JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Khamis, 30 Ogos 2012

Info lokasi-lokasi penutupan jalan sempena sambutan hari merdeka ke 55

Lirik : Nadi Rakyat – Lagu Tema 55 Tahun Merdeka

Bersatu Dengan Bimbinganmu,
Kita Bersatu Dengan Misimu,

Malaysia,
Sayang Padamu,
Rakyat Didahulu,
Pencapaian Diutama,

Kau Bantu Kami Masa Susah,
Kau Mengerti Nadi Rakyat,
Kau Bantu Kami Masa Susah,
Kau Mengerti Nadi Rakyat.

Adalah Masanya,
Untuk Kita Sedar,
Betapa Syukurnya Yang Seadanya.

Adalah Masanya,
Untuk Kita Sedar,
Betapa Syukurnya Yang Seadanya.

Lalala.. Lalala

Kau Sayang Pada Kami
Sayang Padamu

Kau Sayang Pada Kami
Sayang Padamu

Kau Bantu Kami Masa Susah,
Kau Mengerti Nadi Rakyat,
Kau Bantu Kami Masa Susah,
Kau Mengerti Nadi Rakyat.

Malaysia,
Sayang Padamu,
Rakyat Didahulu,
Pencapaian Diutama,

Adalah Masanya, (Masanya..)
Untuk Kita Sedar, (Kita Sedar..)
Betapa Syukurnya Yang Seadanya.

Adalah Masanya,
Untuk Kita Sedar,
Betapa Syukurnya Yang Seadanya.

Lalala.. Lalala

Kau Sayang Pada Kami
Sayang Padamu

Lalala.. Lalala

Kau Sayang Pada Kami
Sayang Padamu

Adalah Masanya,
Untuk Kita Sedar,
Betapa Syukurnya Yang Seadanya.

Adalah Masanya,
Untuk Kita Sedar,
Betapa Syukurnya Yang Seadanya.

Adalah Masanya
Untuk Kita Sedar,
Betapa Syukurnya Yang Seadanya.

Download Audio
File Name:
nadi rakyat-lagu tema 55 tahun merdeka.mp3
File Size:2.93 MB
Date:26. July 2012
Downloads:274 x
<Download>


Muhdalena Ahmad hadir di mahkamah untuk sebutan kes amuk di JPM pakai topeng Power Rangers

Wanita yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu memakai topeng 'Power Rangers' warna merah bagi mengelak wajahnya dirakam media selepas selesai sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung merah, ditemani bapanya, sempat menunjukkan isyarat keamanan ketika wajahnya cuba dirakam media.

Pada prosiding hari ini, mahkamah mengarahkan wanita itu, melantik peguam secepat mungkin.

Hakim Mohd Kafli Che Ali berkata, mahkamah memberi tempoh dalam masa satu bulan untuk dia melantik peguam supaya semua isu berkaitan dokumen-dokumen kes itu boleh diselesaikan sebelum tarikh bicara ditetapkan.

Mahkamah turut menetapkan tarikh 12 September depan untuk pengurusan kes berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nor Mazrah Ahmad Din berkata, tertuduh perlu melantik peguam dan menyelesaikan segera perkara-perkara yang dipersetujui antara pihak pendakwaan dengan tertuduh sebelum perbicaraan.

Menurutnya, terdapat pindaan dalam kanun prosedur jenayah yang menyatakan, kes perbicaraan perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh didakwa.

Pada 19 Julai lalu, Muhdalena Ahmad, 28, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu mengugut polis dan membawa pedang.

Prosiding pendakwaan ketika itu terpaksa dijalankan di Hospital Putrajaya kerana dia sedang dirawat selepas cedera dalam kejadian amuk berkenaan.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu.
Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dia diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.
Pada kejadian tersebut, dia bersama dengan Khalil Afandi Hamid, 47, mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang, namun Khalil mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala Muhdalena turut terkena tembakan di paha kanan.

Rabu, 29 Ogos 2012

LRT dan monorel percuma sempena Hari Kemerdekaan

Bersempena Hari Kemerdekaan ke 55 pada Jumaat ini, RapidKL, pengendali perkhidmatan LRT dan monorel di Lembah Klang, akan melanjutkan operasi untuk dua malam berturut-turut mulai Khamis ini bagi memberi kemudahan kepada wargakota meraikan kemeriahan sambutan hari bersejarah itu.

RapidKL juga akan memberikan perkhidmatan LRT dan monorel percuma kepada para peserta yang bertugas dan orang ramai yang menghadiri acara 'Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati' yang akan diadakan di Kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini.

"Seperti jutaan rakyat Malaysia lain, kami di RapidKL turut berbangga dengan kejayaan negara meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun ini.

Ini adalah sebahagian daripada sumbangan kami kepada negara bagi meraikan hari bersejarah ini," kata jurucakap RapidKL, Puan Masnizam Hisham dalam satu kenyataan hari ini.

Bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos ini, perkhidmatan LRT di stesen terpilih dan semua stesen monorel akan dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi keesokan harinya.

Stesen LRT Ampang yang terlibat adalah Bandaraya, Masjid Jamek, Hang Tuah dan Titiwangsa. Sementara Stesen LRT Kelana Jaya adalah KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek dan Dang Wangi.

"Stesen-stesen lain akan tutup mengikut jadual biasa. Bagaimanapun, tren akan berhenti untuk menurunkan penumpang dan mereka ada akses untuk keluar stesen. Kami menjangkakan ramai wargakota akan turun ke Dataran Merdeka untuk sambutan Ambang Merdeka.

"Kami juga difahamkan terdapat banyak acara-acara sambutan lain di sekitar bandaraya termasuk sambutan besar-besaran di KLCC yang menghidangkan persembahan artis-artis hebat dan pertunjukan bunga api sempena Ambang Merdeka.

"Berdasarkan kepada pengalaman, kami menjangkakan jumlah penumpang yang besar. Jadi, nasihat saya kepada para penumpang adalah supaya mereka menggunakan Kad MyRapid supaya mereka tidak perlu beratur di mesin-mesin jualan tiket," kata Masnizam.

Untuk operasi pada 31 Ogos bersempena Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati, beliau berkata operasi LRT akan dilanjutkan sehingga 1 pagi untuk Stesen Bukit Jalil, manakala stesen-stesen LRT dan monorel lain dibuka untuk para penumpang keluar sahaja. Sehubungan dengan itu juga, masa terakhir perlepasan bas RapidKL di stesen-stesen terlibat adalah jam 1.30 pagi.

Selain amanat Perdana Menteri, acara berkenaan akan turut menghidangkan persembahan artis remaja tanah air, seni mempertahankan diri, penganugerahan sijil Pencapaian Cemerlang kepada 10 ikon generasi muda, flashmob, cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.

"Kita akan memantau keperluan tren untuk membawa pulang pengunjung dan sekiranya perlu, operasi ini akan dilanjutkan," katanya.

Untuk perkhidmatan percuma ke Bukit Jalil pada hari Jumaat, Masnizam berkata orang ramai boleh mendapatkan token-token khas untuk perjalanan percuma pergi ke Bukit Jalil mulai pukul 4.00 petang yang akan disediakan di semua stesen-stesen LRT dan monorel.

"Token-token ini diprogramkan khas dan hanya membenarkan para penumpang keluar di stesen LRT Bukit Jalil. Mereka yang inginkan token ini perlu mengambil sendiri di kaunter-kaunter tiket di stesen-stesen LRT dan monorel pada hari Jumaat.

"Untuk pulang, mereka perlu mengambil token pulang di Stesen LRT Bukit Jalil. Kita akan mempunyai notis-notis khas untuk membantu penumpang dan para petugas di semua stesen," tambah beliau.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Hal Ehwal Media Azhar Ghazali di 019-3837865.

Selasa, 28 Ogos 2012

10 entri terbaik Denaihati

10 entri terbaik Denaihati

Katogeri Blogging:

1.Cara tingkatkan Alexa Ranking Malaysia
2.Tip Blogging Terbaik
3.5 Tips Mudah Untuk Blogger – tips dari NamiaCinta.com
4.Tips untuk meningkatkan Page Rank blog ANDA
5.Alexa Ranking matlamat top 50 Malaysia
6.Link Popularity tips SEO dari Ariffshah
7.Tutorial : Memasang butang sosial media
8.Cara Meningkatkan Trafik Blog
9.Bagaimana Menggunakan Tags Untuk SEO?
10.Cara Nak Popularkan Blog

“Bonus Raya Aidilfitri 2012 untuk semuaRakan Blogger yang tidak jemu-jemu bersama blog Denaihati. Berminat joom serbu Denaihati.com”.

Rabu, 22 Ogos 2012

Piala Malaysia: Kumpulan D Sekilas Fakta

BERIKUT maklumat sepintas lalu berkenaan Kumpulan D saingan Piala Malaysia

SELANGOR, Pahang dan Sarawak dan T-Team yang diundi dalam Kumpulan D menunjukkan peluang kesemua pasukan adalah seimbang. Agak sukar untuk memilih pasukan mana yang akan meneruskan saingan ke peringkat seterusnya.
Pemain yang beraksi cemerlang pada peringkat tertinggi dan dapat bermain dengan tekanan sahaja dapat membantu pasukanntya untuk mara lebih jauh lagi dalam Piala Malaysia 2012 ini.


Selangor

Selangor yang memasang impian untuk merangkul gelaran buat kali ke-33 Piala Malaysia sedikit tipis apabila pasukan itu dilaporkan mempunyai beberapa pemain yang mempunyai masalah disiplin.

Baru-baru ini, dua pemain mereka iaitu, Amri Yahya dan Bunjamin dikenakan tindakan disiplin dengan digantung tiga perlawanan dan denda RM1,500 semalam.

Dengan ini, ia sedikit menjejaskan misi Selangor pada saingan kali ini.

Bagaimanapun, Jurulatih Selangor, Irfan Bakti berkata, misi Selangor untuk merangkul gelaran buat kali-33 Piala Malaysia musim ini tidak akan terjejas meskipun ketiadaan ketua pasukannya, Mohd Amri Yahya dan pemain pertahanan, Bunyamin Umar yang

Beliau menganggap sasaran tersebut bukan sesuatu yang mustahil untuk diraih kerana The Giants mempunyai pemain simpanan yang mampu menggalas tugasan tersebut.

"Bagi saya ia tidak menjadi satu masalah. Dan itu juga tidak menjejaskan keyakinan kami untuk beraksi cemerlang nanti.

"Lagipun kami sentiasa ada barisan pemain simpanan yang mantap.

"Dan, saya yakin mereka mampu mengalas tanggungjawab itu dengan baik untuk tidak mengecewakan semua orang," kata Irfan.


INFO

Jurulatih: Irfan Bakti

Piala Malaysia Musim Lepas: Tewas 4-1 dalam separuh akhir kepada Terengganu

Gelaran: Red Giants atau Gergasi Merah (Secara tradisional kelab termashyur Malaysia)

Pemain Pinjaman: Rozaimi Abdul Rahman, Penyerang (Sabah); S. Venood, Tengah Padang (USM FC)

Pemain Penting: Safiq Rahim r


T-Team

SAINGAN Piala Malaysia yang dijadualkan bermula pada penghujung bulan ini bakal menjadi medan terbaik buat pasukan berstatus kelab, T-Team untuk menebus kekecewaan dalam Piala FA dan Liga Super setelah gagal mempamerkan aksi terbaik mereka sebelum ini.

Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan skuad Penyu Muda itu memiliki potensi besar dalam melakar sejarahnya yang tersendiri berdasarkan prestasi cemerlang mereka setelah berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir saingan Piala Malaysia musim lalu.

Justeru, pengendalinya, Yunus Alif mengakui perkara itu tidak mustahil untuk direalisasikan dengan melakukan perancangan rapi dan komitmen yang tinggi daripada skuad bimbingannya.

"Bagi saya ia tidak menjadi satu masalah. Dan itu juga tidak menjejaskan keyakinan kami untuk beraksi cemerlang nanti.

"Lagipun kami sentiasa ada barisan pemain simpanan yang mantap.

"Dan, saya yakin mereka mampu mengalas tanggungjawab itu dengan baik untuk tidak mengecewakan semua orang," kata Irfan


INFO

Jurulatih: Ahmad Yunus

Piala Malaysia Musim Lepas: Ditewaskan Negeri Sembilan dalam separuh akhir

Gelaran: Penyu Muda

Pemain Pinjaman: Sumardi Hajalan, Pemain Pertahanan (Sabah); Shahrul Azhar Ture Penyerang (Sabah); Fauzi Majid, Penyerang (PDRM FC)

Pemain Penting: Zairo Anuar p


Sarawak

Pasukan yang tidak menghormati Sarawak di padang sendiri harus berwaspada, Bujang Senang raja di tempat sendiri.

Walaupun pada umumnya lemah, Sarawak berbisa dan mampu mencatatkan kemenangan yang mengejutkan apabila diberangsangkan oleh penyokong sendiri, tetapi memerlukan sesuatu yang ajaib untuk mara ke pusingan seterusnya.

Apa yang pasti, Sarawak tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pasukan.


INFO

Jurulatih: Robert Alberts

Piala Malaysia Musim Lepas: Kedudukan terakhir peringkat berkumpulan

Gelaran: Bujang Senang (Para penyokong yang paling ‘hardcore’ di Malaysia, digeruni pihak polis)

Pemain Pinjaman: Ronny Harun, Pertahanan (Sabah); Bobby Gonzales, Tengah Padang (Sabah); Shahrudin Yakub, Pemain Sayap (Sabah)

Pemain Penting: Zamri Morshidi


Pahang

Pahang telah membuktikan mereka mempunyai semangat yang kental apabila menghadapi perlawanan besar dan walaupun masih mencari keserasian antara pemain, Dollah Salleh pintar membuat penukaran pada saat yang tepat.

Kejayaan Pahang melayakkan diri ke Liga Super musim depan menjadi pencetus semangat buat skuad Tok Gajah untuk terus melakar kejutan terutama dalam saingan Piala Malaysia yang akan bermula 22 Ogos ini.

Berjaya menunjukkan peningkatan prestasi untuk melangkah ke kancah Liga Super, jurulatih Pahang, Dollah Salleh ketika dihubungi berkata, beliau melahirkan rasa gembira apabila pasukannya kembali beraksi dalam liga tertinggi bola sepak tempatan itu.

Namun pada masa sama, Dollah tetap realistik dan optimis untuk melengkapkan kejayaan musim ini dengan mendakap Piala Malaysia meskipun menyedari laluan getir yang bakal dilaluinya bukanlah sesuatu yang mudah.

“Tidak dinafikan kami berdepan laluan yang sukar lebih-lebih lagi bakal menghadapi pasukan yang hebat.

"Namun itu tidak mustahil. Malah, kami telah buktikan dengan melayakkan diri ke Liga Super musim depan.

"Jadi, tempoh masa yang tinggal perlu saya gunakan sebaik mungkin bagi merangka persediaan terbaik untuk merealisasikan impian ini," kata Dollah

INFO

Jurulatih: Dollah Salleh

Piala Malaysia Musim Lepas: Tidak serta

Gelaran: Tok Gajah (Sedikit sebanyak, para penyokong mereka telah mendorong kemenangan promosi ke Liga Super dalam perlawanan terakhir dengan Kedah)

Pemain Pinjaman: Tiada

Pemain Penting: Gopinathan

Piala Malaysia: Kumpulan C Sekilas Fakta

BERIKUT maklumat sepintas lalu berkenaan Kumpulan C saingan Piala Malaysia

Kumpulan C: Sekilas Fakta

DALAM kumpulan ini, Negeri Sembilan mempunyai peluang yang cerah untuk mara ke saingan lebih jauh. Ini kerana Negeri Sembilan sangat pakar di dalam selok belok perjuangan di Piala Malaysia.

Walaupun bakal ditentang hebat oleh pasukan lain, pasukan penyandang juara ini mampu mengulangi pencapaian musim lepas.

Paling tidak pun akan layak sejauh separuh akhir. sementara itu, pasukan Felda dan Sime Darby pula sudah pasti akan mencuba sebaik mungkin untuk membawa maruah pasukan kelab dalam Piala Malaysia ini dengan lebih jauh lagi.


Perak

Gerakan serangan pasukan Selandang ini cukup menarik bila mencapai rentak yang terbaik tetapi benteng pertahanan amat mengecewakan. Walaubagaimanapun pelantikan jurulatih baru dari Korea, Jang Jung mungkin adalah kunci untuk perubahan.

Berkemungkinan Perak mampu ke suku akhir tetapi pasukan ini perlu meningkatkan keyakinan dan menunjukkan semangat yang tinggi agar tidak akan kecundang lebih awal

Negeri Sembilan akan menjadi pasukan pertama yang akan ditentang Perak dalam saingan Piala Malaysia 1 September nanti.

INFO

Jurulatih: Jang Jung (Korea)

Piala Malaysia Musim Lepas: Ditewaskan Selangor pada suku-akhir

Gelaran: Seladang

Pemain Pinjaman: Reithudin Emran, Pemain Pertahanan (Sabah); Zuraindey Jamai, Tengah Padang (Sabah); Fariss Azlan Mat Isa, Pemain Pertahanan (Sabah)

Pemain Penting: Michal Kubala


Negeri Sembilan

Negeri Sembilan pastinya memiliki taktik tersendiri menjelang saingan Piala Malaysia yang akan membuka tirai 22 Ogos ini.

Selain misi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka musim lepas, anak buah bimbingan Azrai Khor semestinya mahu mengekalkan nimej kegemilangan mereka di arena bola sepak.

Azraai Khor yang bijak merancang dan membina pasukan walaupun kehilangan beberapa pemain kepada kelab lain atau kecederaan, pasti mampu untuk mempertahankan kejuaraan.

Bagaimanapun, sekalipun bergelar juara bertahan, Mohd Azrai berkata beliau tidak tertekan untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia kerana percaturan peringkat kumpulan lebih penting bagi melayakkan pasukannya ke peringkat seterusnya.

"Apa yang penting sekarang adalah fokus. Tumpukan pada perlawanan.

"Dan kami akan melakukan yang terbaik nanti," katanya.


INFO

Jurulatih: Azraai Khor Abdullah

Piala Malaysia Musim Lepas: Juara bertahan Piala Malaysia 2011

Gelaran: Rusa atau Jang

Pemain Pinjaman: Khairul Izuan Abdullah, Penyerang (PDRM); Azmeer Yusof, Pertahanan (Pos Malaysia); K. Thanaraj, Pemain Sayap (Sabah)

Pemain Penting: Effa Owona (Cameroon)


Felda United

Felda adalah pasukan konglomerat yang telah mengharungi penampilan pertama di Liga Super musim lepas dan kini semakin meningkat dalam kedudukan liga.

Walaubagaimanapun gerakan serangan mereka tumpul dan telah dibolos lebih banyak kali daripada jaringan pasukan sendiri.

Pada masa sama, gerakan taktikal Felda masih perlu lebih masa untuk berkembang.

jurulatih Felda United, E. Elavarasan berkata, "Saya berharap gelaran 'underdogs' akan memberangsangkan pasukan saya lagi seperti musim lepas untuk kami terus mara ke pusingan seterusnya.

