Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.
Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Mohamad Zaidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Omar Kaseh.
Beliau berkata, kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.
Ali berkata, pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.
Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan ambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun depan," katanya.
Terdahulu pada majlis tersebut, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi anugerah Inovasi Sektor Awam dalam kategori Teknologi Maklumat dan Teknologi ICT manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah menerima Anugerah dalam kategori Pentadbiran Daerah dan Tanah.
Semua pemenang anugerah menerima sebuah Trofi dan juga cek bernilai RM300,000. - BERNAMA
JOM TERJAH:
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
Daftar SAYS Malaysia di sini
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline surveyDaftar SAYS Malaysia di sini
Cari Blog Ini
Memaparkan catatan dengan label KSN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KSN. Papar semua catatan
Khamis, 1 November 2012
Selasa, 3 Julai 2012
CUEPACS MAHU JUMPA PM KERANA TIDAK SETUJU DUA DASAR BARU SPA
Cuepacs akan menarik perhatian PM atau akan berjumpa dengan KSN kerana tidak bersetuju dengan SPA yang memperkenalkan dua dasar baru iaitu membenarkan calon memiliki Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat SPM dan membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan berbanding lima sahaja sebelum ini.
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak bersetuju dengan dua dasar baru yang diperkenalkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam usaha meningkatkan peluang permohonan jawatan ke sektor awam.Presidennya, Datuk Omar Osman menyifatkan dasar-dasar berkenaan sebagai tidak relevan dan merupakan ‘langkah ke belakang’ berbanding amalan sebelum ini. Katanya, dasar tersebut langsung tidak mencerminkan daya saing dalam kalangan pemohon yang berbeza kelayakan malah mendakwa ia adalah satu pembaziran.
“Dasar seumpamanya pernah diamalkan dahulu, calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda layak memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagaimanapun, ia lebih banyak mendatangkan masalah berbanding menyelesaikannya, apa akan berlaku kepada calon yang memiliki diploma atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)?.“Sekiranya calon memiliki ijazah tersebut menerima tawaran yang setimpal dengan kelayakan, sudah tentu dia akan meninggalkan jawatan SPM yang dimiliki. Kemudian, SPA perlu buat lagi temuduga untuk cari pengganti, ia adalah pembaziran dan menyebabkan kekecohan.
“CUEPACS tidak bersetuju dan menolak dasar-dasar baru berkenaan. Ia bukanlah penyelesaian yang realistik kepada masalah 35,000 pemilik ijazah yang bekerja secara kontrak ketika ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas tindakan SPA memperkenalkan dua dasar baru bertujuan meningkatkan peluang permohonan jawatan ke sektor awam berkuatkuasa semalam. Dasar yang diperkenalkan itu adalah membenarkan calon memiliki Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat SPM selain turut membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan berbanding lima sahaja sebelum ini.
Ditanya sama ada CUEPACS akan berjumpa dan berbincang dengan SPA berhubung pelaksanaan dasar-dasar berkenaan, Omar berkata, pihaknya tidak akan berbuat demikian.
Sebaliknya, menurut beliau, pihaknya akan membincangkan perkara berkenaan di dalam mesyuarat kongres dan akan membawanya kepada perhatian Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara.“Tiada sebab untuk kami berjumpa dengan SPA. Masa mereka bincang untuk melaksanakan dasar ini, kami langsung tidak dipanggil.
“Kami akan membawa perkara ini kepada perhatian Perdana Menteri. Kalau tidak dapat, kami akan berjumpa dengan Ketua Setiausaha Negara," jelasnya.-utusan
Label:
Cuepacs,
Dasar baru,
Ijazah Sarjana Muda,
Infomasi,
KSN,
pendidikan,
PM,
SPA,
SPM
Langgan:
Catatan (Atom)


