JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Khamis, 28 Jun 2012

Seorang lagi bayi meninggal dunia akibat tersedak susu di pusat asuhan


Berita harian hari ni melaporkan seorang lagi bayi meninggal dunia akibat tersedak susu di pusat asuhan. Kali ini seorang bayi lelaki berusia dua bulan di sebuah pusat asuhan, di Flora Damansara, di sini pagi semalam.

Untuk rekod,sudah 7 kes dilaporkan meninggal dunia akibat tersedak susu.

baca berita penuh

Siapa sebenarnya yang harus dipersalahkan bila berlaku kes sebegini?

Ibu bapa yang bekerja memang terpaksa menghantar anak mereka di pusat asuhan tetapi kerana sedikit kecuaian,bayi yang masih belum kenal erti kehidupan yang menjadi mangsa.

Adakah pengasuh yang berkhidmat di pusat asuhan benar-benar ikhlas bekerja?

Adakah pengasuh yang berkhidmat di pusat asuhan tidak punya sifat kasih sayang?

Adakah pengasuh yang berkhidmat di pusat asuhan tidak punya sifat perikemanusiaan?

Adakah penguasaha pusat asuhan hanya mementingkan duit semata-mata dengan mengambil begitu ramai bayi untuk dijaga sedangkan pengasuh yang ada tidak mencukupi.

Anak adalah amanat Allah SWT untuk kita jaga dengan sebaik-baiknya.

Janganlah bila berlaku kes sedemikian,baru kita semua mahu sedar.

Lawak sebelum separuh akhir EURO 2012 Spain vs Portugal


Messi pun main EURO rupanya..hahaha

Portugal tak ada nasib nak masuk final Euro kali ni,Ronaldo pun tak sempat nak ambik penalti.

tahniah Spain, harap dapat jadi juara lagi sekali EURO kali ni walaupun ramai yang jangka Jerman juara kali ini.

Final nanti aku sokong Spain walaupun aku sokong Portugal tadi..hehehe

Spain menang dalam penentuan sepakan penalti 4-2 selepas terikat 0-0 setelah tamat 120minit perlawanan.

Rabu, 27 Jun 2012

MT BN Bertemu Jumaat Ini Untuk Kenalpasti Persiapan PRU13

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan bertemu Jumaat ini pada jam 8 malam di Menara Datuk Onn, PWTC – untuk membincangkan beberapa isu politik terbaru dan juga yang pasti tentang persiapan jentera pilihan raya umum setiap parti komponen.

Untuk rekod, BN dianggotai oleh 13 buah parti komponen dengan Umno, MCA dan MIC merupakan tiga parti pengasas dan komponen utama.

MT Umno telahpun selesai mengadakan mesyuarat mereka Jumaat lalu danwalaupun Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak enggan mengulas sebarang pertanyaan mengenai persiapan pilihan raya umum tetapi adalah difahamkan sebahagian besar mesyuarat itu dihabiskan untuk melihat dan menilai status terkini persiapan jentera pilihan raya setiap badan perhubungan Umno Negeri.

Setiausaha Bahagian Media, Ibu Pejabat Umno Malaysia, Ahmad Kamal Zailani ketika dihubungi mStar Online pada Selasa mengesahkan bahawa Mohd Najib akan mempengerusikan mesyuarat MT BN tersebut Jumaat ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengesahkan apakah persiapan jentera pilihan raya merupakan sebahagian daripada agenda mesyuarat.

Namun mStar difahamkan menerusi satu sumber lain bahawa mesyuarat MT BN itu akan mengakses persiapan jentera dan persiapan bilik gerakan setiap parti komponen seandainya pilihan raya akan diadakan tahun ini.

Berada paling utama di dalam senarai ialah apakah parti-parti komponen yang lain telah mengenalpasti calon-calon yang bakal diketengahkan, senarai muka baru dan lama yang perlu dan akan dikekal.

MStar difahamkan Umno telahpun melalui proses dua kali menilai senarai calon-calon mereka sementara parti-parti utama BN yang lain juga turut melakukan penilaian yang serupa.

Mesyuarat Jumaat ini difahamkan akan mengemaskini senarai-senarai tersebut dan membuat penilaian terhadap persiapan masing-masing.

Adalah difahamkan juga, pengerusi BN mahu menilai sejauh manakah kemampuan BN untuk mempertahankan kerusi-kerusi yang mereka pegang sekarang dan juga pada masa yang sama beliau juga ingin mengetahui apakah harapan yang ada untuk merampas kembali kerusi parlimen yang suatu ketika dahulu pernah menjadi kawasan kuat BN.

Antara kerusi-kerusi yang dilihat pernah menjadi sebahagian daripada kubu kuat BN tetapi kini berada di tangan pembangkang ialah Padang Terap, Alor Setar, Jerai, Sik, Merbok, Padang Serai, Kulim-Bandar Barudi Kedah; Nibong Tebal, Bayan Baru dan Balik Pulau di Pulau Pinang; Bukit Gantang, Sungai Siput, Gopeng di Perak; Kuala Selangor,Selayang, Ampang, Gombak, Hulu Langat, Shah Alam, Kuala Langat di Selangor.

Telok Kemang di Negeri Sembilan, Kuantan di Pahang, Batu, Wangsa Maju, Titiwangsa, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak di WilayahPersekutuan.

Seperkara lagi yang menarik ialah BN pusat juga ingin menilai sejauh manakah kemampuan BN Kelantan untuk merampas semula negeri itu dari tangan PAS setelah 22 tahun di bawah pemerintah PAS.

Kali terakhir BN memerintah Kelantan ialah pada tahun 1990.

sumber KLXPRESS

PRU13 diramal Disember

Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mungkin diadakan pada pertengahan atau penghujung Disember iaitu tiga bulan selepas pembentangan Bajet 2013.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, PRU13 mungkin diadakan sewaktu cuti persekolahan dan Disember dilihat sebagai bulan yang sesuai.

“Ini kerana bajet akan dibentangkan pada September, dan sudah tentu tidak sesuai diadakan pilihan raya. Manakala musim haji iaitu Oktober dan November pula, ia sudah menjadi isu justeru agak mustahil untuk kerajaan mengambil risiko kerana ia pasti akan dijadikan modal dalam kempen parti pembangkang.

“Tambahan pula, apabila kerajaan mengumumkan pemberian ‘durian runtuh’ kepada rakyat, ia mungkin akan dapat dinikmati sekitar Disember dan Januari.

"Sudah tentu mereka tidak akan lanjutkan tarikh PRU terlalu lama dari tarikh bajet diumumkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya, adalah sukar untuk menjangkakan bahawa PRU13 akan diadakan pada tarikh akhir tempohnya iaitu Mac tahun depan kerana ia agak berisiko.

“Rakyat mungkin akan berubah fikiran dalam menentukan siapa pilihan mereka dalam PRU13 jika tercetus perkara yang tidak diduga, contohnya penganjuran demonstrasi seumpama Bersih.

“Bagaimanapun, saya percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mempunyai tarikh yang difikirkan tepat dan sesuai bagi membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya. Cuma belum sampai masanya untuk diumumkan,” katanya.

Menurutnya, sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) di Kedah dan seluruh negara, dilihat bertambah selepas pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Namun apabila berlaku demonstrasi Bersih baru-baru ini, sokongan itu dilihat agak menurun, khususnya kalangan masyarakat bukan Melayu. Sebaliknya sokongan dalam kalangan masyarakat Melayu tidak banyak berubah.

“Justeru, dalam masa yang singkat ini, kerajaan perlu meraih kembali sokongan daripada pengundi bukan Melayu,” katanya.-sinar

Datuk Aziz Sattar tolak kunjungan presiden Seniman Zed Zaidi

ENTAH di mana silapnya, kunjungan Seniman yang diketuai presidennya, Zed Zaidi, untuk melawat pelakon veteran, Datuk Aziz Sattar, 87 atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ajis, di Hospital Ampang, tengah hari semalam, ditolak sekerasnya ahli keluarga seniman itu.

