JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Selasa, 31 Julai 2012

Olimpik 2012 kemuncak teori konspirasi Illuminati (Yahudi)?

Binaan segi tiga di sekeliling Stadium Olimpik juga didakwa menyerupai piramid dalam logo Illuminati.
Sukan Olimpik London 2012 baru sahaja membuka tirai Jumaat lalu, di mana Britain sekali lagi diberi penghormatan untuk menganjurkan temasya berprestij itu.

Majlis pembukaan turut diadakan dengan gilang-gemilang dan disaksikan lebih satu bilion penonton di seluruh dunia.

Penganjur memilih untuk mengetengahkan majlis perasmian yang penuh dengan kejutan termasuk kemunculan Ratu Elizabeth II diiringi oleh James Bond (aktor Daniel Craig).

Bagaimanapun, di sebalik kemeriahan itu, beberapa maklumat yang boleh diperoleh menerusi YouTube berpendapat Sukan Olimpik 2012 tersebut adalah kemuncak bagi segala teori konspirasi yang direncanakan oleh Illuminati (pertubuhan Yahudi terbesar di dunia yang bergerak secara rahsia tanpa diketahui siapa menganggotainya).

Illuminati dikatakan bergerak secara terancang dan telah menguasai hampir 80 peratus pelosok dunia.

Pertubuhan rahsia itu juga telah menguasai pelbagai aspek termasuk ekonomi, politik dan pendidikan dengan menerapkan pemikiran Illuminati yang dirancang sejak lebih 300 tahun lalu.

Sebagai contoh logo 2012 yang diperkenalkan pada Jun 2007 didakwa menelan kos sehingga 400,000 pound (RM2 juta) itu turut memaparkan maksud tersembunyi yang menjadi perkataan Zion (Zionis) serta lambang swastika (Nazi) jika ia disusun semula.

Logo 2012 ini jika disusun semula akan menjadi perkataan Zion (Zionis).

Petunjuk dan maksud tersembunyi tersebut dikaitkan dengan Freemason, sebuah lagi pertubuhan rahsia Yahudi mempunyai matlamat sama seperti Illuminati.

Aspek lain dalam Olimpik London yang mempunyai pengaruh Illuminati adalah dua maskot bermata satu diperbuat daripada logam digelar Wenlock dan Mandeville.

Sesetengah pihak mungkin menganggap kedua-dua maskot tersebut seperti watak animasi filem Monsters, Inc. tetapi jika diamati dengan teliti ia sebenarnya menyerupai dajjal yang diketahui sebagai makhkluk bermata satu.

Kedudukan mata maskot tersebut turut dikaitkan dengan lambang mata satu (all seeing eye) iaitu mata yang melihat semua yang terdapat dalam puncak segi tiga simbol Illuminati.
Maskot Wenlock (kiri) dan Mandeville ini juga dikatakan menyerupai dajjal.

Sebagai contoh, pada bahagian atas kepala Wenlock yang kononnya direka sebagai teksi di London juga sebenarnya menunjukkan lambang segi tiga piramid dalam logo Illuminati.

Selain itu, beberapa pemerhati turut mempertikaikan reka bentuk Stadium Olimpik London yang telah meraih Anugerah Institut Arkitek Diraja Britain 2012 (Riba).

Mereka mendakwa binaan segi tiga di sekeliling stadium itu menyerupai piramid separuh siap lambang Illuminati walaupun arkitek firma Populous itu, Philip Johnson menyatakan idea reka bentuknya menandakan era baru dalam acara sukan.

Seperti apa yang dipaparkan menerusi YouTube, mungkinkah akan berlaku satu lagi kejadian dahsyat seperti serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat?

Ini kerana, ada beberapa peristiwa yang terdapat pada 330 kad permainan Illuminati tersebut telah benar-benar berlaku sebelum ini, sekali gus membuktikan teori konspirasi sememangnya sudah lama wujud walaupun kad tersebut dikeluarkan pada 1995.
Salah satu kad, Combined Disasters (gabungan bencana) dalam permainan Illuminati ini dikatakan bakal menjadi kemuncak teori konspirasi.

Ada pengguna YouTube membuat kajian mereka sendiri berdasarkan fakta yang boleh diterima akal.

Dan, mereka menganggap salah satu kad tertera perkataan Combined Disasters (gabungan bencana) adalah kemuncak bagi teori konspirasi ini.

Rancangan jahat yang didalangi oleh agen Illuminati dan Freemason ini sebenarnya bertujuan untuk mencapai matlamat One World Government (satu kerajaan dunia) dengan melaksanakan dasar Novus Ordo Seclorum (Pemerintahan Dunia Baru).

Pertubuhan itu kini bertapak dengan kukuh di Amerika Syarikat (AS) dan melaksanakan pelbagai konspirasi yang berlindung di sebalik undang-undang serta hanya memberi keuntungan kepada sekutunya.

Situasi ini dapat dilihat dengan jelas dalam Kongres AS, yang mana kebanyakan ahlinya terdiri daripada bangsa Yahudi dan keseluruhan dasar negara Barat itu turut menyokong sepenuhnya segala keputusan Israel terutamanya jika ia berbentuk penindasan terhadap orang Islam.

Adakah ia hanya kebetulan? Atau sememangnya telah dirancang dengan teliti oleh pertubuhan rahsia Yahudi ini?

ALLAH telah berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 120;
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad SAW) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) sesungguhnya petunjuk ALLAH (Islam) itulah petunjuk yang benar.”

baca ini:
Pokok Olimpik Pokok Yahudi

Pokok Olimpik Pokok Yahudi


Siapa dah tengok rakaman upacara perasmian Sukan Olimpik London baru-baru ni? Agak konfius kenapa tiba-tiba ada orang keluar dari pokok yang diletakkan atas bukit tu, ramai pulak tu...

Rupanya pokok tu lah pokok Yahudi berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. !

Dan yang keluar tu nak tunjukkan mereka selamatkan diri dari mati dibunuh sebenarnya. Kita tengok kena faham, bukan sekadar tengok. Dan banyak lagi unsur Yahudi, Freemason dan Illuminuti ditonjolkan dalam upacara perasmian tu. Belum termasuk logo mata satu lagi.

Faham-fahamlah kenapa ia diadakan pada bulan Ramadhan ye. Musuh Islam memang licik dan halus. Lindungi kami ya Allah.. Amin

Klik full video : http://www.youtube.com/watch?v=4As0e4de-rI

Olimpik 2012 kemuncak teori konspirasi Illuminati (Yahudi)?

Jumaat, 27 Julai 2012

Puasa Penjana Akhlak Terpuji

SALAH satu matlamat kefardhuan puasa Ramadhan ialah untuk menjana suatu natijah akhlak yang terpuji dan seterusnya mencapai kemuncak darjat ketaqwaan yang sebenar kepada Allah SWT.

Dalam satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan semata-mata kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan pahala dari-Nya, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.”

Ramadhan merupakan bulan peningkatan kuantiti dan kualiti ibadat bagi setiap umat Islam yang ingin mencapai hasrat tersebut. Ini kerana dengan peningkatan kuantiti dan kualiti ibadah akan lebih memudahkan proses taqarrub (mendekatkan diri seseorang kepadaAllah) . Dengan itu seseorang mukmin akan lebih mudah itu untuk membezakan sesuatu yang hak dan batil.

Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:
  1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
  2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
  3. Setiap hari Allah menghias syurga-Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'
  4. Pada bulan ini diikat syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
  5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (H.R Ahmad)

Setiap umat Islam digalakkan menyimpan niat untuk menjalani ibadat puasa pada setiap hari di bulan Ramadhan sebagai manifestasi untuk melaksanakannya mengikut apa yang dikehendaki oleh syarak.

Puasa adalah suatu ibadat tazkiyah al-nafs iaitu proses penyucian jiwa dan nurani dari segala penyakit rohani yang boleh mengkerdilkan kesempurnaan ibadat seseorang. Melalui ibadat puasalah diharapkan akan lahir sifat-sifat terpuji seperti amanah dann jujur dengan diri sendiri, bertanggungjawab, bertaqwa dan sabar.

Apa jua kesederhanaan dan sedikit kekuatan yang dituntut sepanjang menjalani ibadat puasa ini mencerminkan ibadat puasa adalah bersifat sosial yang dikatakan boleh menjana deria keprihatinan dan keinsafan terhadap nasib umat Islam yang kurang bernasib baik.

Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ”Apabila kamu berpuasa, maka hendaklah pendengaranmu, penglihatanmu dan lidahmu turut berpuasa dari segala yang haram. Jauhilah dari suka menyakiti jiranmu, hendaklah kamu bertenang dan beramal dan jangan biarkan hari tidak berpuasa dan hari berpuasa adalah sama.” (H.R Bukhari).

Bagi memastikan segala pesanan Rasulullah SAW ini dapat kita laksanakan dengan baik, perkara utama yang harus dahulukan adalah menyiapkan diri untuk memulakan penghidupan yang lebih bermutu dan bernilai sepanjang berada dalam bulan penuh kemuliaan dan keberkatan ini. Antaranya ialah:
  • Menjaga ibadat puasa dari terbatal dan kurang pahalanya kerana kelalaian dalam menjaga anggota badan.
  • Membanyakkan membaca al-Quran dan merenungi pengajaran di sebalik pengertian ayat yang dibaca.
  • Mengurangkan tidur pada siang hari bulan Ramadan.
  • Beriktikaf dalam masjid terutamanya pada sepuluh malam terakhir Ramadan
  • Membanyakkan bersedekah terutama kepada fakir miskin kerana bersedekah akan menyucikan jiwa manusia dari sifat takbur dan kembali menyemai sensitiviti sesama umat Islam.
  • Jangan terlalu boros dengan melakukan pembaziran dalam penyediaan makanan.

Melihat kepada betapa besarnya fadilat yang bakal diperolehi oleh semua umat muslimin pada sepanjang bulan yang barakah ini, Rasulullah SAW telah memberi penekanan dengan menjelaskan kemuliaan Ramadhan melalui satu khutbah baginda iaitu:

“Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan didatangi satu bulan yang besar lagi penuh keberkatan iaitu bulan yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan di mana Allah telah jadikan puasa adalah kefardhuan dan bangun pada malamnya adalah satu tambahan.

Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah SWT dan beramal soleh pada bulan itu, maka samalah dia dengan orang yang menunaikan 70 amalan fardhu di bulan yang lain. Bulan Ramadan adalah bulan untuk memberi pertolongan dan Allah akan menambahkan rezeki orang mukmin di dalamnya. Sesiapa memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa pada bulan itu, maka itu menjadi pengampunan dosanya dan kebebasan dari api neraka.”

Secara jelasnya menikmati kehadiran Ramadhan dan fadilat yang terselindung di sebalik tabir kemunculannya menjadi tumpuan setiap umat Islam yang sentiasa mendambakan keberkatan dan pahala yang berlipat ganda dari Allah SWT.

Usah jadikan Ramadhan sebagai bulan untuk berlumba-lumba menyajikan makanan yang pelbagai sehingga melakukan pembaziran atau menjadikan alasan berpuasa di dalam bulan Ramadhan untuk menjadi umat Islam yang rendah produktiviti dan tiada natijah penghidupan kerana keletihan berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila datangnya malam pertama Ramadhan, diikatlah segala jin dan syaitan yang jahat serta ditutup pula pintu neraka, dan tiada dibuka walaupun satu pintu neraka. Akan dibuka pintu syurga. Pada setiap malam akan ada malaikat yang menyeru “ Wahai manusia yang inginkan kebaikan, bersegeralah kamu. Wahai manusia yang inginkan kejahatan, berhentilah kamu dan bagi Allah orang yang dibebaskan dari api neraka.”

Khamis, 26 Julai 2012

Dr M diktator? Apa kata anda?

Walaupun benar, lebih 22 tahun lamanya Tun Dr Mahathir Mohamad (Dr M) memperjuangkan nasib orang Melayu menerusi kedudukannya selaku Presiden tetapi beliau tidak memimpin Umno sebagaimana Adolf Hitler memimpin Third Reich.

Dr M berusaha untuk membangunkan nasib orang Melayu yang tercicir di tanah airnya sendiri tetapi beliau tidak pernah dalam mana-mana ucapannya menganjurkan agar bangsa Melayu menjadi bangsa agung untuk seribu tahun akan datang sebagaimana Hitler mahukan bangsa Aryan (Jerman).

Di Sukan Komanwel XVI Kuala Lumpur 1998, Dr M hanya tersenyum ikhlas apabila atlet negara peserta lain berdiri di atas rostrum dan dikalungkan pingat. Malah beliau mendapat penghormatan standing ovation setiap kali kedatangannya diumumkan dan turut bersalaman dengan pemenang. Ini berbeza dengan Hitler yang enggan bersalaman dengan Jesse Owens, pemenang pingat emas acara pecut 100 meter Sukan Olimpik Musim Panas Berlin 1936.

Seingat saya, Dr M tidak pernah memanggil Watson Nyambek ke pejabatnya dan memaksa pelari pecut negara itu supaya mesti menang pingat emas sebagaimana yang Hitler lakukan ke atas atlet Jerman ketika itu bagi memastikan bangsa Aryan adalah bangsa yang tidak ada tolok bandingnya di dunia ini.

Walaupun acap kali Dr M menyebut bagaimana bangsa Melayu teraniaya sejak lebih 400 tahun dulu namun tidak ada peristiwa Holocaust berlaku sama ada ketika pemerintahannya.

Sebelum Hitler berkuasa, pendatang dan pemastautin Yahudi di Jerman menguasai ekonomi negara itu. Mereka juga mengakibatkan rakyat bangsa Jerman menghadapi pelbagai masalah di tanah air mereka sendiri. Justeru, Holocaust atau penghapusan penduduk Yahudi dalam relau gas, dalam kata-kata Hitler sendiri, The final solution to the Jewish problems.

Justeru, bagi sebilangan rakyat Malaysia yang mengatakan Dr M adalah diktator, adalah ibarat anjing yang menggigit tangan tuan yang memberikan mereka makan.

