JOM TERJAH:
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
Daftar SAYS Malaysia di sini
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline surveyDaftar SAYS Malaysia di sini
Cari Blog Ini
Memaparkan catatan dengan label Pembangkang. Papar semua catatan

Rabu, 10 April 2013
PRU13: Tarikh Hari Penamaan Calon 20 April 2013, Tarikh Hari Mengundi 5 Mei 2013
Persoalan bila hari penamaan calon dan hari mengundi telahpun terjawab apabila pengerusi SPR telah mengumumkan bahawa :
Tarikah Penamaan Calon :20 April 2013
Tarikh Pengundian :05 May 2013
Andakah anda telah bersedia untuk memilih siapa yang bakal memimpin kita semua rakyat Malaysia.
Sama-sama kita nantikan...
Rabu, 3 April 2013
Parlimen Malaysia dibubar berkuat kuasa hari ini
Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13 yang dinanti oleh seluruh negara sejak dua tahun lalu.
Pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
"Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka," kata beliau dalam pengumuman khas yang dibuat dari Pejabat Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen jam 11.30 pagi.
Pengumuman ini dibuat ketika Najib genap empat tahun menjadi perdana menteri.
Mandat kerajaan pusat akan berakhir pada 28 April ini. PRU12 diadakan pada 8 Mac 2008.
Ini kali pertama pilihan raya umum diadakan selepas genap lima tahun selepas satu-satu pilihan raya umum.
Dalam ucapannya, Najib yang diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah menghadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12 hari ini.
Barisan anggota jemaah menteri juga hadir pada majlis pengumuman khas itu.
Najib turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) masing-masing kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.
Dun Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan. Sarawak pula telah mengadakan pilihan raya umum negeri pada April 2011.
Berikutan pengumuman pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian, lapor Bernama.
Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi Dun, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang.
Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala pilihan
raya kecil Dun ialah di Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.
Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang terbanyak dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 menyaksikan 17 pilihan raya kecil diadakan.
Selepas ucapan khas yang mengambil masa kira-kira 15 minit, Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) bersalam dengan anggota jemaah menteri yang mengenakan tali leher warna merah.
sumber: sinar

Label:
Barisan Nasional,
DAP,
Dun,
Infomasi,
Kerajaan,
Najib,
Parlimen,
Pas,
Pembangkang,
PM,
PRU13,
SPR,
Umno
Khamis, 27 September 2012
Lembaga Disiplin PKR telah memulakan siasatan terhadap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman
Lembaga Disiplin PKR telah memulakan siasatan terhadap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berhubung dakwaan menggelar Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai sombong dan angkuh.
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan itu dijalankan oleh lembaga disiplin namun setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung isu berkenaan.
“Siasatan dalaman sedang dijalankan, sama ada terdapat unsur-unsur sabotaj parti, dan jika perkara ini berlaku kami tidak teragak-agak untuk ambil tindakan. Kita serahkan kepada lembaga disiplin jalankan siasatan dan tunggu laporan dari mereka sebelum tindakan diambil," katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas rakaman percakapan Mansor didedahkan menerusi laporan berita sebuah televisyen swasta yang dirakam secara sulit, dipercayai suara dan keluhan Mansor terhadap DAP yang didakwa semakin bongkak setelah menang banyak kerusi dalam pilihan raya umum 2008.
Mansor dikatakan membuat kenyataan tersebut apabila ditanya berhubung tuntutan DAP terhadap kawasan yang ditandingi PKR pada Mesyuarat Strategik parti April lalu.
Mansor sebelum ini dalam satu sidang media, menafikan menggunakan perkataan sombong dan angkuh terhadap Guan Eng seperti mana dilaporkan media.
Namun, beliau akui menggunakan perkataan ‘tokong’ sebagai gelaran kepada Guan Eng yang mendapat sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat Pulau Pinang.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, PKR tidak membenarkan adanya unsur sabotaj dalam parti.
Beliau berkata, PKR menghormati kebebasan bersuara setiap ahlinya, tetapi masih ada batasan.-sinar