INFO

Jurulatih: E. Elavarasan

Piala Malaysia Musim Lepas: Tewas kepada Negeri dalam suku akhir

Gelaran: Budak Felda

Pemain Pinjaman: G. Puaneswaran, Penyerang (Pos Malaysia); Pritam Singh, Sayap Kiri (Kuala Lumpur); Azrul Azmi, Pertahanan (Kuala Lumpur)

Pemain Penting: Ahmad Fakri Saan


Sime Darby

Selepas menyingkirkan tiga pasukan Liga Super - Sabah, Johor FC dan Terengganu dalam laluan bergelar finalis Piala FA, Sime Darby FC mahu mengulanginya sekali lagi pada saingan Piala Malaysia bermula 22 Ogos ini.

Memasang impian untuk mara ke pusingan seterusnya, Sime Darby yakin mereka mampu menyaingi tiga pasukan Liga Super - Perak, Negeri Sembilan dan FELDA United pada aksi Kumpulan C bagi mencipta sejarah mara ke suku akhir buat kali pertama.

Jurulatih pasukan, Ismail Zakaria berkata, beliau yakin pasukannya mampu mengulangi sejarah seperi mana dilakukan ketika Piala FA

“Saya yakin kami tiada masalah lagi untuk berdepan mana-mana pasukan Liga Super. Insya-Allah kami boleh bersaing dengan Perak, Negeri Sembilan dan FELDA United.

"Dengan adanya, kesungguhan dan komitmen pemain cukup tinggi. harapan kami tetap ada," kata Ismail.

INFO

Jurulatih: Ismail Zakaria

Piala Malaysia Musim Lepas: Ini adalah penampilan pertama

Gelaran: Pasukan Konglomerat

Pemain Pinjaman: Ahmad Dashila, Pertahanan (Kuala Lumpur); Muhd Hafiz, Pertahanan (PDRM FA)

Pemain Penting: Ronaldinho Wleh (Liberia)

Piala Malaysia: Kumpulan B Sekilas Fakta

BERIKUT maklumat sepintas lalu berkenaan Kumpulan B saingan Piala Malaysia

KUMPULAN ini dilabel sebagai kumpulan maut. Agak sukar untuk meramalkan pasukan mana akan melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Namun jika dilihat, Kelantan semestinya pilihan utama untuk meneruskan survival mereka ke suku akhir di dalam kumpulan ini. Cuma yang menjadi tanda tanya, siapakah yang akan mengikuti Kelantan ke suku akhir?.Terengganu juga tidak mustahil untuk melangkah ke suku akhir namun kehadiran ATM dalam kumpulan ini, peluang skuad Penyu itu sedikit terbantut. Dalam pada itu, kehadiran pasukan Kedah pula dianggap sekadar melengkapkan jadual kejohahan berikutan prestasi mereka yang sangat merudum sepanjang musim ini. Ikuti ulasan Kumpulan B:


Kelantan

Rekod Kelantan dalam Piala Malaysia tidak begitu mengecewakan. Namun pada saingan musim lepas, Kelantan terpaksa akur apabila tewas kepada Terengganu di suku akhir.

Namun, Kelantan yang mempunyai rekod pertahanan dan jaringan terbaik dalam liga sambil memupuk semangat kenegaraan dengan corak permainan yang menghiburkan., mampu melakar lebih jauh musim ini.

Mengakui laluan untuk ke suku akhir agak getir, pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim tetap optmis dan berjanji akan melakukan yang terbaik demi mencatat kemenangan.

"Diundi bersama tiga pasukan Liga Super dan satu dari Liga Perdana bukanlah satu laluan yang mudah bagi kami untuk menjulang gelaran juara. Dan saya akui undian kali ini agak getir buat pasukan Kelantan.

"Apa yang penting, kami akan melakukan yang terbaik nanti dan tidak memandang ringan terhadap pasukan Terengganu, Kedah dan ATM yang dianggapnya bukan calang-calang pasukan.


INFO

Jurulatih: Bojan Hodak (Kroatia)

Piala Malaysia Musim Lepas: Tewas kepada musuh ketat Terengganu di suku akhir

Gelaran: Red Warriors atau Pahlawan Merah (Para penyokong yang paling bersemangat di Malaysia)

Pemain Pinjaman: Mafry Balang, Pemain Pertahanan (Sabah); Afiq Azmi, Penyerang (Kuala Lumpur); Aslam Najumudeen, Pertahanan (Kuala Lumpur)

Pemain Penting: Badri ‘Piya’ Radzi


Terengganu

Sang Penyu kini melalui proses kebangkitan dengan ketibaan Peter Butler setelah mengalami kemerosotam baru-baru ini.

Bagaimanapun, anak buah kendalian Peter Bulter ini mampu mencabar pasukan lain dan meraih beberapa mata tetapi tetap dijangka akan mengalami kesukaran untuk mara dari kumpulan maut.

SELEPAS gagal dalam misi meletakkan Terengganu di kelompok tiga teratas saingan Liga Super, penyerang berbisa Skuad Penyu, Abdul Manaf Mamat menyimpan impian untuk meneruskan rekod musim lalu, beraksi di pentas final seterusnya mendakap piala berprestij, Piala Malaysia.

Walaupun menyedari sukar untuk mencipta kejutan kerana terpaksa mengharungi aksi ranjau Kumpulan B bersama-sama juara Piala FA dan Liga Super, Kelantan, Kedah dan juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Manaf yakin kemampuan jurulatih Peter Butler serta rakan sepasukan, mampu membawa Terengganu ke pentas final sekali lagi.

"Saya yakin dengan kemampuan jurulatih dan para pemain. Kami akan bangkit dan membuktikan sang Penyu masih berbisa," katanya.


INFO

Jurulatih: Peter Butler

Piala Malaysia Musim Lepas: Tewas dalam perlawanan akhir kepada Negeri Sembilan

Gelaran: Sang Penyu (Antara para penyokong yang paling bijak dan vokal tentang hal bola sepak negara)

Pemain Pinjaman: Tiada

Pemain Penting: Forkey Doe (Liberia)


Kedah

Musim ini terlalu sukar buat pasukan Kedah apabila mengalami nasib yang malang hingga setelah terpaksa bersaing dalam Liga Perdana musim depan.

Malah, pemecatan jurulatih mereka, Wan Jamak Wan Hassan terus memberi kesan kepada pemain untuk memburu kejayaan nanti.

Adakah jurulatih baru dari Crotia mampu menaikkan semangat para pemain dan mengembalikan kegemilangan Kedah yang semakin pudar.

Meskipun begitu, ianya tidak boleh dipandang remeh. Kita sedia maklum bahawa, pasukan ini mempunyai terlalu banyak kualiti dan pemain berbakat.

Corak permainan yang tenang tanpa tegesa-gesa adalah satu kelebihan dan kekurangan pada masa yang sama.

Apa-apa pun, semuanya akan terjawab apabila saingannya akan bermula 22 Ogos ini.


INFO

Jurulatih: Mario Tot (Kroatia)

Piala Malaysia Musim Lepas: Tumpas di belakang Sabah dan Perak dalam peringkat kumpulan

Gelaran: Kenari

Pemain Pinjaman: Sabri Sahar, Tengah Padang (Sabah); Redzuan Nawi, Tengah Padang (USM FC); Asri Mardzuki, Pemain Pertahanan (Harimau Muda B)

Pemain Penting: Baddrol Bakhtiar


ATM FA

Juara Liga Perdana ini telah menjaringkan rekod 71 gol dan hanya tewas dua kali dalam Liga Perdana

Kualiti para pemain yang tinggi dijamin akan membawa hasil apabila dikendalikan oleh jurulatih yang berpengalaman seperti Sathianathan.

Apa yang pasti, pihak lawan perlu berwaspada kepada ancaman mereka.

Seperti nama gelaran mereka, Tentera amat merbahaya dalam semua posisi dan mampu mengejutkan pasukan veteran dengan melayakan diri ke pusingan suku akhir.

Bagi jurulatih ATM, B. Sathianathan meletakkan sasaran untuk memenangi Piala Malaysia selepas muncul juara Liga Perdana.

Enggan mengaku kalah sebelum berjuang, B. Sathianathan yakin sasaran mereka dapat direalisasikan.

"Kami akan mengekalkan rentak kecemerlangan ini. Dan kami sudah bersedia berdepan dengan pasukan lain," katanya..

INFO

Jurulatih: B Sathianathan

Piala Malaysia Musim Lepas: Tidak Layak

Gelaran: Tentera atau ‘Manchester City Malaysia’

Pemain Pinjaman: Tiada

Pemain Penting: Marlon Alex James

Selasa, 21 Ogos 2012

Piala Malaysia: Kumpulan A Sekilas Fakta

BERIKUT maklumat sepintas lalu berkenaan Kumpulan A saingan Piala Malaysia.

JIKA dilihat peluang dalam Kumpulan A, ianya boleh dikatakan bahawa laluan mudah untuk pasukan 'pendatang asing' itu mencipta kejayaan. Johor FA pastinya akan menjadi belasahan dalam kumpulan ini. Manakala PKNS dan Johor FC akan bertarung merebut satu lagi slot untuk ke suku akhir mengiringi Singapura. Namum begitu, dunia dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku. Tidak mustahil pasukan kerdil boleh mencipta kejutan. Ikuti ulasan pasukan kumpulan A:


LIONSXII
Mencatat rekod jarak kemenangan terbesar dalam sejarah Liga Malaysia dengan sembilan gol.
Barisan pemain yang gemar menyerang dan mahir menggunakan kelebihan padang sendiri.
Piala Malaysia adalah tumpuan utama dan pasukan akan diberangsangkan oleh sejarah mengagumkan Singapura dalam kejohanan ini dengan meraih kejuaraan 24 kali dan menjadi naib juara 19 kali.
Bagaimanapun, boleh dikatakan ia adalah laluan mudah untuk pasukan 'pendatang asing' itu.

Jurulatih: V. Sundramoorthy

Piala Malaysia Musim Lepas: Tidak Serta (Singapura tidak hantar wakil setelah kemenangan 1994)

Gelaran: Lions (Penyokong dikenali sebagai Exclu-Singa atau Singapore Die Hard)

Pemain Pinjaman: Tiada
Pemain Penting: Hariss Harun


PKNS FC
Wakil kelab Lembah Klang ini berdepan ujian getir selepas diundi bersama wakil kelab dari Singapura, Lions XII FC yang juga naib juara Liga Super selain dua pasukan dari selatan tanah air iaitu Johor FC dan Johor.
Terkandas di peringkat kumpulan pada kempen 2010 dan musim lepas.
Kini, Selangor PKNS FC berazam untuk memperbaiki pencapaian mereka dalam saingan Piala Malaysia musim ini dengan melayakkan diri sehingga ke peringkat suku akhir.
"Kami ingin melepasi pusingan berkumpulan. Kami tidak bernasib baik tahun lepas apabila bertemu juara dan naib juara piala Malaysia tetapi kini kami perlu berwaspada dengan ancaman Johor kerana rekod kami tidak begitu baik dengan mereka. Saya yakin kami dapat mencapai matlamat," kata jurulatih pasukan, Abdul Rahman Ibrahim
"Saya yakin sasaran itu mampu direalisasikan menerusi tiga pemain pinjaman - Badrul Hisyam Azmi (Kuala Lumpur), Muhd Fakhrul Aiman Sidid dan S.Sumindran (Pos Malaysia) yang akan memperkuat pasukan itu.
"Badrul bermain di bahagian serangan manakala dua pemain Pos Malaysia itu adalah pemain tengah... jadi kemasukan tiga pemain tersebut sedikit sebanyak akan memperkuatkan jentera pasukan kami yang agak kurang berpengalaman dalam menghadapi Piala Malaysia kali ini," katanya lagi.

Mereka akan membuka kempen Piala Malaysia dengan menentang pasukan Johor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 28 Ogos

Jurulatih: Haji Abdul Rahman Ibrahim
Piala Malaysia Musim Lepas: Gagal mara dari kumpulan yang dihadiri juara dan naib juara Piala Malaysia

Gelaran: Semut Api
Pemain Pinjaman: S. Sumindran, Tengah Padang (Pos Malaysia); Fakhrul Aiman Sadid, Tengah Padang (Pos Malaysia); Badrul Hisyam Azmi, Penyerang (Kuala Lumpur)

Pemain Penting: Azrif Nasrulhaq


Johor FC
Berjaya melepaskan diri dari zon penyingkiran pada detik terakhir musim. Anak buah Sazali Saidon kini mempunyai semangat yang tinggi untuk mencipta kejutan.

Menyedari peluang yang diperoleh oleh pasukan Johor FC agak tipis. Namun, jurulatihnya, Sazali Saidon menjelaskan pasukannya perlu realistik dengan perkembangan pasukan pasukan lain dan mengharapkan sesuatu yang positif mampu dilakukan pasukannya.
"Berada dalam saingan Piala Malaysia sudah tentu corak permainan akan berbeza dengan setiap pasukan mahukan kemenangan, begitu juga dengan kami.
"Cuma apa yang kami harapkan pemain mampu memberikan saingan dan berhasrat melakukan kejutan," katanya.
Dalam saingan Piala Malaysia 2011, Johor FC yang diletakkan dalam kumpulan C bersama Kelantan, Felda United dan Sarawak terkandas di peringkat kumpulan dengan hanya mencapai dua kemenangan, dua kalah dan dua seri.

Skuad Lebah bakal memulakan kempen Piala Malaysia apabila dijadual menentang LionsXII pada 22 Ogos ini.

Jurulatih: Sazali Saidon
Piala Malaysia Musim Lepas: Gagal mara dari pusingan berkumpulan

Gelaran: Lebah

Pemain Pinjaman: Mohd Akmal Mohd Nor, Tengah Padang (USM FC); Aizulridzwan Razali, Pemain Pertahanan (Pos Malaysia)

Pemain Penting: Arthuro Henrique


Johor FA
Persiapan untuk Piala Malaysia 2012 kali ini dilihat satu tugasan berat kepada pasukan Johor FA
Diundi bersama pasukan Lions XII, Johor FC dan PKNS nyata memberi ujian gentir mereka untuk melakar kejayaan.
Prestasi pasukan ini telah meningkat sejak dirombak oleh Tunku Makhkota Johor dan persediaan pengurus Johor baru, Fandi Ahmad mungkin berkesan tetapi pemain yang digantung akibat masalah disiplin akan menjejas perubahan.
Namun, turun selaku bukan pasukan pilihan, Fandi berkata, inilah peluang terbaik pasukannya untuk melakar sejarah dalam kejohanan Eropah.
"Kami tidak akan mengalah dan memberi laluan mudah kepada pasukan lain kerana kami turut menyimpan impian untuk dinobatkan juara walaupun mengakui peluangnya tipis.
"Walaupun kami dianggap pasukan bukan pilihan, namun saya yakin kami mampu memberi saingat sengit kepada pasukan lain nanti.
Fandi turut menggesa anah buahnya agar berjuang berhabis-habisan untuk membuktikan kemampuan pasukan itu yang mampu mencipta kejayaan.
"Kami akan buktikan bahawa kami boleh berjaya. Meskipun turun selaku pasukan kerdil, ia sedikit tidak mematahkan semangat kami untuk mencuba," tegas Fandi


Jurulatih: Fandi Ahmad
Piala Malaysia Musim Lepas: Akhir kedudukan berkumpulan dengan satu mata, dibolos 16 kali
Gelaran: Harimau Selatan
Pemain Pinjaman: Shariman Che Omar, Pertahanan Kiri (USM FC); Mohd Ezaidy Khadar, Penyerang Sayap(MP Muar);
Mohd Hadin Azman, Tengah Padang (Harimau Muda B)
Pemain Penting: Andre Francisco Da Silva

Sabtu, 18 Ogos 2012

Ramadhan Yang Tersirat

Ramadhan Menjelma lagi
Bulan rahmat , bulan maghfirah
Hidup mereka indah
Hidup kami kesah

Ramadhan menjelma lagi
Bulan Berkat Penuh Kebaikan
Hari kami penuh dengan kesalan
Hari mereka penuh dengan keriangan

Ramadhan menjelma lagi
Doa Diterima,Dosa diampunkan
Hati kami gelisah
Hati mereka meriah

Ramadhan Menjelma lagi
Amalan di tingkatkan dengan pahala berganda
Wajah kami Mendung tak bermaya
Wajah mereka bersinar ceria

Ramadhan Menjelma lagi
Malamnya ada Lailatul qadar
Puasa kami letih dan lesu
Puasa mereka indah dan syahdu

Ramadhan Menjelma lagi
Lailatul qadar penuh keindahan
Malam kami gelap gelita
Malam mereka indah bercahaya

Ramadhan berlalu Syawal Menanti
Ramadhan pergi, Aidilfitri menanti
Riang gembira hati kami
Hati mereka berduka melihat Ramadhan pergi

Ramadhan berlalu Syawal Menanti
Aidil fitri hari kemenangan bagi mukmin sejati
AidilFiti mereka bersih dan suci
Aidil fitri kami penuh debu kekalahan

Untunglah mereka
Rugilah Kami
Selamat Tinggal Ramadhan
Ahlan Wasahlan Syawal

Ramadhan akan datang adakah milik kami?.

Khamis, 16 Ogos 2012

Rumah terbuka Najib dan kabinet di Seri Perdana pada raya pertama

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bersama anggota jemaah menteri akan mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri pada hari raya pertama di kediaman rasminya di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya mulai 10.30 pagi hingga 4 petang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri hari ini, orang ramai dinasihatkan menggunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang disediakan secara percuma bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Sebanyak 16 bas disediakan dari 10.30 pagi hingga 6 petang di empat lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Park and Ride Presint 1, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Orang ramai disaran menggunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang terdapat di empat lokasi itu pada setiap 15 minit .

Menurut kenyataan itu lagi, Najib yang juga merupakan anggota Parlimen Pekan, Pahang akan mengadakan rumah terbuka di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan pada 26 Ogos bersamaan Ahad mulai 10 pagi hingga 2 petang.- Bernama

Lima Profil Manusia Beruntung

Aku Mahu...
Mahu apa?
Mahu dikasihi Allah.
Kasihilah dirimu dan kasihilah orang lain.
Aku mahu jadi segagah-gagah manusia.
Sentiasalah menyerah diri kepada Allah.

Aku Mahu...
Mahu apa lagi?
Aku mahu jadi manusia paling baik.
Jadilah manusia yang baik dan berguna kepada masyarakat.
Tapi apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian-Nya.
Apakah pula sebesar-besar kejahatan?
Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.

Itulah pelbagai runtunan hati kita yang meronta-ronta mencari kepuasan. Sebagai makhluk yang dibekalkan nafsu, hati dan akal, manusia akan sentiasa berkeinginan. Sama ada ingin jadi baik atau sebaliknya. Mahu kumpul pahala atau dapat seksa. Namun, Allah yang bersifat dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Raheem, sentiasa membuka peluang kepada manusia untuk membuat pilihan. Segala-galanya terpulang pada kita untuk memilih berlandaskan syariat yang ditetapkan.

Manusia yang dibekalkan dengan agama sebagai pegangan dan panduan hidup, semestinya akan lebih mampu mempertahankan apa yang berharga dalam hidupnya. Keindahan dan kesempurnaan ajaran Islam sebagai cara hidup adalah suatu yang mutlak. Tetapi tingkah laku dan tindakan Muslim itu sendiri sering kali mencemari keindahan Islam dan mencacatkan kesempurnaannya.

Memiliki gelaran sebagai seorang Muslim bukan sekadar catatan pengenalan semata-mata. Tetapi kesempurnaan beragama akan tergambar dengan peribadi Muslim yang benar-benar mengikut apa yang diajarkan. Sebagai umat yang terbaik, seorang Muslim semestinya memiliki peribadi yang berteraskan garis panduan al-Quran dan sunnah. Namun, ia bukanlah hanya bergantung pada ibadah khusus semata-mata, kerana sebagai makhluk bernyawa yang pasti akan menemui mati, sudah tentu akan ditanya ke mana dihabiskan usia kita selama hidup di dunia ini?

Setiap manusia sudah pasti akan menelusuri perjalanan hidup yang ditetapkan untuknya. Namun, sepanjang tempoh itu apakah dia benar-benar menjadi seorang Muslim dalam erti kata yang sebenar dan memperoleh keberuntungan.

Lima Profil Manusia Beruntung

1.Akidah yang sejahtera

Sebagai makhluk ciptaan Allah SWT semestinya manusia memerlukan suatu dasar dan peraturan hidup yang akan membentuk disiplin, kemantapan iman serta ketaqwaan seseorang bagi memandunya menuju keredhaan Allah SWT.

Berpaksikan fakta ini, tentunya akidah Islamiyah sahaja yang memiliki kemampuan demikian dan membuatkan manusia mempunyai ikatan yang kuat dengan Allah SWT. Islam sebagai ad-Din atau cara hidup memiliki peraturan dan pegangan yang mampu membangunkan sistem kehidupan manusia kepada suatu ketamadunan yang tinggi.

Sejarah membuktikan, dengan keunggulan ajaran dan aqidah Islam telah membentuk tamadun yang hebat suatu ketika dahulu. Hal ini kerana, potensi semula jadi manusia jika dimantapkan dengan bekalan ilmu yang dimiliki, mampu dikembangkan dengan baik sekiranya berteraskan akidah kepada Allah SWT. Sebaliknya, krisis nilai akan berlaku apabila pemikiran dan pegangan manusia dibangunkan dengan keruntuhan akhlak dan tidak berpaksikan kepada peraturan serta disiplin berteraskan akidah Islam. Keruntuhan tamadun akan berlaku apabila manusia tidak berpegang sepenuhnya kepada Islam sebagai ad-Din. Akidah, syariat dan akhlak adalah saling berkait antara satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan. Jika diumpamakan seperti sebatang pokok, akidah sebagai akar umbi, syariat merupakan dahannya dan akhlak adalah sebagai buahnya. Natijah daripada memiliki akidah yang sejahtera akhirnya akan berjaya membentuk manusia yang benar-benar hidup sebagai seorang Muslim sejati.

2.Bermanfaat untuk orang lain

“Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya daripada kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang miskin serta orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (an-Nur:22)

Nukilan melalui maksud firman Allah ini amat bertepatan dengan fenomena sosial semasa yang menuntut setiap individu Muslim untuk berfikir lebih jauh terutamanya yang melibatkan generasi muda. Setiap Muslim perlu sentiasa meletakkan diri untuk memberi perkhidmatan yang dapat dimanfaatkan oleh agama, bangsa dan negara. Pemikiran sebegini amat penting supaya terbina individu yang berkualiti, keluarga yang bahagia seterusnya terbentuk masyarakat yang sedar dan peka dalam segenap aspek kehidupan.

Memberi manfaat bererti kebaikan menjalar kepada orang lain melalui pelbagai cara yang berlandaskan syariat. Sekiranya setiap Muslim menggunakan segala kemampuan yang dipinjamkan oleh Allah untuknya, sudah pasti mereka akan menjadi umpama pokok yang rimbun dan berbuah lebat.

Tidak dinafikan, pengislahan itu bukan senang dan nilainya bukan calang-calang. Dengan hambatan-hambatan yang ada dalam proses pembinaan insan, ia mampu melemahkan kekuatan diri untuk terus memanfaatkan diri sendiri kepada ummah. Namun, jika semua Muslim berpegang dan berperanan dalam segenap ruang lingkup kehidupan, nescaya negara yang disebut sebagai baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur (negara yang baik dan mendapat keampunan Allah SWT), tidak mustahil dapat dikecapi. Hakikatnya, sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain. Maka, beruntunglah diri mereka yang sentiasa bermanfaat.

3.Ibadah yang benar

Tuntaskan ibadah yang merupakan kewajipan kita sebagai hamba-Nya di muka bumi ini kerana ia adalah ‘tiket’ untuk kita ke syurga. Ibadah yang benar-benar terbaik adalah ibadah yang dilakukan semata-mata bagi mendapat keredhaan Allah SWT dengan berbekalkan pemahaman serta penghayatan yang tinggi.

Allah telah menukilkan dalam surah al-Dzariyat ayat 56 melalui firman-Nya yang bermaksud, “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.”Ayat ini jelas mengingatkan kita, ibadah itu merupakan tanggungjawab manusia kepada Allah SWT sebagai Pencipta manusia dan sekalian alam. Ia perlu dihayati dan difahami secara benar dan tidak menyimpang kepada unsur-unsur yang menyesatkan.

Melalui ibadah, akan melahirkan hati-hati yang patuh dan tunduk serta kecintaan yang tinggi kepada Allah SWT. Ini kerana skop ibadah amat luas. Semua perkara yang diizinkan oleh Allah itu adalah ibadah. Ia merangkumi segenap aspek kehidupan yang mana akhirnya akan mewujudkan insan yang menjalani kehidupan untuk memperoleh keredhaan Allah SWT semata-mata.

4.Bijak menjaga masa

Kita dikurniakan matahari dan bulan yang sama. Mengharungi jumlah pusingan jam dan hari yang sama. Tetapi mengapa ada orang yang dapat melakukan suatu pekerjaan yang hebat dan ada pula yang sentiasa mengeluh tidak punya cukup waktu untuk menyelesaikan urusannya. Hakikatnya, tiada manusia yang punya cukup masa melainkan mereka yang bijak mengurus masa. Masa bukanlah emas atau pedang, tetapi masa adalah kehidupan. Allah telah mengingatkan kita dalam nukilan firman-Nya yang bermaksud, “Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (al-Asr:1-3)

Firman Allah ini jelas membuktikan kebijaksanaan dalam mengurus masa mampu memberi kesan yang terbaik dalam kehidupan manusia. Tidak ada gantinya bagi masa yang telah berlalu kerana masa yang akan datang adalah masa yang berlainan. Sesungguhnya kita telah menzalimi diri sendiri apabila membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dimanfaatkan. Dalam sehari, mari kita hitung bagaimana 24 jam itu dibahagikan?
Bilakah masa beribadah kepada Allah?

 · Bilakah masa bersama keluarga?
 · Bilakah masa bekerja?
 · Bilakah masa bersama masyarakat?
 · Bilakah masa belajar?
 · Bilakah masa makan?
 · Bilakah masa berehat?

Akhirnya, apakah jawapan yang kita peroleh? Alangkah ruginya jika sepanjang 24 jam itu hanya dihabiskan untuk berehat dan bersenang-lenang semata-mata. Adakah berbaloi rehat yang kita ambil tanpa melakukan sebarang kemanfaatan? Oksigen yang Allah berikan secara percuma tanpa perlu bayar walau satu sen pun ini, bukanlah untuk disedut begitu sahaja. Allah pinjamkan bekalan oksigen supaya kita dapat hidup dengan sejahtera dan melangsaikan segala amanah yang telah kita janjikan dengan sebaiknya.

Hakikatnya, musuh yang paling utama dalam pengurusan masa adalah tabiat suka bertangguh. Sebagaimana kata Ibnu Umar, “Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi, dan apabila berada pada waktu pagi janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah dari sihat engkau bagi sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau.”

5.Akhlak yang mantap

Akhlak atau tingkah laku, perangai, tabiat, dan adat kebiasaan merupakan sifat, perbuatan atau tindakan yang dizahirkan dengan mudah tanpa perlu dipaksa. Ia bertapak utuh di dalam diri dan menjadi cerminan manusia dalam menilai baik buruk suatu perbuatan atau amalan.

Sedarkah kita, akhlak akan mempengaruhi penentuan kedudukan timbangan amalan seseorang di akhirat kelak? Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW, “Tiada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan amalan seorang hamba pada hari kiamat berbanding akhlak yang baik. Dan sesungguhnya Allah murka kepada orang yang berkelakuan buruk dan bermulut celupar.” (Riwayat At-Tirmidzi)

Akhlak melambangkan imej seorang Muslim yang sebenar dan seterusnya dapat memperkasakan keindahan Islam. Menurut Imam al-Ghazali, akhlak yang mulia itu merangkumi empat perkara iaitu, bijaksana, memelihara diri dari sesuatu yang tidak baik, keberanian(menundukkan kekuatan hawa nafsu) dan bersifat adil. Ia jelas merangkumi segala sifat baik dalam kehidupan kita umpamanya hidup bersilaturrahim, mempertahankan agama dengan berani, berbakti kepada keluarga dan negara, senantiasa bersyukur, sabar, redha dengan ujian, jujur, bercakap benar, dan sebagainya.

Secara tuntasnya, marilah kita sama-sama bermuhasabah, harta yang paling menguntungkan adalah SABAR. Maka, berapa banyakkah sabar yang kita miliki? Teman yang paling akrab adalah AMAL. Maka, akrabkah kita dengan amal? Pengawal peribadi yang paling waspada adalah DIAM. Maka, sejauh manakah peribadi kita dikawal? Bahasa yang paling manis adalah SENYUM. Maka, maniskah bahasa kita? Ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK. Maka, setinggi mana keindahan ibadah kita? Adakah kita selama ini menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim yang benar-benar beruntung?

Rabu, 15 Ogos 2012

Majikan Pening Dapat BIBIK Gila Seks!

Seorang majikan di Singapura terpaksa berhadapan dengan tabiat orang gajinya yang ‘pelik’ dan menjengkelkan.

Sudahlah seluar dalam dan wangnya sering dicuri oleh pembantu rumahnya itu, wanita warga asing itu juga sering menulis kisah-kisah erotik serta menampal gambar wanita seksi di dalam buku catatannya.

” Saya dapat menangkap orang gaji saya bersama sejumlah seluar dalam dan wang milik keluarga kami. Yang pelik tu, dia ada simpan cerita-cerita erotik dan gambar-gambar mengghairahkan di dalam buku itu.

” Bila saya bagitahu akan buat laporan polis, dia dengan angkuh boleh berkata yang tiada siapa boleh mendakwanya!,” kata majikan berkenaan yang dipetik dari sebuah laporan akhbar baru-baru ini.







Kalau korang dapat orang gaji macam tu, macam mana beb….psiko tu!

PAS Akan Tetap Kerjasama Dengan DAP?

Islam mendahulukan perdamaian dan melarang paksaan dalam berdakwah, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, paksaan tidak memberi makna Islam yang sebenar sebaliknya hanya akan melahirkan golongan munafik.

“Oleh itu ada pendapat menyatakan bahawa tiada paksaan hukuman hudud terhadap orang bukan Islam,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mengulas isu berkaitan, Abdul Hadi berkata, PAS tidak boleh menghalang DAP menentang Hudud tetapi DAP tidak berkuasa menghalang PAS menyatakan haknya.

Kata beliau, PAS menyatakan dasarnya secara terbuka dan DAP juga menyatakan perjuangannya secara terbuka serta berdailog secara terbuka.

Atas sebab itu dakwa beliau PAS dapat bekerjasama dalam perkara yang ada persamaan tanpa melarang dan memaksa dalam perkara yang berbeza (dengan DAP).

Ada perkara boleh bertolak ansur dan ada perkara yang tidak boleh berganjak, dakwanya lagi.

Contoh lain, kata beliau, DAP tidak boleh memaksa ahli PAS minum arak dan makan daging khinzir, maka PAS juga tidak boleh melarang ahli DAP minum arak dan makan daging khinzir.

Justeru, dakwa beliau, beberapa isu termasuk Hudud yang dibangkitkan pihak tertentu kebelakangan ini sebenarnya bermotifkan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sebuah akhbar baru-baru ini menimbulkan kontraversi apabila melaporkan adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah dipetik berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP .

Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam. – mynewshub.my

Legenda Badminton Punch Gunalan Meninggal Dunia

Bekas jaguh badminton negara Datuk Punch Gunalan meninggal dunia di Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya dekat sini pagi Rabu akibat barah.

Punch Gunalan, 68, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 6:20 pagi ini di pusat perubatan yang dahulu dikenali sebagai Pusat Perubatan Subang Jaya setelah terlantar sakit tenat sejak dua minggu lepas.

Mendiang meninggalkan seorang balu, P.Vijeyakumari, 64, dan seorang anak lelaki Roshan Gunalan, 36, yang kini merupakan seorang doktor ortopedik.

Punch Gunalan merupakan antara pemain badminton yang paling berbakat dalam acara perseorangan dan beregu yang pernah dilahirkan di negara ini apabila menyumbang beberapa butir pingat untuk negara pada beberapa kejohanan badminton antarabangsa.

Penglibatan cemerlang Punch Gunalan dalam sukan badminton bermula pada awal 1960-an dengan menjadi juara Kejohanan Badminton Negeri Sembilan bagi acara perseorangan, beregu lelaki dan beregu campuran (1961-1963).

Sumbangan terbesar beliau ialah pernah muncul juara pada kejohanan badminton berprestij All England dalam acara beregu lelaki bersama pasangannya Ng Boon Bee pada tahun 1971.

Sebelum itu pada 1970, Punch Gunalan dengan pasangan beregu yang sama mencipta sejarah memenangi pingat emas pertama Komanwel untuk Malaysia di Edinburg, Scotland.

Punch Gunalan dan pasangan yang sama meraih pingat emas Sukan Asia di Bangkok, Thailand dalam acara beregu pada tahun yang sama iaitu 1970 selain memenangi emas dalam acara perseorangan lelaki di temasya sukan tersebut.

Pada 1974, beliau cemerlang sekali lagi pada Sukan Komanwel, Christchurch, New Zealand apabila meraih emas acara perseorangan dan gangsa bagi acara beregu.

Beliau juga pernah membawa balik pingat emas dalam acara perseorangan dan beregu pada kejohanan Southeast Asian Peninsular Games di Singapura pada 1973.

Punch Gunalan juga pernah mewakili skuad Piala Thomas pada 1970 dan sekali lagi pada 1973.

Beliau juga pernah dianugerahkan Olahragawan Negara pada 1969 dan 1974.

Selepas berhenti bermain, Punch Gunalan bergiat aktif sebagai jurulatih kebangsaan dan berjaya membimbing skuad kebangsaan meraih kejayaan pada Kejohanan Piala Thomas di Kuala Lumpur pada 1992.

Antara anak didik Punch Gunalan yang terkemuka ialah Rashid Sidek, Razif Sidek dan Foo Kok Keong.

Punch Gunalan juga aktif dalam Asian Badminton Confederation (ABC) sebagai Setiausaha Agung Kehormat dan Presiden Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) dari 2004 hingga 2008.

Beliau juga pernah memegang jawatan Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dari 1985 sehingga 1997. Jawatan terakhirnya dalam badan sukan badminton Malaysia itu ialah sebagai Timbalan Presiden pada 2005.

Punch Gunalan juga pernah diberi pengiktirafan mewakili Malaysia menerima baton Sukan Komanwel dari Ratu Elizabeth di Istana Buckingham, London pada 1998.

Jenazah mendiang dibawa ke kediamannya di No.9, Jalan 12/14B, Petaling Jaya untuk penghormatan terakhir mulai pukul 1 tengah hari Rabu sebelum disemadikan di Pusat Crematorium Kampung Tunku, Petaling Jaya pada pukul 4 petang Khamis.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berkata Punch Gunalan banyak menyumbang kepada negara bukan sahaja sebagai atlet tetapi juga dalam bidang kejurulatihan dan khidmat sebagai pegawai sukan tertinggi dalam badan sukan seperti IBF.

Beliau menyifatkan Malaysia kehilangan bakat yang besar dengan kematian Punch Gunalan itu kerana beliau telah banyak mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

"Saya secara peribadi mengenali beliau sebagai seorang yang banyak mengajar dan membantu dalam pembangunan arena badminton negara," katanya.

Eksekutif Perhubungan Awam/Media Yayasan Kebajikan Atlet Malaysia (Yakeb) Muhammad Aiman Aminul Abdullah berkata yayasan itu akan menyampaikan sumbangan RM11,000 kepada keluarga mendiang.

"Mendiang Punch Gunalan adalah antara ahli terawal yang menyertai Yakeb sejak tahun 2008 dan beliau banyak memberi sumbangan tenaga dan masa dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Yakeb," katanya.-bernama

Raja Petra dedahkan Komplot Jahat PR untuk Jatuhkan PM

Raja Petra Kamaruddin (RPK), penulis kontroversi, yang pernah dirawat kerana masalah ‘jiwa’ ketika muda, sekali lagi membuat kejutan melalui tulisan terbarunya. Kali ini, beliau mempersoalkan kewibawaan P.Balasundram, seorang penyiasat persendirian yang menjadi saksi dalam kes pembunuhan Altantuya yang dikaitkan pembangkang dengan Perdana Menteri.

Realitinya, kes tersebut telah pun selesai dan terbukti tiada sebesar hama pun bukti atau saksi yang boleh mengaitkannya dengan Perdana Menteri. Namun, entah kenapa, kes ini masih lagi ‘berkumandang’ di udara Malaysia saban hari terutama di portal-portal pembangkang. Nampaknya mereka masih tidak berpuas hati kerana ‘dalang’ pembunuhan masih belum tertangkap, kata mereka.

Tentu sekali semua pihak termasuk Perdana Menteri inginkan kebenaran dan inginkan agar dalang tersebut ditangkap. Oleh itu, walaupun kita musykil dengan kewibawaan dan ‘kewarasan’ RPK, kita harap tulisan beliau yang terbaru ini dapat memberikan kita sedikit harapan.

Kali ini, RPK membayangkan persoalan sama ada Balasundram terlibat dalam pembunuhan Altantuya secara langsung memandangkan keterangannya yang kabur, berbelit-belit dan beberapa kali ‘U-turn’ setiap kali disoal-siasat dan membuat kenyataan.

RPK juga mengulangi kenyataannya bahawa pihak pembangkang, terutamanya Anwar, menjadi dalang memburukkan nama Dato’ Seri Najib dengan mengaitkan beliau dalam pembunuhan Altantuya.

Nama-nama yang disebut oleh RPK selain Balasundram dan Anwar, termasuklah peguam PKR M.Puravalen dan Ahli Parlimen Subang serta pengasas SUARAM, Sivarasa Rasiah. Puravalen pula dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan personaliti yang pernah menjadi kontroversi di era Tun Abdullah Badawi, iaitu Kalimullah Hassan.

RPK mendedahkan bahawa Balasundram dijanjikan upah setinggi RM5 juta untuk membuat akuan bersumpah mengenai pembunuhan Altantuya tetapi hanya dibayar RM700,000 yang mana menjadi punca beliau membuat U-Turn. Beliau kemudiannya diupah oleh pihak lain pula untuk membuat cerita yang berlainan.

