BERIKUT maklumat sepintas lalu berkenaan Kumpulan B saingan Piala Malaysia
KUMPULAN ini dilabel sebagai kumpulan maut. Agak sukar untuk meramalkan pasukan mana akan melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Namun jika dilihat, Kelantan semestinya pilihan utama untuk meneruskan survival mereka ke suku akhir di dalam kumpulan ini. Cuma yang menjadi tanda tanya, siapakah yang akan mengikuti Kelantan ke suku akhir?.Terengganu juga tidak mustahil untuk melangkah ke suku akhir namun kehadiran ATM dalam kumpulan ini, peluang skuad Penyu itu sedikit terbantut. Dalam pada itu, kehadiran pasukan Kedah pula dianggap sekadar melengkapkan jadual kejohahan berikutan prestasi mereka yang sangat merudum sepanjang musim ini. Ikuti ulasan Kumpulan B:
Kelantan
Rekod Kelantan dalam Piala Malaysia tidak begitu mengecewakan. Namun pada saingan musim lepas, Kelantan terpaksa akur apabila tewas kepada Terengganu di suku akhir.
Namun, Kelantan yang mempunyai rekod pertahanan dan jaringan terbaik dalam liga sambil memupuk semangat kenegaraan dengan corak permainan yang menghiburkan., mampu melakar lebih jauh musim ini.
Mengakui laluan untuk ke suku akhir agak getir, pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim tetap optmis dan berjanji akan melakukan yang terbaik demi mencatat kemenangan.
"Diundi bersama tiga pasukan Liga Super dan satu dari Liga Perdana bukanlah satu laluan yang mudah bagi kami untuk menjulang gelaran juara. Dan saya akui undian kali ini agak getir buat pasukan Kelantan.
"Apa yang penting, kami akan melakukan yang terbaik nanti dan tidak memandang ringan terhadap pasukan Terengganu, Kedah dan ATM yang dianggapnya bukan calang-calang pasukan.
INFO
Jurulatih: Bojan Hodak (Kroatia)
Piala Malaysia Musim Lepas: Tewas kepada musuh ketat Terengganu di suku akhir
Gelaran: Red Warriors atau Pahlawan Merah (Para penyokong yang paling bersemangat di Malaysia)
Pemain Pinjaman: Mafry Balang, Pemain Pertahanan (Sabah); Afiq Azmi, Penyerang (Kuala Lumpur); Aslam Najumudeen, Pertahanan (Kuala Lumpur)
Pemain Penting: Badri ‘Piya’ Radzi
Terengganu
Sang Penyu kini melalui proses kebangkitan dengan ketibaan Peter Butler setelah mengalami kemerosotam baru-baru ini.
Bagaimanapun, anak buah kendalian Peter Bulter ini mampu mencabar pasukan lain dan meraih beberapa mata tetapi tetap dijangka akan mengalami kesukaran untuk mara dari kumpulan maut.
SELEPAS gagal dalam misi meletakkan Terengganu di kelompok tiga teratas saingan Liga Super, penyerang berbisa Skuad Penyu, Abdul Manaf Mamat menyimpan impian untuk meneruskan rekod musim lalu, beraksi di pentas final seterusnya mendakap piala berprestij, Piala Malaysia.
Walaupun menyedari sukar untuk mencipta kejutan kerana terpaksa mengharungi aksi ranjau Kumpulan B bersama-sama juara Piala FA dan Liga Super, Kelantan, Kedah dan juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Manaf yakin kemampuan jurulatih Peter Butler serta rakan sepasukan, mampu membawa Terengganu ke pentas final sekali lagi.
"Saya yakin dengan kemampuan jurulatih dan para pemain. Kami akan bangkit dan membuktikan sang Penyu masih berbisa," katanya.
INFO
Jurulatih: Peter Butler
Piala Malaysia Musim Lepas: Tewas dalam perlawanan akhir kepada Negeri Sembilan
Gelaran: Sang Penyu (Antara para penyokong yang paling bijak dan vokal tentang hal bola sepak negara)
Pemain Pinjaman: Tiada
Pemain Penting: Forkey Doe (Liberia)
Kedah
Musim ini terlalu sukar buat pasukan Kedah apabila mengalami nasib yang malang hingga setelah terpaksa bersaing dalam Liga Perdana musim depan.
Malah, pemecatan jurulatih mereka, Wan Jamak Wan Hassan terus memberi kesan kepada pemain untuk memburu kejayaan nanti.
Adakah jurulatih baru dari Crotia mampu menaikkan semangat para pemain dan mengembalikan kegemilangan Kedah yang semakin pudar.
Meskipun begitu, ianya tidak boleh dipandang remeh. Kita sedia maklum bahawa, pasukan ini mempunyai terlalu banyak kualiti dan pemain berbakat.
Corak permainan yang tenang tanpa tegesa-gesa adalah satu kelebihan dan kekurangan pada masa yang sama.
Apa-apa pun, semuanya akan terjawab apabila saingannya akan bermula 22 Ogos ini.
INFO
Jurulatih: Mario Tot (Kroatia)
Piala Malaysia Musim Lepas: Tumpas di belakang Sabah dan Perak dalam peringkat kumpulan
Gelaran: Kenari
Pemain Pinjaman: Sabri Sahar, Tengah Padang (Sabah); Redzuan Nawi, Tengah Padang (USM FC); Asri Mardzuki, Pemain Pertahanan (Harimau Muda B)
Pemain Penting: Baddrol Bakhtiar
ATM FA
Juara Liga Perdana ini telah menjaringkan rekod 71 gol dan hanya tewas dua kali dalam Liga Perdana
Kualiti para pemain yang tinggi dijamin akan membawa hasil apabila dikendalikan oleh jurulatih yang berpengalaman seperti Sathianathan.
Apa yang pasti, pihak lawan perlu berwaspada kepada ancaman mereka.
Seperti nama gelaran mereka, Tentera amat merbahaya dalam semua posisi dan mampu mengejutkan pasukan veteran dengan melayakan diri ke pusingan suku akhir.
Bagi jurulatih ATM, B. Sathianathan meletakkan sasaran untuk memenangi Piala Malaysia selepas muncul juara Liga Perdana.
Enggan mengaku kalah sebelum berjuang, B. Sathianathan yakin sasaran mereka dapat direalisasikan.
"Kami akan mengekalkan rentak kecemerlangan ini. Dan kami sudah bersedia berdepan dengan pasukan lain," katanya..
INFO
Jurulatih: B Sathianathan
Piala Malaysia Musim Lepas: Tidak Layak
Gelaran: Tentera atau ‘Manchester City Malaysia’
Pemain Pinjaman: Tiada
Pemain Penting: Marlon Alex James
JOM TERJAH:
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
Daftar SAYS Malaysia di sini
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline surveyDaftar SAYS Malaysia di sini
Cari Blog Ini
Rabu, 22 Ogos 2012
Piala Malaysia: Kumpulan B Sekilas Fakta
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan