Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengkaji semula 26 dari 593 dasar atau peraturan yang digunapakai dalam menentukan pengambilan penjawat awam bagi memastikan ia sesuai dengan keadaan semasa.
Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, 26 dasar itu dipilih kerana ia dianggap tidak mesra rakyat atau pemohon pekerjaan di sektor awam, dan mungkin hanya sesuai pada zaman ia mula-mula dilaksana.
"Contohnya ada peraturan yang mengatakan pemohon yang telah berjaya, jika mereka menolak tawaran itu mereka tidak dibenar memohon jawatan itu lagi untuk tiga tahun, tanpa usul periksa. Jadi kami kena siasat kenapa, kemungkinan dia tak sihat atau ada kontrak dengan syarikat lain. Jadi kami cadangkan peraturan yang tak mesra ini dihapuskan.
"Mereka yang dalam tempoh percubaan pula, hukuman tatatertib lebih ringan daripada mereka yang menjadi kaki tangan tetap, jadi ia perlu diselaraskan," katanya selepas perjumpaan dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di pejabatnya di sini hari ini.
Mahmood berkata, perkara itu dibentang kepada CUEPACS pada pertemuan itu, dan mereka diberi masa untuk mengkaji dan kemudian menyalurkan pandangan serta cadangan mereka mengenai perkara itu kepada SPA. - BERNAMA
JOM TERJAH:
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
Daftar SAYS Malaysia di sini
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline surveyDaftar SAYS Malaysia di sini
Cari Blog Ini
Memaparkan catatan dengan label SPA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SPA. Papar semua catatan
Khamis, 19 Julai 2012
26 dasar pengambilan penjawat awam dikaji semula
Label:
Dasar baru,
Infomasi,
Kerajaan,
pekeliling,
Penjawat Awam,
SPA
Selasa, 3 Julai 2012
CUEPACS MAHU JUMPA PM KERANA TIDAK SETUJU DUA DASAR BARU SPA
Cuepacs akan menarik perhatian PM atau akan berjumpa dengan KSN kerana tidak bersetuju dengan SPA yang memperkenalkan dua dasar baru iaitu membenarkan calon memiliki Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat SPM dan membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan berbanding lima sahaja sebelum ini.
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak bersetuju dengan dua dasar baru yang diperkenalkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam usaha meningkatkan peluang permohonan jawatan ke sektor awam.Presidennya, Datuk Omar Osman menyifatkan dasar-dasar berkenaan sebagai tidak relevan dan merupakan ‘langkah ke belakang’ berbanding amalan sebelum ini. Katanya, dasar tersebut langsung tidak mencerminkan daya saing dalam kalangan pemohon yang berbeza kelayakan malah mendakwa ia adalah satu pembaziran.
“Dasar seumpamanya pernah diamalkan dahulu, calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda layak memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagaimanapun, ia lebih banyak mendatangkan masalah berbanding menyelesaikannya, apa akan berlaku kepada calon yang memiliki diploma atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)?.“Sekiranya calon memiliki ijazah tersebut menerima tawaran yang setimpal dengan kelayakan, sudah tentu dia akan meninggalkan jawatan SPM yang dimiliki. Kemudian, SPA perlu buat lagi temuduga untuk cari pengganti, ia adalah pembaziran dan menyebabkan kekecohan.
“CUEPACS tidak bersetuju dan menolak dasar-dasar baru berkenaan. Ia bukanlah penyelesaian yang realistik kepada masalah 35,000 pemilik ijazah yang bekerja secara kontrak ketika ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas tindakan SPA memperkenalkan dua dasar baru bertujuan meningkatkan peluang permohonan jawatan ke sektor awam berkuatkuasa semalam. Dasar yang diperkenalkan itu adalah membenarkan calon memiliki Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat SPM selain turut membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan berbanding lima sahaja sebelum ini.
Ditanya sama ada CUEPACS akan berjumpa dan berbincang dengan SPA berhubung pelaksanaan dasar-dasar berkenaan, Omar berkata, pihaknya tidak akan berbuat demikian.
Sebaliknya, menurut beliau, pihaknya akan membincangkan perkara berkenaan di dalam mesyuarat kongres dan akan membawanya kepada perhatian Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara.“Tiada sebab untuk kami berjumpa dengan SPA. Masa mereka bincang untuk melaksanakan dasar ini, kami langsung tidak dipanggil.
“Kami akan membawa perkara ini kepada perhatian Perdana Menteri. Kalau tidak dapat, kami akan berjumpa dengan Ketua Setiausaha Negara," jelasnya.-utusan
Label:
Cuepacs,
Dasar baru,
Ijazah Sarjana Muda,
Infomasi,
KSN,
pendidikan,
PM,
SPA,
SPM
Langgan:
Catatan (Atom)