Apapun peranan Balasundram dalam kes Altantuya, iaitu sama ada beliau adalah pembunuh, bersubahat dengan pembunuh, perancang, atau sekadar mengambil kesempatan, yang menjadi persoalan di sini ialah peranan pihak pembangkang, atau lebih tepat Anwar Ibrahim, dalam menyebar fitnah terhadap Perdana Menteri.

Walaupun RPK mempunyai rekod sakit mental, dan sering berhalunisasi menjadi manusia berintegriti atau wira penyelamat negara tetapi kita tidak boleh mengenepikan sahaja seluruh skrip yang ditulisnya kali ini. Ini kerana, ini bukan kali pertama beliau mendedahkan perkara yang sama di mana sebelum ini, beliau juga mengakui terlibat sama dalam menyebar fitnah tersebut terhadap Perdana Menteri berdasarkan ‘dengar-cakap’ setelah diarah atau mungkin diupah oleh pihak-pihak tertentu. Untuk itu, sekadar rekod, RPK juga adalah penulis upahan dan bagi seorang penulis upahan untuk mengaku salah atau silap menyebar fitnah, pastinya menunjukkan yang beliau berkata benar. Lagipun, tidak mungkin seorang yang ego seperti beliau sanggup mengaku tersilap yang mana pasti akan merosakkan kredibilitinya.

Oleh itu, tidak perlu untuk kita bertanyakan tentang motif RPK mengambil sikap seperti Balasundram iaitu membuat U-turn dalam perkara ini, tetapi kita perlu bertanyakan diri kita apakah wajar kita memberi mandat kepada pembangkang yang begitu jahat dan busuk hati dalam pilihanraya kali ini?

Kenapakah pembangkang tidak berani berdepan dengan Perdana Menteri secara anak jantan melalui pilihanraya dan beradu kekuatan dengan menabur jasa? Kenapa perlu memfitnah dan mengupah begitu ramai orang untuk menjatuhkan Perdana Menteri?

Apakah kerana mereka sedia maklum bahawa rakyat tidak bersama mereka dan memerlukan ‘jalan-belakang’ untuk berkuasa? Apakah mereka sebenarnya amat menyedari akan kelemahan dan ketidakupayaan mereka?

Apapun, pendedahan RPK tidak harus diabaikan sahaja. Ia perlu dibawa ke atas agar kebenaran terserlah dan agar roh Altantuya dapat bersemadi dengan aman.-MyNewsHub

Abby Abadi ‘Menggelupur’ Malu Ditegur Ustaz Azhar Idrus

Penulis mendapat maklumat bahawa pada hujung minggu lalu telah berlangsungnya sebuah program agama yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai penel utama.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Abby Abadi, Faizal Tahir dan Man Raja Lawak.

Pasti ramai yang mengetahui setiap ceramah UAI pasti menarik ribuan penonton apabila UAI seringkali menyelitkan unsur jenaka sewaktu dakwah.

Tapi kali ini lain pula jadinya apabila Abby Abadi seolah-olah menggelupur malu apabila UAI menjawab persoalan yang diberikan oleh Abby sendiri.

Abby bertanya kepada UAI berkenaan isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama.

UAI menegaskan penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik menjadi kemestian untuk umat Islam lain suka dengan perubahan yang mereka lakukan.

Selain itu, antara jawapan UAI adalah;

“Kadang-kadang kita ni artis, dulu kita lagha, sekarang kita ok dah, mulakan perjalanan.

Nombor satu, kita kena jaga. Jangan kita hentam kawan-kawan yang sama-sama dengan kita sekarang yang masih belum berhijrah.

Ahhh.. itu yang kita kena jaga,” kata UAI.

Secara tiba-tiba Abby bersuara menyekat mesej yang cuba disampaikan oleh UAI.

Abby berkata, “Ustaz nak tuduh saya yek.. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz. Itu tuduhan.”

Ehhh.. kenapa Abby ‘menggelupur’ ni? Sedangkan UAI menyatakan secara umum dan tidak menyebut mana-mana individu.

Itulah kata orang-orang tua, ‘siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya’.

Menjadi persoalan juga apabila mengapa perlu Abby terasa dengan kata-kata UAI itu.

Patutnya Abby malu dan menimbangkan untuk terjun lombong sekejap pasal nasihat UAI tu kena tepat kat batang hidung dia sampai dia menjerit-jerit nak cover line kat atas pentas ceramah.

Dan adakah dia seorang sahaja artis yang berhijrah dalam masa yang sama menghentam rakan-rakan industri?

Jika anda yang biasa mendengar ceramah UAI, pasti tahu cara UAI.

UAI lebih ‘direct’ dalam menyampaikan sesuatu mesej.

Sebagai contoh sewaktu program bersama Zizan Raja Lawak suatu ketika dahulu.

Zizan tidak melenting dan ‘cool’ serta menerima secara positif nasihat UAI.

Penulis tidak lah bijak mana untuk memberi nasihat kepada pembaca.

Tetapi dari sudut sebagai seorang pengantara atau pengacara, Abby seharusnya tidak seharusnya cepat ‘melatah’ dengan mesej yang disampaikan oleh panel.

Seolah-olah seperti Abby tidak tahu adab serta cara untuk mengawal diri sebagai sebagai seorang pengacara yang baik.

Apa salahnya jika Abby mendengar dahulu apa yang UAI cuba sampaikan dan terima dari sudut positif.
-MyNewsHub

PLUS: Rebat Tol 30% Sempena Raya & Merdeka

PLUS Expressways Bhd (PLUS) akan memberi rebat tol sebanyak 30 peratus kepada pengguna yang membayar tol menggunakan sistem elektronik sempena sambutan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, rebat tol itu akan diberikan kepada orang ramai pada 15, 16, 22, 23 dan 31 Ogos ini.

“Rebat tol terbabit diberikan kepada orang ramai yang menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG ketika membayar tol di lebuh raya kendalian PLUS.

“Ia adalah satu langkah PLUS bagi menyemarakkan sambutan Hari Raya dan Hari Merdeka selain merupakan satu strategi PLUS untuk menggalakkan orang ramai beralih kepada sistem pembayaran secara elektronik yang lebih mudah dan pantas,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Noorizah berkata, pemberian rebat tol itu juga merupakan langkah PLUS untuk mengagihkan trafik dan menggalakkan orang ramai bergerak pada hari di luar waktu puncak.

Katanya, rebat berkenaan boleh dituntut di pusat khidmat pelanggan PLUS apabila pengguna menambah nilai kad elektronik mereka bermula 1 Oktober hingga 31 Disember ini.

“Sempena musim cuti ini, PLUS menjangkakan jumlah trafik akan meningkat sebanyak 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan setiap hari.

“PLUS menggesa orang ramai supaya membayar tol secara elektronik bagi mempercepatkan transaksi tol dan membolehkan mereka melalui plaza tol dengan lebih selesa dan cepat,” katanya.

Noorizah berkata, rebat tol itu bagaimanapun tidak akan diberi kepada pengguna yang membayar tol di Plaza Tol Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Jambatan Pulau Pinang. – BERNAMA

Anwar terlibat gerakan Freemason?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia bagaimana nama beliau boleh tersenarai sebagai salah seorang ahli dan pemimpin dalam organisasi Yahudi antarabangsa, Freemason.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang terkejut dengan perkara itu berkata, berdasarkan senarai kedudukan yang disiarkan dalam laman web organisasi tersebut, Civil Service Lodge No. 148, peranan Anwar begitu aktif.

"Saya tidak menuduh Anwar tetapi menuntut beliau memberi penjelasan kerana perkara ini sangat mustahak. Ini kerana nama individu yang menyandang kedudukan dalam organisasi tersebut sama dengan Anwar tetapi jika hanya pelanduk dua serupa tidak mengapa.-utusan

Selasa, 14 Ogos 2012

PLUS Bagi ‘Petua’ Nak Elak Sangkut Dalam Kesesakan Balik Kampung, SILA SHARE!

Plus Ekspressway Bhd (PLUS) pada Isnin mengeluarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) kepada penggunanya bagi mengurangkan kesesakan di lebuhraya menjelang musim perayaan Aidilfitri.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi berkata, pelan perjalanan yang diatur oleh ini akan membantu orang ramai merancang perjalanan mereka dalam menghadapi 1.4 juta kenderaan yang dijangka berada di lebuhraya PLUS pada waktu puncak nanti.

“Jumlah ini adalah peningkatan 30 peratus berbanding 1.1 juta kenderaan sehari yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan pada hari biasa.

“Jika semua kenderaan memasuki lebuhraya serentak sudah pastilah kesesakan teruk akan berlaku…sebab itu kita rangka jadual TTA dengan mengagihkan trafik secara berperingkat,” katanya pada sidang media yang diadakan di Persada PLUS dekat sini, Isnin.

Menurut Mohammad Fuad, TTA membantu dengan pengagihan trafik mengikut masa dan destinasi tertentu.

Katanya, jadual TTA yang dicadangkan itu ialah pengguna di Lembah Klang yang akan menuju ke Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Johor diminta memasuki lebuhraya Utara-Selatan sebelum pukul 12 tengahari.

Bagi mereka yang menuju ke Kuala Kangsar, Changkat Jering dan Taiping disarankan memasuki lebuhraya antara pukul 12 tengahari hingga 3 petang.

“Mereka yang menuju ke destinasi lebih dekat seperti Ipoh, Simpang Pulai, Gopeng, Tampin dan Alor Gajah (melalui Simpang Ampat) bolehlah memasuki lebuhraya antara pukul 3 hingga 6 petang,” katanya.

Mohammad Fuad juga berkata, waktu paling sesuai untuk pengguna dari Lembah Klang ke Tapah, Bidor, Sungkai, Slim River, Tanjung Malim, Senawang, Port Dickson dan Seremban memasuki lebuhraya ialah selepas pukul 6 petang.

