JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Sabtu, 14 Julai 2012

Pengakuan suami Muhdalina Ahmad, Mohd Irwan Mohd Foad tentang kejadian Amuk bahagian II

KEJADIAN amuk yang berlaku di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya Isnin lalu, menggemparkan negara apabila seorang individu menggelarkan dirinya imam Mahdi begitu berani merempuh masuk de ngan menggunakan pedang samurai. Individu itu, Khalil Afandi Abd Hamid, 47, dikatakan mempunyai masalah kecelaruan personaliti, menggunakan Internet sebagai medium untuk menyebarkan fahamannya. Ketika kejadian, Khalil Afandi bersama seorang wanita dikenali, Muhdalina Ahmad, 28. Ikuti temubual khas wartawan Sinar Harian, bersama suami Muhdalina, Mohd Irwan Mohd Foad, 29, merungkaikan di sebalik kejadian amuk tersebut.



Muhdalina seperti dipukau
Bagaimana pula dengan keadaan Muhdalina?

Saya lihat isteri saya bukan seperti insan yang saya kenali. Dia tidak sedar dengan apa yang dilakukannya. Diaseperti dipukau. Dia taksub dengan apa yang dilakukan Khalil Afandi. Apabila sampai ke tahap itu, saya sudah mula syak bahawa dia membawa
ajaran songsang dan berfikir untuk membuat laporan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), tetapi tidak sempat.

Apa yang membuatkan saya pasti Khalil Afandi membawa ajaran sesat apabila dia berkata manusia tidak perlu solat, syurga neraka tidak ada, jangan ikut Nabi Muhammad SAW dan bertegas hanya dia seorang sahaja yang boleh masuk syurga.

Pada ketika itu, saya cuma boleh memikirkan keadaan isteri saya, saya amat risau keadaannya kerana isteri saya amat taksub kepada Khalil Afandi sehingga boleh disifatkan tidak normal.


Apa yang Mohd Irwan lakukan untuk menghalang tindakan isteri sebelum pergi lebih jauh?

Saya pernah mengajaknya untuk pulang dan menjelaskan keadaan yang sebenar tetapi tidak berjaya.
Muhdalina sekali lagi meminta saya supaya tidak menghalangnya untuk berjuang dan dia memaklumkan akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya tegah tetapi dia sekali lagi menuntut cerai. Saya pasrah demi keselamatan isteri.

Saya tegaskan di sini, saya tidak mampu untuk membiarkan isteri tinggal bersendirian dengan Khalil Afandi kerana risau akan keselamatannya. Memandangkan keadaan Khalil Afandi yang dilihat seperti orang tidak normal.

Khalil Afandi juga sering berkata kepada isterinya, “Aku akan bunuh kamu” sekiranya permintaannya tidak dituruti.


Langkah ke Putrajaya
Boleh ceritakan bagaimana peristiwa amuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) berlaku?

Saya mengaku, saya dan isteri Khalil Afandi yang menghantar mereka berdua ke Putrajaya.

Ketika di rumah, saya tersedar daripada tidur selepas mendengar jeritan Khalil Afandi kepada isterinya, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Tanpa berlengah, saya terus bangun dan hanya sempat mencuci muka untuk bersama-sama mereka bertiga.

Saya lihat Khalil Afandi membawa dua bilah pedang yang dibalut kemas. Saya dan Muhdalina bersama seorang anak lelaki Khalil Afandi, berusia 9 tahun, duduk di belakang.

Khalil Afandi duduk di bahagian penumpang hadapan manakala isterinya memandu kereta jenis Proton Gen 2 berwarna emas.

Khalil Afandi memegang erat dua bilah pedang tersebut. Setibanya di Putrajaya, Khalil Afandi mengarahkan kenderaan berhenti di Dataran Putra, kira-kira jam 1 petang.

Khalil Afandi bersama Muhdalina turun dan kami diarahkan pulang, jika tidak kami akan dibunuh.

Selepas itu saya tidak mengetahui sebarang berita mengenai mereka berdua sehinggalah Muhdalina menghubungi isteri Khalil Afandi dan memberitahu suaminya ditembak polis.

Ketika itu saya tidak mengetahui Muhdalina turut terkena tembakan dalam kejadian tersebut.

Kira-kira jam 4 petang, saya bergegas ke Hospital Putrajaya selepas mengetahui Muhdalina turut tercedera terkena tembakan di paha kanan.

Bagaimanapun, saya tidak dapat bertemu dengannya kerana kawalan ketat polis dan saya diarahkan untuk berjumpa dengan Ketua Polis Daerah Putrajaya, AsistenKomisioner Abdul Razak Abdul Majid. Selepas itu, baru saya dibenarkan melawat Muhdalina yang masih mendapatkan rawatan di unit kecemasan. Muhdalina ketika itu sedar tetapi kelihatan seolah-olah masih belum berada di dunia nyata.

Di sebelah Muhdalina pula terdapat jenazah Khalil Afandi.


Muhdalina seperti tidak tahu terlibat dalam kejadian amuk
Bagaimana dengan keadaan Muhdalina ketika di Hospital Putrajaya?

Ketika dia sedar, dia memohon maaf kepada saya tetapi masih tidak mengetahui apa yang berlaku.

Apabila saya ceritakan kepadanya, dia seolah-olah terkejut dan tidak mengetahui bahawa dia terlibat dalam kejadian amuk tersebut. Saya tunjukkan laporan dan gambar pada sebuah akhbar sebagai bukti. Dia terdiam malah terus memejamkan mata.

“Abang, saya tidak tahu. Itu bukan saya...saya tidak buat semua itu.” Itulah kata-kata yang terpacul dari mulut Muhdalina selepas dia melihat laporan akhbar tersebut.

