JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Pusat asuhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pusat asuhan. Papar semua catatan

Khamis, 21 November 2013

Rosmah Mansor : Beri Peluang Sama kepada Kanak-Kanak Autisme (perasmian Majlis Pecah Tanah Permata Kurnia)

Kanak-kanak autisme berhak mendapat peluang sama untuk membesar dengan kanak-kanak lain seterusnya menjadi sebahagian modal insan negara.

Penaung Program Permata Negara (Permata), Datin Seri Rosmah Mansor berkata, setiap kanak-kanak ini merupakan kurniaan istimewa dan harus diberikan perhatian seistimewa yang mungkin.

"Hari ini merupakan detik yang sungguh bermakna buat saya dan seluruh warga Permata kerana mencatat satu lagi perkembangan dan kemajuan dalam program Permata. Ini menunjukkan kita maju setapak lagi ke hadapan melalui penubuhan pusat Permata Kurnia," katanya dalam ucapan perasmian Majlis Pecah Tanah Permata Kurnia di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau yang juga merupakan isteri Perdana Menteri turut melahirkan rasa teruja dan bersyukur beliau dengan kerjasama semua pihak dalam pembinaan Permata Kurnia demi masa depan kanak-kanak autisme.

"Ini dapat menyediakan diri mereka lebih baik untuk masa hadapan. Istimewanya pusat ini akan menyediakan kemudahan seperti kolam, gimnasium dan laman hijau.

Malah arkitek bagi projek ini juga merupakan seorang ibu kepada anak yang turut mengalami autisme," ujar beliau.

Jelas Rosmah, beberapa kaedah intervensi awal dan pendidikan yang telah dibuktikan keberkesanannya melalui pendidikan di peringkat antarabangsa akan dilaksanakan secara bersepadu bagi mencapai objektif yang dirancang.

"Program ini juga akan bekerjasama dengan Autisme Speak, sebuah pertubuhan sains, kesedaran dan nasihat autisme terkemuka dunia yang berpengkalan di New York, Amerika Syarikat," katanya yang dalam masa sama berbincang dan memberitahu isteri kepada pemimpin utama di peringkat antarabangsa turut melahirkan keprihatinan mereka mengenai autisme malah menawarkan kerjasama bagi membuat kajian lanjut serta bertukar buah fikiran serta maklumat apabila membuat lawatan kerja ke Dubai baru-baru ini.

Justeru itu, Permata Kurnia akan menawarkan tiga jenis perkhidmatan iaitu Program Intervensi Sepenuh Masa, Program Intervensi Sokongan dan Keluarga serta Program Latihan.

Autisme adalah sejenis kecacatan perkembangan fungsi otak yang menyebabkan kecelaruan dan akan menimbulkan masalah perhubungan sosial, komunikasi dan hidup seolah-olah dalam dunia mereka sendiri.

Kajian menunjukkan bahawa 60 peratus hinggga 70 peratus mereka yang mengalami autisme mempunyai kekurangan keupayaan intelektual iaitu IQ di bawah 70.

Kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2004 mendapati kadar prevalens autisme adalah satu kes bagi 600 kelahiran untuk kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah.

Ini bermakna secara kasar, bilangan kanak-kanak yang mengalami autisme adalah seramai 13,333 orang. Namun yang demikian dijangka kadar prevalens ini lebih tinggi pada masa sekarang.

Pada masa ini, hanya sebahagian kecil iaitu 2.782 orang atau 20.86 peratus daripada kanak-kanak autisme menerima pendidikan di sekolah -sekolah aliran perdana.

Sebahagian kecil lagi menerima pendidikan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Autisme di bawah Badan Bukan Kerajaan dan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).

Sehubungan itu, pusat khusus untuk program intervensi kanak-kanak autisme ini akan dibina di atas tanah seluas 2.6 ekar di Lot PT9305, Jalan Sentul melibatkan anggaran kos pembinaan RM28 juta.

Projek berkenaan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan iaitu pada Februari 2015.

Sumber: rakyatnews.my

Isnin, 16 Julai 2012

Pengasuh mengaku pukul bayi di sebuah pusat asuhan Presint 18 Putrajaya

Seorang bayi lelaki berusia dua bulan bengkak dan lebam pada muka selepas dipercayai ditampar pengasuh sebuah pusat asuhan di Presint 18, Putrajaya, kelmarin.

Muhammad Arfan Harraz Hazri, kini dirawat di Hospital Selayang apabila keputusan x-ray menunjukkan berlaku pendarahan di bawah mata, hidung dan telinganya.

Bapanya, Hazri Nizam Zakaria, 33, berkata beliau terkejut melihat bahagian kanan muka bayinya mempunyai kesan lebam ketika mengambil Arfan dari pusat asuhan berkenaan, tetapi pengasuh terbabit memberi alasan mangsa alah kepada susu.
“Isteri saya kemudian mendesak pengasuh itu menceritakan perkara sebenar dan dia memberitahu Arfan terjatuh dari katil bayi pula. Saya yang masih tidak berpuas hati, sekali lagi menghubungi pengasuh berkenaan pagi tadi (semalam) dan selepas didesak, dia mengaku memukul Arfan.

“Pengasuh itu juga memberi alasan berbuat demikian kerana kononnya bayi kami tidak henti-henti menangis. Dia juga mendakwa tertekan kerana terpaksa menjaga lapan bayi berseorangan,” katanya kepada BH, semalam.

Keluarga mangsa kemudian membuat laporan di balai polis Rawang dan jurucakap polis, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.-berita harian

ps: nasib baik ibu bapa bayi tersebut bertindak cepat sebelum perkara yang lebih buruk terjadi. pusat asuhan sekarang pun dah tak boleh nak percaya sangat.

Khamis, 28 Jun 2012

Seorang lagi bayi meninggal dunia akibat tersedak susu di pusat asuhan


Berita harian hari ni melaporkan seorang lagi bayi meninggal dunia akibat tersedak susu di pusat asuhan. Kali ini seorang bayi lelaki berusia dua bulan di sebuah pusat asuhan, di Flora Damansara, di sini pagi semalam.

Untuk rekod,sudah 7 kes dilaporkan meninggal dunia akibat tersedak susu.

baca berita penuh

Siapa sebenarnya yang harus dipersalahkan bila berlaku kes sebegini?

Ibu bapa yang bekerja memang terpaksa menghantar anak mereka di pusat asuhan tetapi kerana sedikit kecuaian,bayi yang masih belum kenal erti kehidupan yang menjadi mangsa.

Adakah pengasuh yang berkhidmat di pusat asuhan benar-benar ikhlas bekerja?

Adakah pengasuh yang berkhidmat di pusat asuhan tidak punya sifat kasih sayang?

Adakah pengasuh yang berkhidmat di pusat asuhan tidak punya sifat perikemanusiaan?

Adakah penguasaha pusat asuhan hanya mementingkan duit semata-mata dengan mengambil begitu ramai bayi untuk dijaga sedangkan pengasuh yang ada tidak mencukupi.

Anak adalah amanat Allah SWT untuk kita jaga dengan sebaik-baiknya.

Janganlah bila berlaku kes sedemikian,baru kita semua mahu sedar.