JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Piala Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Piala Malaysia. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Oktober 2012

Amanat buat ATM: Julang Piala Malaysia

PRESIDEN Helang Rimba, kelab penyokong bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Kolenal Ab Rahman Mahmood memberi amanat buat pemain ATM - julang Piala Malaysia yang diharapkan sejak menyertai kejohanan.

Sehubungan itu beliau mengharapkan kerjasama pemain dan penyokong ketika perlawanan akhir esok.

"Saya nasihatkan kepada semua penyokong bola sepak yang datang ke Stadium Shah Alam khususnya penyokong ATM supaya tidak membawa benda-benda yang diharamkan," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Beliau juga menasihatkan agar semua penyokong bertolak awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan masuk ke stadium ikut pintu pasukan masing-masing yang telah ditetapkan.

"Penyokong-penyokong ATM masuk ke stadium di pintu yang telah dikhaskan untuk mengelak dari sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Semua penyokong yang hadir harus menjaga keselamatan masing-masing, sama ada dalam stadium atau ketika dalam perjalanan. Ingatlah orang yang kita sayang," kata beliau.

Beliau menjangkakan perlawanan akhir esok merupakan satu perlawanan yang sengit kerana kedua-dua pasukan merupakan pasukan yang berkualiti.

"Saya jangka perlawanan malam itu sangat sengit, namun saya harap ATM akan menang dan akan mencipta satu sejarah baru.

"Jika kita lihat prestasi dan kualiti, pemain-pemain ATM ada ruang dan peluang untuk memiliki Piala Malaysia," katanya.

Pasukan ATM perlu bermain dengan penuh disiplin dan mengikut arahan jurulatih bagi memastikan corak permainan yang baik.

"Kita bermain seperti yang diarahkan oleh jurulatih dan berjuang dengan semangat yang tinggi untuk mengekalkan prestasi mutu permainan.

"Saya harap pemain lupakan semua masalah yang ada dan fokus sepenuhnya kepada perlawanan tersebut," jelasnya lagi.-sinar

Jumaat, 12 Oktober 2012

Piala Malaysia: Kelantan mara ke final

KELANTAN berjaya mara ke final Piala Malaysia 2012 setelah menewaskan Selangor 2-0 pada perlawanan separuh akhir di Stadium Shah Alam malam ini.

Kelantan menang dengan agregat 3-0. Pada pusingan pertama minggu lalu, Kelantan juga mengatasi Selangor 1-0.

Jadual Penuh dan Keputusan Terkini Perlawanan Piala Malaysia 2012

Berikut adalah jadual pertandingan perlawanan Piala Malaysia bagi musim 2012.

16 pasukan telah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A,B,C dan D pada majlis pengundian yang diadakan oleh FAM

Sepak mula kempen Piala Malaysia akan berlangsung pada 22/8/2012
<Kedudukan Terkini Carta Liga Piala Malaysia 2012>

Jadual dan keputusan perlawanan peringkat kumpulan
PerlawananKeputusan
22/08/2012 8:15 pm Stadium Sarawak
Sarawak – Selangor
2:1
22/08/2012 8:45 pm Stadium Darul Makmur
Pahang – T-Team FC
3:2
22/08/2012 8:45 pm Stadium Darul Aman
Kedah – ATM
0:2
22/08/2012 8:45 pm Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Terengganu – Kelantan
2:0
22/08/2012 8:45 pm
Selangor PKNS – Johor
1:1
22/08/2012 8:45 pm Stadium JCorp
Johor FC – Lions XII
0:0
22/08/2012 8:45 pm Stadium Hang Jebat
Felda United – Negeri Sembilan
1:1
22/08/2012 8:45 pm Stadium Selayang
Sime Darby FC – Perak
1:1
25/08/2012 7:45 pm Stadium Jalan Besar
Lions XII – Selangor PKNS
3:1
25/08/2012 8:45 pm Stadium Sultan Ismail Nasiruddin
T-Team FC – Sarawak
0:0
25/08/2012 8:45 pm Stadium Shah Alam
Selangor – Pahang
2:2
25/08/2012 8:45 pm Stadium Larkin
Johor – Johor FC
1:2
25/08/2012 8:45 pm Stadium Selayang
ATM – Terengganu
2:1
25/08/2012 8:45 pm Stadium Sultan Mohammad ke 4
Kelantan – Kedah
2:1
25/08/2012 8:45 pm Stadium STAR
Negeri Sembilan – Sime Darby FC
4:0
25/08/2012 8:45 pm Stadium Perak
Perak – Felda United
2:4
28/08/2012 8:45 pm Stadium Sultan Ismail Nasiruddin
T-Team FC – Selangor
0:1
28/08/2012 8:45 pm Stadium Darul Makmur
Pahang – Sarawak
6:0
28/08/2012 8:45 pm Stadium Larkin
Johor – Lions XII
0:0
28/08/2012 8:45 pm Stadium MPPJ
Selangor PKNS – Johor FC
1:1
28/08/2012 8:45 pm Stadium Selayang
ATM – Kelantan
1:1
28/08/2012 8:45 pm Stadium Darul Aman
Kedah – Terengganu
2:1
28/08/2012 8:45 pm Stadium STAR
Negeri Sembilan – Perak
0:0
28/08/2012 8:45 pm Stadium Hang Jebat
Felda United – Sime Darby FC
2:3
01/09/2012 7:45 pm Stadium Jalan Besar
Lions XII – Johor
1:0
01/09/2012 8:15 pm Stadium Sarawak
Sarawak – Pahang
2:3
01/09/2012 8:45 pm Stadium Shah Alam
Selangor – T-Team FC
2:1
01/09/2012 8:45 pm Stadium JCorp
Johor FC – Selangor PKNS
2:1
01/09/2012 8:45 pm Stadium Selayang
Kelantan – ATM
4:3
01/09/2012 8:45 pm Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah
Terengganu – Kedah
1:1
01/09/2012 8:45 pm Stadium Selayang
Sime Darby FC – Felda United
3:3
01/09/2012 10:45 pm Stadium Perak
Perak – Negeri Sembilan
0:1
04/09/2012 8:15 pm Stadium Sarawak
Sarawak – T-Team FC
6:1
04/09/2012 8:45 pm Stadium Darul Makmur
Pahang – Selangor
1:4
04/09/2012 8:45 pm Stadium JCorp
Johor FC – Johor
1:3
04/09/2012 8:45 pm Stadium MPPJ
Selangor PKNS – Lions XII
1:0
04/09/2012 8:45 pm Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah
Terengganu – ATM
0:2
04/09/2012 8:45 pm Stadium Selayang
Sime Darby FC – Negeri Sembilan
1:1
04/09/2012 8:45 pm Stadium Hang Jebat
Felda United – Perak
2:2
04/09/2012 9:45 pm Stadium Darul Aman
Kedah – Kelantan
0:0
14/09/2012 7:45 pm Stadium Jalan Besar
Lions XII – Johor FC
0:0
14/09/2012 8:45 pm Stadium Sultan Ismail Nasiruddin
T-Team FC – Pahang
3:2
14/09/2012 8:45 pm Stadium Shah Alam
Selangor – Sarawak
2:0
14/09/2012 8:45 pm Stadium Larkin
Johor – Selangor PKNS
2:0
14/09/2012 8:45 pm Stadium Selayang
ATM – Kedah
2:2
14/09/2012 8:45 pm Stadium Sultan Mohammad ke 4
Kelantan – Terengganu
6:1
14/09/2012 8:45 pm Stadium STAR
Negeri Sembilan – Felda United
1:1
14/09/2012 8:45 pm Stadium Perak
Perak – Sime Darby FC
2:1
<Kedudukan Terkini Carta Liga Piala Malaysia 2012>

Jadual Suku Akhir
PerlawananKeputusan
25/09/2012 8:45 pm Stadium Darul Makmur
Pahang – Lions XII
2:1
25/09/2012 8:45 pm Stadium Pasir Gudang
Johor FC – Selangor
1:3
28/09/2012 8:45 pm Stadium Selayang
ATM  –  Negeri Sembilan
3:2
29/09/2012 8:45 pm Stadium Hang Jebat
Felda United – Kelantan
1:2
2/10/2012 8:45 pm Stadium Jalan Besar
Lions XII – Pahang
2:0
2/10/2012 8:45 pm Stadium Sultan Mohammad ke 4
Kelantan – Felda United
2:2
2/10/2012 8:45 pm Stadium STAR
Negeri Sembilan – ATM
1:3
2/10/2012 8:45 pm Stadium Shah Alam
Selangor – Johor FC
2:1
<Kedudukan Terkini Carta Liga Piala Malaysia 2012>

Jadual Separuh Akhir
PerlawananKeputusan
4/10/2012 8:45 pm Stadium Jalan Besar
Lions XII –  ATM
1:1
5/10/2012 8:45 pm Stadium Sultan Mohammad ke 4
Kelantan –  Selangor
1:0
11/10/2012 8:45 pm Stadium Selayang
ATM –  Lions XII
(ATM layak setelah menang 5-4 penentuan penalti)
1(2):1(2)
12/10/2012 8:45 pm Stadium Shah Alam
Selangor –  Kelantan
0(0):2(3)

Jadual Akhir
PerlawananKeputusan
20/10/2012 8:45 pm Stadium Shah Alam
Kelantan –  ATM
3:2

<Kedudukan Terkini Carta Liga Piala Malaysia 2012>

Piala Malaysia: ATM mara ke final

PENANTIAN selama 46 tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk beraksi di pentas final Piala Malaysia akhirnya menjadi kenyataan apabila menewaskan Lions XII menerusi sepakan penalti 5-4, selepas kedua-dua pasukan terikat agregat 2-2 selepas berakhirnya 120 minit masa perlawanan.

Dengan kemenangan ini, ATM bakal bertemu sama ada Selangor atau Kelantan, yang akan beraksi di Shah Alam, malam esok.

