JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blogger. Papar semua catatan

Jumaat, 1 November 2013

KISAH PERJALANAN ARJUNA DARI RAHA MENJADI PENGAWAL KESELAMATAN HARAM DI MALAYSIA (SILA HEBAHKAN)

Sumber dari blog BERSAMA MAZIDUL

Saya tertarik dengan komen dicatatkan oleh warganegara Indonesia, menggunakan nama samaran Arjuna Sang Perantau di facebook. Lalu hati saya terbuka untuk mengenalinya secara lebih dekat.

Dia berasal dari Raha, Kabupaten Muna, Sulawesi Tenggara.

Klik di sini  untuk membaca maklumat berhubung  kabupaten  itu.

Dia telah berkahwin dan mempunyai cahaya mata perempuan, masih kecil. Manakala isterinya, Nayla, bekerja sebagai jururawat di Pusat Kesihatan Masyarakat di Raha.

Nama sebenar Arjuna,  La Ode Muhammad Arjuna Matadjo seperti tercatat di passport miliknya.


Sewaktu di kampung, dia pernah bekerja sebagai petani dan juga pengawal keselamatan.

Berikutan kegigihannya bekerja, dia mampu memiliki motosikal atau digelar spedar motor di Indonesia.
Arjuna juga gemar menunggang kuda apabila berpeluang dan di Muna, kuda dilagakan atau lebih dikenali sebagai 'adu kuda', sebagai hiburan.

Arjuna kemudian berhirah ke tanah bertuah, Malaysia untuk memburu serta mengecapi kehidupan lebih selesa sekaligus bertujuan menyara kehidupan keluarganya di kampung. Seperti dicatatkan di laman facebooknya,  dia mengaku membeli Mykad palsu berharga RM350.


Dia mendakwa, MyKad palsu dibekalkan oleh individu dari Malaysia tetapi secara logik akal, Arjuna pastinya dibawa masuk ke negara kita diuruskan oleh rakyat Indonesia sendiri. Ayah kepada seorang anak itu, anak kampung. Masakan dia mengetahui selok-belok perjalanan di negara asing ini.

Diuruskan oleh kenalan, Arjuna kemudian menggunakan MyKad palsu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di Malaysia.


Penampilannya terlalu jauh berubah.

Dia kini berkuasa untuk memeriksa dokumen milik rakyat tempatan ingin memasuki premis dijaga. Arjuna juga sudah mula menghisap rokok dibeli dengan gaji lebih lumayan diraih berbanding pendapatan tatkala  membanting tulang, bekerja di kampung. 

Bukan itu sahaja, malah  Arjuna sudah pandai berjudi dan melayan cerita porno (dimuattkan di facebooknya). Isteri di kampung tiada akses internet sekaligus tidak berpeluang melawati facebook suami.


Di sepanjang tempoh berada di Malaysia, Arjuna penah bertugas di beberapa syarikat kawalan keselamatan berbeza. Terlintas di fikiran saya, tidakkah pihak pengurusan syarikat terbabit mengetahui identiti sebenar Arjuna?

Mudahnya ditipu dek lelaki dari Muna atau syarikat menggajikan warga asing secara tangkap muat.
DNS Security?

Sesekali pulang ke kampung halaman, sanak saudara pasti  teruja melihat penampilannya lebih bergaya.


Bandingkan gaya Arjuna dengan gambar di bawah ketika dirakamkan bersama anak dan isteri. Bagaikan langit dengan bumi.

Di bawah pula gambar Arjuna bak menunggu rezeki turun dari langit  berikutan hidup dalam keadaan tidak begitu selesa di tanahair sendiri.

Kini telefon bimbit dan kacamata hitam menjadi penemannya, dibelinya dengan menggunakan gaji hasil  bertugas sebagai pengawal keselamatan HARAM di negara ini.

Diulang, pengawal keselamatan HARAM. Jika terbabit dalam kejadian jenayah di Malaysia, dia pasti akan menghilangkan diri dengan sekelip mata, menyusup keluar ke Muna.


Saya berharap Arjuna diberkas oleh pihak berkuasa kerana selama ini memandang remeh undang-undang di negara berdaulat. Jika ingin mencari rezeki di sini, carilah secara sah. Untuk rekod, Arjuna, seorang daripada rakan facebook pembunuh pegawai operasi Ambank di Subang Jaya, Selangor, kini masih bolos.

Mohon hebahkan kandungan entri ini, agar syarikat terkini menggajikan Arjuna sebagai pengawal keselamatan haram mengambil tindakan wajar.   

Klik di sini untuk melawati facebook Arjuna.

Jumaat, 5 Julai 2013

Lebih 6,000 laman web disekat, termasuk kes hina Agong

Sebanyak 6,640 laman web telah disekat kerana melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang bertulis lain sejak 2008 hingga kini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Jailani Johari berkata sekatan itu termasuk ke atas laman web bank palsu, pelanggaran hak cipta, kandungan lucah dan yang didapati menghina institusi diraja.

"Sehingga Jun ini sebanyak 29 kes sedang dalam siasatan di mana merangkumi kes-kes laman web yang menghina Yang di-Pertuan Agong, institusi Raja dan Sultan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan).

Bung Moktar bertanya mengenai tindakan yang telah dikenal pasti terhadap beberapa blog yang didapati menggunakan bahasa berbaur hasuran dan fitnah melampau sehingga boleh menimbulkan keadaan huru-hara serta mengganggu-gugat kestabilan politik negara.

Jailani berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga mengambil tindakan terhadap laporan mengenai penyalahgunaan laman sosial seperti Twitter dan Facebook yang mengandungi kesalahan yang berkaitan seperti ugutan, penghinaan atau menyentuh sensitiviti kaum.

Katanya menerusi Seksyen 263 (2) akta itu pemegang lesen dikehendaki untuk membantu mencegah kesalahan berkaitan media sosial atau pelanggaran undang-undang berkaitan termasuk blog berunsur hasutan atau fitnah.

"Apa yang kita perlukan ialah maklumat lengkap mengenai akaun seperti alamat URL, print screen dan bukti-bukti yang membolehkan perkara itu disiasat dan diambil tindakan," katanya.

Jailani berkata peratusan pengguna facebook di Malaysia kini seramai 13 juta pengguna dengan 53.9 peratus daripadanya terdiri daripada kaum lelaki dan 46.1 peratus pula adalah wanita.

Menjawab soalan tambahan Datuk Makin@Marcus Majigoh (BN-Putatan), Jailani berkata undang-undang sedia ada untuk menangani jenayah siber di negara ini adalah mencukupi dan penguatkuasaan undang-undang spesifik atau tribunal khas untuk tujuan itu adalah tidak perlu buat masa sekarang.

"Kerajaan melalui SKMM sentiasa bekerjasama dengan agensi penguatkuasa yang lain dalam penguatkuasa undang-undang penyalahgunaan media media sosial dan internet.

"Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bukanlah satu-satunya undang-undang yang terpakai untuk tujuan tersebut.

"Undang-undang lain yang terlibat ialah Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan," katanya.

Marcus mahu tahu mengenai perlunya penguatkuasaan undang-undang spesifik atau tribunal untuk menangani jenayah siber yang semakin menjadi-jadi kini. - Bernama

Isnin, 22 Oktober 2012

Alvin, Vivian Dilayan Bagai Selebriti, Siap Jadi Tetamu Radio Di Malaysia, Apa Cerita?

Kita berasa marah dan terhina apabila dua rakyat kita yang kini sedang menuntut di Singapura, Alvin dan Vivian bertindak merakamkan aksi seks mereka di dalam blog tanpa rasa malu dan rasa bersalah.

Malah di republik itu sendiri, mereka berdua bakal berhadapan dengan tindakan daripada pihak universiti yang kesal dengan perbuatan mereka.

Tetapi sebaliknya berlaku di negara kita sendiri.

Mereka berdua kini dilayan bagai selebriti, siap diwawancara oleh tiga buah stesen radio tempatan!

Apa sudah jadi???

Adakah kita juga hendak menyatakan sokongan secara langsung kepada kedua mereka ini?
Untuk pengetahuan anda, Alvin dan Vivian telah ditemubual oleh Red FM (104.9) dan Capital FM (88.9).