Sepatutnya, setelah dilabel ultra Melayu oleh mantan PM Singapura Lee Kuan Yew di Dewan Parlimen pada 1963, Dr M menyarung uniform tentera dan bertindak sebagai diktator tulen sebagaimana Hitler sebaik sahaja dilantik menjadi PM pada 1981.

Namun, hal ini tidak berlaku. Sebaliknya, orang bukan Melayu sendiri merasakan label ultra Melayu yang cuba dilekatkan ke atas diri beliau jauh tersasar. Dr M melayan tuntutan daripada kaum lain sekiranya ia adalah munasabah dan bermanfaat kepada rakyat umumnya.

Bermula daripada perakam waktu dan penyeragaman masa, Semenanjung dan Sabah dan Sarawak sehinggalah terbinanya pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan, Putrajaya, adalah hasil sumbangan idea dan usaha gigih beliau untuk rakyat Malaysia selama tempoh 22 tahun itu.

Saya berani katakan rata-rata rakyat di negara ini menerima manfaat daripada apa yang beliau lakukan seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya, sistem tren aliran ringan (LRT), Litar Antarabangsa Sepang dan Astro.

Untuk melaksanakan semua ini Dr M perlu bersikap tegas dan mengambil tahu dalam semua perkara, di samping memastikan semua yang dilakukan perlu mengikuti spesifikasi dan menurut apa yang dipersetujui. Sikap berdolak-dalik tidak ada dalam kamusnya.

Ketegasan dan kediktatoran adalah dua perkara yang berbeza. Sekiranya Dr M mengambil sikap diktator, maka kita tidak akan melihat roda Proton Preve tertanggal pada hari pelancaran. Malah kita akan dapat melihat bagaimana Proton ditransformasikan sehingga menjadi Ferrari atau Mercedes Benz.

Ini kerana apabila Enzo Ferrari memutuskan untuk mengeluarkan kereta maka beliau mengaplikasikan budaya National Facsist Party di bawah pimpinan diktator Benito Mussuolini yang mengutamakan semangat nasionalisme Itali. Ferrari adalah lambang kemegahan Itali.

Pernahkah anda melihat bagaimana peminat rakyat Itali seolah-olah bersolat bertikarkan bendera negara tersebut setiap kali kereta Ferrari menang perlumbaan Formula 1.

Begitu juga dengan Daimler-Benz yang membuka kilang kereta tertua di dunia dengan jenama Mercedes Benz. Semangat kesempurnaan yang mencerminkan keagungan bangsa Aryan sebagaimana yang ditanamkan Hitler terus hidup ke hari ini.

Oleh itu, tidak adil untuk melabelkan Dr M sebagai seorang diktator dan ini membuktikan kedangkalan mereka memahami apa dan siapakah sebenarnya yang dikatakan diktator.

Benar, seorang diktator ada kalanya muncul dalam sesebuah negara yang bertopengkan demokrasi dan mengamalkan pemerintahan autoritarian atau kuku besi dan membunuh rakyat sendiri seperti dilakukan Shah Iran, Hosni Mubarak dan beberapa lagi.

Mereka juga meminda undang-undang tempoh mengadakan pilihan raya dan lebih kerap memenjarakan pemimpin politik pembangkang atau menafikan mereka daripada menjadi calon.

Tanyalah pada diri sendiri, apakah Dr M melakukan semua ini? Sekiranya Dr M seorang diktator dalam bentuk yang cuba digambarkan, saya yakin tiadalah orang macam Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.-sinar

Ramadan ingatkan rezeki halal

SETIAP manusia ketika dilahirkan dari rahim ibunya mempunyai jiwa yang putih bersih dan tidak ada dosa sama ada anak itu daripada keluarga orang kaya, miskin atau penjenayah.

Rasulullah bersabda, Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih. Kedua- dua ibubapalah yang menentukan menjadi Yahudi, Kristian dan Majusi (Riwayat: Bukhari).

Berdasarkan hadis di atas ibu bapa menjadi isu utama dalam mencorak dan menentukan sama ada anak itu berpotensi menjadi baik atau sebaliknya. Persoalan besar timbul ialah mengapa terdapat sebahagian ibu bapa yang bersungguh-sungguh membimbing anak dan keluarga mereka ke arah menjadi manusia yang berguna tetapi tidak mencapai matlamatnya.

Al-Quran dan Hadis menjadi rujukan dan panduan yang baik bagi menganalisis mengapa terdapat manusia bertindak liar, kejam dan jahat. Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya Allah Taala itu baik, Dia tiada akan menerima melainkan yang baik saja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Rasul".

Allah berfirman maksudnya: "Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang soleh". Dan Allah berfirman lagi: "Wahai orang yang beriman, makanlah dari makanan yang Kami berikan kepada kamu".

Kemudian baginda menyebutkan pula "seorang lelaki yang telah belayar jauh yang kelihatan rambutnya kusut, berdebu (tidak tenteram) dan pada masa yang sama berdoa kepada Allah sedangkan makanan, minuman dan pakaiannya adalah dari sumber yang haram, maka jauh sekali doanya akan dimakbulkan" (Riwayat: Muslim).

Berdasarkan dalil di atas jelas bahawa pemakanan halal dan baik akan bertindak sebagai motivasi kepada manusia untuk melakukan perbuatan yang selari dengan perintah Allah. Oleh sebab itu Allah memerintahkan Rasul, Nabi dan umat masing-masing membiasakan diri dalam kehidupan seharian dengan mengamalkan pemakanan yang halal dan baik.

Makanan dan minuman yang halal dan baik itu menjadi punca kebersihan akal, jiwa dan batang tubuh manusia. Mereka yang membesar dan berkembang dengan sumber makanan halal dan baik akan mendorong mereka lebih berhati-hati jangan sampai terlanjur melakukan perbuatan budaya berdosa. Jika terlanjur pun dia akan segera menyesali dan bertaubat nasuha. Begitulah hebat dan mujarabnya kesan makanan halal kepada akal, jiwa dan fizikal manusia.

Dengan demikian mereka yang membiasakan diri dengan rezeki halal kuat beribadah dan menjalankan perintah Allah dengan tekun. Mereka lebih yakin dengan kehidupan kerana memperoleh ketenangan dan kedamaian selari dengan keistimewaan makanan halal yang dijamin Allah.

Manakala sumber makanan haram atau bercampur aduk antara halal dan haram sudah pasti merosakkan akal dan jiwa. Mereka senang digegarkan oleh hawa nafsu dan hasutan syaitan. Mereka lupa bahawa sesuap rezeki yang haram memasuki tubuh manusia akan menjadi darah daging di dalam tubuhnya dan akan kekal di situ buat selama-lamanya. Semakin dilalaikan semakin banyaklah yang haram meneroka ke dalam tubuh badan dan menjalar merosakkan fungsi akal dan jiwa.

Oleh sebab itu dia tidak boleh lagi membezakan perkara baik dan buruk, malah cenderung melakukan perbuatan yang bercanggah dengan hukum Allah. Dengan lain-lain perkataan akal dan jiwa itu telah digilap oleh persatuan dan susila yang salah. Malah perbuatannya mirip kepada habitat binatang dan syaitan seperti bersifat ganas, samseng dan tidak bersifat kemanusiaan. Oleh sebab itu Allah tidak menerima doa daripada mereka yang bersifat demikian.

Apa yang nyata mereka yang mempunyai akal dan jiwa tercemar sentiasa berada dalam keadaan cemas, gelisah dan hidup sentiasa tertekan kerana sumber motivasi hidupnya berada di laluan yang salah dan gagal memenuhi piawaian fitrah penciptaan manusia.

Jika tekanan hidup ini berterusan, maka ia akan menjejaskan dan memberi kesan buruk kepada kesihatan seperti mengalami pelbagai penyakit kronik yang sukar diubati.

Kajian perubatan telah mengesahkan bahawa tekanan hidup yang berterusan menjejaskan kesejahteraan manusia. Berdasarkan pemerhatian terdapat perkaitan yang kuat bahawa sumber rezeki mempengaruhi akhlak manusia.

Oleh itu untuk kebaikan zuriat, keluarga dan survival akhlak keturunan, maka ibu bapa dan umat Islam seluruhnya hendaklah memastikan sumber rezeki harian itu adalah halal.

Ternyata bahawa makanan menjadi salah satu isu utama dalam mempengaruhi pembentukan akhlak manusia. Bagi merawat isu ini, maka Islam telah menetapkan agenda khusus dalam bulan Ramadan untuk membaik pulih tabiat makan manusia.

Langkah yang diambil oleh ajaran Islam dalam merawat isu pemakanan ini amat tepat kerana setiap keluarga menyediakan peruntukan kewangan yang besar dalam penyediaan makanan.

Bonus Aidilfitri ½ bulan gaji, Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan terima bayaran 9 Ogos


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus raya ½ bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini.

Pemberian bonus raya dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus raya dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Najib berkata pemberian bonus raya dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Najib berkata pembayaran bonus raya kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

Rabu, 25 Julai 2012

Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad: Kejatuhan Mata Wang 1997

Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad – Pada Mei tahun itu (1997), saya mengambil keputusan untuk bercuti selama dua bulan dan menyerahkan tanggungjawab kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pemangku Perdana Menteri. Saya menganggap ini sebagai satu peluang baik untuk memerhati bagaimana beliau menjalankan tugas kerana saya sudah pun berfikir untuk bersara pada tahun berikutnya. Saya mahu pastikan yang apabila Anwar mengambil alih, beliau mampu mentadbir negara dengan baik.

Ketika berada di Bledisloe dalam daerah Cotswolds, England, saya menerima berita mengenai serangan ke atas baht Thailand oleh peniaga mata wang. Apa yang berlaku adalah ahli perniagaan Thai telah meminjam sejumlah besar mata wang asing pada kadar faedah yang rendah berbanding pinjaman dalam mata wang baht.

Mereka boleh membuat keuntungan segera daripada perbezaan dua kadar faedah itu dengan syarat nilai baht stabil. Peniaga mata wang antarabangsa adalah orang yang mencari keuntungan dengan memerhati dan mengambil kesempatan daripada ketidakwajaran dan kelemahan seperti yang berlaku di Thailand ketika itu. Ia diibarat pucuk dicita ulam mendatang kepada kegiatan mereka.

Mereka menyebarkan berita kononnya nilai baht terlalu tinggi dan pertumbuhan ekonomi negara itu mustahil dapat dipertahankan. Mereka kemudian menjual sejumlah besar baht menyebabkan nilainya merosot berbanding dolar Amerika. Kejatuhan nilai baht menyebabkan orang Thai yang meminjam dolar menghadapi kesulitan.

Mereka terpaksa mendapatkan lebih banyak baht bagi membayar balik pinjaman mata wang asing mereka kerana kalau keuntungan perniagaan mereka tidak mencukupi, mereka mungkin tidak dapat membayar balik pinjaman.

Sekiranya mereka gagal membayar balik hutang maka terbukti benarlah dakwaan peniaga mata wang bahawa ekonomi Thai lemah.

Kemudian mereka melambakkan lebih banyak baht menyebabkan nilainya merudum lagi. Maka semakin ramailah orang Thai yang meminjam mata wang asing gagal membayar balik hutang mereka. Sementara itu, peniaga tersebut kelihatan seolah-olah mereka tidak ada kaitan langsung dengan krisis berkenaan. Apa yang mereka lakukan hanyalah sekadar bertindak balas. Hakikatnya, merekalah yang mencetuskan malapetaka itu.

Kitaran tindakan kejam (vicious cycle) ini pantas merebak. Lebih teruk nilai baht menyusut, lebih ramai peminjam yang gagal membayar balik hutang dan semakin lemah pula ekonomi Thailand.

Kerajaan Thai cuba membeli baht bagi mempertahankan nilainya dengan menggunakan rizab dolar. Bagaimanapun, peniaga mata wang nampaknya memiliki bekalan baht yang tidak terbatas untuk terus dilambakkan dalam pasaran.

Akhirnya, kerajaan Thai dibebani rizab baht yang banyak, tetapi bernilai rendah manakala simpanan mata wang asingnya merosot teruk. Ini mencetuskan satu lagi pusingan penjualan baht apabila ia menjadi lebih lemah akibat tanggapan bahawa ia tidak disokong oleh rizab mata wang asing yang secukupnya.

Apabila saya pulang daripada bercuti pada bulan Ogos, di Thailand sangat teruk. Kita mengambil keputusan untuk meminjamkan mata wang utama bagi memperkuatkan rizab antarabangsanya, tetapi tidak berhasil. Nilai baht terus jatuh.

Kewangan Malaysia berada dalam keadaan baik pada masa itu kerana kerajaan dan peniaga tidak perlu meminjam dengan banyak mata wang asing. Kadar faedah kita sentiasa rendah dan pinjaman mata wang asing tidak akan memberikan apa-apa kelebihan. Rizab mata wang asing Bank Negara juga mencukupi, setidak-tidaknya cukup untuk menyokong ringgit kalau diserang. Namun, itu hanyalah andaian.

Kita juga tidak membuatkan diri kita terdedah seperti orang Thai dengan meminjam mata wang asing dan berurus niaga dengan peniaga mata wang, jadi apa yang harus kita bimbangkan?

Kemudian kita mula mendengar mengenai jangkitan kewangan, iaitu bagaimana masalah jiran kita mungkin menjangkiti kita. Walaupun ekonomi dan kewangan kita nampak sihat, ringgit mungkin akan diserang juga.

Kalau peniaga mata wang mencetuskan kehilangan keyakinan terhadap Malaysia, nilai ringgit akan turut jatuh. Saya langsung tidak faham mengapa hal seperti ini harus berlaku, tetapi pakar ekonomi pasti ia akan terjadi.

Mereka betul. Peniaga mata wang mula menjual ringgit secara besar-besaran menyebabkan nilainya merosot. Sebelum serangan itu bermula pada pertengahan 1997, kadar mata wang kita ialah RM2.50 bagi satu dolar Amerika. Bagaimanapun, menjelang hujung tahun nilai ringgit tinggal separuh sahaja. Kita tidak tahu siapa yang menjual ringgit atau kepada siapa mereka menjualnya.