Walaupun dipujuk Timbalan Presiden, Elyas Ismail, namun keluarga Aziz Sattar tetap berkeras dengan keputusan mereka.

Hampir sejam menunggu, Zed yang turut ditemani sekumpulan media, rakan artis dan ahli Seniman yang hadir akhirnya terpaksa akur dengan kehendak keluarga Pak Ajis. Sementelah lagi ia melibatkan campur tangan pihak hospital.

Bukan sahaja tidak dibenarkan melawat, malah media yang hadir juga ditegah dari merakam sebarang gambar.

Walaupun tidak menyatakan rasa terkilan, namun riak di wajah Zed dapat merungkai kekecewaannya.

Memandang positif mengenai perkara itu, Zed akur dengan kehendak Pak Ajis dan menganggap tiada apa yang perlu diperjelaskan sehingga menimbulkan spekulasi lain.

“Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai presiden. Saya mengetahui keadaan Pak Ajis pada hari Sabtu lalu dan sedaya upaya mencari dana untuk memberikan sumbangan.

“Sebelum datang, saya telah buat pengesahan daripada ahli keluarganya. Mereka setuju menerima lawatan saya. Tapi, lain pula jadinya. Saya tidak tahu nak kata apa, mungkin Pak Ajis tidak mahu diganggu. Saya berdoa agar kesihatannya beransur baik,” katanya.

Walaupun kunjungannya ditolak, Zed tetap menyerahkan sumbangan kepada Pak Ajis. Malah ia turut diterima baik ahli keluarganya.-sinar

Mungkir Janji, Tak Kenang Budi, Tak Bayar Hutang… Memang Amalan Pembangkang

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Sifat sebenar pakatan pembangkang yang dianggotai DAP, Pas dan PKR telah terpamer sebagaimana perlakuan mereka yang gagal dalam melaksanakan tanggungjawab diamanahkan oleh rakyat selepas PIlihan Raya Umum ke-12 lalu, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin

Katanya, pakatan pembangkang lebih cenderung menyerlahkan sifat buruk mereka sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak iaitu tidak menepati janji, budi tidak perlu dihargai dan hutang tak perlu dibayar.

“Perlakuan buruk pembangkang ini dapat dilihat oleh rakyat seluruh negara bukan saja di kawasan bandar tetapi masyarakat di pedalaman juga kerana sifat buruk mereka tidak dapat disembunyikan lagi,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau amat bersetuju dengan kenyataan PM yang mengingatkan rakyat tidak boleh berharap kepada pembangkang untuk menentukan masa hadapan mereka kerana pembangkang mengamalkan nilai buruk iaitu janji tidak perlu ditepati, budi tidak perlu dihargai dan hutang tidak perlu dibayar.

“Kita lihat bagaimana ‘buku jingga’ pembangkang yang mengandungi pelbagai janji-janji mustahil sedangkan janji-janji lama mereka sebelum menang dalam PRU-12 pun tak dapat ditunaikan.

“Saya ambil contoh di Perak yang mana mereka menjanjikan pemberian wang RM1,000 kepada mana-mana pelajar yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi tapi malangnya apabila mereka berkuasa dan janji tersebut dituntut maka pelbagai alasan diberikan kepada rakyat yang akhirnya langsung tidak ditunaikan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah menempelak pakatan pembangkang ini yang hanya mudah berjanji tapi tidak boleh menunaikannya.

“Mereka mudahlah untuk bercakap kerana mereka bukan pentadbir kerajaan, tetapi apabila diberi mandat untuk mentadbir negeri macam-macam pula helah mereka,” ujarnya.

Soal beliau, adakah kepimpinan sedemikian yang mahu dipilih dan diangkat sebagai peneraju pentadbiran negara sedangkan telah terbukti apa yang di katakan tidak dikota.

“Mereka telah menunjukkan sifat kepimpinan yang buruk sebagaimana misalnya di Selangor yang gagal memenuhi pendidikan percuma kepada para pelajarnya biarpun mereka sendiri yang membuat tuntutan sedemikian.

“Ini baru satu kerajaan negeri yang diuji untuk realisasikan janji-janji mereka, tapi itu pun tidak dapat dipenuhi jadi bagaimana pula dengan macam-macam janji lain yang mereka anggap kononnya lebih baik dari Barisan Nasional (BN).”

Justeru beliau berharap rakyat bijak membuat penilaian dan menjadikan nasihat Perdana Menteri sebagai azimat untuk menentukan pemimpin akan datang dalam PRU-13. -MediaUMNO

Janji tinggal janji?


Sejak 22 tahun Pas memerintah Kelantan pelbagai aduan daripada mulut terkeluar terhadap kepincangan pentadbiran parti yang memperjuangkan negara berkebajikan itu.

Antara isu yang menjadi kemarahan rakyat ialah isu bekalan air bersih di seluruh negeri Kelantan, projek mega yang gagal dilaksanakan seperti projek pembangunan Lembah Sireh, Pasar baru Pasir Puteh, Stadium baru di Pasir Puteh, Jambatan Palekbang-Kampung Cina dan pembinaan masjid di Kelantan.

Selain itu, terdapat projek-projek yang dilaksana Pas Kelantan menjadi keraguan rakyat terhadap kejayaannya seperti projek Jihad ternak, projek Koridor Depu, projek Ladang Rakyat dan projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai.

Justeru Pergerakan Pemuda Umno Kelantan disaran mendedahkan kegagalan kerajaan Pas menunaikan janji kepada rakyat sejak ia mengambil alih pentadbiran negeri ini pada 1990.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata banyak janji Pas yang belum ditunaikan termasuk janji memberi bantuan bulanan RM100 kepada warga emas, menyelesaikan isu air bersih, mewujudkan bandar Kawasan Dagangan Bebas Asia (AFTA) di Rantau Panjang serta jambatan kedua Sungai Kelantan di Palekbang, Tumpat.

“Kita mahu Pemuda bangkit dengan berani menyatakan perkara yang benar berhubung janji-janji PAS sejak mentadbir negeri ini pada 1990 yang gagal ditunaikannya kepada rakyat,” katanya.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pemimpin UMNO di setiap peringkat juga perlu mengemilangkan usaha meningkatkan program penerangan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu, beliau memuji usaha OMBAK menganjurkan forum itu yang mampu memberi kesedaran kepada rakyat mengenai janji-janji manis PAS.-khabarkotabharu.com

Nik Aziz ke Parlimen, KJ ganti MB Kelantan?

Adakah Anwar Ibrahim berbisik ke telinga Nik Aziz Nik Mat supaya membuat percaturan memberi laluan kepada pakar strategisnya, Kamaruddin Jaafar (gambar kanan) menjadi Menteri Besar Kelantan selepas PRU Ke-13 ini?
PILIHAN RAYA Umum Ke-13 negara akan diadakan tidak lama lagi. Mungkin tiga bulan lagi, jika bukan tahun depanlah. Tapi jika dilihat kepada kehangatannya, ia sudah terlalu hampir. Apa pun kita serahkan kepada PM untuk menentukan tarikhnya, kerana kata putus berada di dalam tangannya.

Namun begitu secara kasarnya, kempen telah pun berlangsung. Di Selangor di mana saya tinggal, pihak pembangkang telah pun rancak berceramah. Jika pilihan raya berlangsung selepas raya ini, maka Ramadan akan digunakan sepenuhnya untuk bertazkirah, yang sudah tentunya akan condong kepada kempen pilihan raya.

Kita semua amat arif, itulah kelebihan yang ada kepada pembangkang khususnya Pas. Mereka akan menggunakan surau dan masjid secara maksimum. Itu pasallah di beberapa masjid di sekitar Selangor sekarang berlaku kecelaruan apabila AJK lama masjid ditukar kepada yang pro-Pas, sehinggakan ada antara kes calon-calon AJK yang di luar daripada kariah masjid itu sendiri pun telah dilantik.

Bagi saya itu bukan satu kesalahan, kerana Pas di Selangor mempunyai advantage. Sesiapa pun berkuasa, dialah yang akan mempunyai kelebihan.

Selain berceramah dan berkempen, masing-masing parti politik, baik kerajaan atau pembangkang juga sedang rancak untuk menyusun calon-calon yang akan menghadapi peperangan politik itu kelak.

Penyusunan dan perancangan calon ini amat penting sekali. Bagi BN, yang akan menjadi underdog kali ini, penentuan itu amat-amat krusial sekali. Silap orang, maka undi akan terjunam.

Maka itu, benar kata PM beliau akan memilih muka-muka baru yang boleh menang kali ini. Tepat sekali strategi PM itu, kerana itu jugalah yang dimahukan oleh pengundi. Pengundi kali ini mahu melihat calon-calon BN terdiri daripada muka-muka baru, yang segar dan berseri-seri. Ingat pada pilihan raya lalu, pihak pembangkang yang underdog pernah meletakkan muka-muka yang tidak pernah pun orang kenal, dan rata-rata mereka menang.

Yang lama dan yang sudah bertanding empat, lima penggal, berilah peluang kepada yang tidak pernah lagi mencuba. Kecualilah, jika yang empat, lima penggal itu benar-benar disayangi oleh para pengundi.

Kepada pembangkang kali ini mereka bukan underdog lagi. Mereka yakin akan menang. Lim Guan Eng nampak gayanya semakin bongkak mendabik dada akan menang lagi kali ini. Jika beliau menang lagi maka, lebih banyaklah “perubahan demi perubahan" yang akan dilakukan di Pulau Pinang itu. Mungkin lebih banyaklah yang akan melukut di tepi gantang.

Tapi bagi orang Melayu, tumpuan sudah tentulah kepada dua negeri di Utara dan Pantai Timur tanah air, iaitu Kedah dan Kelantan. Ini adalah kerana kedua-dua negeri itu mengandungi majoriti kaum itu.

Kedah bagi saya, BN boleh ambil balik. Tapi ada tapinya. Ia banyak bergantung kepada siapa calon-calonnya. jangan rebut-merebut dan gaduh-gaduh. Formula seperti di atas amat-amat diperlukan untuk menang. Potensi memang ada.

Jika Kedah kalah kali ini, maka negeri itu akan menjadi satu lagi Kelantan yang akan dipasak oleh Pas selama-lamanya.

Tapi saya lebih berminat kali ini untuk mengulas mengenai kedudukan Kelantan. Nik Aziz Nik Mat yang pernah mencabar Dr. Mahathir Mohamad supaya berundur kerana dikatakan sudah tua dan nyanyuk, kini telah memerintah negeri itu selama 22 tahun.

Dia pernah mencabar Dr. Mahathir supaya meletak jawatan bagi membolehkan dia juga akan letak jawatan. Tapi sebagai orang politik yang totok, Nik Aziz tidak pernah mengotakan janjinya.

Difahamkan kali ini, buat ke sekelian kalinya, Nik Aziz bercita-cita mahu bertanding lagi. Walaupun asyik masuk-keluar hospital, dia masih mahu bertanding lagi. Tapi kali ini, mungkin lain macam sedikit.

Saya diberitahu oleh orang-orang dalaman Pas, Nik Aziz kali ini mahu bertanding di Parlimen pula.

Dia mahu merasai bagaimana berada dalam Dewan Rakyat. Dia mahu melepaskan jawatan sebagai MB Kelantan, setelah dikatakan terpaksa mengakui gagal membangunkan negeri itu sebagaimana yang dikehendaki.

Dia tahu kelemahannya. Dia tahu, mungkin, jika dia masih berada di situ rakyat Kelantan akan membuat perubahan. Maka, dia dikatakan akan bertanding di Parlimen P20 Pengkalan Chepa.

Jika benar, maka siapa yang akan menggantikannya? Apakah anak emasnya, Husam Musa? Tapi Husam kini dikatakan terlalu banyak bebanan? Husam memanglah bercita-cita mahu menjadi MB, menggantikan Nik Aziz, tapi adakah beliau akan dipilih?

Saya diberitahu, bukan Husam. Tapi nama yang disebut itu ialah KJ. Bukan KJ Pemuda UMNO, tapi Ahli Parlimen P19 Tumpat iaitu Kamaruddin Jaafar.

KJ ini disebut-sebut akan menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan selepas PRU-13 kelak. Difahamkan, jika benarlah, KJ ini yang menjadi AP Tumpat sejak 1999 akan bertanding di DUN N3 Pasir Pekan (di kampung halamannya) dalam kawasan parlimennya sekarang.

Ahli DUN N3 Pasir Pekan yang kini dipegang oleh Datuk Ahmad Yaakob (kini Timbalan MB Kelantan) akan bertanding di kerusi Parlimen Tumpat.

Tapi siapa Kamaruddin ini? Yang kita tahu dia ini adalah orang kuat dan orang kanan Anwar Ibrahim. Juga disebut-sebut, KJ ini pun dikatakan memasuki ke dalam Pas atas perintah Anwar yang mahu beliau menyusup masuk ke dalam parti itu.

Apakah Anwar, akhirnya mahu menguasai Kelantan pula secara tidak langsung? Jika tidak benar pun andaian ini, mengapa tiba-tiba angin bertiup. Ia kini menjadi buah mulut orang-orang Pas di Kelantan.

Anwar ini memang licik orangnya. Itu pun semua orang tahu. Jika benarlah maka Anwar memang bijak. Adakah jika KJ menjadi MB Kelantan kelak, maka akan mudah PKR dapat bertapak di bumi Kelantan selepas ada tanda-tanda jelas akan kehancuran pertahanan PKR di bumi Selangor dan Pulau Pinang.

Semua orang tahu markas Anwar di Permatang Pauh kini telah goyah. Jika ini benar-benar terjadi, maka adalah tidak mustahil MB KJ akan membuka peluang kepada seorang ahli DUN daripada PKR menjadi Timbalan MB Kelantan?

Faktanya, KJ ini merupakan strategis Anwar di dalam think-tanknya, Institut Kajian Dasar (IKD). Semasa KJ menerajui IKD dia dikatakan banyak mengeluarkan buku mengenai fahaman yang cuba dibawa oleh Anwar mengenai masyarakat madani. Kebanyakan buku-buku itu dikatakan ditaja oleh sebuah yayasan dikenali sebagai Kondrad Adeneur, sebuah pertubuhan milik Parti Kristian Demokrat di Jerman.

Datuk KJ bukan calang-calang orang. Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Ghafar Baba. Semasa itu, Anwar ialah Menteri Kewangan. Tapi semasa KJ bersama Ghafar, Anwar juga sudah bercita-cita mahu menjadi TPM, menggantikan Ghafar.

KJ dan Anwar pernah aktif dalam ABIM dan merupakan sahabat baik. Akhirnya pada 1993, Anwar melawan Ghafar dan oleh kerana permainan politik wang yang terlalu hebat, Anwar menang dalam permilihan UMNO.

Beliau kemudian dilantik menjadi TPM. KJ pula secara rasmi berada bersama Anwar di dalam lingkungan TPM Anwar. KJ diberi peranan oleh Anwar untuk menjalankan perniagaan.

Nik Aziz yang selama ini amat mengkagumi Anwar, kini melihat KJ mempunyai potensi.