Tuan rumah hampir mendapatkan jaringan awal pada babak awal perlawanan menerusi percubaan Hai-0. Bagaimanapun sepakannya tersasar.

Pasukan tuan rumah terus mengatur strategi dan melakukan serangan namun percubaan Christie Jayaselan berjaya ditepis oleh Izwan Mahbud pada minit ke-12.

Pada minit ke-14, ATM sekali lagi hampir mendahului lawan tetapi, tendangan Marlon Alex James sedikit melencong ke tepi tiang gol.

Susulan serangan pasukan tuan rumah, pasukan pelawat melakukan serangan balas. Namun percubaan pemain Lions XII berjaya didakap kemas oleh Farizal Harun pada minit ke-20.

Keghairahan pelawat dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai apabila hantaran menarik Shahril Ishak berjaya dilaksanakan dengan baik oleh Agu Casmir pada minit ke-26.

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah memperkemaskan corak permainan dengan aksi yang lebih tersusun dan pemain importnya, Marlon hampir mencemaskan kem pasukan pelawat, namun tendangan berjaya didakap kemas oleh Izwan pada minit ke-73.

ATM sekali lagi hampir menyamakan kedudukan. Pun begitu tendangan Bruno Marteloto pada minit ke-75 sedikit tersasar ke tepi tiang gol.

Berbaki minit-minit terakhir, ATM masih terus melancarkan serangan tetapi kekebalan benteng pertahanan pasukan pelawat menafikan hasrat The Army untuk menyamakan kedudukan.

Beraksi di hadapan 11,000 penonton di gelanggang sendiri, ATM bagai dirasuk apabila serangan demi serangan, akhirnya gol penyamaan tuan rumah terhasil setelah tandukan Marlon pada minit ke-96 berjaya menewaskan penjaga gol Lions XII, Izwan.

Setelah kedua-dua pasukan terikat agregat 2-2, perlawanan diteruskan dengan masa tambahan

Dilihat mendapat semangat dari gol pertama, anak didik Sathianathan melancarkan gerakan bertali arus melalui kombinasi pemain Hai-0, dan Aidil namun berjaya dikekang oleh pertahanan Lions XII.

Lions XII terus dihimpit tekanan apabila pemainnya, Isa Halim terpaksa keluar dari padang kerana dilayangkan kad merah.

Dalam pada itu, kegagalan Baihakki untuk menyudahkan sepakan penalti akhirnya memberi kemenangan kepada ATM untuk aksi di final 20 Oktober ini di Stadium Shah Alam.-sinar

Selasa, 9 Oktober 2012

Stadium Shah Alam Venue Akhir Piala Malaysia

Stadium Shah Alam sekali lagi dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 pada 20 Okt.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Amin berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira keadaan rumput dan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil yang tidak mengizinkan perlawanan itu diadakan di situ.

“Keadaan rumput yang masih baru dan permukaan padang yang tidak rata boleh mengundang risiko kecederaan kepada pemain.

“Setelah mengambil kira faktor tersebut dan nasihat daripada jurutera Perbadanan Stadium Negara, kita membuat keputusan mengubah venue perlawanan akhir Piala Malaysia ke Stadium Shah Alam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas ke-20 JKPT, FAM di sini hari ini.

Pada tahun lepas, Stadium Shah Alam dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala Malaysia menggantikan Stadium Nasional Bukit Jalil berikutan kerja-kerja penyelenggaraan trek di sekitar stadium itu. – BERNAMA

>>>Jadual Penuh dan Keputusan Terkini Perlawanan Piala Malaysia 2012

Sabtu, 15 September 2012

Kedudukan Terkini carta liga Piala Malaysia 2012

Kumpulan A

Kedudukan          Pasukan          PerlawananMenangSeriKalahJaringanBolos+/-Mata
1Lions XII62314229
2Johor FC62316609
3Johor62227528
4PKNS FC612359-45

Kumpulan B

Kedudukan           Pasukan           PerlawananMenangSeriKalahJaringanBolos+/-Mata
1Kelantan6321138+511
2ATM6321128+411
3Kedah613268-26
4Terengganu6114613-74

Kumpulan C

Kedudukan          Pasukan          PerlawananMenangSeriKalahJaringanBolos+/-Mata
1Negeri Sembilan624083510
2Felda United6141131217
3Perak613279-26
4Sime Darby6132913-46

Kumpulan D

Kedudukan           Pasukan           PerlawananMenangSeriKalahJaringanBolos+/-Mata
1Selangor6411126613
2Pahang63121713410
3Sarawak62131013-37
4T-Team6114714-74

*2 pasukan teratas yang berada dalam setiap kumpulan A,B,C dan D akan layak ke suku akhir
**Kedudukan carta liga Piala Malaysia 2012 peringkat kumpulan akan dikemaskini sebaik sahaja tamat perlawanan

<Jadual Penuh dan Keputusan Terkini Piala Malaysia 2012>