Saya diberitahu mengenai seorang lelaki bernama George Soros yang pernah menyerang paun British dan lira Itali. Kedua-dua buah negara itu menghadapi saat genting mempertahankan mata wang mereka yang disusutkan nilainya secara paksa.

Tanpa mengetahui peniaga mana yang terbabit, saya mengandaikan bahawa Soros adalah salah seorang daripadanya. Tidak kira siapa mereka, saya amat marah.

Bagaimanakah orang luar boleh dengan sewenang-wenangnya memiskinkan negara dan rakyat kita? Bagaimanakah mereka tergamak berbuat demikian secara sedar dan sengaja? Sekalipun itu bukan tujuan utama mereka, mengapakah mereka memilih untuk menjahanamkan kita sebagai produk sampingan strategi perniagaan mata wang mereka? Semua ini tidak masuk akal kepada saya, sama ada dari segi ekonomi mahupun moral.

Rakyat Malaysia, khususnya golongan peniaga mula merasai kesan penurunan nilai ringgit. Pengimport misalnya, tidak dapat mengumpulkan cukup ringgit untuk membeli dolar yang mereka perlukan bagi membayar kos barangan yang dipesan daripada pembekal asing. Akibat kekurangan wang, mereka gagal membayar balik hutang.

Rakyat Malaysia yang gemar ke luar negara pula mendapati kos perjalanan mereka terlalu mahal. Eksport kita biasanya menggunakan dolar. Jadi, dengan kenaikan nilai dolar kita sepatutnya memperoleh lebih banyak mata wang ringgit daripada eksport.

Pembeli asing pula mahu membayar harga yang lebih rendah untuk eksport kita. Mereka mendakwa kos pengeluaran kita telah berkurangan kerana nilai ringgit merosot. Apa yang mereka tidak sebut adalah, akibat kenaikan nilai dolar maka bahan mentah, komponen dan barangan modal (capital goods) yang kita import menjadi lebih mahal.

Kejatuhan nilai ringgit tidak menjadikan kita lebih berdaya saing, terutama jika dibandingkan dengan jiran kita yang nilai mata wang mereka juga jatuh.

Kita berasa tidak berdaya apabila nilai ringgit terus merosot dan ekonomi menuju ke arah kemelesetan. Sebelum itu, selama hampir 10 tahun berturut-turut, ekonomi kita berkembang pada kadar lapan peratus setahun.

Kini, kita berdepan dengan kemungkinan pertumbuhan negatif. Saya tidak boleh berkata apa-apa mengenai peniaga mata wang – setiap kali saya membuat kenyataan terbuka, nilai ringgit jatuh lagi.

Pada 17 Jun 1997, sebelum serangan ke atas mata wang Asia bermula, Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa atau International Monetary Fund (IMF) waktu itu, Michael Camdessus memuji Gabenor Bank Negara kerana pengurusan ekonomi dan kewangan Malaysia yang baik.

Pujian itu dibuatnya pada Majlis Hal Ehwal Ekonomi Dunia, Los Angeles. Katanya: “Malaysia adalah negara contoh di mana pihak berkuasanya sedar mengenai cabaran menguruskan tekanan akibat pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan mengekalkan sistem kewangan yang sihat di tengah-tengah pengaliran masuk modal yang banyak dan pasaran hartanah berkembang pesat.”

Inflasi, kata beliau, adalah rendah dan tukaran ringgit kekal pada kadar RM2.50 kepada AS$1 untuk jangka masa yang lama. Ringgit, tambah beliau lagi, adalah mata wang yang benar-benar kukuh yang mencerminkan kemantapan kewangan Malaysia.

Namun, apabila serangan ke atas mata wang Asia berlaku, orang yang sama berkata ekonomi kita terlalu panas dan ini menyebabkan mata wang kita merudum diserang oleh peniaga mata wang. Saya tidak percaya yang nilai ringgit susut kerana ekonomi kita lemah atau kerana pasaran hilang keyakinan terhadap Malaysia.

Saya membeli beberapa buah buku mengenai perniagaan mata wang untuk lebih memahami mekanismenya. Saya yakin punca kejatuhan ringgit adalah dagangan mata wang bukannya ekonomi atau mata wang kita.

Saya pernah bertemu dengan Camdessus sebelum itu dan beliau nampaknya seorang yang baik. Anwar yang ketika itu adalah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri lebih kerap berjumpa beliau.

Saya meminta Anwar merayu kepada Camdessus supaya berusaha menghentikan dagangan mata wang. Saya berkata, kegiatan itu tidak perlu dan merosakkan ekonomi negara membangun. Saya tidak tahu sama ada Anwar menyatakan atau tidak hal itu kepada Camdessus, tetapi tidak ada usaha diambil bagi menghentikan kegiatan tersebut.

Bagi saya, mendagangkan mata wang seolah-olah ia satu barangan adalah tidak masuk akal sama sekali. Kopi, gula, getah dan seumpamanya adalah barangan sebenar dan mempunyai kegunaan yang sahih, tetapi mata wang tidak mempunyai nilai secara sendiri. Ini adalah perantara bagi mendapatkan komoditi sebenar. Ia tidak boleh digunakan dengan cara lain dan tidak boleh dimakan.

Kita bukan lagi berada pada Zaman Pertengahan (Middle Ages) di mana ekonomi Eropah tidak mempunyai sebarang mata wang yang diyakini. Ketika itu, peniaga-peniaga di pasar Perancis menggunakan lada hitam dari Asia Tenggara sebagai mata wang dan pertukaran barang. Hari ini, kita guna lada hitam dan rempah ratus untuk menambah kesedapan makanan dan kita guna wang untuk membeli-belah.

Saya teringat pernah membaca mengenai orang Brazil mencampakkan kopi keluaran mereka ke dalam laut sewaktu bekalan bahan itu berlebihan dan harganya murah. Ia bertujuan untuk mewujudkan kekurangan bekalan dan dengan itu dapat menaikkan harganya.

Bagaimanapun, apakah kita perlu mencampak atau membakar wang untuk menaikkan nilainya? Dalam hal mata wang, keadaan sebenar yang berlaku adalah lebih teruk kerana wujud lebih banyak wang dalam edaran berbanding yang diterbitkan oleh bank pusat dan lembaga mata wang.

Bekalan yang berlebihan itu berlaku kerana bukan mata wang sahaja digunakan untuk jual beli, tetapi juga cek, kad kredit dan pemindahan elektronik. Jumlah yang diwakili oleh instrumen tersebut pastinya melebihi jumlah mata wang kertas yang dikeluarkan dan berada dalam edaran. Hakikatnya, wang sudah bertukar bentuk menjadi maya (virtual).

Apabila menoleh ke belakang sekarang, jelaslah saya menerima secara literal klise ekonomi, iaitu wang adalah darah daging kepada sistem kewangan dan ekonomi.

Sebagai seorang doktor, saya tahu tentang wujudnya sejumlah darah yang berpusing dalam badan seseorang pada setiap masa (walaupun kadangkala ia terpaksa ditambah melalui pemindahan darah).

Bagaimanapun, saya belajar untuk tidak mengguna pakai kiasan itu secara literal dalam hubungannya dengan ekonomi. Wang bukan macam hutang kerana wujud lebih banyak hutang daripada jumlah wang dalam edaran bagi menyokong dan menyukatnya. Cara pakar ekonomi berfikir berbeza daripada doktor. Bagi mereka, dua campur dua kadangkala boleh menjadi lebih daripada empat.

Setelah Amerika Syarikat muncul daripada Perang Dunia Kedua sebagai kuasa tentera dan ekonomi dominan, dunia menerima dolarnya sebagai mata wang rasmi bagi perdagangan antarabangsa dan juga sebagai mata wang rizab.

Perjanjian Bretton Woods (1) telah menetapkan nilai dolar pada kadar AS$35 bagi setiap auns emas. Kemudian, semua negara menetapkan nilai mata wang mereka berdasarkan nilai dolar yang pada asasnya bermakna nilai emas.

Ekonomi dunia selepas perang kembali pulih dalam jangka masa peraturan itu dikuatkuasakan. Bagaimanapun, apabila pada 1971, Amerika keluar daripada piawaian emas, umumnya bagi membiayai kos perbelanjaan Perang Vietnam yang bertimbun, maka kedudukan mata wang dunia menjadi tidak stabil. Kuasa pasaran kini menentukan kadar tukaran mata wang dan kebanyakannya “terapung” dalam hubungan antara satu sama lain.

Bagi saya, tindakan ini merosakkan kedaulatan nasional dan menyebabkan negara terdedah kepada kezaliman pasaran serta ketamakan manusia. Orang tamak tidak akan peduli tentang kebajikan orang lain, dan pastinya juga tidak peka kepada keperluan negara membangun. Mereka akan menjahanamkan mana-mana negara dan memiskinkan penduduknya atas nama keuntungan.

Kita terpaksa menerima keadaan itu walaupun kita tahu mekanisme dan kuasa pasaran boleh dimanipulasikan. Ia tidak mengambil masa yang lama bagi spekulator untuk mula menyalahgunakan sistem berkenaan. Sebelum itu, mereka telah mencipta kaedah jualan singkat komoditi dan saham. Kini, mereka mencipta pula jualan singkat mata wang.

Mereka mengaut keuntungan besar dengan membuatkan negara muflis, terutama negara membangun. Tindakan mereka ini jelas satu pembunuhan kewangan. Mereka menubuhkan dana lindung nilai atau hedge fund dan mempelawa golongan kaya untuk mencarum. Umumnya, pulangan yang diterima jauh lebih besar daripada pelaburan lain, tetapi operasi dana itu tidak menghasilkan apa-apa yang boleh digunakan oleh pasaran atau orang ramai.

Paling tidak pun tindakan yang boleh diambil adalah mengawal selia kegiatan tersebut, tetapi masalahnya orang yang menuntut ketelusan bagi setiap urusniaga dan rancangan orang lain itu sendiri yang membenarkan operasi dana diselubungi misteri. Bukankah pelabur serius tidak akan sanggup mengambil risiko ke atas wang mereka dalam kegiatan yang penuh rahsia?

Namun, pengendalian dana tersebut terus dibenarkan menjadi satu misteri. Siapakah peniaga itu? Daripada manakah mereka memperoleh modal? Berapa banyak mereka meminjam? Kepada siapa mereka menjualnya dan siapa yang membeli mata wang yang mereka jual itu?

Kita tidak tahu jawapan kepada semua soalan ini. Dana itu boleh diniagakan sehingga 20 kali ganda modalnya. Bagi pengurus tabung ini, perkara paling penting dalam ekonomi adalah perluasan hutang yang jauh melebihi bekalan mata wang sehingga tidak ada kaitan lagi antara kedua-duanya. Kesan operasi mereka mengakibatkan kebinasaan.

Camdessus adalah orang Perancis, dan saya dengar beliau bersahabat dengan Presiden Chirac. Jadi, disebabkan saya kenal baik dengan Chirac maka saya menulis kepada beliau mengenai penjarahan oleh peniaga mata wang dan saya meminta beliau bercakap dengan Camdessus agar membantu menghentikan kegiatan itu.

Kemudian, sewaktu Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel atau Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) di Edinburgh, Scotland pada 1997, saya bertemu Tony Blair yang baru sahaja menjadi Perdana Menteri Britain bagi membincangkan perkara itu. Saya menjelaskan dengan panjang lebar kesan mata wang dan meminta beliau membawa perkara itu kepada IMF. Bagaimanapun, segala usaha saya di peringkat itu tidak menghasilkan apa-apa.

Sebelum itu, Malaysia memperoleh sedikit pengalaman dalam perniagaan mata wang. Kita mengambil bahagian dalam kegiatan itu bagi memastikan nilai rizab antarabangsa kita tidak susut akibat naik turun nilai mata wang yang kita simpan.

Ketika itu kita hanya berurusan dengan menggunakan mata wang negara-negara maju sahaja. Seperti mana orang lain, kita juga membuat spekulasi, tetapi tidak memanipulasi. Apa yang kita lakukan adalah memperincikan risiko yang kita ambil, tetapi apabila salah satu spekulasi kita songsang, kita telah kehilangan sejumlah besar wang. Selepas pengalaman itu, kita keluar daripada perniagaan mata wang.

Pada September 1997, saya dijemput berucap pada mesyuarat tahunan Bank Dunia dan IMF di Hong Kong. Saya mengambil kesempatan membelasah peniaga mata wang dengan menuduh mereka telah memiskinkan lagi negara-negara yang sedia miskin di dunia. Saya menyebut nama Soros sebagai salah seorang peniaga yang memanipulasi mata wang negara-negara Asia Tenggara dan menggangu gugat pembangunan mereka.

Hari berikutnya, Anwar berucap pada mesyuarat yang sama. Ketika itu, saya sudah berlepas ke Sabah dan beliau menelefon saya. Nada suaranya seperti orang marah. Beliau memberitahu saya bahawa ucapan saya menyebabkan nilai ringgit bertambah susut, cuma beliau tidak memberitahu saya agar jangan bercakap lagi. Namun, saya terus mengkritik IMF dan peniaga mata wang.

Dalam satu perjumpaan di Santiago, Chile, saya mengulangi kutukan ke atas mereka dan sekali lagi nilai ringgit jatuh. Perkembangan itu membuktikan kepada saya bahawa peniaga mata wang adalah punca yang menekan turun nilai ringgit.

Ia tidak mungkin disebabkan oleh reaksi pasaran kerana tindak balasnya begitu pantas. Ini juga bukan disebabkan persetujuan am pasaran, tetapi kerja beberapa pemain utama yang mempunyai pengaruh besar terhadap pasaran. Dan atas alasan mereka yang tersendiri, saya mendapati sesetengah orang sengaja cuba menyekat saya daripada bercakap mengenai peniaga mata wang.