Kamaruddin dikatakan boleh melonjakkan ekonomi Kelantan. Nik Aziz yang selama 22 tahun hanya mampu membaca doa tazkirah sahaja mengakui gagal melakukan transformasi ekonomi negeri itu.

Nik Aziz amat mempercayai keupayaan Kamaruddin yang dikatakan mempunyai rangkaian hubungan dengan pihak antarabangsa termasuk dari Jerman, Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Jika perkembangan ini benar berlaku, maka ia akan menjadi satu lagi dimensi baru bagi sains politik di negara ini.

Persoalannya adakah Pas akan berdiam diri? Kita tunggu dan lihat.-utusan

Selasa, 26 Jun 2012

Manifesto: Anwar pertikai kaedah rakaman

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Kerajaan Pusat mahu mengaburi mata rakyat dengan hanya membenarkan manifesto parti politik ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) disiarkan secara rakaman.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu berkata, langkah julung kali diperkenalkan itu jelas menunjukkan politik kotor yang diamalkan oleh Kerajaan Pusat dan tidak menghormati hak dan kehendak rakyat.

"Jika benar ingin beri kebebasan manifesto, mengapa mahu dibuat secara rakaman?" kata beliau kepada pemberita selepas majlis Pelancaran dan Diskusi Buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat di sini, malam tadi.

Tambah beliau, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menggunakan medium media untuk mempergunakan orang Melayu dengan cara sedemikian.

"Kebebasan dalam bersuara dan menyampaikan manifesto mesti boleh dibuat secara langsung, bukan melalui rakaman. Ini jelas permainan mereka bagi mengaburi mata rakyat," ulas beliau.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, PR menolak kaedah rakaman dalam menyiarkan manifesto parti-parti politik ketika PRU13 sebagaimana diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Jumaat lalu.

Mustafa berkata, kenyataan yang dibuat Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak menepati tuntutan Bersih 3.0.

Menurutnya, sekiranya perkara tersebut dilakukan, manifesto yang diusulkan secara rakaman akan diputar belit dan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Pakatan Rakyat tidak boleh terima keadaan tersebut kerana ia melibatkan sumber rakaman yang akan ditokok tambah dan sumbernya tidak tepat kerana boleh dimanipulasi sesiapa sahaja," kata beliau.

Dalam reaksi balas kepada Sinar Harian Online, Abdul Aziz merayu parti-parti politik memberi kerjasama dengan tidak mempertikaikan mekanisme yang hendak digunakan untuk menyiarkan manifesto menerusi RTM.

Sehubungan itu, badan pengendali pilihan raya mahu PR mencuba terlebih dahulu kaedah rakaman dan memberi peluang untuk melaksanakannya sebelum sangsi dan menolak bulat-bulat.

Abdul Aziz juga berkata, usaha pihaknya mendapatkan ruang bagi menyiarkan manifesto untuk semua parti harus diteruskan sebelum membuat andaian negatif.

Menurut Abdul Aziz, beliau telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ruang bagi kesemua parti menyiarkan manifesto mereka melalui beberapa televisyen kerajaan dan ia dilihat sebagai satu langkah yang baik.-sinar harian

Tabur janji kerana pilihan raya umum

Keghairahan Kerajaan Pas Kelantan menabur janji melaksanakan projek mega dipercayai berpunca daripada pilihan raya umum yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Pengerusi Gerakan Tukar Rakyat, Kamarudin Mohd. Kasim mendakwa, taktik tersebut sudah dapat dihidu kerana seperti biasa setiap kali menjelang pilihan raya umum, Kerajaan Pas Kelantan akan tampil dengan pelbagai janji projek baru.

Dakwanya, salah satu contoh yang boleh dilihat adalah pembinaan stadium di Bukit Merbau yang diumumkan Mei tahun lalu tetapi upacara pecah tanahnya hanya dicadangkan dilakukan pada bulan Mac lalu.

"Ini jelas apabila Pas menjangka pilihan raya umum pada bulan Mac lalu, maka mereka kata nak buat pecah tanah bulan Mac, tetapi bila tiada pilihan raya akhirnya majlis itu juga tidak dibuat langsung.-utusan

Denda minimum RM300 pandu lebih had laju

Denda minimum kesalahan memandu melebihi had laju ditetapkan RM300, manakala had maksimum dinaikkan sehingga RM2,000 atau boleh dipenjara maksimum tiga bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ia adalah kenaikan sekali ganda bagi kesalahan itu apabila Subseksyen 26(2) dalam Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 dijangka diluluskan Dewan Rakyat minggu ini berbanding denda maksimum RM1,000 sekarang.
Ketika ini, tiada had denda minimum ditetapkan untuk kesalahan berkenaan. Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri pada sidang Dewan Rakyat, semalam. Ia bertujuan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selain itu, pindaan Subseksyen 26(2) Rang Undang-undang terbabit memperuntukkan denda minimum dan maksimum yang sama bagi kesalahan memandu tanpa lesen atau penjara maksimum tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Pemandu atau pejalan kaki yang mengabaikan arahan dan isyarat lalu lintas diberikan anggota polis atau warden lalu lintas pula boleh didenda minimum dan maksimum yang sama melalui pindaan Subseksyen 79(2) berbanding denda maksimum RM500 sekarang.

Selain itu, Seksyen 76A yang baru diperkenalkan dalam rang undang-undang itu membenarkan pemandu membelok ke kiri di simpang lalu lintas yang ada dipasang isyarat membenarkan membelok ke kiri jika pemandu mendapati selamat untuk berbuat demikian.
Sesiapa melanggar seksyen berkenaan boleh didenda minimum RM300 dan maksimum RM2,000.

Rang undang-undang itu turut memasukkan takrif baru ‘basikal elektrik’ yang diistilahkan ‘sikal’ dengan bantuan kayuh dilengkapi motor elektrik sokongan yang ada kuasa berkadar berterusan maksimum 0.25kW.

Output basikal elektrik itu berkurangan secara beransur-ansur dan akhirnya terhenti apabila kenderaan mencapai kelajuan 25km/j atau sebelumnya jika penunggang berhenti mengayuh.-berita harian

ps: kalau tak nak kena saman,ikut je peraturan.

Rabu, 20 Jun 2012

JADUAL PERLAWANAN SUKU AKHIR EURO 2012





Kedudukan dalam kumpulan EURO 2012


Czech Rep dan Greece layak ke suku akhir

Germany dan Portugal layak ke suku akhir

Spain dan Italy layak ke suku akhir

England dan France layak ke suku akhir

UPDATE | Jadual Perlawanan Euro 2012 Waktu Malaysia dan keputusan penuh perlawanan


Berikut adalah jadual perlawanan Euro 2012 waktu Malaysia.




Keputusan penuh perlawanan akan di'update' dari semasa ke semasa setelah perlawanan tamat.