Kesihatan Muhdalina ketika ini stabil. Doktor memaklumkan peluru yang tertanam di pahanya tidak boleh dikeluarkan kerana mungkin boleh menyebabkan kecederaan lebih parah.


Bagaimana perasaan Mohd Irwan bila mengetahui isteri terlibat dalam kejadian tersebut?

Suami mana yang tidak terkejut dengan kejadian ini? Saya tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Apa yang boleh saya katakan di sini, Muhdalina tidak sedar terhadap apa yang dilakukannya. Semuanya kerana kehendak Khalil Afandi.

Saya sedih melihat keadaan dirinya sewaktu ini. Saya beranggapan dia tidak salah sepenuhnya.

Ketika kejadian, dia tidak sedar. Malah, selepas kembali normal, dia sedikit pun tidak mempercayai perbuatannya itu.

Saya meminta orang ramai tidak terus menyalahkan Muhdalina, termasuk diri saya juga kerana membiarkan perkara ini berlaku.

Jika anda berada di tempat saya...anda akan tahu apa yang saya alami. Saya tidak mampu untuk bertindak kerana khuatir dengan keselamatan diri dan isteri.

Saya minta Muhdalina tidak dijadikan sebagai ‘kambing hitam’ dalam kejadian ini
memandangkan Khalil Afandi meninggal dunia akibat tembakan tersebut.

Saya juga bekerjasama dengan polis dan memberikan semua maklumat yang mereka inginkan. Saya juga mengharapkan Muhdalina dapat dijamin.-sinar

Pengakuan suami Muhdalina Ahmad, Mohd Irwan Mohd Foad tentang kejadian Amuk

15 ulasan:

Kekzamanis berkata...

Hmmm.. Kalau betul2 bimbangkan keselamatan isteri, sepatutnya awal2 lagi masa dorang hantar Khalil & Muhdalina ke Putrajaya tu, dorang terus gi buat report polis. Bukan biar benda macam tu terjadi baru nak terhegeh2 datang buat laporan.. Tak faham betul ar dunia zaman sekarang ni..

ahmad zikron berkata...

betul tu..mungkin mase tu dia tak fikir kot..dh jadi mcm tu baru nk fikir keselamatan..

Tanpa Nama berkata...

die kate die xtau pun ape yg jadi... kene pukau.... tapi... mule2 sedar, die mintak maaf kat suami die kan???? kalo xtau ape jd... mintak maaf utk ape ek???

xcaye 100%... kalo nak lari dr kesalahan, 2 je cara... buat2 gila n kena pukau...

feez berkata...

Sepatutnya dari awal lagi suami muhdalena ambil langkah keselamatan dengan merujuk masalah isterinya yg mula mengalami perubahan....bukan hanya menurut kata isterinya sehingga sanggup mbawa isterinya tinggal di rumah lelaki yg tidak dikenali. Rasionalkah tindakan itu?? Dah sampai rumah lelaki tu baru nak rasa bahaya....sebelum tu kenapa ikut je kehendak isteri tu yg dah mula tunjuk tanda pelik......siap tlg hantar lagi isteri tu tanpa buat laporan polis sebelum amuk tu berlaku...pelik lah....

rita berkata...

Mcm2 blh berlaku tanpa kita sedari...

sidekjaafar berkata...

banyak sgt andaian korang....korang tidak berada ditempat dia bolehlah gebang...bodoh

ahmad zikron berkata...

ko ada kat tempat kejadian ke masa tu?

eyzzah berkata...

Saudara sidekjaafar saya rasa malu bila baca komen awak. Perkataan sebegitu tak sepatutnya awak ucapkan. Kalau saya ada ayah mcm awak malunya saya. Tiada peradapan bila berkata2

Tanpa Nama berkata...

Yang aku heran pasai apa si laki ni bagi bini dia pi dok bertemu dengan jantan lain, laki orang pulak.... Pastu kata kena pukau. Macam2 !

Tanpa Nama berkata...

korang x kenal sape laki die!!

norma yusoff berkata...

mcm tak logik je seorang suami boleh biarkan isteri dia buat benda2 uncertaity, 1-tak ambil tindakan bila perangai isteri berubah,percaya wujud imam Mahdi??tak siasat ke?tunggu ape? 2-turut bersama2 duduk di kediaman arwah.takkan tak berdetik rasa bukan2..lagi2 bila arwah turut bawak pedang??tengok aje ke?? 3-biarkan isteri bersama2 jantan lain tanpa tau tujuan apa..bila arwah ckp "nak bunuh kalau ikut?" ko ngan bini arwah tu pun balik?kena pukau gak? sebenarnya ko ngan bini arwah tu pun sama 2x5 jahlun!jahanam ada pemimpin camni..aduhai..

Tanpa Nama berkata...

baik kojol jer haihai baibai, macam khalil, tutup habis cerita. menambahkan beban kerja angkatan polis je perhatikan kamu.

Tanpa Nama berkata...

X dak gheja nak dengaq cerita merepek. Logik ke sorang suami bagi duduk ngan laki lain kat rumah lain?? toksah nipu la..sesat tu sesat la jugak..yg penting ajaran sesat ni memang bahaya!!

Tanpa Nama berkata...

BUTA IT tak paa... jangan BUTA AKIDAH... jangan jadi DAYUS...

Tanpa Nama berkata...

kita tak boleh salahkan semua kt suami muhdalina. mungkin kalau korang kt tempat dia pun, gabra dan takut sampai tk boleh fikir nk buat apa. melayu2..suka sangat menyalahkan orang lain. fahamkan balik teks tu. baca 2, 3 kali. cuba sesekali letakkan diri di tempat orang tu. ke nak kena kt batang hidung sendiri baru rasa?