Di dalam negara, Anwar memulakan apa yang dikenali sebagai “penyelesaian IMF tanpa IMF.” Pada dasarnya, kita tidak dilanda masalah ekonomi yang teruk. Kita tidak perlu meminjam daripada IMF bagi melangsaikan hutang luar kerana kita tidak banyak berhutang. Antara hutang yang ada masih belum sampai masanya untuk dibayar balik. Hutang yang telah sampai masanya untuk dibayar balik pula sudah pun kita langsaikan.

Namun, sama ada kita perlu meminjam daripada IMF atau tidak, Anwar berpendapat bahawa Malaysia perlu menerima nasihat IMF. Beliau percaya bahawa untuk mengekalkan keyakinan antarabangsa terhadap pengurusan ekonomi kita, kita perlu melakukan apa yang diberitahu oleh mereka dan menguruskan ekonomi kita mengikut cara yang mereka kehendaki.

Anwar berpendapat yang ubat IMF adalah baik untuk kita dan akan membantu kita pulih daripada penyakit antarabangsa walaupun kita sebenarnya belum lagi jatuh sakit. Jadi, beliau menaikkan kadar faedah dan memotong perbelanjaan kerajaan.

Saya memberi amaran kepada Anwar yang tindakannya itu mungkin menyebabkan kerajaan kehilangan hasil yang diperlukan bagi membayar gaji kakitangan awam.

Beliau juga cuba memendekkan tempoh ingkar pembayaran balik hutang daripada enam bulan kepada tiga sebelum mengisytiharkannya sebagai hutang lapuk. Ini sekaligus menaikkan nisbah hutang lapuk bank dan menyebabkan ramai peminjam muflis. Perniagaan merosot. Penyakit yang kita cuba elakkan, muncul.

Ubat IMF gagal menghalang penyakit itu, sebaliknya menjadi punca penyakit. Dalam pada itu pun, Anwar tetap meneruskan dasar pro-IMF beliau.

Ekonomi kita jelas menuju ke arah kemelesetan. Banyak syarikat muflis manakala yang lain gagal melangsaikan hutang bank, lebih-lebih lagi selepas Anwar memendekkan tempoh ingkar bayar hutang daripada enam bulan kepada tiga dan menaikkan kadar faedah kepada 12 peratus.

Kita memutuskan supaya ditubuhkan sebuah badan operasi seperti Majlis Gerakan Negara yang ditubuhkan untuk menangani kesan rusuhan kaum pada 1969. Bagi mengurangkan perbalahan politik maka kita menjemput semua Ketua Menteri dan Menteri Besar, termasuk daripada PAS untuk menganggotai sebuah badan yang kita panggil Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) (2). Pemimpin kesatuan sekerja dan perniagaan serta ketua badan pemikir juga diajak bersama.

Dengan itu, kita dapat menjelaskan kepada mereka masalah yang dihadapi oleh negara dan mendengar pandangan mereka mengenai cara menanganinya. Bagaimanapun, disebabkan bilangan ahli yang ramai maka Majlis itu tidak dapat bermesyuarat lebih kerap. Jadi, saya memutuskan supaya diwujudkan sebuah panel penasihat kecil untuk memantau perkembangan, di samping mencadangkan cara mengatasinya.

Ia perlu disokong oleh keseluruhan Kabinet walaupun hanya sebilangan Menteri sahaja yang menganggotainya. Mujurlah Kabinet tidak mempersoalkan bidang kuasa atau syarat-syarat penubuhan badan yang berpengaruh itu.

Anggota panel penasihat termasuklah Anwar; Datuk Mustapa Mohamed, iaitu seorang ahli ekonomi yang dihormati dan kini berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman; Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Samsuddin Hitam; Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Fong Weng Phak (entah apa sebabnya, Gabenor tidak pernah menghadiri mesyuarat kami); Ketua Unit Perancangan Ekonomi, Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman; Oh Siew Nam, seorang eksekutif sektor swasta yang arif mengenai perbankan dan pasaran kewangan serta Ketua Pengarah ISIS, Tan Sri Dr Noordin Sopiee.

Panel penasihat kecil itu bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga jam setiap pagi di pejabat saya. Kami meneliti semua perangkaan mengenai ekonomi dan mentauliahkan penyelidikan berhubung sebarang isu yang kami rasa mungkin mempengaruhi prestasi ekonomi atau prospek negara.

Kami memanggil pakar bagi memberi penerangan dan membuat cadangan mengenai perkembangan semasa. Kami mendengar banyak taklimat dan sering membuat keputusan mengenai apa yang perlu dilakukan.

Mujurlah kita tidak mengalami ketegangan sosial sewaktu krisis kewangan. Rakyat Malaysia mungkin telah terjejas teruk akibat krisis tersebut, tetapi keganasan bukanlah tindak balas mereka. Pada masa yang sama, kita sedang membuat persiapan akhir bagi Sukan Komanwel yang akan diadakan pada tahun berikutnya, jadi, kita tidak mampu untuk menghadapi sebarang bentuk ketidakstabilan.

Sambil menangani krisis itu, saya meneruskan tugas ke luar negara untuk melaksanakan usaha ekonomi dan diplomatik. Saya berada di Buenos Aires, Argentina apabila saya tiba-tiba teringat kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mengetuai operasi perniagaan mata wang Bank Negara sewaktu kita mengalami kerugian.

Saya ternampak beliau sedang berjalan-jalan di Kuala Lumpur sebelum saya berlepas ke Buenos Aires. Wajah beliau muncul dalam fikiran saya dan saya memutuskan yang beliau mungkin boleh memberi penjelasan mengenai perniagaan mata wang serta mencadangkan cara untuk mengatasinya.

Urus niaga mata wang asing kita yang merugikan itu mungkin boleh menghasilkan suatu kebaikan dan menyelamatkan kita pada saat-saat kita dikepung oleh peniaga mata wang.

Perkara itu amat mendesak dan saya tidak boleh menunggu sehingga pulang ke tanah air, lalu saya meminta pejabat saya mencari dan menerbangkan Nor Mohamed ke Argentina. Tidak lama selepas itu, beliau dan saya duduk di dalam bilik hotel saya dan beliau menjelaskan selok-belok perniagaan mata wang serta sebab kita mengalami kerugian.

Saya bertanya, apakah pengajaran daripada pengalaman itu yang boleh kita gunakan untuk mengatasi masalah yang sedang kita hadapi?

Beliau mencadangkan agar kita mengenal pasti beberapa buah institusi yang memiliki sumber kewangan yang besar dan menubuhkan sebuah tabung khas untuk membeli ringgit. Kita terima cadangan itu dan melaksanakannya.

Namun, sekali lagi kita tidak dapat melawan kekuatan peniaga mata wang. Mereka boleh membuat spekulasi sehingga 20 kali ganda modal mereka dan kita mungkin kehabisan rizab antarabangsa kalau kita cuba melawan mereka dengan cara itu. Kita bukan berdepan dengan sebuah dana spekulasi mata wang, tetapi beberapa buah.

Ternyata percubaan kita itu gagal. Saya tahu yang Nor Mohamed berpengetahuan lalu memutuskan untuk melantik beliau menjadi Penasihat Kewangan saya dan salah seorang anggota MTEN.

Kita mengajukan banyak soalan kepada beliau dalam usaha untuk memahami dan mengawal perniagaan mata wang. Saya perlu memahami sedalam-dalamya mengenai sistem perbankan dan kewangan, dan Nor Mohamed berjaya memperjelaskan semuanya.

Disebabkan kita tidak faham selok-beloknya maka kita telah memperkenalkan langkah-langkah yang terbukti tidak berkesan. Pada satu peringkat, terlintas dalam fikiran saya untuk menurunkan nilai ringgit dan menaikkan gaji bagi mengimbangi kesan penyusutan nilainya.

Apabila saya membincangkan idea itu dengan beberapa orang kawan dan Menteri, mereka berkeras mengatakan bahawa ia tidak akan berkesan. Namun, saya terus yakin mesti ada sesuatu yang boleh dilakukan secara sah oleh kerajaan bagi menghentikan manipulasi mata wang kita. Sehingga saat itu, saya masih beranggapan yang mata wang sebenar telah bertukar tangan dalam urus niaga berkenaan.

Saya masih belum memahami perdagangan mata wang yang dijalankan dalam bentuk abstrak dan maya serta bagaimana transaksi atas kertas yang bernilai berbilion-bilion dolar boleh mengalir merentasi dunia dengan lebih pantas berbanding kita membayar RM10 untuk membeli sayur di pasar.

Itulah sebabnya apabila kita diberitahu yang mata wang kita dibawa keluar, kita menyangka orang yang terlibat benar-benar membawa wang kita ketika mereka keluar dari Malaysia. Jadi, kita meminta pegawai kastam di pintu keluar supaya memeriksa beg pengembara. Kita kehairanan kerana tidak ada wang tunai yang cuba dibawa keluar.

Bagaimanapun, kita mendapati jumlah wang dalam edaran di Malaysia berkurangan dengan begitu banyak dan berjuta-juta ringgit Malaysia telah mengalir ke Singapura. Atas sebab itulah kita meminta kerajaan Singapura mendepositkan sejumlah pegangan ringgit mereka ke dalam bank Malaysia.

Kita juga hairan bagaimana peniaga mata wang di luar Malaysia boleh memiliki berbilion ringgit duit kita untuk dijual. Saya tertanya-tanya dari mana penyerang mata wang antarabangsa itu memperoleh ringgit?

Mereka melakukan jualan singkat dengan mengikat kontrak untuk menyerahkan ringgit yang sebenarnya tidak mereka miliki. Bagaimanapun lambat-laun mereka perlu juga membuat penyerahan.

Saya bertanya kepada Nor Mohamed bagaimana sejumlah besar mata wang kita boleh meninggalkan Malaysia tanpa dikesan dan bagaimana peniaga boleh membawa keluar berbilion-bilion ringgit. Kita juga tidak mempunyai rekod pembelian ringgit sebelum mereka mula memperdagangkannya sebagai satu komoditi dan dalam proses itu merosakkan kestabilan kadar tukarannya.

Pada satu peringkat, saya membuat kesimpulan bahawa mereka tentu telah membeli sejumlah besar ringgit sebelum memperdagangkannya di pasaran.

Nor Mohamed menjelaskan kepada MTEN bahawa sebenarnya tidak ada wang tunai yang dipindahkan. Sejuta ringgit, walaupun dalam bentuk wang kertas RM100, sudah cukup berat untuk diangkut. Jadi, tentulah mustahil untuk memindahkan ratusan juta ringgit, apatah lagi berbilion ringgit. Lagipun, ringgit hanya sah diperlakukan di Malaysia. Ia tidak boleh digunakan di luar negara.

Bank dan penukar wang di negara lain mungkin menerima ringgit untuk ditukarkan dengan mata wang tempatan, tetapi jumlahnya kecil sahaja. Di penghujungnya, mereka pasti memulangkan mata wang kertas itu kepada Malaysia untuk ditukarkan dengan mata wang pilihan mereka. Bagaimanapun, ini jelas tidak berlaku. Kalau berlaku pun, kita tentu dapat melihat barisan van perisai berulang-alik di antara Singapura dan Malaysia.

Jadi, apakah mata wang yang diperdagangkan sebenarnya? Nor Mohamed menjelaskan bahawa tidak ada wang yang terlibat secara fizikal. Sebaliknya wang sebenar ada di dalam bank-bank Malaysia, kebanyakannya di dalam akaun pemilik wang itu.

Saya bertanya kepada kepada Nor Mohamed apa yang berlaku apabila wang itu dijual atau dibeli. Menurut beliau, sejumlah kecil daripadanya mungkin dimasukkan ke dalam bank atau diambil sebagai tunai. Namun, biasanya wang itu dikreditkan ke dalam akaun penerima atau didebitkan daripada akaun pembayar. Tidak ada transaksi wang tunai berlaku sama sekali. Jual beli dibuat di atas kertas semata-mata. Yang berubah hanyalah angka-angka di dalam akaun bank.

Apabila ringgit didagangkan, tidak ada wang yang menyeberangi sempadan. Dalam erti kata lain, tidak ada wang yang keluar dari Malaysia ataupun masuk ke dalam Malaysia secara fizikal. Proses itu mungkin rumit sedikit bagi dagangan yang melibatkan akaun mata wang asing di bank-bank asing. Begitu pun, ringgit yang diperdagangkan tidak akan sama sekali meninggalkan Malaysia.

Saya sedar bahawa itu mestilah caranya. Jadi, kita meminta Bank Negara menarik balik wang kertas bernilai RM500 dan RM1,000 bagi menyekat orang ramai menyeludup keluar wang. Bagaimanapun, apa yang sebenarnya berlaku selama ini adalah ringgit Malaysia yang diperdagangkan itu kekal di dalam akaun orang asing di bank-bank Malaysia. Disebabkan wang itu dimiliki oleh orang asing, maka kita tidak boleh menggunakannya.

Ini adalah sesuatu yang baru kepada saya. Saya bukan seorang ahli perbankan dan urusan saya dengan bank juga terhad. Saya selalu membuat pembayaran menggunakan cek tanpa memikirkan bagaimana angka di dalam akaun saya berubah. Transaksi saya umumnya kecil dan diuruskan oleh pembantu peribadi saya.

Saya mula berasa gerun apabila menyedari yang saya telah membelanjakan begitu banyak wang negara tanpa mengetahui apa-apa mengenai operasi bank. Namun, sejak mempelajari bahawa ringgit yang diperdagangkan itu tidak pernah keluar dari Malaysia secara fizikal dan jual belinya hanya membabitkan pemindahan hak milik daripada satu akuan kepada akaun yang lain di dalam bank, maka saya mula berfikir bagaimana kerajaan boleh menggunakan kuasa kawalan Bank Negara ke atas bank-bank di Malaysia untuk menghentikan perniagaan mata wang.