Rabu, 15 Ogos 2012
Raja Petra dedahkan Komplot Jahat PR untuk Jatuhkan PM
Raja Petra Kamaruddin (RPK), penulis kontroversi, yang pernah dirawat kerana masalah ‘jiwa’ ketika muda, sekali lagi membuat kejutan melalui tulisan terbarunya. Kali ini, beliau mempersoalkan kewibawaan P.Balasundram, seorang penyiasat persendirian yang menjadi saksi dalam kes pembunuhan Altantuya yang dikaitkan pembangkang dengan Perdana Menteri.
Realitinya, kes tersebut telah pun selesai dan terbukti tiada sebesar hama pun bukti atau saksi yang boleh mengaitkannya dengan Perdana Menteri. Namun, entah kenapa, kes ini masih lagi ‘berkumandang’ di udara Malaysia saban hari terutama di portal-portal pembangkang. Nampaknya mereka masih tidak berpuas hati kerana ‘dalang’ pembunuhan masih belum tertangkap, kata mereka.
Tentu sekali semua pihak termasuk Perdana Menteri inginkan kebenaran dan inginkan agar dalang tersebut ditangkap. Oleh itu, walaupun kita musykil dengan kewibawaan dan ‘kewarasan’ RPK, kita harap tulisan beliau yang terbaru ini dapat memberikan kita sedikit harapan.
Kali ini, RPK membayangkan persoalan sama ada Balasundram terlibat dalam pembunuhan Altantuya secara langsung memandangkan keterangannya yang kabur, berbelit-belit dan beberapa kali ‘U-turn’ setiap kali disoal-siasat dan membuat kenyataan.
RPK juga mengulangi kenyataannya bahawa pihak pembangkang, terutamanya Anwar, menjadi dalang memburukkan nama Dato’ Seri Najib dengan mengaitkan beliau dalam pembunuhan Altantuya.
Nama-nama yang disebut oleh RPK selain Balasundram dan Anwar, termasuklah peguam PKR M.Puravalen dan Ahli Parlimen Subang serta pengasas SUARAM, Sivarasa Rasiah. Puravalen pula dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan personaliti yang pernah menjadi kontroversi di era Tun Abdullah Badawi, iaitu Kalimullah Hassan.
RPK mendedahkan bahawa Balasundram dijanjikan upah setinggi RM5 juta untuk membuat akuan bersumpah mengenai pembunuhan Altantuya tetapi hanya dibayar RM700,000 yang mana menjadi punca beliau membuat U-Turn. Beliau kemudiannya diupah oleh pihak lain pula untuk membuat cerita yang berlainan.
Apapun peranan Balasundram dalam kes Altantuya, iaitu sama ada beliau adalah pembunuh, bersubahat dengan pembunuh, perancang, atau sekadar mengambil kesempatan, yang menjadi persoalan di sini ialah peranan pihak pembangkang, atau lebih tepat Anwar Ibrahim, dalam menyebar fitnah terhadap Perdana Menteri.
Walaupun RPK mempunyai rekod sakit mental, dan sering berhalunisasi menjadi manusia berintegriti atau wira penyelamat negara tetapi kita tidak boleh mengenepikan sahaja seluruh skrip yang ditulisnya kali ini. Ini kerana, ini bukan kali pertama beliau mendedahkan perkara yang sama di mana sebelum ini, beliau juga mengakui terlibat sama dalam menyebar fitnah tersebut terhadap Perdana Menteri berdasarkan ‘dengar-cakap’ setelah diarah atau mungkin diupah oleh pihak-pihak tertentu. Untuk itu, sekadar rekod, RPK juga adalah penulis upahan dan bagi seorang penulis upahan untuk mengaku salah atau silap menyebar fitnah, pastinya menunjukkan yang beliau berkata benar. Lagipun, tidak mungkin seorang yang ego seperti beliau sanggup mengaku tersilap yang mana pasti akan merosakkan kredibilitinya.
Oleh itu, tidak perlu untuk kita bertanyakan tentang motif RPK mengambil sikap seperti Balasundram iaitu membuat U-turn dalam perkara ini, tetapi kita perlu bertanyakan diri kita apakah wajar kita memberi mandat kepada pembangkang yang begitu jahat dan busuk hati dalam pilihanraya kali ini?
Kenapakah pembangkang tidak berani berdepan dengan Perdana Menteri secara anak jantan melalui pilihanraya dan beradu kekuatan dengan menabur jasa? Kenapa perlu memfitnah dan mengupah begitu ramai orang untuk menjatuhkan Perdana Menteri?
Apakah kerana mereka sedia maklum bahawa rakyat tidak bersama mereka dan memerlukan ‘jalan-belakang’ untuk berkuasa? Apakah mereka sebenarnya amat menyedari akan kelemahan dan ketidakupayaan mereka?
Apapun, pendedahan RPK tidak harus diabaikan sahaja. Ia perlu dibawa ke atas agar kebenaran terserlah dan agar roh Altantuya dapat bersemadi dengan aman.-MyNewsHub

Rabu, 8 Ogos 2012
Pembangkang Kekeringan Ilham, Tiru Tema Dari Jabatan Penerangan - Rais
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pihak pembangkang kini sudah kekeringan ilham sehingga terpaksa 'mencedok' hasil kerja kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk dijadikan sebagai ilham sendiri.
Mengulas tindakan pembangkang yang tampil dengan tema Hari Kemerdekaan mereka sendiri, beliau berkata tema itu sebenarnya pernah dipakai oleh Jabatan Penerangan dalam buku-buku perpaduan yang diterbitkan pada tahun 2009.
Beliau juga menganggap langkah itu sebagai permainan politik pembangkang yang sengaja mahu memperlekeh kejayaan BN di mata rakyat, lebih-lebih lagi tahun ini diramal sebagai tahun yang akan diadakan pilihan raya umum ke-13.
"Mereka terdesak dan kekeringan ilham. Mereka juga iri hati terhadap kejayaan dan janji yang ditepati kerajaan selama ini.
"Oleh itu mereka cedok sahaja apa yang dilakukan oleh Jabatan Penerangan sebelum ini dan anggap ia sebagai ilham sendiri," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.
Pada Selasa, pakatan pembangkang mengumumkan negeri-negeri pembangkang akan menggunakan tiga tema berlainan untuk sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, kerana tidak bersetuju dengan tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" yang ditetapkan kerajaan pusat.-bernama

Malaysia,
Pembangkang
Tiga tema kemerdekaan bukti pembangkang tidak sepakat
Penggunaan tema hari kebangsaan berbeza oleh empat negeri yang ditadbir pembangkang membuktikan mereka tidak mampu mencapat kata sepakat walau dalam perkara kecil.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata mereka tidak akan mampu bersepakat walaupun 'tidur sebantal' kerana masing-masing 'berlainan mimpi'.
"Mereka adalah pakatan tidak sepakat bukan pakatan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 110 penduduk miskin, orang kurang upaya dan ibu tunggal di Kampung Bukit Lanchong, di sini semalam.
Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali semalam bahawa negeri yang ditadbir pakatan akan menggunakan tiga tema sambutan hari kebangsaan.
Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa", Kelantan dengan tema "Menerajui Perubahan" dan Kedah "Terus Berbakti".
Kata Mustafa penggunaan tema berbeza itu berikutan Kedah dan Kelantan telah memutuskan tema masing-masing sebelum pakatan membuat keputusan menggunakan tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".
Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata pembangkang berasa tidak senang dengan tema hari kebangsaan yang dipilih kerajaan pusat iaitu "Janji Ditepati", kerana mereka tidak pernah menepati janji.
"Terbukti manifesto pilihan raya umum lepas di empat negeri ditadbir pembangkang, hanya sebahagian kecil sahaja dilaksanakan. Sebab itu mereka berpakat untuk buat tema baru sedangkan tema sedia ada tiada salahnya.
"Dalam Islam kita dituntut supaya menepati janji. Memang sah mereka (pembangkang) takut pada 'janji ditepati' kerana mereka tidak tepati janji," katanya. - Bernama

Sabtu, 4 Ogos 2012
Perhatian kepada penyokong PAS yang Tak Tengok Buletin Utama TV3
DAP tetap dengan pendiriannya tak akan terima negara islam dan hukum hudud tetapi masa debat hari tu, cakap DAP dah boleh terima.
Cakap memang senang macam tabur janji juga.
ps: adakah Karpal Singh pun dah dibeli oleh Umno?hahahaha