Malah pendengar juga boleh mendengarnya melalui stesen berbahasa Cina 988FM (98.8).

Oh maaf…kita mungkin sudah moden, kita mungkin sudah liberal justeru kita perlu bersikap ‘terbuka’.

Ya, kita perlu bersikap terbuka….wawancaralah lagi, temubual lah lagi, lepas ni apa kata kita ‘angkut’ kedua-dua mereka untuk muncul secara ‘live’ pula di TV.

Kemudian kita minta syarikat-syarikat korporat ambil mereka sebagai duta produk, atau macam mana?

Di bawah ini adalah artikel mengenai wawancara itu yang disiarkan oleh The Star.
Anda nilailah sendiri.

———————————–

PETALING JAYA – Mereka telah menjadi sangat terkenal dalam masa seminggu akibat mempunyai blog seks, tetapi Alvin Tan dan Vivian Lee berdepan beberapa kemungkinan.

Lee, 23, mungkin dihalau keluar dari rumah keluarganya selepas blog “Sumptuous Erotica” yang dikongsi dengan Tan, 24, menjadi tajuk utama dalam beberapa akhbar di sini dan di Singapura.

“Ibu saya memberi saya kata putus sama ada mengahwininya atau keluar dari rumah dalam tempoh sebulan,” katanya, sambil menambah dia “sedikit takut” mengenai perkara itu.

Dia baru sahaja lulus ijazah pemasaran dari Universiti Multimedia dan tinggal di Johor Baru bersama ibu dan abangnya.

Tan sedang menghabiskan cuti belajar di National University of Singapore (NUS) dengan ibu bapanya di sini dan pangsapuri yang disewa di Kuala Lumpur. Cutinya ini tidak mempunyai kaitan dengan blog seks.

Lee berkata dengan kebarangkalian yang tipis untuk berkahwin dengan Tan, kerana kedua-dua menganggap diri masih muda dan tidak bersedia untuk komited antara satu sama lain, dia mungkin mengakhirinya dengan tinggal bersama Tan.

“Saya fikir dia boleh bergantung dengan saya. Saya rasa saya boleh memberikan bantuan kewangan,” kata Tan semasa temubual panjang dengan radio Kumpulan Media Star di sini, Jumaat.

Kedua-duanya berkata ibu Lee yang juga ibu tunggal tertekan dan telah cuba menghubungi Tan untuk memberi teguran tetapi Tan tidak menjawab panggilan tersebut.

“Ibu saya juga memarahi saya dan tidak mahu memberitahu apa-apa kenyataan kepada akhbar,” kata Lee. “Tetapi saya rasa saya menentangnya.”

Bagi Tan, pelajar undang-undang dan pemegang biasiswa Asean, dia menghadapi kemungkinan dibuang universiti dan biasiswa dibatalkan selepas gambar bogelnya dan video seks bersama Lee menjadi tajuk utama di republik itu.

Tetapi dia berkata tidak melihat ia sebagai “sesuatu yang besar” jika disingkirkan dari universiti.

Kedua-duanya, Tan dan Lee mahu menceburi bidang perniagaan persembahan dan tidak menolak kemungkinan menjadi pelakon.

Mereka juga mendedahkan bahawa berkongsi gambar intim dan video di internet adalah ‘idea bersama’. Lee yang telah memujuk Tan untuk menangkap gambar dan klip bogel antara satu sama lain.

“Kami mula mengambil gambar bogel ketika bertemu kali kedua,” kata Tan.

“Kami menghabiskan cuti di sebuah hotel di P.Pinang dan dia telah berbogel.

“Dia bertanya kepada saya jika saya mahu mengambil gambar (bogel) dan saya menganggapnya sebagai suka-suka,” kata Tan, yang berkata dia tidak melakukan seks sejauh ini dengan bekas teman wanitanya.

“Kebanyakan adalah pengecut. OK, saya tarik balik. Mereka tidak mencabar,” katanya.

“Melakukan perkara-perkara seperti ‘bungee-jumping’ atau terjunan udara adalah perkara biasa,” katanya. “Saya mahu bergaul dengan orang-orang yang telah melakukan perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.”

Dengarkan pra-rakaman temubual dengan pasangan ini di Red FM (104.9) dan Capital FM (88.9) pada pukul 2 petang hari ini.

Pendengar di Lembah Klang juga boleh mendengarnya melalui stesen berbahasa Cina 988FM (98.8) pada pukul 7.30 pagi, Selasa.


Stesen radio kumpulan media The Star Red FM, Capital FM dan 988 FM turut membawakan beberapa topik termasuk:

- Bagaimana mereka bertemu dan bagaimana dia obses dengan wanita bernama ‘Vivian’.

- “Alvin mempunyai ‘keterujaan’ untuk nama Vivian. Kami bertemu melalui “kawan atas kawan” di Facebook, dan Alvin telah menjadikan saya sebagai kawannya.” – Vivian
Mengenai rakaman video seks.

“Ia sebenarnya terdapat lebih banyak. Seks lebih ghairah yang kita ada tidak direkodkan. Ia sebenarnya seperti kerja” – Alvin

- Bagaimana jika ia adalah anak-anak mereka menyiarkan video seks?
“Saya tidak akan menggalakkan mereka secara langsung, tetapi saya akan menggalakkan mereka untuk menyerlahkan apa jua bakat atau minat mereka.” – Alvin

- Adakah dia menyesal apa-apa ini?

“Kami hanya akan menyesali perkara yang kami tidak melakukannya. 20 tahun dari sekarang, saya akan melihat kembali zaman 20-an saya dan saya berfikir bahawa saya adalah begitu menakjubkan. “-. Alvin

Sumber: MyNewsHub

Selasa, 25 September 2012

Tiga penulis blog dipenjara

Sebuah mahkamah di selatan Vietnam memenjarakan tiga penulis blog kerana kesalahan menyebarkan propaganda antipemerintah dalam satu perbicaraan singkat tetapi penuh dramatik.

Selepas perbicaraan selama beberapa jam, penulis blog berprofil tinggi, Nguyen Van Hai yang turut dikenali sebagai Dieu Cay dihukum penjara 12 tahun.

Seorang anggota polis wanita yang menjadi penulis blog, Ta Phong Tan pula dihukum penjara selama 10 tahun. dia menjerit semasa dibawa keluar dari mahkamah.

Ibu Tan meninggal dunia selepas membakar dirinya di hadapan sebuah bangunan pihak berkuasa tempatan pada Julai lalu bagi membantah dakwaan terhadap anak perempuannya itu.

"Jenayah mereka serius dan jelas berniat jahat terhadap negara," kata presiden mahkamah berkenaan di sini, Nguyen Phi Long.

Menurutnya, kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan membuat kenyataan penutup kerana mereka mencetuskan kekacauan di dalam mahkamah.

"Mereka mesti dikenakan hukuman yang berat," katanya.

Sementara itu, tertuduh ketiga, Phan Thanh Hai, 43, merupakan satu-satunya penulis blog yang mengaku bersalah dalam perbicaraan tersebut.

Dia dihukum penjara empat tahun selepas berjanji tidak akan mengulangi jenayah itu dan tidak akan berhubung lagi dengan pihak yang memusuhi negara.

Mereka didapati bersalah dalam kes berhubung beberapa artikel yang disiarkan dalam laman web Free Journalists Club dan beberapa artikel lain dalam web masing-masing.

Laman web itu diharamkan di Vietnam.

Ketiga-tiga penulis blog berkenaan mengecam rasuah dan ketidakadilan di negara berkenaan selain mengkritik dasar luar Hanoi.

Kesemua defendan perlu menjalani hukuman tahanan di dalam rumah antara tiga tahun hingga lima tahun selepas mereka selesai menjalani hukuman penjara.- kosmo online

Sabtu, 14 Julai 2012

Pengakuan suami Muhdalina Ahmad, Mohd Irwan Mohd Foad tentang kejadian Amuk

KEJADIAN amuk yang berlaku di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya Isnin lalu, menggemparkan negara apabila seorang individu menggelarkan dirinya imam Mahdi begitu berani merempuh masuk de ngan menggunakan pedang samurai.

Individu itu, Khalil Afandi Abd Hamid, 47, dikatakan mempunyai masalah kecelaruan personaliti, menggunakan Internet sebagai medium untuk menyebarkan fahamannya. Ketika kejadian, Khalil Afandi bersama seorang wanita dikenali, Muhdalina Ahmad, 28.
Ikuti temubual khas wartawan Sinar Harian, bersama suami Muhdalina, Mohd Irwan Mohd Foad, 29, merungkaikan di sebalik kejadian amuk tersebut.



Bagaimana sifat dan sikap Muhdalina sebelum mengenali Khalil Afandi?

Muhdalina adalah seorang isteri yang taat pada suami. Tidak pernah melawan dan seorang ibu yang penyayang. Pergaulan dan hukum agama tidak dipandang ringan. Sehelai rambut pun orang lain tidak dapat melihat melainkan saya sendiri.

Dia juga seorang yang ceria dan semua itu berubah selepas dia mengenali Khalil Afandi, tanpa pengetahuan saya.

Dia seolah-olah tidak sedar apa yang dilakukan termasuk apa yang dituturkan.


Bagaimana permulaan perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi?

Perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi bermula dua minggu sebelum kejadian amuk di Putrajaya. Sebelum ini saya tidak tahu dia sudah mengenali dan menghubungi Khalil Afandi melalui blog dan Facebook.

Saya buta teknologi maklumat (IT) dan tidak mengetahui perhubungan tersebut. Muhdalina berurusan dengan Khalil Afandi hanya ketika bekerja di pejabat, sebuah syarikat di Pelabuhan Klang.

Seminggu kemudian, baru saya tahu mereka berkenalan
antara satu sama lain. Ketika itu Muhdalina bertanyakan soalan; “Abang percaya ada lelaki hidup 1,000 tahun?” “Abang percaya bumi terbelah bila ditumbuk lelaki?” “Ada lelaki boleh tembus dinding?”

Saya menafikan soalan itu, namun Muhdalina mengiakan dan memberitahu Khalil Afandi boleh melakukan semua itu. Saya bertanyakan siapa lelaki itu dan dia menjawab Khalil Afandi adalah imam Mahdi.

Ketika itu saya hairan mengapa Muhdalina berubah dan begitu taksub dengan lelaki tersebut.



Kenal sejak dalam kandungan
Bila Mohd Irwan dan isteri tinggal sebumbung dengan Khalil Afandi?

Kami ‘berpindah’ ke rumah Khalil Afandi di Sri Kembangan pada malam Khamis iaitu empat hari sebelum tragedi amuk.

Muhdalina mendesak saya supaya membenarkan dia tinggal bersama Khalil Afandi. Saya tidak mengizinkan, tetapi dia mengugut akan menuntut cerai sekiranya dihalang. Saya tidak sanggup untuk berpisah jadi saya membenarkan dengan syarat saya menemaninya.

Sebelum hasrat itu disuarakan Muhdalina, dia menceritakan kepada saya bahawa Khalil Afandi sudah mengenalinya sejak dalam kandungan. Saya jadi bingung dengan kenyataan Muhdalina.

Bagi meyakinkan saya lagi, Muhdalina juga memberitahu, Khalil Afandi pernah bermimpi bertemu dengan seorang wanita berbaju kurung merah, mempunyai dua orang anak dan wanita itu adalah insan yang akan berjuang bersamanya bagi menegakkan keadilan.

Khalil Afandi mengatakan bahawa wanita itu adalah Muhdalina memandangkan kami mempunyai dua cahaya mata selain Muhdalina memiliki baju kurung berwarna merah.

Disebabkan itu, Muhdalina tekad untuk bersama dengan Khalil Afandi untuk berjuang. Kerana sayang, saya turuti kemahuan Muhdalina untuk tinggal bersama Khalil Afandi dan isterinya.

Keesokan harinya, Muhdalina menghantar surat berhenti kerja melalui e-mel kepada majikannya.



Apa yang berlaku sepanjang empat hari di rumah Khalil Afandi?

Ketika sampai di rumah itu, Khalil Afandi terus menjerit dan bertanya kepada saya, “Kenapa kamu tidak sembahyang? Aku tidak boleh tinggal serumah dengan orang yang tinggalkan sembahyang!”

Khalil Afandi juga mengatakan atas faktor itu, dia tidak bercampur dengan orang ramai kerana khuatir akidah terjejas.

Saya terkejut dan timbul sedikit kepercayaan kepada lelaki itu berikutan saya belum menunaikan solat (ketika itu).

Bagaimanapun, semua itu terhakis selepas Khalil Afandi mengatakan saya hanya perlu solat pada waktu malam dan bukannya waktu siang.

Mendengar penjelasan itu, rasa sangsi terhadap lelaki itu kian menebal.

Keadaan Khalil Afandi ketika itu amat pelik, bukan macam orang normal dan saya lihat dia sentiasa bermonolog sendirian.

Apa yang lebih pelik, dia memanggil ALLAH dengan nama ‘bos’.

Dia juga mendakwa kononnya dialah kekasih 'bos' yang paling tinggi. Watak Khalil Afandi juga sukar dicam. Sekejap dia menjadi amat baik, sekejap lagi dia bertukar garang. Dia juga mendakwa sering bertukar- tukar jasad, seperti dalam filem The Highlander. Dia sering mengatakan dirinya sebagai hero filem tersebut.

Dia juga sering memarahi isterinya secara melampau, sehinggakan saya lihat isteri Khalil amat takut
dengannya.-sinar

Jumaat, 13 Julai 2012

Muhdalina Percaya Kiamat Dah Dekat, Selalu Berpakaian Hitam

Tiga hari sebelum dia mengamuk di Putrajaya, Muhdalina Ahmad, 28, didakwa memberitahu seorang kenalannya bahawa kiamat akan berlaku dan imam Mahadi akan muncul dalam masa terdekat.

Menurut kenalan wanita itu, mereka bertemu kali terakhir pada 6 Julai ketika Muhdalina datang ke rumahnya di sini memberitahu dia akan berpindah ke Balakong.

“Berulang kali Ina cakap hal itu (kiamat) kepada saya dan minta saya percaya. Riak wajahnya ketika itu juga sangat serius,” katanya yang meminta namanya tidak disiarkan.

Menurutnya, Muhdalina juga memberitahu dia dan keluarganya mahu berpindah ke Balakong kerana ada perkara penting yang perlu diselesaikan di sana.

“Dia juga menyatakan pertemuan kami malam itu adalah yang terakhir dan minta saya maafkan segala salah silapnya serta menghalalkan makan minumnya,” katanya.

Sumber itu berkata, dia ada bertanya kepada Muhdalina apa yang dia mahu lakukan setelah berpindah ke Balakong kerana wanita itu baru sahaja berhenti kerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat di sini.

“Jawapan dia mudah saja, tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana tempat tinggal barunya itu percuma. Saya sendiri sebenarnya bimbang nasib dua anaknya yang berumur dua tahun dan setahun lebih itu kerana melihat tindak-tanduknya yang begitu tergesa-gesa,” katanya.

Menurutnya, sebelum itu, Muhdalina tidak pernah menunjukkan sebarang perlakuan aneh seperti itu.

“Setelah dapat tahu penglibatan Ina dalam kejadian amuk di Putrajaya, Isnin lalu, barulah saya faham ‘perkara penting’ yang dia sebut dalam pertemuan kami Jumaat lalu,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, Muhdalina sebelum itu juga selalu berpakaian hitam. (Sinar Harian)

Khamis, 12 Julai 2012

Adakah Aliosman Idris Admin Blog Jaya Negara?

Siasatan telah mendapati Khalil Afandi dan pasangannya telah dihantar oleh sebuah kereta untuk ke Kompleks B, Bangunan JPM. Siapa yang identiti yang menghantar tersebut?

Sila baca tulisan di atas yang dipetik dari blog pembangkang iaitu Milo Suam. Video berdurasi 4.02 minit yang menggambarkan kejadian amukan tersebut dimuat naik pertama kalinya oleh saluran yang menggunakan pakai nama blog Milo Suam.

Apa maksud tulisan Milo Suam di atas "salah seorang sahabat yang berada di lokasi kejadian"? Artikel ditulis pada 9 Julai 2012 (baca sini) dan video dimuat naik pada 9 Julai 2012 oleh blogmilosuam.

Siapakah sahabat Milo Suam yang berada di lokasi kejadian? Sahabat atau Milo Suam sendiri yang berada di situ?

Sebab itu ada komen yang menulis mendakwa Milo Suam ada kaitan dengan amukan yang berlaku di Putrajaya (baca sini). Benarkah begitu?



Siapa pula lelaki beridentiti Aliosman Idris di bawah ini? Apakah sama identitinya dengan Hambali Idris?


Pada 11 Julai 2012, dikesan blog Jaya Negara telah ditutup oleh admin. Siapa sebenarnya admin blog Jaya Negara? Maksudnya dalam kes amukan ini, ianya melibatkan lebih daripada dua orang.



Sumber: ANGIN PERUBAHAN

Rabu, 11 Julai 2012

'Perjuangan' Khalil Affandi kabur

Memperkenalkan dirinya sebagai Jaya Negara, blog lelaki yang maut setelah mengamuk di kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) kelmarin, Khalil Affandi Abdul Hamid, mengisahkan pelbagai isu yang sukar difahami.

Sekiranya diamati, Khalil Affandi banyak mengetengahkan dan mempersoalkan serta lebih kepada mengajak pembaca blognya mendalami dan memikirkan mengikut batasan luar pemikiran biasa mengenai isu ketuhanan.

Selain mengetengahkan isu mengenai ketuhanan, Khalil Affandi juga ada menulis entri pada 4 Jun lalu, yang menyeru semua rakyat negara ini tanpa mengira bangsa dan agama agar tidak bertelagah sesama sendiri dan menjaga keharmonian hubungan antara agama.

Blognya semalam mendapati terdapat sejumlah 17 artikel yang ditulisnya. Dia mula menulis di blognya itu sejak 4 Jun lalu.

Entri terbaru blognya yang ditulis di jayanegara1234.blogspot.com pada 30 Jun lalu yang bertajuk HIDUP DAN MATI..apa dipertaruhkan yang turut memaparkan kejadian tsunami yang melanda beberapa negara pada 2004.

Dalam entri blognya yang bertajuk UJIAN UNTUK JIWA....... eh! dah bermula ke. Bila? Yang ditulis pada 21 Jun lalu dia turut mengaku meminati penyanyi lagenda rock tanah air, Awie.

“Aku ni kira-kiranya peminat Awie. Manakan tidak.... itu aja pun makanan aku masa dulu. Kini Awie dah kira ‘living legend’. Mantop!

“Kita tinggalkan Awie.... apa-apa pun terima kasih Awie kerana memberi hiburan pada aku tatkala perjuangan rasa macam hambar. Layan la.... lagu Awie la pulak. Zaman ini dah ku lalui... Awie kekal Awie,” katanya.

Di laman Facebook miliknya yang juga diberikan nama Jaya Negara dia menulis sedikit profil peribadi iaitu pernah belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, Kota Baru, Kelantan dan bekerja sendiri sebagai pembuat landskap di Seri Kembangan.

Dengan hanya memiliki 16 orang rakan yang kebanyakannya bukan dalam kalangan kaum Melayu, Khalil Affendi dilihat lebih gemar mengetengahkan isu dalam negara di laman sosialnya itu.

Khalil Affandi mula menulis di Facebooknya pada 23 Mei 2012, berkaitan berita daripada portal Malaysiakini mengenai tapak niaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga.

Entri terakhir yang ditulis di Facebooknya ialah pada 5 Julai lalu mengenai artikel yang juga ditulis portal berita Malaysiakini berkaitan Uncle Seekers ditahan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).-Sinar

Selasa, 10 Julai 2012

Video waktu kejadian Amuk di Kompleks B JPM




Video kejadian amukan di Putrajaya semalam oleh penulis blog, Jaya Negara atau nama sebenarnya Khalil Afandi Hamid, 47 bersama rakan wanitanya, Muhdalina Ahmad, 28 telah muncul di Youtube.

