JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Tip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tip. Papar semua catatan

Isnin, 29 Julai 2013

Contoh Surat Berhenti Kerja Paling Hampeh

Contoh surat berhenti kerja seorang operator pengeluaran kilang elektronik. Time nak kerja semua sanggup buat dah kerja tak tahan mula kutuk macam-macam. Biasa la tu kalau dah makan gaji, kalau tak nak makan gaji boleh la berniaga sendiri ke. Apapun, korang layan la surat ini.

NO 834,LORONG BAHGIA
TAMAN SEJAHTERA
06600

MUHAMAD YUSOP
PLOT 131A,
JALAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 BUKIT MINYAK,
SEBERANG PERAI TENGAH,
PENANG . 19 DEC 2005

TUAN,

PER : SURAT BERHENTI KERJA

Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab- musabab saya ingin berhenti kerja:-

1. Saya kerap dibuli oleh senior.

2. Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.

3. Lagu 5′S tidak masuk dalam carta ERA.

4. Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je… Nak beratur pun dah 20 minit!!!

5. KERJA BERDIRIIIIIIIIIII… … … . Kasut takde sponge pulak!!!!!

6. Bas kilang tersangat laju… . Tersangat BAHAYA… ..

7. Kalau setakat nak keja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM pun boleh keja
jugak!!!

8. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter
pulakk… ..

9. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.

10. Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GATE HOUSE nak balik kena beratok BULEH
TAWAF satu kilang..

11. Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu… . Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak
marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH…

12. Boss kadang 2 ok, kadang 2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak

13. Faedah2 lain tak memuaskan. contoh keja bagai nak tecabut kepala lutut profet shereing
HAMPEHHH

14. BANYAK LAGI NAK HABAQ TAPI KUT TAK SANGUP DENGAQ KUT!!!!

15. Bonus Tahun Ni Takde Macam Hampeh…Orang Gaji Besar je yang dapat,Orang bawahan semua tak dapat…Kalau mcm ni biar boss besar mati cepat!!!! ..baru ada keadilan……Aminnnn

Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja sebagai operator. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM890. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segala kerjasama … … … … tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya.

**Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUTdari saya… … ..
IKAN KELI, IKAN KEMBUNG; ANGKAT KAKI, LLLAAAMMMBUNG… … … … …

SEKIAN, TERIMA KASIH..

Isnin, 29 Oktober 2012

Tips Peperiksaan: 10 tips hadapi peperiksaan

Hanya tinggal 7 hari sahaja lagi calon SPM 2012 akan mendudui peperiksaan SPM 2012. Peperiksaan SPM merupakan salah satu peperiksaan yang penting bagi menentukan kejayaan seseorang pada masa akan datang.

Peperiksaan penting seperti SPM amat memerlukan persedian lebih daripada sekadar membaca semata-mata. Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya.

Dikongsikan 10 tips hadapi peperiksaan secara umum sebagai persediaan rapi serta memupuk keyakinan tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan yang dipetik dari blog Paneh Miang.

Berikut adalah 10 tips dalam menjawab peperiksaan SPM:

1. Datanglah dengan dokumen dan peralatan yang lengkap.

Bawalah semua dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan dan slip pendaftaran peperiksaan. Bersedia juga dengan alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam, pemadam, pembaris dan lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

2. Tenang dan percayakan diri anda.

Ingatkan diri bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik. Mulakan dengan bacaan Al Fatihah dan doa.

3. Bersantailah tapi berhati-hati.

Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk menulis. Duduk dalam keadaan menegak. Jika kerusi dan meja dalam keadaan tidak baik, maklumkan segera kepada petugas sebelum peperiksaan bermula.

4. Fahamkan arahan dan semak semua soalan terlebih dahulu.

Luangkan masa untuk fahamkan arahan dan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam. Tanda kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang mungkin boleh digunakan sebagai jawapan.

5. Jawab soalan secara strategik.

Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak. Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah:
  • Soalan paling sukar,
  • Soalan yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya; dan
  • Soalan yang mempunyai markah sedikit.
6. Semasa menjawab soalan berbentuk aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih.

Mula-mula, abaikan jawapan yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

7. Semasa menjawab soalan berbentuk essei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis.

Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea/point yang akan ditulis. Kemudian susun point itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

8. Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya.

Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

9. Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan.

Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

10. Analisa jawapan anda.

Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan pengalaman kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

Diharapkan semua pembaca khususnya pelajar dan ibubapa dapat manfaatkan 10 tips hadapi peperiksaan yang diberi ini.

Insyaallah kejayaan akan datang setelah kita berusaha dengan gigih dan jangan lupa berdoa supaya dipermudahkan dalam segala perkara yang kita lakukan.

Rabu, 11 Julai 2012

Tip Bagaimana Untuk Menyiapkan Diri Bagi Sesi Temuduga Dan Berjaya

Dengan beratus-ratus orang memohon untuk mengisi jawatan yang sama, termasuk mereka yang baru menamatkan persekolahan, graduan dan mereka yang ingin bertukar majikan, peluang untuk dipanggil menghadiri temuduga adalah tipis.

Dan walaupun mereka dipanggil untuk menghadiri temuduga, melepasi proses saringan pula begitu sukar sekali.

Sementara majikan mempunyai begitu banyak pilihan dalam mengisi kekosongan, mereka yang berharap untuk diterima bekerja sering kali kecewa. Di mana silapnya?

Sekarang ini, persiapan rapi perlu serta kebijaksanaan dalam memohon jawatan dan melepasi proses saringan. Bagaimanapun, nasib juga memainkan peranan kerana beratus-ratus orang yang memenuhi segala syarat memohon jawatan yang sama.

PENAMPILAN PENTING

Tanggapan awal penting. Ini satu daripada syarat penentu yang pencari kerja perlu tahu sama ada dalam memohon jawatan atau menghadiri temuduga.

Tanggapan awal ini bermula dengan surat permohonan yang ringkas, menyeluruh dan menarik yang akan menarik perhatian majikan dan menambah peluang untuk dipanggil menghadiri temuduga.

Tetapi sekarang ini majikan lebih suka mengadakan temuduga terbuka dan dengan itu surat permohonan tidak lagi perlu.

Bagaimanapun, syarat itu kekal. Untuk meyakinkan bakal majikan, penampilan fizikal semasa menghadiri temuduga yang menunjukkan tanggapan pertama adalah penting.

Jadi calon-calon yang menghadiri temuduga dinasihatkan berpakaian elok - bersih dan kemas - sesuai dengan tuntutan jawatan dan status syarikat yang mereka mahu bekerja.

Setiap kali anda berjalan masuk ke bilik temuduga, tanggapan awal tercetus secara automatik. Panel temuduga akan meneliti pakaian anda, jelas Sujitha Rajaratnam, Pengarah Sumber Manusia Akzo Nobel Decorative Paints Malaysia baru-baru ini.

Tanggapan pertama ini membawa impak segera. Daripada pakaian yang dipakai, sehinggalah pada aksesori pelengkap dan cara seseorang itu berjalan atau duduk, akan diteliti apabila calon memasuki bilik temuduga.

Semua orang bermula dengan cara yang sama, dan begitu juga saya. Saya pernah melihat mereka yang berpakaian elok dan mereka yang tidak kisah dengan faktor penampilan semasa temuduga. Mereka seharusnya tahu yang seluar jeans dan selipar tidak boleh dipakai untuk temuduga, katanya.

Pakaian kemas perlu diiringi sikap yang betul.

"Sikap yang betul adalah faktor penting bagi majikan dalam melakukan pilihan yang tepat, jelas Sujitha lagi.

KOMUNIKASI LEBIH BAIK DIPERLUKAN

Sujitha yang terbabit dalam proses merekrut petugas, mengutarakan satu kelemahan serius yang sering diperhatikan pada calon semasa temuduga.

"Saya mendapati kelemahan dalam kemahiran berkomunikasi dalam kebanyakan temuduga yang dijalankan hari ini. Dan memperbetul kelemahan ini adalah penting. Kami sentiasa mencari bakat-bakat baru dan sesiapa sahaja boleh menikmati laluan kerjaya yang hebat di Akzo Nobel, katanya.

"Sebagai pengamal HR, saya akan memberi penekanan yang lebih kepada kemampuan calon-calon untuk meyakinkan bakal majikan mereka apabila berkomunikasi semasa sesi temuduga, kata Sujitha.

Calon-calon perlu meyakinkan panel yang membuat pemilihan akan kemampuan komunikasi mereka semasa temuduga.

Pemerhatian Sujitha juga menunjukkan graduan institut pengajian tinggi swasta nampak lebih terbuka dan menonjol semasa temuduga tidak seperti rakan-rakan mereka daripada institut pengajian tinggi awam.

Saya mahu lihat lebih ramai graduan daripada universiti-universiti awam menunjukkan kemampuan mereka petah bercakap termasuk memberikan pandangan dan pendapat mereka terhadap perkara-perkara tertentu.

DOKUMEN

Semasa temuduga, ringkasan butiran peribadi atau curriculum vitae (CV) mesti disediakan untuk dirujuk oleh mereka yang mengendalikan temuduga. CV ini perlulah ringkas, padat dan lengkap.

Format CV paling sesuai adalah tidak lebih daripada dua muka surat dan harus mengandungi butir-butir seperti pengalaman kerja, kelayakan akademik dan maklumat terkini pekerjaan semasa mereka.

Pemohon juga perlu menyusun kemas dokumen-dokumen mereka di dalam folio, bersama-sama dengan CV dan sijl-sijil asal, selain membawa bersama mereka sebatang pen dan kertas kosong semasa temubual jika terdapat keperluan.

Selain daripada itu, mungkin terdapat keperluan untuk mengisi borang-borang sebelum temuduga bermula.

Ingat, tambah Sujitha, borang-borang ini perlu diisi lengkap kerana ia membantu penemuduga untuk mendapatkan butir-butir yang diperlukan oleh syarikat sekilas pandang.

Seseorang perlu menulis semula. Jangan biarkan penemuduga untuk menghalusi CV panjang lebar sekali lagi. Pindahkan semua butiran yang perlu pada ruang-ruang yang disediakan pada borang. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk melengkapkannya, tambah beliau.

BUATLAH SEDIKIT KAJI SELIDIK

Seseorang calon temuduga perlu tahu mengenai latar belakang syarikat yang berkenaan. Mereka perlu melakukan sedikit kaji selidik akan produk-produk keluaran syarikat itu dan industri.

Ia pasti berfaedah untuk mengetahui maklumat lanjut syarikat berkenaan dan bagaimana kedudukannya jika dibandingkan dengan penggiat industri atau pesaing berkaitan.

Calon-calon juga boleh melayari laman web syarikat untuk mengetahui mengenai pelanggan syarikat, selain tumpuan dan pendekatannya.

DISKRIPSI TUGAS

Satu lagi petua penting adalah untuk meneliti bidang tugas jawatan yang dipohon itu.

Memahami bidang tugas akan membolehkan calon-calon lebih bersiap sedia untuk menghadapi temuduga, khasnya mengenai kesesuaian calon itu sendiri bagi jawatan berkenaan.

Dan akhir sekali, mereka yang menghadiri temuduga perlu berada di tempat yang sepatutnya tepat pada masa dan perlu berada dalam keadaan relaks semasa sesi temubual.

Graduan hari ini perlu mencari jalan meningkatkan peluang untuk mencari pekerjaan daripadak mengeluh yang mereka ketinggalan dalam persaingan mencari kerja.

Jadi apa pula kata mereka yang bersiap untuk memasuki pasaran kerja? Mohd Alif Osman, seorang penuntut tahun akhir program diploma seni hias dalaman yang berusia 23 tahun yakin akan masa depannya dalam industri itu.

Sebelum ke temuduga, seorang graduan perlu mengetahui keperluan sebenar industri dan baca akan latarbelakang syarikat yang mereka berminat untuk bekerja. Ini pasti dapat membantu saya menghadapi temuduga dengan lebih baik,jelas Mohd Alif.

Chun Ee Voon, 20, seorang penuntut Malaysian Institute of Arts juga menyuarakan kesediaannya untuk merebut apa-apa peluang pekerjaaan selepas menamatkan kursus dua setengah tahun.

Sekarang ini bukan mudah untuk mendapatkan peluang pekerjaan, jadi mereka yang sedang mencari pekerjaan perlu menghargai setiap peluang temuduga dan berusaha ke arah menambah baik kemahiran komunikasi dan pengetahuan mereka untuk meyakinkan bakal majikan.