Isnin, 23 Julai 2012
PRU13 sejurus selepas cuti Aidilfitri?
Teka-teki bila kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nampaknya berlarutan. Pastinya ia tidak ada kesudahan selagi PRU13 dipanggil.
Seperti tulisan-tulisan sebelum ini, ramalan PRU13 berlarutan buat tahun ketiga.
Tidak silap saya, ramalan bahawa PRU13 akan diadakan "dalam waktu terdekat" sudah kedengaran ketika Ramadan 2010. Ketika itu ramai meramalkan Bajet 2011 adalah "bajet pilihan raya" dan PRU13 akan diadakan akhir 2010 ataupun awal 2011.
Ia ternyata meleset!
Ramalan yang sama muncul ketika Ramadan tahun lalu. Bulan Ramadan menjadi tumpuan banyak pihak. Ramai mengatakan bulan Ramadan juga menjadi sebahagian tempoh berkempen secara tidak langsung. Majlis dan program sepanjang Ramadan diatur sedemikian rupa seolah-olah menggambarkan PRU13 tidak lama lagi.
Sekali lagi ia meleset!
Hari ini, kita berada di bulan Ramadan 2012. Sudah pasti PRU13 bukan pada bulan ini. Aidilfitri dijangka jatuh pada 19 atau 20 Ogos ini.
Ia akan disusuli dengan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.
Jika begitu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan Parliman awal September?
Ini spekulasi terbaru. Tarikh Bajet 2013 pada 28 September juga diambil kira.
Tingkap September 2012 masih menjadi pilihan ramai. Kebanyakan tidak mahu PRU13 diadakan tahun depan.
Dua laporan Bernama semalam tidak memberi gambaran tepat yang PRU13 akan diadakan bulan September.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mengumumkan bahawa Umno telah mengerakkan kesemua 6,667 Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk mengukuhkan jentera bagi menghadapi PRU13.
Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini, menurut beliau, telah membuat keputusan untuk mengaktifkan PDM di kesemua 191 bahagian Umno dan 20,000 cawangan di seluruh negara.
Laporan awal pagi semalam memetik tokoh politik Umno, Tan Sri Abdul Aziz Tapa menjangkakan PRU-13 akan diadakan pada tahun depan, bukannya dalam tempoh terdekat ini.
"Pilihan raya kali ini tidak sesuai diadakan dalam masa terdekat atau tahun ini sebaliknya ia lebih elok diadakan pada tahun depan," katanya.
Tiga hari yang lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjangkakan Perdana Menteri akan mengumumkan pembubaran Parlimen selepas Aidilfitri akan datang.
Alasan digunakan Abdul Hadi ialah N berkemungkinan menggunakan peluang itu kerana pengundi luar akan sukar untuk pulang ke kampung dua kali berturut-turut selepas baru sahaja menghabiskan cuti Aidilfitri mereka di kampung halaman.
"Kita jangka BN akan menggunakan peluang mengadakan pilihan raya selepas cuti hari raya Aidilfitri ini.
"Sudah tentu jika itu berlaku, pengundi akan berfikir banyak kali untuk pulang sekali lagi ke kampung masing-masing selepas mereka baru sahaja balik bercuti hari raya," katanya.
Beberapa hari sebelum itu Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membayangkan PRU-13 tidak akan diadakan tahun depan dan menganggap tahun ini adalah masa yang terbaik.
Dalam kenyataannya, Muhyiddin turut membayangkan ianya "mungkin beberapa bulan akan datang."
Perbualan dengan beberapa penganalisis semalam menunjukkan beberapa gambaran mengenai spekulasi PRU13.
Setengah penganalisis dan pemerharti dengan yakin mengatakan September masa yang sesuai mengambil persekitaran politik dan ekonomi tempatan dan global. Ada yang mengatakan awal November iaitu selepas berakhirnya musim haji. Ada yang mengaitkan November dengan angka "11" pilihan
Najib. Sama ada ia masih menjadi satu faktor sudah untuk diterima sepenuhnya.
Bagaimanapun ramai memilih tempoh tiga minggu pertama September, sebelum sidang Parlimen akan datang, sebagai masa yang terbaik bagi semua pihak - sama ada Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Rakyat (PR) - dari segi persiapan, semangat, 'mood' ahli dan pengikut parti, dan juga 'bebas' masalah-masalah bebas.
Pun begitu beberapa penganalisis juga mengakui bahawa meskipun Najib selaku Perdana Menteri, Presiden Umno dan Menteri Kewangan telah menyelesaikan beberapa isu pokok, masih ada isu yang belum menemui penyelesaian sepenuhnya. Jadi beliau kemungkinan memerlukan beberapa bulan untuk menyelesaikan.
Mandat Kerajaan Pusat semasa mempunyai masa sembilan bulan lagi sebelum ia berakhir di penghujung 2013. Apa pun boleh berlaku sepanjang lapan bulan ini.
Justeru, ruang atau tingkap terbaik semakin mengecil menjelang 28 April 2013. Jadi, Perdana Menteri akan menggunakan ruang kecil, yang terbaik ini - yakni September 2012 - untuk memanggil PRU13.

Aidilfitri,
Kerajaan,
Pembangkang,
politik,
PRU13,
SPR
Sabtu, 14 Julai 2012
Pembangkang suka main isu jenayah bagi kikis keyakinan rakyat terhadap kerajaan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pembangkang sentiasa memainkan isu kadar jenayah di negara ini bagi mengikis keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
Beliau berkata pembangkang mengambil kesempatan dengan isu yang mendapat perhatian serta menjadi kebimbangan orang ramai terutamanya kadar jenayah bagi
meraih faedah politik.
"Kita akan yakinkan orang ramai bahawa tuduhan mereka (pembangkang) itu meleset dan tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sembrong di Felda Ulu Belitong, di sini hari ini.
Hishammuddin, yang juga Ketua Umno Bahagian Sembrong, menjelaskan bahawa kerajaan tidak pernah mencari alasan tetapi sebaliknya membuktikan komitmen berterusan menerusi inisiatif yang diguna pakai bagi mengurangkan kadar jenayah di negara.
Katanya usaha kerajaan menangani jenayah di negara ini turut mendapat pujian pihak luar seperti Panel Bebas Antarabangsa yang dianggotai pakar dari Singapura, Hong Kong, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Menurutnya panel bebas antarabangsa itu memuji dan kagum dengan pendekataan yang dilaksanakan kerajaan menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) bagi mengurangkan kadar jenayah di negara ini. - Bernama

Berita,
Isu Jenayah,
Kerajaan,
Pembangkang,
politik
Langgan:
Catatan (Atom)