IPOH: Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat tengah hari tadi.
Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi.
Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta anakanda baginda termasuk Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah berada di sisi ketika kemangkatan baginda.
Seluruh rakyat jelata turut bersedih dengan berita kemangkatan baginda yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang disiarkan RTM.
Serentak pengumuman itu, seluruh negeri berkabung dengan bendera Negeri Perak dikibar separuh tiang selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari, bermula hari ini.
Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Asar esok.
Belangsungkawa
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah
- Almarhum baginda dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak
- Anak kepada Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah
- Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesembilan
- 1 Julai 1983 Dewan Negara Perak memahkotakan Almarhum baginda sebagai Raja Muda Perak
- 3 Februari 1984 dimahsyurkan sebagai Sultan Perak ke-34
- 9 Disember 1985 ditabal sebagai Sultan Perak secara rasmi
Pendidikan
----------
- Government English School, Batu Gajah (kini SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah)
- Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom pada tahun 1953
- 23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn
Kerjaya
--------
- Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
- Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen
- Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang
- Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
- Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu
- Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
- 1965 Almarhum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya sekali gus menjadi hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel pada usia 37 tahun.
- 1973 Hakim Mahkamah Persekutuan
- 1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
- 12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara kelima menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara
Sumbangan
---------
- Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga Februari 1984).
- Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31 Oktober 1976)
- Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986 hingga Mei 2014
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai1986
- Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkon, Bangkok, Thailand pada 19 Disember 1990
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999
Sukan
-----
- Almarhun baginda Sultan Azlan aktif dalam sukan hoki sejak zaman persekolahan di Batu Gajah dan Kuala Kangsar.
- Presiden Persekutuan Hoki Malaysia
- Presiden Hoki Asia
- Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.
- Membina Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di lpoh pada 1983.
- Penaung Diraja bagi Persatuan Undang-undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Golf Diraja Perak, Kelab Polo lskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak.
JOM TERJAH:
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
Daftar SAYS Malaysia di sini
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline surveyDaftar SAYS Malaysia di sini
Cari Blog Ini
Memaparkan catatan dengan label Melayu. Papar semua catatan

Rabu, 28 Mei 2014
Ahad, 12 Mei 2013
Lagu warisan Anak Kecil Main Api

anak kecil main api,
terbakar hatinya yang sepi,
air mata darah bercampur keringat,
bumi dipijak milik orang,
nenek moyang kaya raya,
tergadai seluruh harta benda,
akibat sengketa diantara kita,
cinta lenyap diarus zaman,
indahnya bumi kita,
warisan berkurun lamanya,
hasil mengalir ketangan yang lain,
kita kan merintih sendiri,
jangan buang waktu lagi,
majulah raih semua mimpi,
hapuskan sengketa teruskan usaha,
kita kan gagah di nusantara.
Sabtu, 8 September 2012
Tanpa 31 Ogos, Akan Tiada 16 September
"Bagaimana agaknya kalau negara kita masih diperintah penjajah dan belum merdeka"?
Itulah soalan yang diajukan penulis kepada seorang teman yang adalah pengamal media pada satu majlis Hari Raya di sini baru-baru ini.
"Kalau begitu, orang Melayu akan hanya masih mengerjakan sawah, orang Cina hanya menguruskan kedai runcit dan orang India terus bekerja di estet getah," jawab pengamal media itu.
"Perkhidmatan awam pula dikuasai 'Orang Puteh' (penjajah) dan orang macam kita (miskin dan tinggal di luar bandar) serta anak kita tidak akan ada peluang belajar di universiti," sambung seorang lagi teman penulis, Dr Faizul Ismail, yang juga seorang ahli akademik.
Sememangnya mencapai kemerdekaan adalah begitu bermakna bagi sesebuah negara dan penduduknya.
"Sebelum Merdeka, penjajah orang puteh pernah berkata orang Melayu akan berpuas hati jika mereka ada beberapa ekar sawah untuk tanam padi (untuk makanan), sungai untuk tangkap ikan (buat lauk) dan kebun getah untuk dapat duit (dari hasil) jual getah.
"Kita mungkin akan masih seperti itu jika masih belum bebas daripada dijajah," tambah Dr Faizul yang mempunyai doktorat dalam bidang sains.
ANAK KECIL
Malaysia berusia 55 tahun pada Jumaat, 31 ogos tahun ini. Satu usia yang agak 'muda' jika dibandingkan dengan beberapa negara lain di dunia yang telah mencapai kemerdekaan beberapa tahun lebih awal.
