Sebanyak 6,640 laman web telah disekat kerana melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang bertulis lain sejak 2008 hingga kini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Multimedia dan Komunikasi Datuk Jailani Johari berkata sekatan itu termasuk ke atas laman web bank palsu, pelanggaran hak cipta, kandungan lucah dan yang didapati menghina institusi diraja.
"Sehingga Jun ini sebanyak 29 kes sedang dalam siasatan di mana merangkumi kes-kes laman web yang menghina Yang di-Pertuan Agong, institusi Raja dan Sultan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan).
Bung Moktar bertanya mengenai tindakan yang telah dikenal pasti terhadap beberapa blog yang didapati menggunakan bahasa berbaur hasuran dan fitnah melampau sehingga boleh menimbulkan keadaan huru-hara serta mengganggu-gugat kestabilan politik negara.
Jailani berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga mengambil tindakan terhadap laporan mengenai penyalahgunaan laman sosial seperti Twitter dan Facebook yang mengandungi kesalahan yang berkaitan seperti ugutan, penghinaan atau menyentuh sensitiviti kaum.
Katanya menerusi Seksyen 263 (2) akta itu pemegang lesen dikehendaki untuk membantu mencegah kesalahan berkaitan media sosial atau pelanggaran undang-undang berkaitan termasuk blog berunsur hasutan atau fitnah.
"Apa yang kita perlukan ialah maklumat lengkap mengenai akaun seperti alamat URL, print screen dan bukti-bukti yang membolehkan perkara itu disiasat dan diambil tindakan," katanya.
Jailani berkata peratusan pengguna facebook di Malaysia kini seramai 13 juta pengguna dengan 53.9 peratus daripadanya terdiri daripada kaum lelaki dan 46.1 peratus pula adalah wanita.
Menjawab soalan tambahan Datuk Makin@Marcus Majigoh (BN-Putatan), Jailani berkata undang-undang sedia ada untuk menangani jenayah siber di negara ini adalah mencukupi dan penguatkuasaan undang-undang spesifik atau tribunal khas untuk tujuan itu adalah tidak perlu buat masa sekarang.
"Kerajaan melalui SKMM sentiasa bekerjasama dengan agensi penguatkuasa yang lain dalam penguatkuasa undang-undang penyalahgunaan media media sosial dan internet.
"Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bukanlah satu-satunya undang-undang yang terpakai untuk tujuan tersebut.
"Undang-undang lain yang terlibat ialah Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan," katanya.
Marcus mahu tahu mengenai perlunya penguatkuasaan undang-undang spesifik atau tribunal untuk menangani jenayah siber yang semakin menjadi-jadi kini. - Bernama
JOM TERJAH:
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
Daftar SAYS Malaysia di sini
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline surveyDaftar SAYS Malaysia di sini
Cari Blog Ini
Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Julai 2013
Lebih 6,000 laman web disekat, termasuk kes hina Agong
Isnin, 22 Oktober 2012
Alvin, Vivian Dilayan Bagai Selebriti, Siap Jadi Tetamu Radio Di Malaysia, Apa Cerita?
Kita berasa marah dan terhina apabila dua rakyat kita yang kini sedang menuntut di Singapura, Alvin dan Vivian bertindak merakamkan aksi seks mereka di dalam blog tanpa rasa malu dan rasa bersalah.
Malah di republik itu sendiri, mereka berdua bakal berhadapan dengan tindakan daripada pihak universiti yang kesal dengan perbuatan mereka.
Tetapi sebaliknya berlaku di negara kita sendiri.
Mereka berdua kini dilayan bagai selebriti, siap diwawancara oleh tiga buah stesen radio tempatan!
Apa sudah jadi???
Adakah kita juga hendak menyatakan sokongan secara langsung kepada kedua mereka ini?
Untuk pengetahuan anda, Alvin dan Vivian telah ditemubual oleh Red FM (104.9) dan Capital FM (88.9).
Malah pendengar juga boleh mendengarnya melalui stesen berbahasa Cina 988FM (98.8).
Oh maaf…kita mungkin sudah moden, kita mungkin sudah liberal justeru kita perlu bersikap ‘terbuka’.
Ya, kita perlu bersikap terbuka….wawancaralah lagi, temubual lah lagi, lepas ni apa kata kita ‘angkut’ kedua-dua mereka untuk muncul secara ‘live’ pula di TV.
Kemudian kita minta syarikat-syarikat korporat ambil mereka sebagai duta produk, atau macam mana?
Di bawah ini adalah artikel mengenai wawancara itu yang disiarkan oleh The Star.
Anda nilailah sendiri.
———————————–
PETALING JAYA – Mereka telah menjadi sangat terkenal dalam masa seminggu akibat mempunyai blog seks, tetapi Alvin Tan dan Vivian Lee berdepan beberapa kemungkinan.
Lee, 23, mungkin dihalau keluar dari rumah keluarganya selepas blog “Sumptuous Erotica” yang dikongsi dengan Tan, 24, menjadi tajuk utama dalam beberapa akhbar di sini dan di Singapura.
“Ibu saya memberi saya kata putus sama ada mengahwininya atau keluar dari rumah dalam tempoh sebulan,” katanya, sambil menambah dia “sedikit takut” mengenai perkara itu.
Dia baru sahaja lulus ijazah pemasaran dari Universiti Multimedia dan tinggal di Johor Baru bersama ibu dan abangnya.
Tan sedang menghabiskan cuti belajar di National University of Singapore (NUS) dengan ibu bapanya di sini dan pangsapuri yang disewa di Kuala Lumpur. Cutinya ini tidak mempunyai kaitan dengan blog seks.
Lee berkata dengan kebarangkalian yang tipis untuk berkahwin dengan Tan, kerana kedua-dua menganggap diri masih muda dan tidak bersedia untuk komited antara satu sama lain, dia mungkin mengakhirinya dengan tinggal bersama Tan.
“Saya fikir dia boleh bergantung dengan saya. Saya rasa saya boleh memberikan bantuan kewangan,” kata Tan semasa temubual panjang dengan radio Kumpulan Media Star di sini, Jumaat.
Kedua-duanya berkata ibu Lee yang juga ibu tunggal tertekan dan telah cuba menghubungi Tan untuk memberi teguran tetapi Tan tidak menjawab panggilan tersebut.
“Ibu saya juga memarahi saya dan tidak mahu memberitahu apa-apa kenyataan kepada akhbar,” kata Lee. “Tetapi saya rasa saya menentangnya.”
Bagi Tan, pelajar undang-undang dan pemegang biasiswa Asean, dia menghadapi kemungkinan dibuang universiti dan biasiswa dibatalkan selepas gambar bogelnya dan video seks bersama Lee menjadi tajuk utama di republik itu.
Tetapi dia berkata tidak melihat ia sebagai “sesuatu yang besar” jika disingkirkan dari universiti.
Kedua-duanya, Tan dan Lee mahu menceburi bidang perniagaan persembahan dan tidak menolak kemungkinan menjadi pelakon.
Mereka juga mendedahkan bahawa berkongsi gambar intim dan video di internet adalah ‘idea bersama’. Lee yang telah memujuk Tan untuk menangkap gambar dan klip bogel antara satu sama lain.
“Kami mula mengambil gambar bogel ketika bertemu kali kedua,” kata Tan.
“Kami menghabiskan cuti di sebuah hotel di P.Pinang dan dia telah berbogel.
“Dia bertanya kepada saya jika saya mahu mengambil gambar (bogel) dan saya menganggapnya sebagai suka-suka,” kata Tan, yang berkata dia tidak melakukan seks sejauh ini dengan bekas teman wanitanya.
“Kebanyakan adalah pengecut. OK, saya tarik balik. Mereka tidak mencabar,” katanya.
“Melakukan perkara-perkara seperti ‘bungee-jumping’ atau terjunan udara adalah perkara biasa,” katanya. “Saya mahu bergaul dengan orang-orang yang telah melakukan perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.”
Dengarkan pra-rakaman temubual dengan pasangan ini di Red FM (104.9) dan Capital FM (88.9) pada pukul 2 petang hari ini.
Pendengar di Lembah Klang juga boleh mendengarnya melalui stesen berbahasa Cina 988FM (98.8) pada pukul 7.30 pagi, Selasa.
Stesen radio kumpulan media The Star Red FM, Capital FM dan 988 FM turut membawakan beberapa topik termasuk:
- Bagaimana mereka bertemu dan bagaimana dia obses dengan wanita bernama ‘Vivian’.
- “Alvin mempunyai ‘keterujaan’ untuk nama Vivian. Kami bertemu melalui “kawan atas kawan” di Facebook, dan Alvin telah menjadikan saya sebagai kawannya.” – Vivian
Mengenai rakaman video seks.
“Ia sebenarnya terdapat lebih banyak. Seks lebih ghairah yang kita ada tidak direkodkan. Ia sebenarnya seperti kerja” – Alvin
- Bagaimana jika ia adalah anak-anak mereka menyiarkan video seks?
“Saya tidak akan menggalakkan mereka secara langsung, tetapi saya akan menggalakkan mereka untuk menyerlahkan apa jua bakat atau minat mereka.” – Alvin
- Adakah dia menyesal apa-apa ini?
“Kami hanya akan menyesali perkara yang kami tidak melakukannya. 20 tahun dari sekarang, saya akan melihat kembali zaman 20-an saya dan saya berfikir bahawa saya adalah begitu menakjubkan. “-. Alvin
Sumber: MyNewsHub

Selasa, 25 September 2012
Tiga penulis blog dipenjara
Sebuah mahkamah di selatan Vietnam memenjarakan tiga penulis blog kerana kesalahan menyebarkan propaganda antipemerintah dalam satu perbicaraan singkat tetapi penuh dramatik.
Selepas perbicaraan selama beberapa jam, penulis blog berprofil tinggi, Nguyen Van Hai yang turut dikenali sebagai Dieu Cay dihukum penjara 12 tahun.
Seorang anggota polis wanita yang menjadi penulis blog, Ta Phong Tan pula dihukum penjara selama 10 tahun. dia menjerit semasa dibawa keluar dari mahkamah.
Ibu Tan meninggal dunia selepas membakar dirinya di hadapan sebuah bangunan pihak berkuasa tempatan pada Julai lalu bagi membantah dakwaan terhadap anak perempuannya itu.
"Jenayah mereka serius dan jelas berniat jahat terhadap negara," kata presiden mahkamah berkenaan di sini, Nguyen Phi Long.
Menurutnya, kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan membuat kenyataan penutup kerana mereka mencetuskan kekacauan di dalam mahkamah.
"Mereka mesti dikenakan hukuman yang berat," katanya.
Sementara itu, tertuduh ketiga, Phan Thanh Hai, 43, merupakan satu-satunya penulis blog yang mengaku bersalah dalam perbicaraan tersebut.
Dia dihukum penjara empat tahun selepas berjanji tidak akan mengulangi jenayah itu dan tidak akan berhubung lagi dengan pihak yang memusuhi negara.
Mereka didapati bersalah dalam kes berhubung beberapa artikel yang disiarkan dalam laman web Free Journalists Club dan beberapa artikel lain dalam web masing-masing.
Laman web itu diharamkan di Vietnam.
Ketiga-tiga penulis blog berkenaan mengecam rasuah dan ketidakadilan di negara berkenaan selain mengkritik dasar luar Hanoi.
Kesemua defendan perlu menjalani hukuman tahanan di dalam rumah antara tiga tahun hingga lima tahun selepas mereka selesai menjalani hukuman penjara.- kosmo online

Rabu, 19 September 2012
Kenali Top 10 Blog Di Malaysia Masakini
Petikan dari blog zulkbo
Hari ini ramai orang yang telah mempunyai blog di Malaysia. Dari budak kecil yang sudah tahu menulis dan membuka internet sehinggalah ke pak cik yang telah bersara, semuanya nak dan suka berblog. Termasuklah saya, blogger yang telah hampir 5 tahun aktif dalam dunia blogging.
Ada pelbagai niche dan jenis blog, kebanyakan adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan sendiri. Ada pelbagai bahasa yang digunakan, dari bahasa baku ke bahasa budak sekolah dan banyak juga menulis dengan bahasa "gangster", mahupun bahasa pasar je.
Tak kiralah apa pun niche dan jenis blog anda, yang penting kepuasan sendiri kan? Maka jadilah blog "syok sendiri", he he.. Asal ada kemahuan dan bahan cerita, maka terkirimlah pelbagai kisah di alam maya ini. Bila ada penulisan di blog, maka bertambah meriahlah dunia blogging seluruh negara.
Berkisah tentang blog popular dan menjadi Top 10 blog di Malaysia, saya menggunakan kayu pengukur Alexa Ranking, sama ada global mahupun ranking di Malaysia. Tidak termasuk laman web mahupun blog politik dan ini di antara Top 10 blog mengikut pandangan saya;
1. Beautiful Nara
Alexa Worldwide Rank : 13,279
Alexa Rank for Malaysia : 86
Mula saya jumpa blog ini saya ingatkan kepunyaan seorang perempuan, almaklum namanya pun "Beautiful" kan? Rupanya saya silap, blog ini ditulis oleh seorang lelaki bernama Abang Nara. Blog sensasi tentang cerita-cerita terbaru artis dalam dunia hiburan seluruh negara. Siapa sangka kan, blog sebegini paling disukai dan dicari orang ramai?
2. MyNewsHub
Alexa Worldwide Rank : 15,571
Alexa Rank for Malaysia : 80
Blog sumber berita yang selalu saya baca, banyak kisah terbaru dari pelbagai sumber di kumpul di sini. Jadi tak payah saya nak buka suratkhabar lagi dah. Sangat popular blog ini di Malaysia dengan ribuan peminat di Facebook dan ramai yang singgah di sini setiap hari.
3. Paultan
Alexa Worldwide Rank : 15,734
Alexa Rank for Malaysia : 111
Kalau anda rasa nak beli kereta bolehlah melawat laman blog ini. Tak jemu mata memandang dengan gambar-gambar terbaru kereta yang ada di sini. Dari kereta baru sehingga ke kereta terpakai ada banyak infonya di sini. Rasanya, kalau anda nak jual kereta pun boleh di sini?
4. Says
Alexa Worldwide Rank : 19,401
Alexa Rank for Malaysia : 104
Blog ini pada yang kaki fesyen, sukan dan berita terbaru. Lebih kepada laman perkongsian laman blog serata Malaysia. Anda juga boleh meyumbang cerita anda di sini dan menghasilkan trafik masuk ke blog anda. Program broadcasters di sini amat menarik, selain menyumbang anda juga boleh mendapat wang.
5. Blog Serius
Alexa Worldwide Rank : 23,698
Alexa Rank for Malaysia : 130
Apa pun ada di blog ini, dan ianya memang sangat popular di Malaysia walau hanya menggunakan platfom Blogspot sahaja. Lebih berkisar pada minat dan cara hidup dan semuanya SERIUS beb! Teknologi terkini dan pelbagai berita semasa pun ada.
6. Denaihati
Alexa Worldwide Rank : 23,730
Alexa Rank for Malaysia : 197
Bro Amir empunya blog ini, Denaihati. Com. Antara blog terawal yang saya selalu melepak kerana ada banyak ilmu blogging di dalamnya. Dengan menyibukkan diri masuk kontest yang beliau adakan, sedikit sebanyak tempias trafik banyak juga masuk ke blog saya dari blog beliau. Selain terkenal dengan program kemasyarakatan beliau, blog ini juga ada kisah travel serata dunia.
7. Amanz
Alexa Worldwide Rank : 28,364
Alexa Rank for Malaysia : 133
Blog ini memang penuh dengan kisah gadget terbaru dan berkenaan internet seluruh dunia. Anda akan dapati, bila singgah di sini pasti tak jemu membacanya. Bukan mudah juga nak mencari bahan menulis kisah berkenaan dengan gadget ni. Tapi di sini, anda akan jumpa.
8. Ohbulan
Alexa Worldwide Rank : 30,060
Alexa Rank for Malaysia : 270
Blog Oh Bulan kalau saya baca, ada sedikit sebanyak macam blog Beautiful Nara dengan kisah artis dan filem terkini. Kira gossip la nih! Tapi kalau anda nak tahu tentang fesyen, bolehlah selalu "melangut" di sini, tak rugi dan anda tidak akan ketinggalan tentang fesyen lagi.
9. MyResipi
Alexa Worldwide Rank : 36,302
Alexa Rank for Malaysia : 327
Kalau rasa nak memasak, jangan lupa singgah blog ini yang sarat dengan resepi masakan. Kalau bulan puasa, saya rasa trafik masuk ke sini mencanak dan menjadi persinggahan wajib buat suri rumah yang mencari resepi masakan untuk juadah berbuka puasa. Tak tahu kenapa, bila masuk sini, perut saya selalu berbunyi, he he..
10. OH!Artis
Alexa Worldwide Rank: 91,395
Alexa Rank for Malaysia : 692
Ermm..nama pun Oh Artis, samalah juga macam blog Beautiful Nara dan Oh Bulan, kisah artis dan dunia hiburan menjadi penulisan utama di sini. Ternyata orang Malaysia cukup suka cari dan baca kisah berkenaan artis di alam maya. Maka, kalau anda rasa mampu menulis tentang kisah dunia artis, blog anda juga akan mampu menjadi seperti mereka satu hari nanti.
sumber asal

Sabtu, 14 Julai 2012
Pengakuan suami Muhdalina Ahmad, Mohd Irwan Mohd Foad tentang kejadian Amuk
KEJADIAN amuk yang berlaku di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya Isnin lalu, menggemparkan negara apabila seorang individu menggelarkan dirinya imam Mahdi begitu berani merempuh masuk de ngan menggunakan pedang samurai.
Individu itu, Khalil Afandi Abd Hamid, 47, dikatakan mempunyai masalah kecelaruan personaliti, menggunakan Internet sebagai medium untuk menyebarkan fahamannya. Ketika kejadian, Khalil Afandi bersama seorang wanita dikenali, Muhdalina Ahmad, 28.
Ikuti temubual khas wartawan Sinar Harian, bersama suami Muhdalina, Mohd Irwan Mohd Foad, 29, merungkaikan di sebalik kejadian amuk tersebut.
Bagaimana sifat dan sikap Muhdalina sebelum mengenali Khalil Afandi?
Muhdalina adalah seorang isteri yang taat pada suami. Tidak pernah melawan dan seorang ibu yang penyayang. Pergaulan dan hukum agama tidak dipandang ringan. Sehelai rambut pun orang lain tidak dapat melihat melainkan saya sendiri.
Dia juga seorang yang ceria dan semua itu berubah selepas dia mengenali Khalil Afandi, tanpa pengetahuan saya.
Dia seolah-olah tidak sedar apa yang dilakukan termasuk apa yang dituturkan.
Bagaimana permulaan perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi?
Perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi bermula dua minggu sebelum kejadian amuk di Putrajaya. Sebelum ini saya tidak tahu dia sudah mengenali dan menghubungi Khalil Afandi melalui blog dan Facebook.
Saya buta teknologi maklumat (IT) dan tidak mengetahui perhubungan tersebut. Muhdalina berurusan dengan Khalil Afandi hanya ketika bekerja di pejabat, sebuah syarikat di Pelabuhan Klang.
Seminggu kemudian, baru saya tahu mereka berkenalan
antara satu sama lain. Ketika itu Muhdalina bertanyakan soalan; “Abang percaya ada lelaki hidup 1,000 tahun?” “Abang percaya bumi terbelah bila ditumbuk lelaki?” “Ada lelaki boleh tembus dinding?”
Saya menafikan soalan itu, namun Muhdalina mengiakan dan memberitahu Khalil Afandi boleh melakukan semua itu. Saya bertanyakan siapa lelaki itu dan dia menjawab Khalil Afandi adalah imam Mahdi.
Ketika itu saya hairan mengapa Muhdalina berubah dan begitu taksub dengan lelaki tersebut.
Kenal sejak dalam kandungan
Bila Mohd Irwan dan isteri tinggal sebumbung dengan Khalil Afandi?
Kami ‘berpindah’ ke rumah Khalil Afandi di Sri Kembangan pada malam Khamis iaitu empat hari sebelum tragedi amuk.
Muhdalina mendesak saya supaya membenarkan dia tinggal bersama Khalil Afandi. Saya tidak mengizinkan, tetapi dia mengugut akan menuntut cerai sekiranya dihalang. Saya tidak sanggup untuk berpisah jadi saya membenarkan dengan syarat saya menemaninya.
Sebelum hasrat itu disuarakan Muhdalina, dia menceritakan kepada saya bahawa Khalil Afandi sudah mengenalinya sejak dalam kandungan. Saya jadi bingung dengan kenyataan Muhdalina.
Bagi meyakinkan saya lagi, Muhdalina juga memberitahu, Khalil Afandi pernah bermimpi bertemu dengan seorang wanita berbaju kurung merah, mempunyai dua orang anak dan wanita itu adalah insan yang akan berjuang bersamanya bagi menegakkan keadilan.
Khalil Afandi mengatakan bahawa wanita itu adalah Muhdalina memandangkan kami mempunyai dua cahaya mata selain Muhdalina memiliki baju kurung berwarna merah.
Disebabkan itu, Muhdalina tekad untuk bersama dengan Khalil Afandi untuk berjuang. Kerana sayang, saya turuti kemahuan Muhdalina untuk tinggal bersama Khalil Afandi dan isterinya.
Keesokan harinya, Muhdalina menghantar surat berhenti kerja melalui e-mel kepada majikannya.
Apa yang berlaku sepanjang empat hari di rumah Khalil Afandi?
Ketika sampai di rumah itu, Khalil Afandi terus menjerit dan bertanya kepada saya, “Kenapa kamu tidak sembahyang? Aku tidak boleh tinggal serumah dengan orang yang tinggalkan sembahyang!”
Khalil Afandi juga mengatakan atas faktor itu, dia tidak bercampur dengan orang ramai kerana khuatir akidah terjejas.
Saya terkejut dan timbul sedikit kepercayaan kepada lelaki itu berikutan saya belum menunaikan solat (ketika itu).
Bagaimanapun, semua itu terhakis selepas Khalil Afandi mengatakan saya hanya perlu solat pada waktu malam dan bukannya waktu siang.
Mendengar penjelasan itu, rasa sangsi terhadap lelaki itu kian menebal.
Keadaan Khalil Afandi ketika itu amat pelik, bukan macam orang normal dan saya lihat dia sentiasa bermonolog sendirian.
Apa yang lebih pelik, dia memanggil ALLAH dengan nama ‘bos’.
Dia juga mendakwa kononnya dialah kekasih 'bos' yang paling tinggi. Watak Khalil Afandi juga sukar dicam. Sekejap dia menjadi amat baik, sekejap lagi dia bertukar garang. Dia juga mendakwa sering bertukar- tukar jasad, seperti dalam filem The Highlander. Dia sering mengatakan dirinya sebagai hero filem tersebut.
Dia juga sering memarahi isterinya secara melampau, sehinggakan saya lihat isteri Khalil amat takut
dengannya.-sinar

Label:
Amuk,
Berita,
Blog,
blogger,
ilmu hitam,
Infomasi,
islam,
Khalil Apandi,
muhdalina ahmad,
Polis
Keterangan Muhdalina diambil untuk siasatan seterusnya
Polis sudah mengambil keterangan Muhdalina Ahmad, 28, wanita yang terlibat dalam kes amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lalu, kini masih menjalani rawatan di Hospital Putrajaya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, Muhdalina sudah boleh bercakap dan keterangan sudah diambil untuk siasatan seterusnya.
“Kita akan mengenal pasti penglibatannya dan punca dia terpengaruh untuk melakukan tindakan itu,” katanya kepada media selepas majlis taklimat khas pemantapan aktiviti memerangi jenayah di dewan perdana, Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah, Cheras, di sini, semalam.
Beliau turut mengesahkan penahanan seorang lelaki yang dikatakan kawan baik kepada Khalil Afandi.
Ismail berkata, pemantauan ke atas blog dan laman sosial yang mempunyai unsur ajaran sesat akan diteruskan dan masyarakat perlulah bertanggungjawab bersama mengenai isu ini.

muhdalina ahmad
Jumaat, 13 Julai 2012
Muhdalina Percaya Kiamat Dah Dekat, Selalu Berpakaian Hitam
Tiga hari sebelum dia mengamuk di Putrajaya, Muhdalina Ahmad, 28, didakwa memberitahu seorang kenalannya bahawa kiamat akan berlaku dan imam Mahadi akan muncul dalam masa terdekat.
Menurut kenalan wanita itu, mereka bertemu kali terakhir pada 6 Julai ketika Muhdalina datang ke rumahnya di sini memberitahu dia akan berpindah ke Balakong.
“Berulang kali Ina cakap hal itu (kiamat) kepada saya dan minta saya percaya. Riak wajahnya ketika itu juga sangat serius,” katanya yang meminta namanya tidak disiarkan.
Menurutnya, Muhdalina juga memberitahu dia dan keluarganya mahu berpindah ke Balakong kerana ada perkara penting yang perlu diselesaikan di sana.
“Dia juga menyatakan pertemuan kami malam itu adalah yang terakhir dan minta saya maafkan segala salah silapnya serta menghalalkan makan minumnya,” katanya.
Sumber itu berkata, dia ada bertanya kepada Muhdalina apa yang dia mahu lakukan setelah berpindah ke Balakong kerana wanita itu baru sahaja berhenti kerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat di sini.
“Jawapan dia mudah saja, tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana tempat tinggal barunya itu percuma. Saya sendiri sebenarnya bimbang nasib dua anaknya yang berumur dua tahun dan setahun lebih itu kerana melihat tindak-tanduknya yang begitu tergesa-gesa,” katanya.
Menurutnya, sebelum itu, Muhdalina tidak pernah menunjukkan sebarang perlakuan aneh seperti itu.
“Setelah dapat tahu penglibatan Ina dalam kejadian amuk di Putrajaya, Isnin lalu, barulah saya faham ‘perkara penting’ yang dia sebut dalam pertemuan kami Jumaat lalu,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, Muhdalina sebelum itu juga selalu berpakaian hitam. (Sinar Harian)

Facebook,
ilmu hitam,
Khalil Apandi,
muhdalina ahmad,
Polis,
politik,
Serius,
tembak-menembak
Khamis, 12 Julai 2012
Adakah Aliosman Idris Admin Blog Jaya Negara?
Siasatan telah mendapati Khalil Afandi dan pasangannya telah dihantar oleh sebuah kereta untuk ke Kompleks B, Bangunan JPM. Siapa yang identiti yang menghantar tersebut?
Sila baca tulisan di atas yang dipetik dari blog pembangkang iaitu Milo Suam. Video berdurasi 4.02 minit yang menggambarkan kejadian amukan tersebut dimuat naik pertama kalinya oleh saluran yang menggunakan pakai nama blog Milo Suam.
Apa maksud tulisan Milo Suam di atas "salah seorang sahabat yang berada di lokasi kejadian"? Artikel ditulis pada 9 Julai 2012 (baca sini) dan video dimuat naik pada 9 Julai 2012 oleh blogmilosuam.
Siapakah sahabat Milo Suam yang berada di lokasi kejadian? Sahabat atau Milo Suam sendiri yang berada di situ?
Sebab itu ada komen yang menulis mendakwa Milo Suam ada kaitan dengan amukan yang berlaku di Putrajaya (baca sini). Benarkah begitu?
Siapa pula lelaki beridentiti Aliosman Idris di bawah ini? Apakah sama identitinya dengan Hambali Idris?
Pada 11 Julai 2012, dikesan blog Jaya Negara telah ditutup oleh admin. Siapa sebenarnya admin blog Jaya Negara? Maksudnya dalam kes amukan ini, ianya melibatkan lebih daripada dua orang.
Sumber: ANGIN PERUBAHAN
Sila baca tulisan di atas yang dipetik dari blog pembangkang iaitu Milo Suam. Video berdurasi 4.02 minit yang menggambarkan kejadian amukan tersebut dimuat naik pertama kalinya oleh saluran yang menggunakan pakai nama blog Milo Suam.
Apa maksud tulisan Milo Suam di atas "salah seorang sahabat yang berada di lokasi kejadian"? Artikel ditulis pada 9 Julai 2012 (baca sini) dan video dimuat naik pada 9 Julai 2012 oleh blogmilosuam.
Siapakah sahabat Milo Suam yang berada di lokasi kejadian? Sahabat atau Milo Suam sendiri yang berada di situ?
Sebab itu ada komen yang menulis mendakwa Milo Suam ada kaitan dengan amukan yang berlaku di Putrajaya (baca sini). Benarkah begitu?
Siapa pula lelaki beridentiti Aliosman Idris di bawah ini? Apakah sama identitinya dengan Hambali Idris?
Pada 11 Julai 2012, dikesan blog Jaya Negara telah ditutup oleh admin. Siapa sebenarnya admin blog Jaya Negara? Maksudnya dalam kes amukan ini, ianya melibatkan lebih daripada dua orang.
Sumber: ANGIN PERUBAHAN
Label:
Amuk,
Blog,
blogger,
Facebook,
ilmu hitam,
Khalil Apandi,
muhdalina ahmad,
Polis,
politik,
Serius,
tembak-menembak
Polis siasat blog, akaun Facebook milik suspek amuk
Polis sedang menyiasat blog dan akaun Facebook milik suspek, Khalil Afandi Abd Hamid, yang mati selepas terkena tembakan dalam kejadian serangan di perkarangan Pejabat Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, kelmarin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ia bagi menentukan sama ada wujud pengikut atau rangkaian kumpulan yang berkemungkinan dianggotai suspek. "Kita serius dengan kejadian ini. Kita akan siasat adakah suspek mempunyai ketua yang memberikan arahan," katanya di sini, hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ia bagi menentukan sama ada wujud pengikut atau rangkaian kumpulan yang berkemungkinan dianggotai suspek. "Kita serius dengan kejadian ini. Kita akan siasat adakah suspek mempunyai ketua yang memberikan arahan," katanya di sini, hari ini.
Label:
Amuk,
Blog,
Facebook,
ilmu hitam,
Khalil Apandi,
muhdalina ahmad,
Polis,
politik,
Serius,
tembak-menembak
Jumaat, 1 Jun 2012
Akta Keterangan (Pindaan) 2012 berkuatkuasa 1 Jun 2012
Akta Keterangan (Pindaan) 2012 hebah diperkatakan sebelum pelaksanaannya dan hari ini penguatkuasaan akta ini sudah bermula. Maknanya, segala isi kandungan akta ini perlu diambil tahu oleh pengamal media baru iaitu mereka yang menjadikan media sosial sebagai tempat untuk menyebarkan maklumat.
Bila taip di google, Akta Keterangan (Pindaan) 2012 banyak pautan ditemui dan bila meneliti satu persatu banyak pendapat yang ditemui… ada yang sinis-sinis tidak bersetuju, ada yang berdiri atas pagar dan tidak kurang pula membangkang pelaksanaan Akta Keterangan Pindaan 2012 ini.
Apa sebenarnya kandungan Akta Keterangan (Pindaan) 2012?
Download Akta Keterangan Pindaan 2012 Bahasa Melayu DI SINI
Download Akta Keterangan Pindaan 2012 Bahasa Inggeris DI SINI
Kebaikan Akta Keterangan Pindaan 2012
- Mengurangkan jenayah siber.
- Mewujudkan etika penulisan dan komunikasi siber.
- Pengguna internet akan lebih bertanggungjawab dan matang dalam menyampaikan maklumat serta memberi pendapat.
- Menjaga hak milik dan privacy kepenggunaan internet anda.
Dengan adanya akta ini ianya pasti memberi kesan pada penggunaan media sosial yang semakin berleluasa di kalangan kita. Soal ianya dipolitikkan, disindirkan, ianya terserah kepada individu itu sendiri menilainya tapi yang pasti akta ini sudah berkuatkuasa hari ini… 1 Jun 2012.
Aku mengambil jalan mudah, bagi ku, fikirkanlah positifnya kerana apabila anda berfikir positif, everything gonna be ok. Sebagai blogger dan pengamal media baru pun, aku tidak rasa tercekik kerana bagi aku, berniat baik pasti akan baik juga akhirnya meskipun tulisanku ada yang menimbulkan pelbagai tanggapan atau provokasi di minda sesiapa pembacanya. Malu bertanya sesat jalan, rajinlah bertanya kerana bertanya itu sebahagian dari proses menuntut ilmu.
Berita berkaitan Akta Keterangan Pindaan 2012
Dewan Rakyat lulus RUU Kanun Tatacara dan Keterangan
18 April 2012
KUALA LUMPUR – Dua Rang Undang-Undang iaitu Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2012 dan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2012 diluluskan oleh persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Rang Undang-undang itu, termasuk pindaan terhadap Kanun Keseksaan yang telah diluluskan semalam, adalah bagi melengkapi Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang turut diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) 2012 berkata, penggunaan nama samaran ataupun ketanpanamaan oleh mana-mana pihak untuk
melakukan jenayah siber menyukarkan tindakan diambil terhadap mereka.
Justeru, katanya Akta Keterangan 1950 perlu dipinda bagi menangani isu ketanpanamaan internet.
“Penggunaan nama samaran (oleh mana-mana pihak) amat menyukarkan pihak pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan dan penguatkuasaan kerana amat sukar untuk mendapatkan keterangan daripada nama samaran.
“Itulah kita terpaksa meminda Akta ini supaya kita dapat mendakwa dan mentaksirkan kesalahan kepada mereka yang menggunakan nama samaran,” katanya menjawab soalan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berhubung isu tersebut.
Ketika membentangkan Rang Undang-Undang Keterangan pada bacaan kedua, Mohamed Nazri berkata, penggunaan internet membolehkan sesiapa sahaja menyembunyikan identiti sebenar mereka dan ini menjadikan masalah ketanpanamaan pelaku kesalahan jenayah satu halangan paling besar dalam menangani jenayah siber dilakukan melalui internet seperti menghasut, menipu, menghina mahkamah, menceroboh dan mencuri maklumat.
Katanya, pelbagai teknik digunakan oleh penjenayah untuk menyembunyikan identiti dan ada kalanya mustahil untuk menentukan punca sebenar sesuatu e-mel atau komunikasi elektronik yang lain.
“Penyelesaian bagi masalah ini ialah dengan mengalihkan tumpuan kepada pihak lain yang boleh dikenal pasti seperti pemilik komputer, pemilik alamat IP, pemilik alamat e-mel dan pemilik kelengkapan dan peralatan yang daripadanya
kesalahan jenayah dilakukan, dan mengenakan anggapan liabiliti ke atas mereka tanpa mengira bahawa penglibatan mereka adalah secara langsung atau tidak langsung,” kata beliau.
Justeru, Nazri berkata, tujuan peruntukan anggapan berasaskan ‘owner-onus principle’ adalah untuk meringankan beban pembuktian berhubung dengan fakta tertentu.
Bagaimanapun, katanya, pihak pendakwa raya yang ingin bersandar kepada peruntukan anggapan mesti membuktikan terlebih dahulu kewujudan fakta-fakta tertentu sebelum anggapan boleh dibuat terhadap seseorang.
Pindaan pada Rang Undang-Undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012 memperlihatkan pindaan pada Fasal 2 yang bertujuan menggantikan tarif komputer dengan takrif komputer yang baru yang lebih komprehensif dan selaras dengan takrif komputer dalam Akta Jenayah Komputer 1997.
Sementara itu, Fasal 3 Rang Undang-Undang tersebut memperuntukkan supaya memasukkan seksyen baru 114A bagi membolehkan mahkamah membuat anggapan fakta dalam kes yang melibatkan penyiaran melalui internet. – Bernama
puadede.com
Label:
Blog,
Infomasi,
Parlimen,
pekeliling,
Twitter
Khamis, 26 April 2012
Tutorial Pasang Meta Tag Mesra SEO
Apa itu Meta Tag ?
Meta tag adalah HTML tag yang berada didalam HEAD section pada skrip laman web atau blog anda . Untuk makluman , meta tag tidak akan kelihatan di dalam page anda . Setiap meta tag yang diletakkan pada laman web anda akan membantu enjin pencari/crawler memahami laman web/blog anda dengan lebih mudah semasa diindex.
Secara ringkasnya meta tag ini mengandungi maklumat ringkas tentang blog . Meta tag ini tidak ada secara automatik dalam blog anda tetapi anda boleh tambahnya sendiri supaya blog anda mesra SEO .
Kepentingan Meta Tag
Walaupun banyak pemberatan yang digunakan diberikan kepada meta tag oleh enjin carian , pada keseluruhannya ianya kini bukan lagi unsur-unsur yang penting bagi sesebuah laman web .
Daripada menggunakan meta tag untuk menentukan sesebuah laman web , enjin carian kini memberikan tumpuan kepada tag lain serta tumpuan kepada kandungan dalam sesebuah laman web atau blog (perisikan enjin carian telah banyak meningkat sejak beberapa tahun yang lalu ). Kata kunci meta tag khususnya tidak digunakan sama sekali oleh enjin carian dalam menentukan autoriti sesebuah laman web .
Meta tag ini terbahagi kepada 4 :-
1 . Meta Title Tag (Tajuk Blog)
2 . Meta Description Tag (Description Blog)
3 . Meta Keyword Tag (Keyword Blog)
4 . Meta Tag Author ( Pemilik Blog)
Cara Pasang Meta Tag Mesra SEO
<b:include data='blog' name='all-head-content'/>
<b:if cond='data:blog.url == "http://ahmadzikron-zikron.blogspot.com"'>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<title><data:blog.pageTitle/> - zikron™</title>
</b:if>
-Copy-Paste code meta tag di atas di bawah code <head>
-Tukar perkataan Merah di atas dengan kaitan blog anda.
Selepas code di atas di letakan di bawah code <head> tadi . Copy code di bawah , dan paste-kan di bawah meta tag yang di atas .
Meta Tag Description dan keyword
<b:if cond='data:blog.url == data:blog.homepageUrl'>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
<meta content='Tulis Description blog anda.' name='DESCRIPTION'/>
<meta content='Tulis keyword pada blog anda.' name='KEYWORDS'/> </b:if>
-Elakan daripada description yang terlalu panjang atau terlalu pendek.
-Untuk keyword yang 100% releven pada blog anda, sila rujuk keyword pada
Google Webmaster.
Meta Tag Author
<meta content='zikron' name='author'/>
-Tambah code di atas selepas Meta Tag Description dan Keyword.
Pasang ketiga-tiga meta tag di atas untuk mendapatkan templete yang mesra SEO.
Selamat mencuba.

Langgan:
Catatan (Atom)