Dalam acara penutup Sukan Olimpik Ke-30 di Stadium Olimpik di sini malam tadi (waktu tempatan), tuan rumah Great Britain terus menampilkan persembahan berwarna-warni dan mempersonakan yang sekaligus menonjolkan bakat seni kreatif mereka.
Acara bermula dengan perarakan masuk ke dalam stadium oleh para kontinjen negara yang mengambil bahagian.
Jasa para sukarelawan yang bertungkus-lumus selama 16 hari untuk menjayakan kejohanan terbesar dunia itu tidak dilupakan apabila mereka turut diberi penghargaan.
Lima atlet termasuk dari Malaysia iaitu penerjun Leong Mun Yee dipilih untuk menghadiahkan bunga kepada lima wakil para sukrelawan tersebut.
Dalam acara yang penuh simbolik, bendera Olimpik diturunkan dan kemudian diserah kepada Datuk Bandar London, Boris Johnson yang menyerahkannya pula kepada Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Jacques Rogge. Bendera seterusnya diserahkan kepada Datuk Bandar Rio De Janeiro, Eduardo Paes.
Lagu kebangsaan Brazil lalu dimainkan dan benderanya dinaikkan menandakan Brazil bakal menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2016.
Bertemakan 'Transformation and Passion', ia merupakan kali pertama sebuah negara Amerika Selatan menjadi tuan rumah sukan Olimpik.
"Maka dengan itu 'Cariocas' (masyarakat Rio de Janeiro) dan Brazil secara umumnya adalah sangat teruja," kata Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Rio 2016 untuk sukan Olimpik dan Paralimpik, Leonardo Gryner kepada para wartawan dalam sidang akhbar terdahulu.
Bagi memperkenalkan tuan rumah dan mengalu-alukan kedatangan bakal tetamu, para karyawan Brazil telah mempersembahkan pelbagai kebudayaan, seni dan tarian mereka termasuk penampilan khas legenda bola sepak dunia kelahiran Brazil, Pele.
"Empat tahun dari sekarang, Olimpik ke-31 akan berterusan di Brazil," kata Rogge dalam ucapannya.
Kelopak yang membentuk kawah Obor Olimpik 2012 kemudiannya diturun dan dipadamkan, menandakan berakhirnya Sukan Olimpik London yang bermula 27 Julai lalu.
Dari segi pungutan pingat, tuan rumah menduduki tempat ketiga dengan merangkul 29 emas, 17 perak dan 10 gangsa untuk memperbaiki kedudukan mereka pada Olimpik Beijing 2008.
Di Beijing, Great Britain menduduki tempat keempat dengan memungut 19 emas, 13 perak dan 15 gangsa di belakang Rusia, Amerika Syarikat dan tuan rumah China.
Di London, Amerika Syarikat mengatasi China dan menjadi juara keseluruhan apabila merangkul 46 emas, 20 perak dan 29 gangsa berbanding China yang memungut 38 emas, 27 perak dan 22 gangsa untuk menduduki tempat kedua.-bernama
JOM TERJAH:
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
Daftar SAYS Malaysia di sini
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline surveyDaftar SAYS Malaysia di sini
Cari Blog Ini
Isnin, 13 Ogos 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan