JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umno. Papar semua catatan

Rabu, 3 April 2013

Parlimen Malaysia dibubar berkuat kuasa hari ini

Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13 yang dinanti oleh seluruh negara sejak dua tahun lalu.

Pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

"Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka," kata beliau dalam pengumuman khas yang dibuat dari Pejabat Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen jam 11.30 pagi.

Pengumuman ini dibuat ketika Najib genap empat tahun menjadi perdana menteri.

Mandat kerajaan pusat akan berakhir pada 28 April ini. PRU12 diadakan pada 8 Mac 2008.

Ini kali pertama pilihan raya umum diadakan selepas genap lima tahun selepas satu-satu pilihan raya umum.

Dalam ucapannya, Najib yang diiringi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah menghadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12 hari ini.

Barisan anggota jemaah menteri juga hadir pada majlis pengumuman khas itu.

Najib turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) masing-masing kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

Dun Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan. Sarawak pula telah mengadakan pilihan raya umum negeri pada April 2011.

Berikutan pengumuman pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian, lapor Bernama.

Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi Dun, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang.

Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala pilihan
raya kecil Dun ialah di Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.

Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang terbanyak dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 menyaksikan 17 pilihan raya kecil diadakan.

Selepas ucapan khas yang mengambil masa kira-kira 15 minit, Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) bersalam dengan anggota jemaah menteri yang mengenakan tali leher warna merah.

sumber: sinar

Rabu, 13 Februari 2013

SIAPA TIPU SIAPA -chedet

1. Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. Katanya PAS telah ditipu oleh UMNO semasa PAS berada dalam Barisan Nasional. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang.

2. Saya berada sebagai menteri dalam kabinet Tun Hussein di waktu mana PAS keluar dari Barisan Nasional. Saya juga ada dalam kabinet Tun Razak bersama Dato Asri Muda dan Hassan Adli semasa PAS menyertai Barisan Nasional.

3. Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA.

4. Setelah beberapa bulan PAS berada dalam Barisan Nasional ahli-ahli UMNO Johor membuat komplen kepada Tun Razak dalam majlis makan malam dikediaman Tun sempena mesyuarat agong UMNO bahawa Dato Asri giat mempromosikan PAS di kalangan peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu.

5. Secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada penyokong kuat UMNO. Selepas Dato Asri bertanggungjawab keatas FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS dan menolak UMNO.

6. Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat bahawa penyertaan PAS dalam Barisan Nasional tidak menolong Barisan Nasional. Ia hanya untuk memberi peluang kepada PAS mengembangkan pengaruh di kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.

7. Di waktu itu timbul sengketa antara Dato Asri sebagai ketua PAS dengan Dato Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk ganti Dato Asri. Dato Mohd Nasir mendakwa dia telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Dato Asri semasa dia menjadi Menteri Besar Kelantan.

8. Dato Asri cuba menyingkir Dato Mohd Nasir melalui undi tidak percaya. Walaupun kalah Dato Mohd Nasir enggan meletak jawatan.

9. Ramai ahli PAS memihak kepada Dato Mohd Nasir. Mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Dato Asri.

10. Kerana PAS berpecah Kerajaan Barisan Nasional Kelantan tidak dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.

11. Pada Mac 1978, pilihanraya peringkat negeri diadakan di Kelantan. Dato Mohd Nasir menubuh parti Berjasa yang bertanding melawan PAS. Sokongan kepada Berjasa begitu kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. PAS memenangi hanya 2 kerusi.

12. Perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO tetapi kerana Dato Mohd Nasir mencabar kepimpinan Dato Asri. Kekalahan PAS menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional. Tidak ada penipuan oleh UMNO.

13. Walau apapun yang terjadi dahulu, jika seruan dibuat supaya berdamai orang Islam disuruh oleh agama Islam supaya menyambut seruan kedamaian dari musuh. Orang Islam disuruh bersatupadu, menganggap semua orang Islam sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat tuduhan yang tidak berasas.

SUMBER: chedet

Jumaat, 21 September 2012

Pemuda UMNO, Pas Lancar Protes Filem Hina Islam


Ribuan umat Islam termasuk UMNO, Pas dan beberapa pertubuhan kerajaan berkumpul secara aman di beberapa lokasi di sekitar ibu negara dan di depan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) bagi membantah filem menghina Islam “Inoncence of Muslims”.

Kumpulan lebih 3,000 Pemuda dan penyokong UMNO mula berkumpul sebaik selesai menunaikan solat Jumaat di sekitar Masjid Jamek, Kampung Baru dengan membawa kain rentang dan kad besar yang mengutuk penerbitan filem berkenaan.

Protes berkenaan diketuai Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan didapati bersurai kira-kira jam 2.45 petang.

Sementara itu di Tun Razak, lebih 3,000 penyokong PAS dan umat Islam berkumpul secara aman di depan kedutaan berkenaan bagi membantah penayangan filem berkenaan serta karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW. – Berita Harian Online


sumber gambar: MyNewsHub

Rabu, 19 September 2012

Mesej untuk Ketua pemuda UMNO Khairy dan Ketua pemuda PAS Nasrudin

Filem Innocence of Muslims, yang mempersenda Nabi Muhammad SAW membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Di negara kita, demonstrasi dianjurkan di merata negeri dan daerah. Selain jemaah masjid yang berdemonstrasi selepas solat, beberapa NGO turut menyuarakan bantahan.

Memang banyak provokasi dilakukan terhadap umat Islam. Tidak lama dulu, akhbar Denmark, Jyllands-Posten memaparkan kartun yang mempersendakan Nabi Muhammad. Ahli politik Belanda, Geert Wilders, juga sering mencetus provokasi. Begitu juga, apabila Terry Jones, paderi sebuah gereja kecil di Amerika Syarikat membakar al-Quran, demonstrasi demi demonstrasi bantahan diadakan.

Demonstrasi adalah salah satu cara memanifestasikan perasaan dan merakam bantahan mana-mana pihak yang menyokong atau menentang sesuatu perkara. Ia sihat dalam amalan demokrasi selagi ia tidak bertukar menjadi rusuhan tidak terkawal. Ia bagus selagi jawatankuasa anjur demonstrasi menjaga disiplin ahli. Ia baik selagi pemimpin demonstrasi itu sendiri tidak lepas tangan apabila sesuatu tidak diingini terjadi.

Demonstrasi yang berpaksi daripada sesuatu isu itu seharusnya disertai pihak yang mempunyai pandangan dan pendirian sama, tidak kira daripada kumpulan mana ia datang dan anutan fikiran apa yang diwakili. Sesuai dengan tujuan demonstrasi iaitu menunjuk kuat dengan penglibatan seramai mungkin pembantah, lagi besar kumpulan berdemonstrasi, lagi besarlah impak yang diperolehi.

Dalam konteks ini alangkah molek Pemuda Umno dan Pemuda Pas dapat sama-sama berjalan sederap kaki dan berganding bahu suarakan bantahan. Alangkah cantik jika mereka berarak dari dua arah berbeza dan bertemu menjadi arus besar menuju ke kedutaan AS.

Isu yang ditangani adalah isu pertahankan imej Nabi yang dipersendakan. Yang ingin dirakamkan kepada Amerika Syarikat adalah ketidaksenangan kita terhadap rakyatnya yang tidak sensitif terhadap agama lain. Yang lebih penting, apa yang hendak ditunjukkan kepada umat Islam ialah betapa perlunya kita membuang pakaian politik apabila soal agama menjadi mainan orang.

Pengikut akan ikut apa yang pemimpin buat. Apa yang patut dibuat pemimpin mestilah sesuatu yang boleh dilihat oleh pengikut. Retorik daripada permainan kata pemimpin politik sukar dimengerti oleh ahli. Tetapi, bila Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berjalan bersilang lengan dengan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan, ahli yang lain akan ikut serta.

Bayangkan betapa padunya semangat yang bernyala tatkala demonstrasi itu. Lafaz selawat senada dan laungan yang gegak gempita akan mengalirkan ukhuwah dan membarakan rasa persaudaraan yang akan meleburkan seketika hijab prasangka akibat berlainan pendirian dalam politik. Biarpun sekejap, ia adalah satu perasaan yang menegakkan bulu roma.

Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Kalau dah tentu handal, di mana pun seseorang itu berada, dia tetap kekal dengan kehebatannya. Kalau sudah tentu hebat, dengan siapa pun kita bergaul, keampuhan peribadi akan tetap terserlah.

Tidak kiralah siapa yang hendak bergerak dahulu atau kemudian asalkan kedua-dua pihak nampak peri pentingnya kita suarakan bantahan terhadap imej Nabi yang diperkotak-katikkan.

Tidak ada yang menang-kalah seandainya kedua-dua pihak membuka baju politik buat seketika dan mempamerkan pakaian Islam yang sememangnya sudah terlekat di kulit dan sudah mendarah daging di dalam tubuh.

Datanglah. Datanglah dengan hati yang terbuka lagi tulus dan suci. Bukalah tangan-tanganmu untuk menggenggam tangan-tangan saudaramu yang mungkin tidak pernah kamu sentuh. Rasakan roh persaudaraan yang menggetar dan mengalir di antaramu. Jadikan demonstrasi Innocence of Muslims sebagai permulaan.

Kita sudah tiada masa. Onar yang semakin banyak berlaku dalam arena politik yang kian membahang sudah menampakkan kedunguannya.

Tindakan merosak kenderaan, menyimbah cat kepada bas dan bangunan, membakar bendera dan memijak gambar pemimpin yang semakin kerap terjadi membayangkan ia makin tidak dapat dikawal. Jika tiada pemimpin yang menegur, menasihati dan menyuarakan kebencian kepada aksi bodoh yang semakin ganas ini., seolah-olah ia bukan dilakukan oleh mana-mana aktivis politik.

Para pemimpin boleh menyejukkan suhu politik membahang ini. Tunjukkan gambaran besar yang patut diperjuangkan. Fokuskan kepada perkara yang ada isi dan inti. Apakah kita layak bercakap tentang ukhuwah, tentang perpaduan, kalau diri sendiri tidak boleh berdiri dalam satu saf?-sinar

Rabu, 8 Ogos 2012

AHLI PAS BOLEH UNDI DAP!!!! TAQLID TERKINI PAS..

Itulah dia ayat munafiq Ketua Dewan Ulamak Pas Kelantan Datuk Mohamad Daud yang berkata,

"kalau tidak undi DAP kita tidak boleh menang, jadi kita memerlukan satu gabungan yang besar untuk menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN, maka ia dibolehkan (maknanya dibolehkan dalam Islam?, walaupun DAP telah terang-terang menyatakan undang-undang Islam tidak boleh dijalankan di Malaysia apabila mengambil alih Puterajaya, apalagi hukum hudud)".

Datuk Mohamad bertaqlid dengan mendakwa kononnya dalam situasi sekarang, dasar kerajaan BN jelas bercanggah dengan tuntutan agama dan ia sepatutnya ditolak walau dengan cara apa sekalipun. Maka itulah sebabnya beliau berpendirian bahawa untuk menolak kerajaan BN supaya jatuh, hanya dengan cara bergabung dengan DAP dan apabila mengundi, undilah DAP.

Kenapa Datuk Mohamad niii... bertaqlid tanpa merujuk kenyataan-kenyataan dan tindakan-tindakan terdahulu yang dibuat oleh pemimpin-pemimipin PAS sahingga menyebabkan masyarakat berpecah, berbunuh-bunuhan sesama umat Islam, sebagai contoh trajidi Memali. Segala-galanya berpunca daripada kenyataan gilababi Hj Hadi Awang yang menghalalkan darah orang UMNO yang memerintah negara ini dengan bekerjasa dengan orang kafir. Dengan tidak merujuk kenyataan-perakuan dan perakuan-perakuan terdahulu Datuk Mohamad bertaqlid dengan membuat kenyataan gilababi, demi nak menajawab tekanan Datuk Ibrahim Ali supaya PAS memberi penjelasan HUKUM DALAM ISLAM MENGENAI TINDAKAN AHLI PAS MENGUNDI DAP PADA PRU13 AKAN DATANG. Kerana tekanan ini, Datuk Mohamad menjawab, yang mana beliau menjawab adalah atas jawatan beliau Ketua Dewan Ulamak Pas Kelantan dan juga Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat.

Jika baginilah pendirian ulamak-ulamak Pas, sememangnya lah ketahanan PAS memperjuangkan dasar Islam telah tidak menjadi kenyataan lagi, kerana pemikiran keulamakan ulamak-ulamak mereka telah dilanda dengan pengaruh libralism ugama yang dibawa oleh Anwar Ibrahim dan gulungan profesional (doktor, peguam, arkitek, jurutera, akaunten, doktor falsafah, juruukur dsbnya) dalam PAS yang sememangnya tidak mempunyai ilmu ugama Islam yang mendalam. Gulungan-gulungan profesional ini yang mengoyak fikiran ulamak-ulamak Pas supaya menggunapakai pemikiran mereka dengan melenyapkan pemikiran ulamak yang berpegang kapada Quran dan Hadith.

Sumber

Selasa, 24 Julai 2012

Pembangkang Takut Slogan ‘Janji Ditepati’ Kerana Mereka Amal ‘Janji Ditaburi’

“Pembangkang tak perlulah nak sibuk politikkan slogan Hari Kemerdekaan ke 55 iaitu ‘Janji Ditepati’. Daripada sibuk pasal slogan ni lebih baik betulkan cara pentadbiran di negeri masing-masing terutama menunaikan janji yang telah ditaburkan pada pilihanraya umum lepas kerana kalau Kerajaan BN pakai ‘Janji Ditepati’, pembangkang pula ‘Janji Ditaburi’

“Saya cabar mereka untuk buat program seperti program jelajah Janji Ditepati. Berdepanlah dengan rakyat dengan semua janji yang mereka taburi tanpa ditepati,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin mengenai tindakan pembangkang yang mempertikaikan slogan hari kemerdekaan yang dikatakan berunsur politik.

Menurut Norashikin, slogan tersebut sama sekali tidak ada kena mengenai dengan soal politik kerana sebagai seorang manusia, setiap janji diucapkan haruslah dikotakan. “Seharusnya Pas yang tahu selok belok agama tahu janji ini adalah sesuatu yang berat.

“Setiap janji yang diucapkan haruslah ditunaikan tetapi saya hairan sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, Pas hanya mampu berdiam diri melihat rakan sekutu mereka memungkiri janji-janji yang dibuat. Janji bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan. Banyak contoh-contoh boleh kita ambil yang menunjukkan bahawa pembangkang hanya pandai taburi janji.

“Contohnya nak bagi duit kepada ibu tunggal dan warga emas. Ianya tidak ditunaikan secara sekata. Belum lagi janji nak hapus tol dan sebagainya. Sebab itulah mereka takut dengan slogan janji ditepati ini. Mereka takut rakyat akan mempersoalkan setiap janji mereka sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

“Jadi bila Kerajaan pilih slogan ini untuk tema Hari Kemerdekaan, mereka mula gusar dan takut. Takut rakyat akan desak tentang janji kosong mereka. Sekarang ni tak perlu untuk jadi pakar ekonomi untuk menilai mengenai janji. Rakyat boleh fikir,” ujarnya lagi kepada UMNO-Online di sini.

Beliau yang juga ADUN Kg Gajah berkata pembangkang sengaja menimbulkan isu ini memandangkan PRU sudah semakin hampir. Dek kerana bimbang rakyat akan menagih janji maka mereka cuba mengalihkan perhatian rakyat kononnya slogan tersebut berunsurkan politik dan tidak sesuai untuk digunakan sebagai tema sambutan hari kemerdekaan. – MediaUMNO

Isnin, 23 Julai 2012

Pas Terengganu pulau tema Hari Kebangsaan 'Janji Ditepati'

Pas Terengganu berkemungkinan tidak akan mengikut tema yang ditetapkan Kerajaan Pusat dalam program khusus Pas negeri jika pihak tersebut terus menggunakan tema 'Janji Ditepati' pada sambutan Hari Kebangsaan nanti.

Pengarah Penerangan Pas Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata, tema tersebut dianggap sebagai kempen pilihan raya Umno dan Barisan Nasional (BN) serta tidak sesuai digunakan pihak lain, khususnya di negeri Pakatan Rakyat (PR).

Sehubungan itu, Pas meminta agar menukar tema tersebut kepada yang lain kerana terlalu jelas memperlihatkan unsur politik yang tidak patut dicampuradukkan dengan sambutan hari bersejarah itu.

“Kalau tema seperti itu digunakan, ia akan dilihat pelik. Perkara ini terang sangat berbentuk kempen. Jadi, Tidak patut kerajaan guna tema tersebut dan ia sangat perlu ditukar,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata ketika mengulas mengenai ‘Janji Ditepati’ yang dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos depan.

Beliau turut menyokong kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menyeru negeri ditadbir PR supaya tidak menggunakan tema Hari Kemerdekaan terbabit sebagaimana disiarkan dalam portal politik pembangkang.

Wan Sukairi berkata, kerajaan tidak patut menggunakan tema berunsur politik kerana Hari Kemerdekaan melibatkan sambutan umum.

“Kita menyokong kenyataan Naib Presiden Pas itu supaya negeri PR tidak menggunakan tema tersebut. Ia jelas berbentuk kempen. Sepatutnya, sambutan yang berbentuk kepartian dan patriotik ini perlu berbeza.

“Tidak sepatutnya semua sambutan yang dianjurkan memberi kredit kepada Umno dari semua segi sedangkan yang menyambutnya adalah masyarakat,” katanya.-sinar

ps: macamana nak ikut kalau dah janji hanya tinggal janji,mmg patut pun PAS tak ikut sebab slogan 'Janji Ditepati' mana sesuai untuk PAS. PAS cuma tahu tabur janji je..

Jumaat, 20 Julai 2012

Video Debat Sinar Harian "PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa" Part 3





Video Debat Sinar Harian "PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa" Part 3



Video Debat Sinar Harian "PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa" Part 1
Video Debat Sinar Harian "PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa" Part 2
Video Debat Sinar Harian "PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa" Part 3

Video Debat Sinar Harian "PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa" Part 2





Video Debat Sinar Harian "PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa" Part 2



Video Debat Sinar Harian "PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa" Part 1
Video Debat Sinar Harian "PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa" Part 2
Video Debat Sinar Harian "PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa" Part 3

Khamis, 19 Julai 2012

Video Debat Sinar Harian "PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa" Part 1





Video Debat Sinar Harian "PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa" Part 1



Video Debat Sinar Harian "PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa" Part 1
Video Debat Sinar Harian "PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa" Part 2
Video Debat Sinar Harian "PRU 13: Orang Muda Pilih Siapa" Part 3

Jumaat, 13 Julai 2012

30 Penyokong Tegar PAS Sertai Umno Di Pasir Puteh

Seramai 30 penyokong tegar PAS cawangan Ketereh Tugal, Cherang Ruku di sini mengisytiharkan diri mereka keluar parti itu secara beramai-ramai untuk menyertai Umno kerana kecewa perjuangan Pas telah menyimpang dari landasan sebenar.

Mereka diketuai oleh bekas Ketua Pemuda PAS cawangan itu Ramli Ismail, 42, menyerahkan borang keanggotaan kepada Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman.