Saya yakin ramai rakan-rakan saya di dalam MTEN tahu bahawa sistem kewangan mewujudkan lebih banyak kredit berbanding mata wang yang dikeluarkan oleh bank pusat. Bagaimanapun, mereka tidak nampak bagaimana maklumat itu mungkin boleh membantu mewujudkan kawalan rasmi ke atas perdagangan mata wang. Mungkin ada baiknya juga kejahilan saya mengenai sistem kewangan sebelum ini kerana ia memberi saya peluang untuk melihat dengan persepktif baru tentang bagaimana boleh menggagalkan peniaga mata wang.

Saya bertanya Nor Mohamed sama ada kerajaan boleh mengarahkan bank agar tidak memindahkan hak milik apabila peniaga mata wang membeli dan menjual ringgit. Beliau menjawab, boleh. Saya pun memikirkan kemungkinan untuk melaksanakannya.

Serentak itu, Tun Daim, Nor Mohamed dan ahli-ahli perbankan di dalam MTEN mula membincangkan kemungkinan menyekat peniaga mata wang daripada memperoleh ringgit. Pada masa yang sama, kita perlu menghentikan jual beli saham syarikat Malaysia melalui Central Limit Order Book (CLOB) di Singapura atau apa yang disebut sebagai dagangan “atas kaunter.”

Ia diwujudkan oleh Singapura untuk meneruskan kegiatan jual beli saham-saham Malaysia selepas kita memisahkan bursa saham kita daripada bursa saham Singapura pada 1989. Urus niaga CLOB menyebabkan harga saham kita merosot terus-menerus.

Indeks Komposit kita, iaitu Kuala Lumpur Composite Index (KLCI) berada di sekitar 1,200 mata apabila serangan ke atas ringgit bermula. Bagi mengelakkan kehilangan wang yang dilaburkan di Malaysia, maka pelabur asing berpusu-pusu keluar dengan menjual saham milik mereka dan menukar ringgit yang mereka peroleh kepada dolar Amerika atau mata wang lain.

Penjualan ini menyebabkan kejatuhan harga saham kita menjadi lebih teruk. Pada satu peringkat, ia jatuh sehingga di bawah 300 mata. Modal pasaran saham yang disenaraikan di bursa saham kita tinggal satu perempat sahaja daripada nilai sebelum krisis.

Kita mendapati bahawa saham yang diniagakan melalui CLOB telah didaftarkan atas nama syarikat-syarikat pemegang amanah. Amalan ini sah dari segi undang-undang, tetapi apabila saham itu dijual dalam lingkungan syarikat pemegang amanah maka pemilikannya tidak berubah; ia kekal dalam tangan syarikat pemegang amanah terbabit. Atas dasar itu maka jual-beli tersebut tidak perlu dimaklumkan kepada Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Yang menjadi masalah adalah penjualan berterusan saham-saham itu menyebabkan harganya jatuh. BSKL tidak dapat berbuat apa-apa mengenai kegiatan CLOB. Transaksi saham-saham Malaysia di CLOB tidak perlu didaftarkan dengan BSKL selagi ia kekal sebagai urusan atas kertas oleh syarikat pemegang amanah yang sama.

Kita perlu menghentikan amalan itu dan memutuskan bahawa tidak ada jual-beli akan diiktiraf kecuali pemilik sebenar mendaftar dengan BSKL. Kegagalan mereka berbuat demikian boleh menyebabkan transaksi berkenaan tidak diiktiraf dan saham yang terlibat, dari segi undang-undang akan dianggap sebagai hak milik penjual.

Sebaik sahaja kita mengenakan syarat itu, saham-saham tidak mungkin boleh diniagakan lagi di CLOB tanpa mendaftarkannya dengan BSKL. Tiada siapa akan membeli kalau saham itu tidak menjadi milik mereka dari segi undang-undang. Ini memaksa pemilik sebenar untuk mendaftar urus niaga mereka dengan BSKL sebagai syarat untuk mendapatkan pengiktirafan.

Tindakan kita itu berjaya menamatkan peranan syarikat pemegang amanah sebagai orang depan dalam perdagangan CLOB. Semua pemilik perlu mendaftar dengan BSKL. CLOB tidak lagi berperanan menjual-beli saham Malaysia. Ia terpaksa ditutup.

Sementara itu, kita juga memutuskan untuk menambat ringgit kepada dolar Amerika – satu langkah yang pastinya menimbulkan kontroversi. Bagaimanapun, kita perlu menentukan kadar tukaran ringgit sebaik sahaja selepas mengarahkan bank agar tidak memindahkan wang akaun mereka dalam sebarang transaksi.

Kita juga perlu menyediakan rizab mata wang asing, terutama dolar Amerika yang mencukupi dalam bank tempatan dan di Bank Negara sekiranya diperlukan oleh pedagang bagi membayar import mereka. Dan sudah tentulah kita perlu menjamin bekalan ringgit yang mencukupi di bank untuk ditukarkan dengan mata wang asing pada kadar yang kita tetapkan.

Kita sentiasa mendesak agar pendapatan penjualan barangan buatan Malaysia kepada pembeli asing dibawa balik dan didepositkan di dalam bank Malaysia. Sesetengah negara membangun seperti Argentina membenarkan pendapatan eksport disimpan di luar negara.

Dalam kes negara pengeluar minyak Timur Tengah pula, sebahagian mereka tidak pernah membawa pulang perolehan eksport minyak mereka. sebaliknya, mereka membiarkan pendapatan eksport minyak mereka yang sering disebut sebagai “petrodollar”, mengelilingi dunia mencari pelaburan yang paling menguntungkan.

Bagi kita pula, kalau kita benarkan hal ini berlaku maka ia akan mengakibatkan pengaliran keluar yang berterusan pendapatan eksport negara. Kalau kita tidak dapat menggunakan tukaran asing hasil eksport kita, maka kita tidak akan dapat membayar kos import atau melunaskan hutang.

Kesan daripada amalan membawa balik pendapatan eksport itu menyebabkan Malaysia sentiasa mempunyai rizab mata wang asing yang mencukupi untuk digunakan oleh pengimport bagi membeli barangan dan perkhidmatan asing. Apabila kerajaan menetapkan kadar tukaran, ia harus menjamin bekalan mata wang asing yang mencukupi untuk membayar kos import utama pada kadar yang ditetapkan itu.

Kita mungkin boleh memperkayakan diri kita dengan mengukuhkan ringgit kepada paras sebelum krisis, iaitu RM2.50 bagi satu dolar Amerika memandangkan pada masa itu ringgit sudah mula pulih perlahan-lahan. Pada kadar paling rendah, nilai ringgit susut kepada hampir RM5 bagi setiap dolar Amerika. Ia kemudian berkisar sekitar RM3.80 dan RM4.

Kalau ringgit terlalu kukuh pula kerana kita menetapkan kadar tukaran yang amat tinggi maka produk Malaysia tidak dapat bersaing dalam pasaran antarabangsa dengan produk yang serupa dari Thailand, Filipina dan Indonesia. Kita perlu menetapkan kadar tukaran yang tidak terlalu memiskinkan kita dan pada masa yang sama menjamin persaingan produk keluaran kita. Oleh itu, kita memutuskan kadar RM3.80 bagi satu dolar Amerika.

Kita merahsiakan perkara itu, tetapi kita mahu Bank Negara dan BSKL melaksanakannya. Kerajaan perlu menyelia pelaksanaan rancangan itu hampir setiap minit.

Apabila kita mula melaksanakannya, kita tidak pasti sama ada kawalan itu akan memberi sebarang kesan atau tidak. Kita pun tidak tahu sama ada keputusan mengenai pendaftaran wajib jual-beli saham CLOB boleh dilaksanakan atau terbukti tidak praktikal.

Perlu ditegaskan bahawa sewaktu kita mengambil keputusan tersebut di dalam MTEN, Anwar masih menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Beliau tidak membantah rancangan untuk menyekat kegiatan peniaga mata wang dan mengawal urus niaga CLOB.

Dr Noordin Sopiee tampil dengan lebih 30 sebab mengapa kita tidak harus melaksanakan semua rancangan itu. Tidak semestinya beliau tidak bersetuju dengan hujah itu, tetapi beliau mengemukakannya bagi mencabar pemikiran kita.

Saya terpaksa berhujah mematikan setiap bantahan yang beliau kemukakan. Ahli MTEN yang lain menunjukkan tahap sokongan berbeza-beza, dengan sesetengahnya mengatakan bahawa langkah yang kita cadangkan itu tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun sebelum ini.

Memang betul ia berisiko, termasuklah kemungkinan keutuhan mutlak mata wang ringgit. Pasaran gelap mungkin muncul bagi menjual ringgit dengan harga yang lebih murah daripada kadar yang kita tetapkan. Kewangan dan ekonomi negara mungkin menjunam dan tidak boleh dikawal lagi.

Kita sama sekali tidak boleh menjangka apa yang akan terjadi. Bagaimanapun, hujah yang mengatakan kita tidak patut melakukannya kerana ia belum pernah dilakukan oleh sesiapa sebelum ini mungkin sesuai bagi orang yang penakut dan berfikiran kolot. Pendirian itu pastinya tidak sesuai bagi seorang yang bertanggungjawab kepada negara dalam menghadapi saat kesukaran yang tidak pernah dialami sebelum ini.

Ada orang membangkitkan bahawa wujud keadaan di mana penduduk di kebanyakan negara membangun enggan dibayar dalam mata wang tempatan, sebaliknya mereka mendesak agar dibayar dengan dolar Amerika. Ringgit juga mungkin ditolak sebagai bayaran. Jika ini berlaku maka nilainya tidak lebih tinggi daripada harga kertas yang diguna untuk mencetaknya.

Saya mendapat tahu kemudian bahawa setengah ahli MTEN telah memberitahu beberapa orang Menteri Besar supaya menghalang saya daripada meneruskan langkah yang dirancang. Malangnya, mereka tidak bersedia untuk berdepan dengan saya bagi berbahas mengenai perdagangan mata wang dan CLOB kerana mereka tidak memahaminya.

Malah, pemahaman mereka juga sangat kurang mengenai betapa kompleksnya langkah yang sedang kami rancang dan risikonya. Kalau pun ada antara mereka mempunyai keraguan yang berasas, mereka tidak berkebolehan untuk menyatakan pandangan mereka.

Keadaan itu memberikan kelebihan kepada saya. Saya berasa lega dengan keputusan yang diambil, tetapi itu bukan bermakna saya tidak bimbang dengan kemungkinan rancangan kita akan membawa bencana kepada negara.
Saya berasa gerun mengambil tindakan yang bertentangan dengan kebijaksanaan konvensional serta bercanggah dengan pendapat pakar, termasuk daripada IMF dan Bank Dunia.

Strategi kita tidak syak lagi bercanggah dengan pendapat umum yang dilabelkan oleh pengkritik ekonomi sebagai “contrarian”. Ia bertentangan dengan amalan konvensional dan kalau ekonomi kita runtuh akibat daripadanya maka tidak ada sesiapa pun yang akan menolong kita. Saya sendiri mungkin terpaksa berundur dalam keaiban – sesuatu yang amat saya takuti.

Bagaimanapun, saya lebih takut kepada kemungkinan kita akan hilang kawalan ke atas negara kita sendiri seperti kerajaan Indonesia yang hilang kuasa kepada IMF. Saya amat tidak suka melihat gambar Camdessus berdiri berpeluk tubuh bersebelahan Presiden Suharto ketika menyaksikan pemimpin Indonesia itu menandatangani perjanjian dengan IMF.

Camdessus kelihatan begitu puas dan sinis menyaksikan Presiden Suharto melepaskan kawalan ke atas ekonomi Indonesia yang berupa asas kedaulatan negara itu – kedaulatan yang diperjuangkan dengan begitu gigih dan berani menentang Belanda pada 1940-an.

Saya tentunya tidak mahu Malaysia menderita nasib yang sama. Kita telah cuba memujuk Indonesia agar tidak menyerah kepada IMF.

Menteri Kewangan Indonesia ketika itu, Marie Muhammad berhubung rapat dengan Anwar yang mengatakan beliau ada meminta Marie supaya menasihatkan Suharto agar tidak menurunkan tandatangan.

Saya diberitahu bahawa menjelang waktu itu. Presiden Suharto sudah tidak boleh tidur. Seramai kira-kira 40 juta rakyat Indonesia telah hilang pekerjaan. Rupiah sudah runtuh. Nilainya merudum daripada 2,000 bagi setiap satu dolar Amerika kepada 16,000.

Rusuhan tercetus di ibu negara, Jakarta. Kedai dibakar dan ramai yang terbunuh. Rakyat peribumi Indonesia menyalahkan krisis itu kepada orang Cina Indonesia. Mereka tidak menganggap Amerika dan penguasaannya ke atas IMF sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap krisis mata wang.

Apabila IMF mengambil alih kawalan ke atas kewangan Indonesia, langkah yang mereka paksakan terhadap Indonesia seperti menghentikan subsidi makanan dan minyak telah memburukkan lagi penderitaan rakyat dan lebih banyak rusuhan berlaku.

Thailand dan Filipina yang turut menyerah kepada IMF juga menerima nasib serupa. Hanya Korea Selatan berjaya melakukan pemulihan ketara selepas menyerah kepada IMF.

Saya tidak sedikit pun yakin terhadap kaedah penyelesaian IMF yang dipaksakan oleh Anwar ke atas negara. Menteri-menteri mula mengadu bahawa mereka tidak ada peruntukan untuk melaksanakan projek pembangunan. Semua faedah dan keistimewaan dikurangkan dan langkah jimat cermat mula memberi kesan negatif.

Anwar mahu melihat lebihan belanjawan di mana pendapatan mengatasi perbelanjaan, tetapi mustahil boleh dicapai memandangkan kemerosotan kuasa membeli mata wang ringgit. Jadi, beliau mengurangkan peruntukan belanjawan sebanyak 25 peratus. Kalau kita terus mengurangkan belanjawan maka akan tiba masanya nanti kita kehabisan wang di dalam Perbendaharaan. Kemelesetan ekonomi akan menjadi lebih teruk dan kita mungkin terpaksa menyerahkan kedaulatan ekonomi kita kepada pihak luar.

Saya berazam untuk meneruskan pelaksanaan strategi penyelesaian yang telah dipersetujui. Kemudian pada saat akhir, Anwar menelefon saya untuk memberitahu yang Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ahmad Mohd Don dan Timbalannya, Fong Weng Phak telah menghantar surat peletakan jawatan. Saya terkejut, tetapi tetap bertekad mahu melaksanakan langkah yang telah diputuskan.

Saya meminta pegawai ketiga paling kanan di Bank Negara supaya datang menemui saya. Pada masa itu, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz adalah Penolong Gabenor yang bertanggungjawab bagi hal ehwal ekonomi, operasi luar dan pasaran mata wang serta kawalan tukaran asing .(3)

Saya kenal beliau, tetapi tidaklah rapat. Kita kesuntukan masa untuk mencari Gabenor baru, jadi saya serta-merta melantik beliau menjadi Pemangku Gabenor. Beliau datang ke kediaman saya dan saya jelaskan kepadanya apa yang sedang berlaku serta apa yang harus beliau lakukan.

Mujurlah beliau seorang yang berkebolehan dan memberikan sepenuh kerjasama. Menurutnya, beliau akan menghubungi bank dan menghentikan semua pemindahan besar wang yang terbabit dalam perdagangan mata wang. Dalam pada itu, beliau juga akan memastikan pembayaran untuk transaksi perniagaan biasa diteruskan.

Pada 1 September 1998, Zeti secara rasmi mengumumkan pelaksanaan kawalan mata wang dan ikatan ringgit kepada dolar Amerika. Beliau memberitahu media massa: “Kita perlu bertindak bersendirian memandangkan masyarakat antarabangsa telah gagal mengemukakan sebarang penyelesaian yang bermakna kepada keadaan huru-hara kewangan global. Sebaik-baiknya dunia patut bertindak seiringan dan bukannya memaksa negara bertindak sendirian.”

Zeti yang kemudiannya dilantik menjadi Gabenor telah dijemput untuk menyertai MTEN. Beliau memberi maklum balas yang baik mengenai keadaan semasa pasaran dan pergerakan ringgit. Sejak menjadi Gabenor, Zeti telah memenangi beberapa anugerah antarabangsa kerana kepemimpinannya di Bank Pusat.

Antara perkembangan lain yang diperhatikan adalah kemungkinan munculnya pasaran gelap mata wang ringgit. Kita memantau harga barang bagi memastikan tidak ada pihak cuba membuat keuntungan berlebihan. Kita memastikan bekalan semua barang keperluan utama adalah mencukupi.

Mesyuarat harian MTEN diteruskan. Bank disyaratkan supaya mendepositkan semua tukaran asing yang mereka terima di Bank Negara. Dengan itu, kita tidak pernah kekurangan mata wang asing untuk dijual kepada pengimport tulen. Ikatan ringgit kepada dolar Amerika pada kadar RM3.80 bagi setiap dolar telah dikuatkuasakan dengan begitu tegas sekali dan ini terbukti baik bagi pengimport serta pengeksport.

Kalangan ahli perniagaan gembira menerima ringgit pada kadar RM3.80 setiap kali mereka menukar dolar Amerika atau mata wang lain. Mereka juga selesa dengan jaminan bahawa kita akan mengekalkan kadar tukaran sehinggalah keadaan menjadi stabil semula. Mereka kini boleh merangka belanjawan untuk sepanjang tahun tanpa perlu membabitkan diri dalam kegiatan melindungi nilai ringgit. Ini secara langsung mengurangkan kos menjalankan perniagaan.

Tindakan mensyaratkan pemilik saham mendaftar dengan BSKL dan menghentikan penjualan saham Malaysia yang dipegang oleh syarikat pemegang amanah juga telah membantu menyekat kejatuhan harga di BSKL. Dalam jangka masa singkat, indeks komposit BSKL yang jatuh di bawah 300 mata telah naik semula kepada lebih 800 mata.

Jumlah hutang lapuk turut berkurangan selepas tempoh gagal bayar dinaikkan semula kepada enam bulan dan ekonomi mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan.

Sewaktu krisis, kita memperkenalkan beberapa langkah bagi mengurangkan masalah yang tercetus. Misalnya, apabila jualan hartanah membeku maka kita menganjurkan kempen pemilikan rumah yang menggabungkan pemaju, pembeli, pembiaya, pegawai kerajaan dan peguam. Pada pameran promosi pertama, kira-kira RM3 bilion hartanah dijual.

Bagi menggerakkan semula industri pembinaan maka kita memutuskan supaya dibina 40,000 unit pangsapuri untuk menempatkan penghuni setinggan. Memandangkan jualan runcit tidak berkembang mengikut keadaan yang sepatutnya maka kita menyediakan tempat pameran untuk peruncit dan di mana perlu, kita membantu mereka merundingkan bekalan pada harga yang lebih murah.

Di samping itu, kita meneliti laporan penggunaan elektrik, pergerakan kargo dan kontena di pelabuhan, ketibaan pelancong, penumpang kapal terbang, pendaftaran kenderaan baru dan banyak lagi. Jadi kita tahu secara terperinci prestasi ekonomi dan sering mencari jalan untuk merangsangnya.

MTEN memberi perhatian utama kepada operasi Pengurusan Danaharta Nasional Bhd, Danamodal Nasional Bhd dan Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat yang semuanya ditubuhkan untuk menangani masalah hutang lapuk serta permodalan semula bank.

Kita tidak membenarkan penjualan serta-merta saham yang diperoleh melalui CLOB kerana ini akan menyebabkan kejatuhan harga semua saham. Pemilik saham juga perlu mendaftar terlebih dahulu dengan BSKL. Kemudian kita menubuhkan pula sebuah syarikat khas untuk membeli saham berkenaan, memantau kepulangannya dan akhir sekali menjualnya secara beransur-ansur supaya tidak mengganggu harga saham di BSKL.

Pada mulanya, pemilik saham CLOB itu tidak begitu gembira. Namun, hasil pemulihan pesat BSKL menyebabkan harga saham naik 200 peratus sewaktu syarikat khas yang kita tubuhkan itu mula membeli saham-saham CLOB.

Jadi, mereka terselamat daripada mengalami kerugian besar kewangan yang amat mereka takuti. Mereka juga menunggu seketika sebelum menjual saham mereka dan memperoleh keuntungan besar. Syarikat khas berkenaan turut membuat keuntungan dan kerajaan mendapat balik modalnya yang diberikan dalam usaha menyelamat yang berani.

Dunia mengutuk kawalan mata wang yang kita lakukan dan ramai ahli ekonomi berkata bahawa ia tidak selari dengan sistem perdagangan terbuka. Pakar-pakar meramalkan kemusnahan Malaysia dan dengan gembira menunggu kepulangan kita ke pasaran dunia sebagai pengemis.

Kita bagaimanapun tidak gentar. Kita percaya yang kita telah menemui jawapan tepat kepada penjarahan negara kecil oleh peniaga mata wang. Cara kita mungkin tidak konvensional, tetapi berkesan.

Biarlah orang lain mempertahankan doktrin ekonomi, tetapi bagi kita, yang lebih utama adalah menyelamatkan negara dan diri kita. Akhirnya, kita pulih dengan lebih cepat daripada semua negara yang menerima pinjaman IMF, sama ada secara sukarela atau kerana tekanan. Negara-negara itu telah menyerah diri kepada langkah penyelesaian yang sama untuk semua.

Peniaga mata wang menghentikan operasi mereka. bahkan IMF pun akhirnya mengakui yang cara kita berkesan walaupun mereka tidak memperakukannya kepada negara lain. Pakar ekonomi dan pemenang Hadia Nobel, Joseph Stiglitz menyokong pandangan kita.(4)

Malah, Soros turut mengakui bahawa Malaysia telah mengambil langkah yang betul dengan tidak menyerah kepada IMF.

Dasar yang kita laksanakan berkesan untuk negara kita, tetapi tidak banyak negara membangun berada dalam keadaan yang serupa dengan kita. Ia berkesan bagi kita kerana selain keazaman politik dan kepakaran merangka dasar yang praktikal, kita juga mempunyai simpanan mata wang asing yang banyak di Bank Negara untuk digunakan bagi melindungi kedaulatan ekonomi kita. Selain itu, kita mempunyai simpanan yang besar hasil pengurusan ekonomi yang bertanggungjawab selama ini.

Kejayaan kita menyekat kemaraan peniaga mata wang dan menolak campur tangan IMF bukanlah semata-mata kerana tindakan tegas kita pada masa itu. Ia sebaliknya berpaksikan kepemimpinan ekonomi yang mantap oleh kerajaan dan ketetapan dasar yang dilaksanakan, khususnya dalam dekad 70-an dan 80-an.

Bagaimanapun, krisis mata wang bukanlah satu-satunya masalah yang terpaksa kita tangani. Sehari selepas Zeti mengumumkan kawalan terhad mata wang, masalah saya dengan Anwar meletus.

(1) Perwakilan daripada 44 buah negara bertemu tidak lama sebelum Perang Dunia II untuk berbincang bagaimana memulihkan semula ekonomi dunia.

(2) MTEN ditubuhkan pada 7 Januari 1998 untuk menasihat kerajaan berhubung isu-isu yang berkaitan dengan krisis kewangan.

(3) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz adalah satu-satunya Gabenor wanita Bank Pusat di Asia. Beliau adalah anak kepada Profesor Ungku Abdul Aziz Abdul Hamid, pakar Ekonomi Melaya negara yang pertama dan bekas Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Malaya. Beliau juga adalah cucu saudara Datuk Onn Jaafar, Pengasas UMNO.

(4) Buku beliau, Globalisation and its Discontents mengkritik cara IMF menangani krisis kewangan.

Sumber: AIDC

Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad: Cabaran Anwar
Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad: Anwar Sertai UMNO

Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad: Kejatuhan Mata Wang 1997

Populariti Najib atasi Anwar, Nik Aziz

Transformasi berterusan yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya melonjakkan populariti beliau berbanding pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali berkata, hasil kajian menunjukkan populariti Najib meningkat 76 peratus berbanding dua pemimpin utama pembangkang itu.

Menurutnya, melalui pecahan etnik, kepimpinan Najib juga semakin diterima dan terus mendapat sokongan iaitu 75 peratus Melayu, 69.6 peratus Cina, 71 peratus India , 85.5 peratus Iban dan 84.4 peratus bagi Bumiputera Sabah Sarawak.

Jelasnya, populariti Najib itu disokong dengan pendekatan model magnet yang bersifat populis dan praktikal.

“Dengan menggunakan pendekatan model magnet, penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, internet dan sebagainya mendekatkan beliau dengan rakyat.

“Selain itu, transformasi Najib memperkenalkan slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian di utamakan; Model Baru Ekonomi; Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M); Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); Rumah Pertamaku dan sebagainya lagi sedikit sebanyak memberi prestasi yang mendorong peningkatan popularitinya,” katanya ketika membentangkan kertas kerjanya pada Rundingan Meja Bulat PRU13:Malaysia Pilih Siapa? anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, semalam.

Katanya, dari 1,000 responden sekitar Lembah Klang, pada keseluruhannya, sebanyak 69.6 peratus memilih Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan 37.5 peratus antaranya bersetuju BN akan menang dua pertiga majoriti dan 32.1 peratus lagi memilih BN akan menang majoriti mudah.

Menurut Fuad lagi, secara purata, 87.4 peratus mereka yang berumur 21 hingga 60 tahun menyokong kepimpinan Najib.

“Barisan Nasional (BN) juga mendapat keyakinan tinggi dalam mengurus pembangunan sosio ekonomi negara,” katanya.

Dalam pada itu, Fuad berkata, melalui hasil kajiannya, di kalangan tokoh kepimpinan negeri, prestasi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat 'min' yang paling rendah.

Katanya lagi, 55 peratus responden tidak yakin Selangor di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) dapat menyelesakan pelbagai masalah termasuk isu murtad, kebajikan, sosial dan sebagainya.

“Ramai di kalangan responden juga menyatakan pembangunan yang dirancang di Selangor banyak merugikan kaum Melayu dari aspek partisipasi dan pemilikan.

“Sebagai contoh, kawasan pembangunan dan perumahan mewah, ia kelihatan adil, tetapi merugikan kaum Melayu yang tidak berkemampuan,” katanya.

Sementara itu, melalui kajiannya di Kedah, 51 peratus dari 10,800 responden yang diperoleh dari setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) menyatakan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dari Pas sebagai baik.

Katanya, responden juga menyatakan 68 peratus kepimpinan atau pentadbiran Pas di Kedah tidak cekap dan tidak efisien.

“(Seramai) 63 peratus responden bersetuju berlaku pergeseran dan ketidaksefahaman antara kepimpinan Pas dan dan hasil kajian juga menunjukkan 72.8 peratus menyatakan Pas kurang prihatin dengan dengan isu yang diutarakan oleh rakyat,” katanya.

Katanya, maklumat yang lebih menarik adalah, 33 peratus dari responden lebih tidak berpuas hati terhadap tahap politik di Kedah berbanding 25 peratus tidak berpuas hati di peringkat nasional.-sinar

Tiada rasa bersalah dan hormat bulan Ramadhan

Peniaga dan pembeli Muslim tanpa segan silu berniaga dan membeli makanan di bulan Ramadan.


hisap rokok tempat awam

AL-QURAN PEMBINA AKHLAK MULIA

AKHLAK ialah tingkahlaku yang dipengaruhi oleh nilai-nilai yang diyakini oleh seseorang dan sikap yang menjadi sebahagian daripada keperibadiannya. Nilai-nilai dan sikap itu pula terpancar daripada konsepsi dan gambarannya terhadap hidup. Dengan perkataan lain, nilai-nilai dan sikap itu terpancar daripada aqidahnya iaitu gambaran tentang kehidupan yang dipegang dan diyakininya

Aqidah yang benar dan gambaran tentang kehidupan yang tepat dan tidak dipengaruhi oleh kepaisuan, khurafat dan falsafah-falsafah serta ajaran yang paisu, akan memancarkan nilai-nilai benar yang murni di dalam hati. Nilai-nilai ini akan mempengaruhi pembentukan sistem akhlak yang mulia. Sebaliknya, jika aqidah yang dianuti dibina di atas kepalsuan dan gambarannya mengenai hidup bercelaru dan dipengaruhi oleh berbagai-bagai fahaman paisu, ia akan memancarkan nilai-nilai buruk di dalam diri dan mempengaruhi pembentukan akhlak yang buruk.

