JOM TERJAH:
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
Daftar SAYS Malaysia di sini
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline surveyDaftar SAYS Malaysia di sini
Cari Blog Ini
Rabu, 21 Disember 2011
Mahasiswa himpun di Putrajaya sokong PM
PUTRAJAYA 21 Dis. - Sekumpulan Mahasiswa dilihat berkumpul di perkarangan Pejabat Jabatan Perdana Menteri menyatakan sokongan terhadap Kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mahasiswa dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Pro Aspirasi ini turut membantah tindakan 300 Pelajar yang bertindak berarak dan menurunkan bendera Pemimpin No. 1 Negara itu yang disifatkan mereka sebagai tindakan biadap menghina Datuk Seri Najib.
Turut serta dalam demonstrasi ini termasuklah beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili Mahasiswa Universiti Tempatan.
Pada Sabtu yang lalu, lebih 300 mahasiswa daripada pelbagai pertubuhan termasuk Gerakan Menuntut kebebasan Akademik (BEBAS), berarak ke PWTC untuk menghantar memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.
Bagaimanapun, terdapat peserta perhimpunan yang bertindak di luar batasan dan menurunkan bendera yang memaparkan wajah perdana menteri dan menggantikannya dengan bendera perhimpunan mereka yang menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pelbagai pihak.
Sumber : KLpos
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan