir yang amat memalukan juara lima kali Piala Dunia itu.

Selepas mendahului 5-0 pada babak pertama, Jerman menambah dua lagi gol pada separuh masa kedua untuk mendahului 7-0, sebelum pemain Brazil, Oscar menyumbat satu-satunya gol tunggal tuan rumah.

Jerman menerusi Toni Kroos dan Andre Schuerrle masing-masing meledak dua gol, manakala tiga lagi jaringan diperoleh menerusi Thomas Mueller, Miroslav Klose dan Sami Khedira.

Jerman akan menentang pemenang di antara Argentina atau Belanda, yang bakal berentap pada satu lagi separuh akhir, esok.

Isnin, 7 Julai 2014

Senarai 4 pasukan yang layak ke Separuh Akhir Piala Dunia 2014 Brazil

4 pasukan telah mengesahkan tempat ke pusingan separuh akhir Piala Dunia 2014 Brazil setelah menewaskan lawan masing-masing di pusingan suku akhir. berikut senarai 4 pasukan yang telah layak ke Separuh Akhir piala Dunia 2014 Brazil:

  1. Brazil - menewaskan Colombia 2-1.
  2. Germany - menewaskan France 1-0.
  3. Netherlands - menewaskan Costa Rica 4-3 dalam penentuan sepakan penalti setelah terikat 0-0 setelah tambahan masa.
  4. Argentina - menewaskan Belgium 1-0.
Brazil akan menentang Germany manakala Netherlands menentang Argentina peringkat Separuh Akhir Piala Dunia 2014 Brazil.

Khamis, 3 Julai 2014

PM Umum Bantuan RM500 Kepada Penjawat Awam Sempena Aidilfitri

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka.

“Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta, katanya.

Kerajaan berharap bantuan khas kewangan itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran pada hujung bulan ini, katanya.

Rabu, 2 Julai 2014

Senarai 8 pasukan yang layak ke Suku Akhir Piala Dunia 2014 Brazil

8 pasukan telah mengesahkan tempat ke pusingan suku akhir Piala Dunia 2014 Brazil setelah menewaskan lawan masing-masing di pusingan kedua. berikut senarai 8 pasukan yang telah layak ke Suku Akhir piala Dunia 2014 Brazil:

  1. Brazil - menewaskan Chile 3-2 dalam penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 setelah tambahan masa.
  2. Colombia - menewaskan Uruguay 2-0.
  3. France - menewaskan Nigeria 2-0.
  4. Germany - menewaskan Algeria 2-1.
  5. Netherlands - menewaskan Mexico 2-1.
  6. Costa Rica - menewaskan Greece 5-3 dalam penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 setelah tambahan masa.
  7. Argentina - menewaskan Switzerland 1-0.
  8. Belgium - menewaskan USA 2-1.
Keputusan perlawanan menyaksikan semua Juara Kumpulan layak ke peringkat Suku Akhir Piala Dunia 2014 Brazil.