"Kami merasa kecewa perjuangan PAS selama ini terlalu taksub kepada fatwa (membuta tuli) yang dikeluarkan oleh pucuk pimpinan parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang berkenaan di sini pada Jumaat.

Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Pasir Puteh, Karimah Mohd Noor.

Ramli berkata keputusan menyertai Umno adalah ikhlas selepas membuat pertimbangan yang teliti terhadap perjuangan PAS yang tiada prinsip, hanya tidak lebih sebagai pusaka keluarga yang perlu diwarisi.-bernama

Khamis, 12 Julai 2012

Cerai isteri hadir ceramah Hasan Ali

Hanya kerana tidak menyokong fahaman politik suami, seorang guru mengajar al-Quran dekat sini diceraikan, semalam.

Proses penceraian ke atas wanita itu, Cik Yah (bukan nama sebenar), 60, berlangsung di Mahkamah Syariah.

Menceritakan kisah yang menyedihkan itu kepada Sinar Harian, Cik Yah, seorang ahli Umno yang aktif di kawasannya, memberitahu beliau mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu, Awang (bukan nama sebenar), dalam lingkungan 70-an, kira-kira 15 tahun lalu, atas dasar suka sama suka.

Menurutnya, ketika itu Awang, seorang penyokong Pas, tidak kisah dengan fahaman politik yang dipegangnya, tetapi beliau mengambil keputusan melepaskan jawatan yang dipegang dalam Wanita Umno bagi menghormati pendirian suami.

“Bagaimanapun, awal bulan lepas, kami bergaduh besar. Ia berlaku selepas saya menghadiri majlis cabutan bertuah yang diadakan di Tanah Merah.

“Saya tidak tahu pun bahawa (bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr) Hasan Ali hadir dalam majlis tersebut,” katanya.

Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu kerana mengkritik parti secara terbuka.

Menurut Cik Yah, selepas beliau memaklumkan perkara itu kepada suaminya, suaminya mula mempertikaikan tindakannya turut berada di majlis yang sama.

Pergaduhan bermula di situ dan akhirnya, Awang memfailkan penceraian di mahkamah pada 24 Jun lalu.

Mereka pernah berkahwin sebelum ini dan tidak mempunyai anak.

Cik Yah mendakwa beliau tidak pernah menghalang Awang menyertai mana-mana ceramah politik dan kecewa kerana suaminya pula mengugutnya hanya kerana beliau menghadiri satu ceramah yang dihadiri bekas pemimpin Pas.

Katanya, beliau sudah banyak kali berjumpa dengan imam di kawasan itu mengenai pertelingkahan dengan suaminya dan mendapatkan nasihat bagaimana hendak menyelamatkan rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, katanya, perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan kerana suaminya terus mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan membuat keputusan untuk failkan cerai di Mahkamah Syariah.

Cik Yah mendakwa sikap bekas suaminya ini berubah menjadi terlalu sensitif dan panas baran apabila berhadapan dengan perkara berkaitan politik selepas sering menghadiri ceramah politik, yang diadakan setiap hujung minggu, di beberapa tempat di kawasan kediaman
mereka.

Beliau syak Awang dihasut rakan-rakan yang berjaya membawa ahli keluarga masing-masing menyokong Pas, sehingga Awang berasa tercabar dan mengambil tindakan menceraikannya kerana perbezaan fahaman politik.

“Sebelum memfailkan cerai, bekas suami saya berkata dia tidak mahu lagi tinggal di rumah bersama saya, tetapi mahu berpindah ke rumah anak-anaknya, yang terletak hampir satu kilometer daripada rumah kami.

“Tindakannya itu menguatkan lagi telahan saya bahawa dia sudah tidak sayangkan saya lagi, sebaliknya mengutamakan politik daripada isteri sendiri,” katanya.-sinar

Jumaat, 6 Julai 2012

Syurga atau Neraka, itu semua urusan Allah SWT