JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Wan Azizah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wan Azizah. Papar semua catatan

Rabu, 11 Julai 2012

SPR: Tiada halangan Azizah tanding Dun

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tiada halangan jika Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Semalam, Wan Azizah mengatakan yang beliau sedang mempertimbangkan dengan "serius" untuk bertanding dan mengambil kira pelbagai aspek.

Bagaimanapun, isteri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini tidak mengulas di kawasan dan negeri mana beliau akan bertanding.

Sebaliknya, beliau berkata, akan berbincang terlebih dahulu sebelum memutuskan kawasan mana beliau akan bertanding.

"Kita tidak ada sebarang halangan jika beliau mahu bertanding dalam kerusi Dun dan ia tidak menjadi masalah," ulas Abdul Aziz ditemui selepas Sesi Khas SPR Bersama Media-Demonstrasi Susun Atur Tempat Mengundi di sini, hari ini.

Menurutnya, Dr Wan Azizah hanya meletakkan jawatan di peringkat kerusi Parlimen dan oleh itu, tiada halangan jika beliau mahu meneruskan niat bertanding di mana-mana kerusi Dun.

"Beliau hanya tidak boleh bertanding di (kerusi) Parlimen saja, kerana mengikut undang-undang beliau memang tidak layak bertanding di Parlimen tetapi di Dun, tiada masalah," tambah beliau.

Pada pilihan raya umum lalu dan ketika pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh 2008, Dr Wan Azizah mengundi di SK Sri Penanti yang terletak di kerusi Dun Permatang Pasir.

Dr Wan Azizah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen empat tahun lalu.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan beliau masih tertakluk kepada larangan bertanding semula kerusi Parlimen selama lima tahun.-sinar

Selasa, 10 Julai 2012

Wan Azizah layak tanding kerusi Dun PRU13

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen empat tahun lalu, layak bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Di bawah Perlembagaan Persekutuan beliau masih tertakluk kepada larangan bertanding semula kerusi Parlimen.

Penasihat undang-undang dan pemimpin kanan PKR, R. Sivarasa; Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu bahawa undang-undang tidak mengenakan sebarang halangan jika seorang anggota Dewan Rakyat yang meletakkan jawatan tanpa alasan yang kukuh daripada bertanding kerusi Dun.

"Saya baca Perlembagaan Persekutuan dan saya mendapati Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang Ahli Parlimen yang meletakkan jawatan tidak boleh bertanding semula kerusi Parlimen selama lima tahun.

"Begitu juga seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang meletakkan jawatan, dia hanya tidak boleh bertanding kerusi Dun di mana-mana negeri untuk satu tempoh selama lima tahun, tetapi sama ada dia (bekas Adun terbabit) boleh bertanding kerusi Parlimen atau seorang (bekas) Ahli Parlimen boleh bertanding kerusi Dun, Perlembagaan Persekutuan nampaknya sepi dalam hal ini, tiada peruntukan yang jelas," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

"Mungkin Datuk Wan Azizah sudah berunding dengan penasihat undang-undang. Apa pun, SPR serahkan kepada tafsiran Peguam Negara, SPR akan merujuk kepada Peguam Negara untuk mendapatkan tafsiran," kata beliau.

Mengenai tindakan pihaknya jika Dr Wan Azizah mengemukakan borang penamaan calon kelak, Wan Ahmad berkata, pihaknya akan membuat persiapan dengan mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Peguam Negara.

"Oleh kerana perkara ini sudah berbangkit, kami akan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menghadapi apa jua kemungkinan pada hari penamaan calon, bukan perkara sukar untuk mendapatkan tafsiran Peguam Negara," katanya lagi.

Seiring dengan pandangan Wan Ahmad itu, Wan Junaidi juga menekankan bahawa peruntukan perundangan "kelihatan sepi" dalam soal itu.

"Peruntukan hanya merujuk kepada Ahli Parlimen yang meletakkan jawatan tidak boleh bertanding balik kerusi Dewan Rakyat dalam tempoh lima tahun.

"Bermakna perkara itu terbuka untuk tafsiran, peruntukan Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut apa-apa (melarang) bahawa seseorang itu (bekas Ahli Parlimen) tidak boleh bertanding kerusi Dun," kata beliau yang juga Ahli Parlimen dari Sarawak.

Sivarasa, seorang peguam dan Ahli Parlimen kerusi Subang ketika ditanya mengenai isu itu menjelaskan, "ya, larangan dalam Perlembagaan Persekutuan hanya terpakai ke atas kerusi-kerusi Parlimen. Beliau boleh bertanding kerusi Dun."

"Perkara 48 dalam Perlembagaan Persekutuan jelas bahawa ketidaklayakan hanya bagi anggota Dewan Perwakilan yang ditafsirkan dalam Artikel 46, merujuk kepada 222 Ahli Parlimen. Tiada apa-apa peruntukan yang mengatakan beliau (Dr Wan Azizah) tidak boleh bertanding kerusi Dun," kata beliau ketika mengulas laporan kelmarin bahawa Dr Wan Azizah tidak menolak kemungkinan akan bertanding di mana-mana kerusi Dun pada PRU13.

Dr Wan Azizah, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, walaupun beliau tidak layak bertanding untuk kerusi Parlimen namun beliau masih boleh bertanding di mana-mana kerusi Dun.

Kerusi itu ditandingi oleh suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini bertanding sebagai Ketua Pembangkang.

“Walaupun saya mempunyai pilihan untuk memilih di manakah kawasan yang ingin bertanding namun saya perlu juga mendapatkan maklum balas dari penyokong," katanya yang mengumumkan keputusan meletakkan jawatan pada 31 Julai 2008.

Mandat semalam Parlimen berakhir penghujung April 2013.

PRU13 disebut-sebut akan diadakan selepas sambutan Aidilfitri.-sinar

ps: kalaupun layak bertanding,boleh menang ke?