Menurut Mohammad Fuad lagi, TTA yang dikeluarkan PLUS adalah untuk pengguna yang menggunakan lebuhrayanya pada waktu puncak iaitu dari 16, 17, 18, 30 dan 31 Ogos ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata lebih kurang 50 peratus pengguna lebuh raya telah mematuhi TTA cadangan PLUS pada Aidilfitri tahun lepas dan ia merupakan peningkatan sejak diperkenalkan pada 2007.

Katanya, kadar pematuhan yang tinggi terhadap jadual TTA akan berjaya mengurangkan kesesakan sekali gus melancarkan perjalanan dan selesa kepada pengguna.

Beliau menambah, bagi menggalakkan orang ramai bekerjasama mematuhi jadual ini sebanyak 50,000 jadual telah dicetak untuk diagihkan kepada orang ramai.

Sementara itu PLUS turut mencadangkan waktu memasuki Tambak Johor dan Linkedua serta Jambatan P.Pinang mengikut plat kenderaan.

“Kenderaan yang nombor plat diakhiri nombor ganjil disarankan memasuki laluan ini pada setiap jam ganjil seperti pukul 9, 11, 1 dan 3 petang.

“Kenderaan bernombor plat genap pula masuk ke lebuhraya pada jam genap seperti pukul 4, 6, 8 dan 10,” jelasnya. -Mstar

Nak Tahu Kenapa ‘Spender’ Lelaki Dijual Dalam Kotak, Perempuan Berselerak?

Kenapa ‘Spender’ Lelaki Dijual Dalam Kotak?

Kenapa seluar dalam lelaki biasanya dijual dalam kotak sedangkan panties perempuan pulak selalunya dijual longgok, berlipat atau bergantung?

Hurmm… kenape ye??

Korang nak tau??

Boleh tengok jawapannyer tat bawah….

‘First’ kita tengok macam mana orang perempuan memilih seluar dalam:



Sekarang kita tengok pulak macam mana orang lelaki memilih seluar dalam:

Makanan, Minuman Percuma Di Petronas Sempena Hari Raya

Petronas Dagangan Berhad (PDB) akan menyediakan makanan dan minuman percuma kepada orang ramai di 32 stesen minyak Petronas di lebuh raya dan jalan raya utama di seluruh negara bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Amir Hamzah Azizan berkata, kempen `Petronas Coffee Break’ tersebut akan melibatkan dua fasa iaitu 15 hingga 18 Ogos ini dan 23 hingga 26 Ogos ini.

“Menerusi kempen ini Petronas menggalakkan pemandu untuk berhenti berehat serta menyegarkan diri di stesen Petronas sebelum menyambung semula perjalanan.

“Antara makanan dan minuman percuma adalah Old Town Coffee, minuman buah-buahan Tropicana Twister, Biskut Julie’s dan makanan ringan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Amir Hamzah berkata, kempen ‘Petronas Coffee Break’ selaras dengan matlamat kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya semasa musim perayaan.

Sehubungan itu, katanya, melalui kempen sama PDB turut menawarkan panduan keselamatan jalan raya kepada orang ramai serta membekalkan minyak kepada 50 buah kenderaan St John Ambulance Malaysia.

Jelas beliau, bekalan minyak tersebut untuk memudahkan kenderaan St John Ambulance terbabit menjalankan perkhidmatan kecemasan lebuh raya di sepanjang musim perayaan ini.-MyNewsHub

Rang undang-undang kebajikan haiwan dibentang awal tahun depan

Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan, yang menyaksikan hukuman lebih berat terhadap mereka yang mendera haiwan, dijangka dibentang di Parlimen pada sesi awal persidangan tahun depan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata draf rang undang-undang itu sudah melalui 12 semakan dan pindaan sejak digubal pada November 2010, dan akan dipapar atas talian buat kali kedua mulai hari ini sehingga 31 Ogos untuk sebarang cadangan serta komen daripada orang ramai.

"Selepas mengambil kira respon yang diterima, draf yang lengkap akan dipanjangkan kepada Jabatan Peguam Negara, kemudian dibawa ke Kabinet dan apabila dipersetujui Kabinet, barulah dibentangkan di Parlimen," katanya kepada pemberita selepas melancarkan paparan seranta awam atas talian kedua untuk draf rang undang-undang itu di sini hari ini.

Beliau berkata draf itu dipapar buat kali pertama selama 14 hari mulai 19 Jun lepas, yang mencatat 5,094 kunjungan menyaksikan sejumlah 2,421 responden memberi maklum balas lengkap terhadap soal selidik manakala 90.9 peratus bersetuju dengan draf tersebut.

"Hasil cadangan orang ramai pada paparan kali pertama itu juga, tiga pindaan dilakukan pada draf tersebut iaitu pemeriksaan premis yang menyimpan haiwan perlu dilaksanakan setiap tahun, eksperimen terhadap haiwan hanya boleh dilakukan sekiranya tiada alternatif lain dan ia mesti dilakukan dengan peraturan tertentu, serta kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenar membeli haiwan peliharaan tanpa ditemani mereka yang lebih tua.

"Cadangan lain akan dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam peraturan dan kod amalan kebajikan haiwan mengikut kesesuaian yang mana sebahagiannya sedang dan akan dibangunkan," katanya.

Noh berkata pada masa ini, draf itu mencadangkan agar pesalah kes penderaan haiwan didenda antara RM20,000 hingga RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun.

Beliau berkata orang ramai dipelawa untuk terus memberi cadangan berhubung rang undang-undang ini melalui laman sesawang research.dvs.gov.my/survey.

Katanya, pada masa sama, Pelan Strategik Kebajikan Haiwan Kebangsaan sedang dirangka bagi memandu negara untuk tempoh lapan tahun akan datang dalam usaha mengangkat nilai kebajikan haiwan setaraf dengan negara maju dengan berpaksi kepada nilai setempat.

Noh berkata pelan itu dijangka dilancarkan semasa Persidangan Global Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) berhubung Kebajikan Haiwan ketiga yang berlangsung tiga hari mulai 6 Nov di Kuala Lumpur.

"Sementara itu, kebanyakan cadangan dan pandangan daripada awam tentang kebajikan haiwan, yang tidak berkaitan dengan Rang Undang-Undang Kebajikan Haiwan, akan dikumpul dan dibincang di peringkat Jawatankuasa Penasihat Majlis Kebajikan Haiwan Malaysia (Mawac) yang dipengerusikan saya sendiri," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata satu medium khidmat pesanan ringkas disediakan untuk orang ramai membuat laporan berhubung kes penderaan haiwan, iaitu taip DVS HQAduan [aduan anda] dan hantar ke 15888. - Bernama

Isnin, 13 Ogos 2012

Selamat Tinggal London, Selamat Datang Ke Brazil

Dalam acara penutup Sukan Olimpik Ke-30 di Stadium Olimpik di sini malam tadi (waktu tempatan), tuan rumah Great Britain terus menampilkan persembahan berwarna-warni dan mempersonakan yang sekaligus menonjolkan bakat seni kreatif mereka.

Acara bermula dengan perarakan masuk ke dalam stadium oleh para kontinjen negara yang mengambil bahagian.

Jasa para sukarelawan yang bertungkus-lumus selama 16 hari untuk menjayakan kejohanan terbesar dunia itu tidak dilupakan apabila mereka turut diberi penghargaan.

Lima atlet termasuk dari Malaysia iaitu penerjun Leong Mun Yee dipilih untuk menghadiahkan bunga kepada lima wakil para sukrelawan tersebut.

Dalam acara yang penuh simbolik, bendera Olimpik diturunkan dan kemudian diserah kepada Datuk Bandar London, Boris Johnson yang menyerahkannya pula kepada Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Jacques Rogge. Bendera seterusnya diserahkan kepada Datuk Bandar Rio De Janeiro, Eduardo Paes.

Lagu kebangsaan Brazil lalu dimainkan dan benderanya dinaikkan menandakan Brazil bakal menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2016.

Bertemakan 'Transformation and Passion', ia merupakan kali pertama sebuah negara Amerika Selatan menjadi tuan rumah sukan Olimpik.

"Maka dengan itu 'Cariocas' (masyarakat Rio de Janeiro) dan Brazil secara umumnya adalah sangat teruja," kata Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Rio 2016 untuk sukan Olimpik dan Paralimpik, Leonardo Gryner kepada para wartawan dalam sidang akhbar terdahulu.

Bagi memperkenalkan tuan rumah dan mengalu-alukan kedatangan bakal tetamu, para karyawan Brazil telah mempersembahkan pelbagai kebudayaan, seni dan tarian mereka termasuk penampilan khas legenda bola sepak dunia kelahiran Brazil, Pele.

"Empat tahun dari sekarang, Olimpik ke-31 akan berterusan di Brazil," kata Rogge dalam ucapannya.

Kelopak yang membentuk kawah Obor Olimpik 2012 kemudiannya diturun dan dipadamkan, menandakan berakhirnya Sukan Olimpik London yang bermula 27 Julai lalu.

Dari segi pungutan pingat, tuan rumah menduduki tempat ketiga dengan merangkul 29 emas, 17 perak dan 10 gangsa untuk memperbaiki kedudukan mereka pada Olimpik Beijing 2008.

Di Beijing, Great Britain menduduki tempat keempat dengan memungut 19 emas, 13 perak dan 15 gangsa di belakang Rusia, Amerika Syarikat dan tuan rumah China.

Di London, Amerika Syarikat mengatasi China dan menjadi juara keseluruhan apabila merangkul 46 emas, 20 perak dan 29 gangsa berbanding China yang memungut 38 emas, 27 perak dan 22 gangsa untuk menduduki tempat kedua.-bernama