Bagaimanapun klip selama hampir empat minit itu tidaklah terlalu jelas namun tetap memperlihatkan beberapa babak penting kejadian itu
seperti bunyi tembakan.

Dalam klip berkenaan, Khalil dilihat masih mampu menjerit walaupun setelah ditembak.
“Tembak-tembak…” antara jeritan suspek selepas peluru menumbusi badannya.
Kedengaran juga anggota polis meminta orang ramai agar tidak keluar kerana bahaya kejadian itu.
Video itu dimuat naik oleh salah seorang penulis blog pro-pembangkang.

Menurut beberapa saksi yang memberikan komen di Youtube, polis telah memberikan masa dan peluang serta nasihat secukupnya namun suspek berterusan bertindak ganas, menyebabkan polis tiada pilihan selain melepaskan tembakan.





Amuk di Kompleks B JPM: Mengaku Imam Mahdi mahu guling kerajaan

PUTRAJAYA - Seorang pengikut ajaran sesat mati ditembak ketika menceroboh kawasan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Presint 1 di sini semalam.


Lelaki dikenalpasti sebagai Khalil Apandi bin A. Hamid berumur 47 tahun, IC 650724-10-6631 yang menggelarkan dirinya sebagai Imam Mahdi. Beliau tidak bekerja dan adalah pengendali blog Jaya Negara.

Turut terlibat bersama adalah Muhdalina Ahmad 840627-10-5642, 28. Dia merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Suaminya yang juga bekas penuntut UIAM baru seminggu mengenali suspek lelaki berkenaan.

Maklumat yang diketahui mengenai mengenai Muhdalina adalah suaminya merestui penglibatan isterinya itu kerana dia sering berhubung dengan Khalil melalui blognya dan begitu terpengaruh dan taksub kepada apa yang diperkatakan oleh Khalil

Kedua-dua mereka membawa bersama senjata tajam seperti pedang samurai, keris dan tiga bilah pisau ke kejadian.

Gulingkan kerajaan


SUSUNAN gambar yang dirakam kamera litar tertutup menunjukkan Khalil Afandi dan Muhdalina memasuki pekarangan pejabat Jabatan Perdana Menteri di Presint 1, Putrajaya sebelum memecahkan cermin kereta petugas di situ. Mereka bertindak agresif apabila diarahkan menyerah diri sebelum ditembak oleh anggota polis.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, kedua-dua suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan.

Menurutnya, polis bantuan yang bertugas terpaksa membenarkan kedua-dua suspek dan ketika berada di Kompleks B, suspek telah melibas pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.


“Setelah menerima maklumat dari Pusat Kawalan, anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) sampai di tempat kejadian dan memperkenalkan diri sebagai polis, namun turut diserang oleh kedua-dua suspek guna pedang samurai.

“Anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) sampai untuk bagi bantuan turut diserang dari jarak dekat sebelum salah seorang anggota melepaskan tiga das tembakan mengenai kedua-dua suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini lewat petang ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, cubaan membunuh polis,” katanya

Beberapa saksi memberitahu, Khalil pada mulanya memakai jaket berwarna hijau kemudian membukanya dan dalam keadaan tidak berbaju.

Khalil turut mengamuk menggunakan senjata dua bilah pedang menghayun kearah orang ramai dan telah memecahkan cermin tiga buah kereta. Dia mahu berjumpa dengan Perdana Menteri dan menjerit serta bertakbir beberapa kali untuk menggulingkan kerajaan.

Cedera


Kejadian menggemparkan selama 20 minit yang bermula pukul 2.30 petang itu mengakibatkan Khalil mati setengah jam kemudian ketika dirawat di Hospital Putrajaya. Dia terkena dua das tembakan di tangan dan bahagian bawah perut.

Rakannya yang turut menceroboh premis itu, Muhdalina Ahmad cedera apabila terkena tembakan di paha kanan.

Ia merupakan kejadian pertama penceroboh ditembak mati sejak pusat pentadbiran negara berpindah dari ibu negara ke sini pada 1998 iaitu 14 tahun lalu.

Namun ia bukan kejadian sedemikian yang pertama.