Jadual Kumpulan A – EURO 2012
8 Jun – 11:55 malam | POLAND vs GREECE [result FT]
9 Jun – 02:45 pagi | RUSSIA vs REP CZECH [result FT]
13 Jun – 02:45 pagi | POLAND vs RUSSIA [result FT]
13 Jun – 11:55 malam | GREECE vs REP CZECH [result FT]
17 Jun – 02:45 pagi | GREECE vs RUSSIA [result FT]
17 Jun – 02:45 pagi | REP CZECH vs POLAND [result FT]

Jadual Kumpulan B – EURO 2012
9 Jun – 11:55 malam | BELANDA vs DENMARK [result FT]
10 Jun – 02:45 pagi | JERMAN vs PORTUGAL [result FT]
13 Jun – 11.55 malam | DENMARK VS PORTUGAL [result FT]
13 Jun – 02:45 pagi | BELANDA vs JERMAN [result FT]
17 Jun – 02.45 pagi | PORTUGAL VS BELANDA [result FT]
17 Jun – 02.45 pagi | DENMARK vs JERMAN [result FT]

Jadual Kumpulan C – EURO 2012
10 Jun – 11:55 malam | SEPANYOL vs ITALI [result FT]
11 Jun – 02:45 pagi | IRELAND vs CROATIA [result FT]
14 Jun – 02:45 pagi | SEPANYOL vs IRELAND [result FT]
14 Jun – 11:55 malam | ITALI vs CROATIA [result FT]
18 Jun – 02:45 pagi | CROATIA vs SEPANYOL [result FT]
18 Jun – 02:45 pagi | ITALI vs IRELAND [result FT]

Jadual Kumpulan D – EURO 2012
11 Jun – 11:55 malam | PERANCIS vs ENGLAND [result FT]
12 Jun – 02:45 pagi | UKRAINE vs SWEDEN [result FT]
15 Jun – 11:55 malam | SWEDEN vs ENGLAND [result FT]
16 Jun – 02:45 pagi | UKRAINE vs PERANCIS [result FT]
20 Jun – 02:45 pagi | ENGLAND vs UKRAINE [result FT]
20 Jun – 02:45 pagi | SWEDEN vs PERANCIS [result FT]


EURO 2012 | SWEDEN vs PERANCIS

Full Time

Sweden 2
(Ibrahimovic-54', Larsson-90')

Perancis 0


Statistik


(SWE-FRA)
Penguasaan (42:58)
Percubaan (7:10)
Kad merah (0:0)
Kad kuning (2:1)
Sepakan Penjuru (2:8)
Kekasaran (17:14)
Ofsaid (6:1)

EURO 2012 | ENGLAND vs UKRAINE

Full Time

England 1
(Rooney-48')

Ukraine 0


Statistik


(ENG-UKR)
Penguasaan (42:58)
Percubaan (5:5)
Kad merah (0:0)
Kad kuning (2:3)
Sepakan Penjuru (6:10)
Kekasaran (13:12)
Ofsaid (0:0)

Selasa, 19 Jun 2012

EURO 2012 FULL RESULTS uefa.com

KURANG AJAR !!! AHMAD SYUKRI MENGHINA SULTAN JOHOR !!!


Ahmad Shukri b Kamarudin

900219-05-5393

Lot 1446, Kg Baru Air Hitam Chembong, 71300 Rembau Negeri Sembilan

Setiausaha Media Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Penyokong Pakatan Haram

Twitter: http://twitter.com/shukri_rembau

Facebook: https://www.facebook.com/ahmadshukri.kamarudin

Sumber: Badutrakyat

Datuk Murad sahkan buat akuan bersumpah menegenai akaun RM3b babitkan Anwar

Setelah sekian lama membisu berhubung isu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal 20 akaun induk semasa menjadi Menteri Kewangan, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid tampil mengesahkan akuan berkanun yang dibuat beliau 13 tahun lalu adalah benar.

Abdul Murad yang selama ini didesak pelbagai pihak supaya tampil menjelaskan perkara tersebut selepas didedahkan media berkata, beliau memang membuat akuan berkanun pada 1999 berhubung pengendalian akaun-akaun berjumlah RM3 bilion membabitkan Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Pada masa sama, beliau yang dalam akuan berkanunnya mengakui membayar lebih RM120 juta kepada kroni dan organisasi tertentu atas arahan Anwar memberitahu, bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa jika dikehendaki.

"Saya dengan ini mengesahkan ada membuat akuan bersumpah pada 1999 berhubung pengendalian akaun-akaun berjumlah RM3 bilion yang saya percaya melibatkan Anwar. Saya juga telah memberi keterangan yang diminta pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Isu Anwar mengawal 20 akaun induk dengan menggunakan kroni-kroninya semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kembali hangat selepas ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali mengesahkan abangnya yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali memiliki kekayaan luar biasa berjumlah RM30 juta.

Kekayaan Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin dipercayai ada kaitan dengan Anwar kerana ketika tahun 90-an iaitu semasa menjadi Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri, beliau yang bergaji RM2,442 sebulan sudah memiliki aset bernilai jutaan ringgit sehingga disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Malah, Abdul Murad sendiri dalam akuan berkanunnya itu secara jelas mengaitkan nama Shamsidar apabila mendakwa isteri Azmin tersebut dibayar gaji lumayan dan disediakan sebuah kereta lengkap dengan pemandu walaupun pada kebanyakan masa wanita itu tidak perlu ke tempat kerja.

Dalam akuan berkanun sama juga, beliau mendakwa Anwar telah mengarahkannya melaksanakan eksesais korporat yang memihak kepada kawan-kawan dan kroni serta membersihkan hutang mereka dengan menggunakan keuntungan daripada rundingan menggunakan pengaruh Bank Negara Malaysia (BNM).

Antaranya, dakwa Abdul Murad, eksesais korporat melibatkan pengambilalihan Sikap Power, pemegang konsesi Projek Kuasa Bebas (IPP) di Lumut, Perak yang dijual kepada Malaysia Resources Corporation Bhd. (MRCB) atas arahan Anwar sebelum menyuntik konsesi itu ke dalam Malakof Berhad.

Sumber

EURO 2012 | ITALI vs IRELAND

Full Time

Itali 2
(Cassano-35', Balotelli-90')

Ireland 0


Statistik


(ITA-IRL)
Penguasaan (60:40)
Percubaan (17:2)
Kad merah (0:1)
Kad kuning (3:4)
Sepakan Penjuru (12:5)
Kekasaran (15:23)
Ofsaid (3:7)

EURO 2012 | CROATIA vs SEPANYOL

Full Time

Croatia 0

Sepanyol 1
(Jesus Navas-88')


Statistik


(CRO-ESP)
Penguasaan (33:67)
Percubaan (3:7)
Kad merah (0:0)
Kad kuning (6:0)
Sepakan Penjuru (4:11)
Kekasaran (17:16)
Ofsaid (0:0)

Isnin, 18 Jun 2012

EURO 2012 | DENMARK vs JERMAN

Full Time

Denmark 1
(Krohn-Dehli-24')

Jerman 2
(Podolski-19', Bender-80')


Statistik


(DEN-GER)
Penguasaan (43:57)
Percubaan (6:6)
Kad merah (0:0)
Kad kuning (0:0)
Sepakan Penjuru (5:3)
Kekasaran (8:6)
Ofsaid (4:2)

EURO 2012 | PORTUGAL VS BELANDA

Full Time

Portugal 2
(C.Ronaldo-28', C.Ronaldo-74')

Belanda 1
(Van Der Vaart-11')


Statistik


(POR-NED)
Penguasaan (43:57)
Percubaan (8:5)
Kad merah (0:0)
Kad kuning (1:2)
Sepakan Penjuru (7:5)
Kekasaran (17:12)
Ofsaid (4:1)

Ahad, 17 Jun 2012

EURO 2012 | REP CZECH vs POLAND

Full Time

Rep Czech 1
(Jiracek-72')

Poland 0


Statistik


(CZE-POL)
Penguasaan (59:41)
Percubaan (7:7)
Kad merah (0:0)
Kad kuning (3:5)
Sepakan Penjuru (6:6)
Kekasaran (20:22)
Ofsaid (3:1)

EURO 2012 | GREECE vs RUSSIA

Full Time

Greece 1
(Karagounis-45')

Russia 0


Statistik


(GRE-RUS)
Penguasaan (46:54)
Percubaan (2:10)
Kad merah (0:0)
Kad kuning (2:5)
Sepakan Penjuru (5:12)
Kekasaran (8:14)
Ofsaid (1:0)

Sabtu, 16 Jun 2012

EURO 2012 | SWEDEN vs ENGLAND

Full Time

Sweden 2
(Mellberg-49', Mellberg-59')

England 3
(Carroll-23', Walcott-64', Welbeck-78')


Statistik


(SWE-ENG)
Penguasaan (48:52)
Percubaan (8:9)
Kad merah (0:0)
Kad kuning (3:1)
Sepakan Penjuru (3:3)
Kekasaran (14:10)
Ofsaid (0:0)

EURO 2012 | UKRAINE vs PERANCIS

Full Time

Ukraine 0

Perancis 2
(Menez-53', Cabaye-56')


Statistik


(UKR-FRA)
Penguasaan (48:52)
Percubaan (2:11)
Kad merah (0:0)
Kad kuning (2:3)
Sepakan Penjuru (5:6)
Kekasaran (7:16)
Ofsaid (2:3)

Jumaat, 15 Jun 2012

EURO 2012 | SEPANYOL vs IRELAND

Full Time

Sepanyol 4
(F.Torres-4', D.Silva-49', F.Torres-70', C.Fabregas-83')

Ireland 0


Statistik


(ESP-IRL)
Penguasaan (66:34)
Percubaan (20:4)
Kad merah (0:0)
Kad kuning (2:3)
Sepakan Penjuru (8:2)
Kekasaran (9:16)
Ofsaid (6:1)

EURO 2012 | ITALI vs CROATIA

Full Time

Itali 1
(Pirlo-39')

Croatia 1
(Mandzukic-72')


Statistik


(ITA-CRO)
Penguasaan (52:48)
Percubaan (7:8)
Kad merah (0:0)
Kad kuning (2:1)
Sepakan Penjuru (6:3)
Kekasaran (15:22)
Ofsaid (3:1)

Khamis, 14 Jun 2012

Sultan Johor murka terhadap Nizar

Sultan Johor, Sultan Ibrahim, hari ini melahirkan rasa murka terhadap bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi blog Twitter, baru-baru ini.

Sultan Ibrahim bertitah tindakan Mohammad Nizar itu juga adalah satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai kesilapannya.
"Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Adakah dia lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya?
"Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. Bukankah berdiam diri itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik? Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya, janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain, sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah setiap tindakan yang baginda lakukan adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan baginda berharap setiap kebajikan yang baginda lakukan tidak perlu diperbesarkan.

Sehubungan itu, baginda turut mengingatkan semua wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan selaras dengan kata pepatah "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar".

"Saya harap dia (Mohammad Nizar) sedar siapa diri dia dan kesilapan yang sudah dibuat. Jika dia hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor dan bukannya kepada saya seorang sahaja.
"Pepatah Melayu sering mengingatkan 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'," titah baginda sambil mengucapkan terima kasih kepada anggota gabungan badan bukan kerajaan dan seluruh rakyat Johor yang memberi sokongan serta menyembah ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi.

Sementara itu, Sultan Johor bertitah baginda bersyukur kerana seluruh rakyat di negeri ini mengecapi hidup dalam suasana yang aman dan menikmati kesejahteraan yang lebih baik hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan berterusan.

Baginda bertitah, Johor mencapai pelaburan lebih RM2 bilion dalam suku pertama tahun ini manakala Iskandar Malaysia pula merekodkan pelaburan komited terkumpul berjumlah RM87.56 bilion untuk tempoh tahun 2006 sehingga Mac lalu.

"Lebih 30 peratus daripada nilai projek permulaan di seluruh negara yang dilaburkan di negeri ini membolehkan Johor menceburi bidang baru iaitu minyak dan gas yang sekali gus akan menjadi penjana ekonomi utama di selatan negeri ini.

Oleh itu, kerajaan perlu memastikan rakyat dilengkapi dengan kemahiran di semua peringkat termasuk profesional, teknikal dan vokasional untuk membolehkan mereka menjadi tenaga kerja di bidang-bidang baru ini," titah baginda.

Sultan Ibrahim turut mengingatkan semua pihak supaya terus mengekalkan perpaduan memandangkan ada sesetengah pihak yang berusaha untuk menggugat perpaduan rakyat demi kepentingan politik yang sempit.

Sultan Johor bertitah pihak berkenaan sanggup menabur fitnah dan menghasut rakyat untuk membenci raja serta membangkitkan isu sensitif kaum dan agama dengan tujuan untuk menimbulkan kebencian dan menghancurkan keamanan dan kemakmuran negara.

"Ingatlah bahawa perpaduan adalah asas wujudnya negara ini dan kemajuan yang kita peroleh adalah hasil daripada perpaduan yang wujud sejak dulu lagi. Namun begitu, saya percaya rakyat Johor bukanlah masyarakat yang mudah terpedaya dengan tipu helah 'musang yang berbulu ayam' ini," titah baginda. - BERNAMA

EURO 2012 | BELANDA vs JERMAN

Full Time

Belanda 1
(Van Persie-73')

Jerman 2
(Gomez Garcia-24', Gomez Garcia-38')


Statistik


(NED-GER)
Penguasaan (53:47)
Percubaan (6:9)
Kad merah (0:0)
Kad kuning (2:1)
Sepakan Penjuru (6:5)
Kekasaran (11:7)
Ofsaid (1:4)

EURO 2012 | DENMARK VS PORTUGAL

Full Time

Denmark 2
(Bendtner-41', Bendtner-80')

Portugal 3
(Lima Ferreira-24', Marques Postiga-36', Goncalves Varela-87')


Statistik


(DEN-POR)
Penguasaan (58:42)
Percubaan (6:12)
Kad merah (0:0)
Kad kuning (2:2)
Sepakan Penjuru (7:6)
Kekasaran (18:17)
Ofsaid (2:0)

Rabu, 13 Jun 2012

EURO 2012 | POLAND vs RUSSIA

Full Time

Poland 1
(Blaszcykowski-37')

Russia 1
(Dzagoev-37')


Statistik


(POL-RUS)
Penguasaan (44:56)
Percubaan (9:3)
Kad merah (0:0)
Kad kuning (2:2)
Sepakan Penjuru (4:6)
Kekasaran (12:13)
Ofsaid (2:2)

EURO 2012 | GREECE vs REP CZECH

Full Time

Greece 1
(Gekas-53')

Rep Czech 2
(Jiracek-3', Pilar-6')


Statistik


(GRE-CZE)
Penguasaan (55:45)
Percubaan (5:3)
Kad merah (0:0)
Kad kuning (3:3)
Sepakan Penjuru (1:4)
Kekasaran (14:26)
Ofsaid (6:0)

Selasa, 12 Jun 2012

EURO 2012 | UKRAINE vs SWEDEN

Full Time

Ukraine 2
(Shevchenko-55', Shevchenko-61')

Sweden 1
(Ibrahimovic-52')


Statistik


(UKR-SWE)
Penguasaan (53:47)
Percubaan (5:6)
Kad merah (0:0)
Kad kuning (0:2)
Sepakan Penjuru (3:2)
Kekasaran (12:20)
Ofsaid (2:1)

EURO 2012 | PERANCIS vs ENGLAND

Full Time

Perancis 1
(Nasri-39')

England 1
(Lescott-30')


Statistik


(FRA-ENG)
Penguasaan (63:37)
Percubaan (15:1)
Kad merah (0:0)
Kad kuning (0:2)
Sepakan Penjuru (11:4)
Kekasaran (9:7)
Ofsaid (0:5)

Isnin, 11 Jun 2012

Menteri Dalam Negeri Maut dalam Nahas Helikopter

NAIROBI 10 Jun - Seorang menteri Kabinet Kenya yang pernah berkhidmat sebagai naib presiden negara itu adalah antara tujuh maut apabila helikopter terhempas dekat sini, hari ini.

Laporan turut mengesahkan Menteri Dalam Negeri, George Saitoti adalah salah seorang daripada tujuh mangsa dalam kejadian berkenaan.

Saitoti, pakar ekonomi dan ahli matematik lulusan Amerika Syarikat, adalah salah seorang ahli politik berpengaruh di Kenya.

Tahun lalu, beliau mengumumkan untuk bertanding jawatan Presiden Kenya pada 2013

-klpos-

EURO 2012 | IRELAND vs CROATIA

Full Time

Ireland 1
(St. Ledger-19')

Croatia 3
(Mandzukic-3', Jelavic-43', Mandzukic-48')


Statistik


(IRL-CRO)
Penguasaan (48:52)
Percubaan (5:8)
Kad merah (0:0)
Kad kuning (1:2)
Sepakan Penjuru (1:7)
Kekasaran (12:18)
Ofsaid (2:1)

EURO 2012 | SEPANYOL vs ITALI

Full Time

Sepanyol 1
(C.Febregas-64')

Itali 1
(Di Natale-60')

Statistik


(ESP-ITA)
Penguasaan (62:38)
Percubaan (9:6)
Kad merah (0:0)
Kad kuning (3:4)
Sepakan Penjuru (7:2)
Kekasaran (13:19)
Ofsaid (2:3)

Ahad, 10 Jun 2012

ORANG ISLAM DIHALAU,MASJID DITUTUP DEMI UNTUK MENDENGAR TAZKIRAH POLITIK ANWAR IBRAHIM


Sebentar tadi difahamkan umat Islam dilarang bersembahyang di Masjid Raja Muda Musa Semenyih kerana Masjid itu ditutup untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim dan penyokongnya memberi tazkirah politik.
Masjid itu ditutup sebelum masuk waktu Maghrib dan umat Islam yang ingin bersembahyang di Masjid tersebut diarahkan ke Masjid lain. Hanya penyokong PKR,Pas dan DAP sahaja yang dibenarkan masuk.-Sungai Rapat Online

ps: adakah masjid tu milik penyokong PKR,Pas dan DAP? kalau bagi tazkirah agama tak apa la tapi kenapa perlu halau orang islam yang bukan dari penyokong PKR,Pas dan DAP? kalau tazkirah politik kenapa perlu buat dalam masjid?

EURO 2012 | JERMAN vs PORTUGAL

Full Time

Jerman 1
(Gomez Garcia-72')

Portugal 0


Statistik


(GER-POR)
Penguasaan (51:49)
Percubaan (4:7)
Kad merah (0:0)
Kad kuning (2:2)
Sepakan Penjuru (2:11)
Kekasaran (14:19)
Ofsaid (1:1)

EURO 2012 | BELANDA vs DENMARK


Full Time

Belanda 0 

Denmark 1
(Kroehli-24')

Statistik 

(NED-BEL)
Penguasaan (54:46)
Percubaan (8:8)
Kad merah (0:0)
Kad kuning (1:2)
Sepakan Penjuru (11:4)
Kekasaran (8:12)
Ofsaid (1:2)

Sabtu, 9 Jun 2012

EURO 2012 | RUSSIA vs REP CZECH


Full Time

Russia 4 
(Dzagoev-15', Shirokov-24', Dzagoev-79')

Rep Czech 1
(Pilar-52')

Statistik 

(RUS-CZE)
Penguasaan (50:50)
Percubaan (7:10)
Kad merah (0:0)
Kad kuning (0:0)
Sepakan Penjuru (3:5)
Kekasaran (13:15)
Ofsaid (2:4)

EURO 2012 | POLAND vs GREECE

Full Time

Poland 1
(Lewandowski-17')

Greece 1
(Salpingidis-51')


Statistik


(POL-GRE)
Penguasaan (57:43)
Percubaan (4:3)
Kad merah (1:0)
Kad kuning (0:3)
Sepakan Penjuru (4:4)
Kekasaran (22:16)
Ofsaid (0:3)

Jumaat, 8 Jun 2012

Jamil Ismail Hina Sultan Johor di Facebook dan cabar ambil tindakan


Sultan sultan cakap mereka ABOVE politik hahahaha yang pi sokong apa ornag politik buat apesal. macam ni nak suruh rakyat hormat sultan. patut la sekarang rakyat dan mula menyampah dengan mereka. kalau pembangkang itu tak betul ini tak betul tapi bila kerajaan yg boleh bagi ape sahaja keturunan mereka nak everything bagus. ISYARAT 1 MALAYSIA adalah isyarat mainan ornag politik.
Maaf cakap la aku takut ke. andai kata apa yang aku taip di atas salah. dan baginda mahu aku mengadap insyaallah aku akan mengadap. no problem. aku bukan macam penyokong umno. menyalak mcm anjing sekali Dato Seri Nizar timbul pucat lesi.macam bapok. andaikata baginda sultan johor mahu aku mengadap anytime. sediakan kenderaan aku datang. tapi ingat kena gentlements. i dont trust anyone or anybody , aku masuk istana hidup dan sihat aku keluar istana pun sihat. sembah sembah sorry bukan aku ok. - Jamil Bin Ismail.

Itulah dia bila melayu islam yang bernama Jamil Bin Ismail menyalahgunakan laman sosial Facebook untuk menghentam Sultan Johor. Perit dan pekatnya bahasa yang digunakan, jelas sekali kenyataan yang dihamburkan menunjukkan Jamil anak Ismail ini tidak berfikir sebelum bertindak.[baca sumber asal]

Kejadian Nabi Adam A.S

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
" Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia."

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:

1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan

Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :"Yarhamukallah"
yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap
sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)

RENUNGAN
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada AllahLah kita akan
dikembalikan.

Wallahualam

KERAJAAN AKAN TERUS SEDIAKAN PENDIDIKAN BERKUALITI TINGGI DAN BERPATUTAN

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan terus menyediakan pendidikan yang berpatutan dan berkualiti tinggi kepada pelajar, di samping mengimbangi keperluan rakyat dengan memupuk bakat masa hadapan.

Katanya pendidikan yang baik adalah penting bukan sahaja kerana orang ramai perlu diberi peluang mengembangkan pengetahuan mereka, tetapi juga kerana tenaga kerja mahir semakin diperlukan dalam ekonomi masa kini yang kian berkembang dan diterajui oleh teknologi maklumat.

"Peranan kerajaan dalam membantu pelajar mendapatkan pendidikan tinggi ternyata jelas. Atas sebab itulah biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ditawarkan secara rutin kepada pelajar yang layak bagi membantu mereka mencapai impian untuk melanjutkan pelajaran ke tahap universiti atau kolej ternama," katanya dalam entri blog terbaru di laman www.1malaysia.com.my hari ini.

Jelasnya, pelajar yang tidak layak mendapat biasiswa pula ditawarkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai alternatif.

Perdana Menteri berkata PTPTN yang ditubuhkan pada 1997 bagi memudahkan pelajar yang memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran bagaimanapun tidak lari daripada kritikan.

Ini termasuk gesaan supaya sistem yang telah beroperasi lebih dari sedekad setengah itu digantikan dengan sistem pendidikan tinggi percuma untuk semua sebagai langkah mengurangkan beban pembayaran balik ke atas pelajar.

"Kami telah mempertimbangkan kebaikan dan keburukan cadangan ini - walaupun pemansuhan menawarkan penangguhan segera bagi pelajar-pelajar yang masih membayar balik pinjaman PTPTN mereka, terdapat faktor-faktor lain yang perlu diambil kira oleh pihak kerajaan.

"Pertama, pemansuhan akan menyebabkan kerajaan menanggung kos sebanyak RM43 bilion dalam bentuk pinjaman tertunggak. Wang ini tentunya boleh digunakan untuk menjalani projek-projek yang dapat membantu rakyat. Selain itu, penubuhan universiti teknikal yang menawarkan pendidikan percuma memerlukan sumber yang besar," katanya.

Perdana Menteri perkata prinsip subsidi 100 peratus terhadap yuran kolej dan universiti pula jarang diamalkan oleh mana-mana negara.

Katanya ijazah yang baik adalah batu loncatan kepada pendapatan yang lebih baik, dan cukai daripada isi rumah berpendapatan rendah dalam masyarakat turut menyumbang kepada batu loncatan tersebut.

Menyedari beban perhutangan telah menjadi isu penting bagi rakyat Malaysia terutama para graduan, Najib berkata kira-kira 85 hingga 95 peratus daripada kos pendidikan telah disubsidi oleh kerajaan manakala perbelanjaan sara hidup pelajar pula difaktorkan ke dalam pinjaman PTPTN.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga sentiasa berusaha membantu pelajar mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pengajian, dan mereka yang masih menganggur pula tidak dipaksa untuk membayar balik pinjaman PTPTN tersebut.

"Sebaliknya kami menggalakkan pelajar tersebut untuk meneruskan pelajaran mereka, dan kami akan menyediakan bantuan sekiranya mereka ingin belajar di luar negara sebagai alternatif," katanya.

gambar hiasan


Bernama

Khamis, 7 Jun 2012

Bantuan Ikhlas Untuk adik Iskandar Syahlizan

Luahan Ibu adik Iskandar Syahlizan di facebook

'Assalamualaikum.

Iskandar dilahirkan pada 16 Julai 2011. Dia anak comel, sihat dan suka tersenyum.

Pada Disember 2011, dia dimasukkan ke Wad Kanak Kanak di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor kerana jangkitan kuman di paru paru. Pada Mac 2012, Iskandar dimasukkan sekali lagi kerana demam kuat.

pada 3 Mei 2012, sewaktu pemeriksaan mingguan, dia diwadkan sekali lagi kerana pernafasan terlalu laju dan bibirnya menjadi kehitaman. Dia kemudian menjalani pelbagai ujian termasuk ECHO, dan CTScan, hasilnya jantung dan paru paru dia dapati baik. Ujian darah menunjukkan kandungan darah putih agak tinggi,dan ubat sepatutnya diberikan.

Doktor di Hospital Sultanah Aminah tidak dapat mengesahkan penyakit sebenar Iskandar dan meminta Doktor Asiah Kasim dari HKL untuk memeriksa Iskandar. Berikutan itu pada 15 Mei 2012, Iskandar disahkan menghidap ILD, Interstitial Lung Disease. Rawatannya hanya boleh dilakukan di HKL, dan Doktor Asiah telah memberi kami masa untuk berfikir. pada 17hb, saya dan isteri telah bersetuju menghantar Iskandar ke HKL untuk mendapatkan rawatan.

Sejak 15 Mei 2012, ubat dan antibiotik Iskandar telah diberhentikan dan Iskandar hanya diberikan ubat demam dan bantuan Nebulizer setiap 6 jam.

Pada 18 Mei 2012, Iskandar dimasukkan ke ICU kerana paru parunya gagal berfungsi dan bergantung kepada mesin pernafasan. Apabila soalan diajukan, doktor mengatakan keadaannya stabil.

Setiap hari kami bertanya, bilakah mahu menghantar Iskandar ke HKL? Tetapi jawapannya masih tidak tahu kerana memerlukan ambulan dilengkapi katil ICU dan pihak HKL juga perlu menyediakan bilik rawatan ICU untuk Iskandar.

Sehingga ke hari ini, oksigen Iskandar telah dinaikkan ke 70% dan jawapan sama masih lagi dikeluarkan oleh doktor.

"Iskandar tidak stabil dan memerlukan ambulan yang lengkap untuk ke HK"

Kami kecewa dan terus kecewa.

Jadi kami meminta bantuan kalian, rakan rakan supaya dipanjangkan makluman ini kepada pihak bertanggungjawab supaya dapat membantu Iskandar supaya lebih cepat mendapat rawatan.

Panjangkan kepada HKL, KKM, malah kepada PM sendiri kalau boleh.

Dapat dipanjangkan kepada Bro Mazidul atau sesiapa yang boleh mengetengahkan isu ini kepada pihak lebih bertanggungjawab.

Kami sayang anak kami, dan kami mahu dia senyum kembali.

Saya boleh dihubungi di talian 0197419790 dan isteri saya 012-4833462'



Klik blog Bersama Mazidul untuk berita terkini keadaan adik Iskandar Syahlizan.

Rabu, 6 Jun 2012

SENARAI PASUKAN DAN JADUAL PENUH EURO 2012 POLAND UKRAINE

Jadual Penuh perlawanan bola sepak Euro 2012 bermula dari Jadual Peringkat Kumpulan Final Euro 2012, Jadual Suku Akhir (Quarter Final) Euro 2012, Jadual Separuh Akhir (Semi Final) Euro 2012 dan Perlawanan Akhir Euro 2012 (Final EURO 2012).




Senarai Team Group EURO 2012

  • Group A : Poland, Greece, Russia, Czech Republic
  • Group B : Netherlands, Denmark, Germany, Portugal
  • Group C : Spain, Italy, Ireland, Croatia
  • Group D : Ukraine, Sweden, France, England


GROUP A EURO 2012


Jumaat, 8 Jun 2012
Poland v Greece in Warsaw (1600)
Russia v Czech Republic in Wroclaw (1845)

Selasa, 12 Jun 2012
Poland v Russia in Warsaw (1845)
Greece v Czech Republic in Wroclaw (1600)

Sabtu, 16 Jun 2012
Greece v Russia in Warsaw (1845)
Czech Republic v Poland in Wroclaw (1845)

GROUP B EURO 2012


Sabtu, 9 Jun 2012
Netherlands v Denmark in Kharkiv (1600)
Germany v Portugal in Lviv (1845)

Rabu, 13 Jun 2012
Denmark v Portugal in Lviv (1600)
Netherlands v Germany in Kharkiv (1845)

Ahad, 17 Jun 2012
Denmark v Germany in Lviv (1845)
Portugal v Netherlands in Kharkiv (1845)

GROUP C EURO 2012

Ahad, 10 Jun 2012
Spain v Italy in Gdansk (1600)
Ireland v Croatia in Poznan (1845)

Khamis, 14 Jun 2012
Spain v Ireland in Gdansk (1845)
Italy v Croatia in Poznan (1600)

Isnin, 18 Jun 2012
Croatia v Spain in Gdansk (1845)
Italy v Ireland in Poznan (1845)

GROUP D EURO 2012


Isnin, 11 Jun 2012
Ukraine v Sweden in Kiev (1845)
France v England in Donetsk (1600)

Jumaat, 15 Jun 2012
Ukraine v France in Donetsk (1845)
Sweden v England in Kiev (1600)

Selasa, 19 Jun 2012
Sweden v France in Kiev (1845)
England v Ukraine in Donetsk (1845)

Jadual Suku Akhir EURO 2012 | Quarter-finals EURO 2012


Khamis, 21 Jun 2012
1 – Winner Group A v Runner-up Group B in Warsaw (1845)

Jumaat, 22 Jun 2012
2 – Winner Group B v Runner-up Group A in Gdansk (1845)

Sabtu, 23 Jun 2012
3 – Winner Group C v Runner-up Group D in Donetsk (1845)

Ahad, 24 Jun 2012
4 – Winner Group D v Runner-up Group C in Kiev (1845)

Jadual Separuh Akhir EURO 2012 | Semi-finals EURO 2012


Rabu, 27 Jun 2012
Winner quarter-final 1 v Winner quarter-final 3 in Donetsk (1845)

Khamis, 28 Jun 2012
Winner quarter-final 2 v Winner quarter-final 4 in Warsaw (1845)

Jadual Akhir EURO 2012 | Final EURO 2012


Ahad, 1 Julai 2012 (1845)

Payment dari YOUTHSAYS SDN BHD via HSBC

Walaupun tak banyak tapi untuk cash out pertama, syukur alhamdullilah.

Belum daftar YOUTHSAYS?