Akhlak yang baik dan akhlak yang buruk, merupakan dua jenis tingkahlaku yang berlawanan dan terpancar daripada dua sistem nilai yang berbeza. Kedua-duanya memberi kesan secara langsung kepada kualiti individu dan masyarakat. lndividu dan masyarakat yang dikuasai dan dianggotai oleh nilai-nilai dan akhlak yang baik akan melahirkan individu dan masyarakat yang sejahtera. Begitulah sebaliknya jika individu dan masyarakat yang dikuasai oleh nilai-nilai dan tingkahlaku yang buruk, akan porak peranda dan kacau bilau. Masyarakat kacau bilau, tidak mungkin dapat membantu tamadun yang murni dan luhur.

Sejarah membuktikan bahawa sesebuah masyarakat itu yang inginkan kejayaan bermula daripada pembinaan sistem nilai yahg kukuh yang dipengaruhi oleh unsur-unsur kebaikan yang terpancar daripada aqidah yang benar. Masyarakat itu runtuh dan tamadunnya hancur disebabkan keruntuhan nilai-nilai dan akhlak yang terbentuk daripadanya. Justeru itu, akhlak mempunyai peranan yang penting di dalam kehidupan dan dalam memelihara kemuliaan insan serta keluhurannya. Martabat manusia akan menurun setaraf haiwan sekiranya akhlak runtuh dan nilai-nilai murni tidak dihormati dan dihayati. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Sesungguhnya aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang mutia. (Riwayat al-Baihaqi)

Para sarjana dan ahli fikir turut mengakui pentingnya akhlak di dalam membina keluhuran peribadi dan tamadun manusia. akhlak yang mulia menjadi penggerak kepada kemajuan dan kesempurnaan hidup. Sebaliknya, akhlak yang buruk menjadi pemusnah yang berkesan dan perosak yang meruntuhkan kemanusiaan serta ketinggian hidup manusia di bumi ini.

Kepentingan akhlak dalam kehidupan dinyatakan dengan jelas dalam. Al-Ouran menerusi berbagai-bagai pendekatan yang meletakkan al-Ouran sebagai sumber pengetahuan mengenai nitai dan akhlak yang paling terang dan jelas. Pendekatan al-Quran dalam menerangkan akhlak yang mulia, bukan pendekatan teoritikal tetapi dalam bentuk konseptual dan penghayatan. akhlak yang mulia dan akhlak yang buruk digambarkan dalam perwatakan manusia, dalam sejarah dan dalam realiti kehidupan manusia semasa, al-Ouran diturunkan.

Al-Quran menggambarkan bagaimana aqidah orang-orang beriman, kelakuan mereka yang mulia dan gambaran kehidupan mereka yang penuh tertib, adil, luhur dan mulia. Berbanding dengan perwatakan orang-orang kafir dan munafiq yang jelek dan merosakkan. Gambaran mengenai akhlak mulia dan akhlak keji begitu jelas dalam perilaku manusia blepanjang sejarah. Al-Quran juga menggambarkan bagaimana perjuangan para rasul untuk menegakkan nilai-niiai mulia dan murni di dalam kehidupan dan bagaimana mereka ditentang oleh kefasikan, kekufuran dan kemunafikan yang cuba menggagalkan tertegaknya dengan kukuh akhlak yang mulia sebagai teras kehidupan yang luhur dan murni itu.

Aqidah Mencorakkan Akhlak
Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, nilai-nitai akhlak yang dipegang oleh seseorang dan sesuatu kebudayaan itu adalah hasil daripada aqidah dan gambaran tentang kehidupan itu. Pembentukan nilai-nilai akhlak itu bergantung kepada bagaimana manusia memberikan jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan yang asasi dalam hidup. Siapakah yang mencipta alam ini dan apakah tujuannya? Apakah tujuan manusia ditempatkan di bumi dan apakah tujuan dan matiamatnya yang sebenar? Jawapan-jawapan kepada persoalan asas mengenai kehidupan ini akan menentu dan mencorak nilai-nilai akhlak yang dimiliki oleh seseorang atau sesuatu kebudayaan. Oleh kerana terdapat berbagai- bagai jawapan kepada persoalan tersebut, maka terdapat berbagai sistem nilai di dalam masyarakat manusia yang mencorakkan berbagai sikap dan

Al-Quran telah memaparkan berbagai golongan yang memberi jawapan berbeza kepada persoalan-persoalan asasi kehidupan yang membentuk konsepsi dan aqidah mengenai kehidupan ini. Terdapat aqidah orang-orang beriman, aqidah orang-orang kafir, aqidah orang-orang fasik dan aqidah orang-or-ang munafiqin.

Aqidah orang-orang beriman dinyatakan dalam al-Ouran seba^gai orang-orang yang beriman kepada Allah S.W.T, kepada Rasul-Nya, kepada keagungan Allah yang mencipta dan memiliki alam ini. Mereka yakin kepada hari akhirat, yakin bahawa kejadian Allah tidak terbatas kepada alam lahir sahaja dan kejadian Allah itu tidak terbatas dalam lingkungan yang dapat diketahui oleh manusia. Kerana itu mereka percaya kepada kejadian Allah yang ghaib, seperti malaikat, gyurga, neraka dan adanya makhluk-makhiuk Allah yang lain yang tidak diketahui oleh manusia dan pengetahuan manusia tidak menjadi syarat bagi menentukan sesuatu kejadian Allah harus ada atau tidak ada. Allah S.W.T bebas mengikut kehendak-Nya, untuk mencipta atau tidak mencipta sesuatu yang ada di dalam ilmu-Nya.

Aqidah ini menyebabkan orang-orang beriman sentiasa bergantung harap kepada Allah S.W.T dan tidak bergantung harap kepada yang lain daripada-Nya. Tujuan hidup manusia di dunia ini ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T. dan setiap tindak tanduk dan kelakuan serta tindakannya adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Keredhaan Allah dan beribadat kepada Allah S.W.T. menjadi tumpuan dan pemusatan setiap aspek kegiatannya.

Pergantungan semata-mata kepada Allah memberikan kepada seorang mu'min itu kebebasan dan tidak terikat kepada mana-mana kuasa lain daripada Allah S.W.T. Daripada perasaan inilah tercetusnya pengakuan seorang muslim bahawa 'Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah S.W.T.'

Manusia beriman yang sebenarnya, tidak mungkin menyembah kepada yang lain daripada Allah S.W.T., tidak mempeduangkan sesuatu yang dicipta oleh mana-mana kuasa selain dadpada yang ditentukan di dalam agama Allah S.W.T. Allah S.W.T. bagi mereka adalah Tuhan Yang Maha Sempuma, Maha berkuasa dan kepada Dialah tumpuan segala ibadah dan segala yang baik sama ada niat dan amalan. Lihatiah bagaimana pendirian yang bebas, tegas dan berani yang ditunjukkan oleh seorang mu'min yang sejati Rab'i bin Amir ketika berhadapan dengan raja Rum, yang bermaksud:

'Allah sesungguhnya mengutus kami untuk membebaskan sesiapa yang dikehendaki-Nya daripada menyembah sesama hamba kepada menyembah hanya kepada Allah, daripada kesempitan dunia kepada keluasannya dan keluasan akhirat daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.'

Seorang mu'min berjiwa bebas, tetapi bukan sebagai debu berterbangan di udara. Kebebasan seorang mu'min sentiasa mendapat panduan dan bimbangan. Justeru itu ia tidak berkelana dan hidup tanpa tujuan. la sentiasa bergerak bebas dengan memiliki peta yang menunjukkan haluan pergerakan dan perjalanannya. la sentiasa bertindak mengikut petunjuk Allah dan berpandu kepadanya.

Seorang mu'min berperasaan halus dan berhati lembut kerana keyakinannya bahawa ia adalah hamba kepada Allah S.W.T. Segala perbuatannya akan dinilai dan dihitung serta diberikan balasan atau ganjaran dengan adil dan saksama. Wawasannya, tidak semata-mata untuk mendapatkan habuan dan ganjaran di dunia, tetapi juga di akhirat. Tentunya, ganjaran di akhirat adalah lebih baik dahapda di dunia. Kerana itu, ia sanggup mengorbankan kurniaan Allah di dunia, untuk mendapatkan kurniaan Allah di akhirat.

Aqidah dan pandangan hidup yang asas ini, memancarkan nilai-nilai yang murni dalam jiwa orang-orang beriman. Nilai-nilai ikhias untuk Allah S.W.T. dan tidak tunduk beribadah melainkan kepada Allah S.W.T adalah merupakan nilai yang agung yang membentuk akhlak yang murni dan jiwa yang luhur dalam kehidupan orang-orang beriman. ]a membentuk akhlak terhadap Allah S.W.T. dan akhlak terhadap sesama manusia.

Hubungan manusia dengan Allah S.W.T dan kelakuannya terhadap Allah S.W.T. ditentukan mengikut nilai-nilai aqidah yang ditetapkan. Begitu juga akhlak terhadap manusia dicorakkan oleh nilai-nilai aqidah seorang muslim, sepertimana yang ditetapkan didalam al-Ouran yang merupakan ajaran dan wahyu daripada Allah S.W.T Pergaulan manusia dengan manusia tidak boleh disamakan dengan perhubungan manusia dengan Allah S.W.T.

Aqidah dan pegangan seorang beriman berbeza dengan aqidah dan pegangan seorang kafir. Justeru itu nilai-nilai dan akhlak juga berbeza. Al-Quranmemaparkan aqidah dan pegangan orang-orang kafir dalam berbagai kategori, justeru terdapat berbagai bentuk kekufuran yang beriaku di kalangan umat manusia. Antara kekufuran yang beriaku disebabkan mereka menolak ajaran yang benar yang dibawa oleh utusan Allah S.W.T. dan mereka menafikan kerasulan utusan itu. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

'Maka berkata pembesar-pembesar yang kafir itu dari kalangan bangsanya, ini tidak lain daripada manusia seperti kamu. ]a hendak menonjoikan diri supaya lebih daripada kamu. Jika Allah hendak turunkan utusan, Dia akan turunkan malaika t Kita tidak mendengar dati bapa -bapa kita yang terdahulu mengenai ini (utusan Allah dari kalangan manusia). (al-Mu'minun: 24)

Kekufuran juga beriaku kerana tidak percayakan hari akhirat. Kerana percaya bahawa tidak ada kehidupan selepas mati, mereka hidup berfoya-foya di dunia ini tanpa memikirkan seksaan di akhirat. Bagi mereka seperti yang dinyatakan oleh al-Quran 'kehidupan ini cuma di dunia'. Manusia dilahirkan dan kemudian mati, mereka tidak dibangkitkan kembali, seperti kata mereka yang bermaksud:

'Kehidupan kita tidak yang lain daripada kehidupan di dunia. Daripada tiada kita ada dan hidup. Apabila mati kita tidak dibangkitkan lagi.

Maksudnya:

'Dan berkata pembesar-pembesar dari bangsanya yang kafir dan mendustakan kehidupan akhirat dan kamijadikan berfoya-foya dalam kehidupan mereka di dunia, orang ini, hanyalah seorang manusia seperti kamu. fa makan dari apa yang kamu makan dan minum dari apa yang kamu minum '. (al-Mu'minun: 33)

Kekufuran juga beriaku disebabkan sifat bongkak dan sombong serta ingkar kepada perintah Allah dan angkuh terhadapnya. Allah berfirman mengenai kekufuran Iblis yang bermaksud:

'Dan ketika kami berkata kepada malaikat sujudiah kepada Adam. Mereka pun sujud, kecuali lblis. la ingkar dan takabur dan ia daripada orang-orang kafir.

(al-Baqarah: 34)

Aqidah orang-orang kafir yang sombong terhadap Allah S.W.T, yang tidak percaya kepada para rasul yang diutus oleh Allah dan ajaran-ajaran yang mereka bawa, yang tidak percaya kepada hari akhirat dan tidak patuh kepada hukum-hukum Allah dengan ingkar kepada hukum-hukum itu, membentuk nilai-nilai kelakuan dan cara hidup yang menjurus ke arah kehidupan yang tidak berakhlak mulia dan luhur. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

'Dan orang-orang yang kafir meni'mati kesenangan didunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang temak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.' (Muhammad: 12)

Mereka tidak mempunyai matiamat yang murni dan abadi dalam kehidupan mereka. Kehidupan ini bagi mereka mencari makan, mencari harta dan berfoya-foya semata-mata untuk di atas dunia ini. ltulah sahaja kehidupan mereka. Selain dadpada itu, tiada matiamat yang jauh yang hendak dituju. Pandangan dan cara hidup mereka ini, sudah tentu mempengaruhi pembentukan akhlak mereka yang pincang dan bercelaru.

Satu lagi aqidah kekufuran yang berbahaya ialah munafiq yang 'pepat di luar rencung di dalam,' 'telunjuk lurus kelingking berkait.' Bahaya kekufuran ini sangat dahsyat kerana sikap pemusuhan dan dendam mereka terhadap orang-orang yang beriman. Gambaran mengenai aqidah mereka penuh dengan gambaran kepura-puraan. Mereka mengaku beriman, tetapi mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka berpura-pura percaya kepada Nabi s.a.w. yang diutus oleh Allah S.W.T. tetapi dalam hati mereka benci dan memusuhi baginda. Mereka memandang rendah kepada ajaran Nabi s.a.w. dan sering mempertikaikan ajaran itu. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

'Dan di kalangan manusia ada yang berkata kami beriman dengan Allah dan Hari akhirat Pada hal mereka bukan datipada orang-orang beriman. (al-Baqarah : 8)

Aqidah munafiqin, melahirkan sifat-sifat dan kelakuan-kelakuan keji yang mewakiii akhlak yang buruk. Untuk menyembunyikan kekufuran, mereka berdusta, memutar belitkan kebenaran, memungkid janji dan mengkhianati amanah. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Tiga perkara yang sesiapa yang mempunyainya di dalam diri maka ia adalah munafiq. Apabila bercakap ia dusta, apabila bedanji tidak dikotakan apabila diberi amanah ia khianat. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Nilai-Nilai Mutlak Dan Relatif

Selain daripada memaparkan konsep dan penghayatan akhlak secara konsepsi dan praktikal dan membezakan antara akhlak orang- orang yang beriman dan orang-orang kafir berasaskan kepada perbezaan aqidah mereka, al-Ouran menghuraikan pengertian akhlak Islam yang didokong dan dihayati oleh orang-orang beriman. akhlak Islam dijelaskan berdasarkan kepada model insan kamil yang terdapat dalam did Rasuluilah s.a.w. yang telah merealisasikan pengertian akhlak al-Quran dalam kehidupan yang realistik. Rasuluilah s.a.w. dikatakan sebagai al-Quran yang berjalan. Aishah ra. berkata 'Adapun akhlakbaginda ialah al-Ouran' ' Kerana itu nilai-nilai asas yang membentuk akhlak Islam ialah nilai-nilai mutlak. Nilai-nilai asas ini, tidak bersifat relatif atau nisbi. Nilai-nilai asas yang membentuk akhlak Islam, t

Nilai-nilai yang baik dan buruk diprogramkan ke dalam hukum-hukum yang menentukan sama ada sesuatu perkara itu boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan, yang mesti dilakukan atau mesti dilakukan atau mesti ditinggalkan atau dijauhkan. Hukum-hukum itu ialah wajib, sunat, haram dan makruh. Perkara-perkara yang telah diprogramkan ke dalam hukum-hukum ini adalah mutlak sifatnya. Akan tetapi perkara-perkara yang termasuk dalam perkara harus adalah relatif sifatnya.

Nilai-nilai akhlak Islam, berbeza dengan nilai-nilai tamadun Barat yang semata-mata bergantung kepada aka] dalam menentukan nilai-nilai baik dan tidak baik. Kerana itu, kebanyakan nilai-nilai dalam tamadun barat bersifat relatif. Pada hari ini ia difikirkan sebagai baik dan di masa yang lain ia ditolak sebagai baik. Begitu juga yang dipandang buruk pada hari ini, tidak lagi dianggap demikian pada masa yang lain. Homoseksual dan Lesbian, dahulu dianggap haram dan tidak baik. Sebaliknya hari ini perbuatan itu dihalaikan dan dibenarkan sebagai legal serta mendapat hak-hak dan periindungan perundangan. Kenisbian nilai-nilai akhlak ini, menimbulkan huru hara nilai yang mengakibatkan kepincangan akhlak.

Rasuluilah s.a.w., adalah contoh seorang hamba Allah yang bersyukur iaitu contoh berakhlak mulia dan tinggi dalam hubungan dengan Allah S.W.T. lni berasaskan kepada peribadahan yang dilakukannya dengan penuh ikhias mengikut sistem peribadahan yang ditentukan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.1 berfirman yang bermaksud:

'Mereka tidak diperintahkan melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan ikhias serta mempunyai sistem agama-. (al-Bayyinah: 5)

Orang-orang kafir musyrik yang beribadah kepada yang lain daripada Allah S.W.T. adalah manusia yang tidak berakhlak dan beriaku biadab terhadap Allah S.W.T Abu Lahab, Firaun, Namrud dan lain-lain adalah contoh manusia yang tidak berakhlak dan biadab terhadap Allah S.W.T. Mereka takbur, bongkak dan sombong. Mereka melakukan kemungkaran, kezaliman dan kerosakan di bumi akibat daripada kesyirikan mereka terhadap Allah. Nilai-nilai syirik menjadikan mereka manusia yang tidak bermoral dan makhiuk perosak yang meluas seperti di kalangan generasi baru masyarakat barat.

Model Akhlak Al-Quran

Akhlak Rasuluilah s.a.w. adalah model akhlak-akhlak mulia yang dihurai dan dijelaskan dalam al-Quran. Keterangan jelas mengenai konsep akhlak mulia dalam al-Quran, bukan sahaja untuk difahami, tetapi untuk dilaksanakan. Contoh kepada penghayatan dan kaedah penghayatan itu ialah kehidupan Rasuluilah s.a.w

Rasuluilah s.a.w. seorang mu'min yang terulung. Seorang yang telah diasuh dan dipelihara akhlaknya oleh Allah S.W.T. untuk dipelihara akhlaknya oleh Allah S.W.T. untuk dijadikan seorang rasul dan contoh insan kamil yang menjadi ikutan dan teladan sepanjang zaman. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

'Dan sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang sungguh agung'. (al-Qalam: 4)

Juga firman-Nya yang bermaksud: 'Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasuluilah itu contoh ikutan yang baik'. (al-Ahzaab; 21)

Rasuluilah s.a.w. dan para sahabat yang bedman dengannya, adalah para hamba Allah S.W.T. yang tekun mengerjakan ibadat dan tunduk khusyu' merendah diri kepada Allah S.W.T. takut dan mengharap kepada-Nya, bertawakal serta bersyukur kepada-Nya. Wajah mereka berbekas kesan daripada sujud. Pada waktu siang mereka menjadi pahlawan gagah membela agama Allah S.W.T. Sedangkan pada waktu malam air mata mereka berlinang kerana insaf dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T. Al-Quranmenggambarkan pengabdian mereka kepada Allah S.W.T. dengan firman-Nya yang bermaksud:

' Nabi Muhammad s.a.w. ialah RasulAilah dan mereka yang bersama dengannya tegas terhadap orang kafir, dan sebaliknya bersikap kasih sayang dan belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Kamu melihat mereka ruku'dan sujud dengan mengharapkan limpah kumia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang saleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud'. (al-Fath: 29)

Rasulullah s.a.w. paling banyak beribadah dan paling bertaqwa, tanpa melupakan tanggungjawab terhadap kewajipan manusia yang lain. tsteri baginda Aishah hairan kerana baginda begitu tekun beribadah kepada Allah S.W.T. Pada suatu ketika 'Aishah bertanya, mengapa baginda begitu tekun dan kuat beribadah, pada hal Allah S.W.T. sedia mengampuni dosa baginda yang terdahulu dan terkemudian. Rasuluilah s.a.w. menjawab, yang bermaksud:

'Tidakkah aku ingin dirinya menjadi hamba yang bersyukur.' (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bersyukur adalah akhlak yang tinggi dan mulia dalam hubungan dengan Allah S.W.T. Bersyukur di atas ni'mat yang dikurniakan Allah S.W.T, kemuncak daripada tujuan beribadah. Membentuk diri menjadi hamba Allah yang bersyukur, mercu kejayaan dalam usaha membentuk insan kamil yang meredhai Allah dan diredhai Allah. Kesyukuran itu, menambahkan lagi kesayangan Allah dan sentiasa mendapat tambahan ni'mat-ni'mat Allah S.W.T. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

'Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya aku akan tambahi ni'matku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatiah keras'.

(Ibrahim: 7)

Rasuluilah s.a.w. adalah contoh manusia yang bersyukur kepada Allah S.W.T. dan kesyukurannya itu dilafazkan menerusi amalan ibadahnyakepadaallah S.W.T. lni ditambahi pula dengan ingatan yang tidak putus-putus terhadap Allah dan menjadikan seluruh kehidupannya dalam suasana beribadah kepada Allah S.W.T. semata-mata.

Beribadah dalam pengertian bersolat, berzikir, berpuasa dan amalan-amalan kerohanian yang lain dilakukan tanpa mengurangkan tanggungjawab dalam hubungan antara sesama manusia, seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.T menekankan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia seperti yang dinyatakan-Nya dalam al-Ouran yang bermaksud:

'Mereka ditimpakan kehinaan di mana- sahaja mereka berada kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia'.

(a-li'lmraan: 112)

Justeru itu al-Quran menggariskan prinsip-prinsip bagi mewujudkan sistem yang mengatur hubungan dengan Allah S.W.T. menerusi ibadah dan taqwa serta sistem yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia. Sistem ini menjamin jalinan hubungan yang berasaskan akhlak yang dapat membebaskan manusia dari kehinaan dan dapat meningkatkan martabat mereka menuju kemuliaan dan kehormatan.

Pada suatu ketika Rasuluilah s.a.w. mendengar perbualan beberapa orang sahabat mengenai ibadat mereka. Seorang berkata, ia bersembahyang sepanjang malam. Sahabat yang lain pula berkata ia berpuasa sepanjang hari sementara seorang lagi berkata ia tidak berkahwin untuk menumpukan kepada ibadat. Rasuluilah s.a.w. mendengar perbualan mereka lantas berkata, 'kamukah yang berkata demikian, demikian. Akulah orang'yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Akan tetapi aku sembahyang dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka puasa malah aku mengahwini wanita-wanita'.

Tumpuan kepada ibadah khusus dalam menguatkan hubungan dengan Allah tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab dalam hubungan dengan manusia yang juga merupakan ibadah apabila dilakukan untuk keredhaan Allah serta melaksanakan perintah dan arahannya.

Akhlak Terhadap Sesama Islam
Al-Qurran dan al-Sunnah yang menterjemahkan ajaran al-Ouran ke dalam realiti kehidupan, menggariskan akhlak-akhlak mulia dalam hubungan antara sesama orang-orang beriman, secara terperinci.

Hubungan antara sesama orang beriman itu diasaskan kepada persaudaraan. Persaudaraan yang sentiasa digerak dan dihidupkan, diperbaiki dan diperkukuhkan. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

'Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikaniah diantara dua saudara kamu'.

(al-Hujuraat.. 10)

Persaudaraan itu diikat dengan kasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama lain. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dari segi saling berkasih sayang dan berkasihan belas, adalah seperti jasad apabila satu anggota mengadu sakit, membawa seluruh jasad turut berjaga malam dan demam'. (RiwayatAhmad)

Perasaan kasih-sayang terhadap sesama umat islam adalah komponen yang membentuk iman. Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya mestilah mengandungi perasaan kasih kepada kedua-duanya. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Tidak beriman seseorang kamu sehingga Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihinya daripada yang lain dari keduanya'. (RiwayatAhmad)

Dalam hubungan ini, kasih kepada orang beriman telah dikaitkan dengan kesempurnaan iman. lni menunjukkan bagaimana pentingnya nilai kasih sayang itu dalam kehidupan dan pergaulan sesama orang-orang beriman. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya.

(Riwayat Ahmad, At-Tirmizi dan AI-Hakim)

Nilai kasih sayang yang disemai dalam diri para mu'min sebagai menyambut arahan Allah dalam al-Quran dan ajaran Rasuluilah dalam sunnahnya. la bertujuan untuk membina dan membentuk akhlak murni di kalangan orang-orang beriman dalam pergaulan antara sesama mereka. Pertemuan dan perjumpaan antara sesama Islam hendaklah dalam keadaan wajah yang berseri-seri dan manis, yang dijelmakan dalam senyuman. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Melemparkan senyuman kepada wajah saudaramu adalah sedekah.'

(Riwayat At-Tirmizi)

lni diikuti dengan mengucap selamat serta memberi salam untuk memulakan hubungan dan pertemuan. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'...Sebarkantah salam di kalangan kamu'.

(Riwayat Muslim)

Seterusnya, Rasulullah s.a.w. menggariskan peraturan-peraturan memberi salam secara terperinci yang boleh dirujukkan kepada kitab-kitab hadis.

Bagi memupuk perasaan kasih sayang serta memperkukuhkan keimanan, Allah S.W.T dan Rasul-Nya melarang tindakan-tindakan sama ada dengan perbuatan dan perkataan yang boleh membawa kepada terputusnya hubungan persaudaraan dan silaturrahim di kalangan orang-orang beriman. Begitu juga perlakuan yang buruk yang menjatuhkan martabat dan ketinggian orang-orang beriman.

Allah S.W.T. melarang penyebaran maklumat yang berkaitan dengan keburukan yang dilakukan daiam masyarakat. Walau bagaimanapun Islam memberi kebenaran melakukan pendedahan keburukan yang berkaitan dengan periakuan zalim apabila dibuat di mahkamah semata-mata untuk menegakkan keadilan. Begitu juga saksi dan orang yang teraniaya boleh mendedahkan kezaliman yang dilakukan oleh seseorang untuk menegakkan keadilan. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

'Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang melainkan mereka yang dizalimi'.

(al-Nisaa'.. 148)

Keburukan yang dilakukan oleh seseorang mu'min hendaklah disembunyikan. Jika keburukan itu berkaitan dengan pencabulan terhadap keadilan, ia hendaklah diadili di mahkamah dan dihukum jika thabit kesalahan. Walau bagaimanapun berita mengenai kesalahan dan hukuman yang dikenakan tidak boleh didedah dan disebarkan untuk dijadikan bahan perbualan orang ramai. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya didunia dan diakhirat'.

(Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

Seterusnya orang-orang yang beriman dilarang berperangai suka menyebarkan berita tanpa dipastikan kebenarannya, suka mencela dan mengkritik, suka melaknat dan mengeluarkan kata-kata buruk dari mulutnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Memadai seseorang itu berdusta apabila ia berbicara tentang apa sahaja yang didengarnya'.

(Riwayat Muslim)

Mengenai budaya suka mengecam, mengerdik dan melaknat, Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Bukaniah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat'.

(Riwayat Bukhari dan Ahmad)

Orang-orang Islam dilarang menghina sesama orang-orang Islam. Sebaliknya mereka hendaklah saling hormat menghormati. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

'Cukup seseorang itu menjadi jahat dengan ia menghina saudara muslimnya

(RiwayatAt-Tirmizi)