Sebagai sebuah negara yang muda, Malaysia telah mengambil langkah besar dalam mencapai kemajuan serta kemakmuran.
"Keadaannya (Malaysia) sama dengan anak kecil yang sedang belajar tentang kepandaian yang baru.
"Kebebasan bermula ketika anak kecil itu kecil. Anak itu merangkak dan membesar, (perkembangan) ini berkesinambungan ke peringkat anak itu meningkat usia, kepada umur belasaan tahun dan seterusnya sehingga mencapai autonomi dan berupaya membuat keputusan sendiri," jelas seorang teman lain yang juga pensyarah universiti, Dr Robert Leong.
Menurut Dr Leong, kanak-kanak belajar dengan cara bermain dan mendapat kepandaian dan keupayaan baru. Sebab itulah penting bagi menggalakkan mereka buat apa yang mereka mahu serta mencuba sesuatu benda atau perkara baru.
KEUPAYAAN
"Anak itu mahu tunjuk apa yang dia boleh buat melalui keupayaan diri mereka sendiri," jelas beliau, sambil menambah ini adalah penting untuk memberi keyakinan diri mereka sendiri.
"Apa yang mereka mahu buat untuk diri mereka, ada kena mengena dengan perkembangan diri anak itu sendiri," jelas beliau lagi.
Samalah dengan rakyat Malaysia dalan negara Malaysia yang merdeka serta berdaulat.
Itulah apa yang dilalui rakyat Malaysia. Kebebasan daripada belenggu penjajah telah memberikan mereka identiti tersendiri selain daripada kemahuan dan komitmen untuk mencapai kemajuan.
Malaysia dan rakyatnya telah mencapai kemajuan yang mendadak dalam hampir semua aspek termasuk dari segi ekonomi, akademik dan pentadbiran.
HARI MERDEKA, HARI MALAYSIA
Malaysia adalah sebuah negara yang unik di mana ia mempunyai dua tarikh 'keramat'.
Pada 31 Ogos setiap tahun semenjak 1957, negara merayakan kebebasan daripada penjajahan dan ini dikenali sebagai 'Hari Merdeka' manakala 16 Sept semenjak 1963, ia merayakan ulangtahun pembentukan Malaysia (kemasukan Sabah dan Sarawak) di mana hari ini dikenali sebagai 'Hari Malaysia'.
Bagaimanapun masih terdapat perdebatan daripda golongan pihak-pihak tertentu.
Dakwa golongan ini, kenapa negara tidak merayakan hanya hari Malaysia sedangkan tarikh 16 Sept adalah lebih penting dan relevan kerana pembetukan Malaysia.
Bagaimanapun ramai rakyat Malaysia tidak bersetuju. Jawapannya adalah mudah.
Menurut para cendikiawan, gologan akademik dan sejarawan, contoh yang paling menonjol boleh diambil dari Amerika Syarikat yang mengagungkan 4 Julai sebagai 'Independece Day'.
RAKYAT BERSATU
Amerika Syarikat, sebuah kuasa besar dunia dan pernah dijajah British, merayakan hari kemerdekaannya pada 4 Julai setiap tahun.
Menurut seorang pensyarah universiti (yang enggan dinamakan), "Tidak ramai yang tahu bahawa pada tarikh 4 Julai 1796, hanya ada 13 negeri bekas tanah jajahan British di Amerika yang mencapai kemerdekaan sebagai sebuah negara.
"Negeri terakhir, Hawaii, hanya bergabung dengan Amerika Syarikat pada 21 Ogos, 1959 menjadikannya negeri ke-50 dalam Amerika Syarikat.
"Tetapi rakyat Amerika masih merayakan kemerdekaan mereka pada 4 Julai dan bukannya tarikh 21 Ogos kan? Begitu juga dengan negara kita, tarikh yang dianggap Merdeka adalah 31 Ogos," kata beliau.
KEBEBASAN
Penjajahan negara ini bermula pada tahun 1511 bila Portugis menawan Melaka. Belanda kemudian mengalahkan Portugis pada 1644 dan meneruskan penjajahan.
Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824 telah membuka pintu kepada pihak British untuk bertapak di Tanah Melayu.
Jepun menyerang Tanah Melayu pada 1941 dan menyerahkannya kembali kepada British pada tahun 1945, di hujung Perang Dunia Kedua.
Jelas pensyarah itu lagi, Hari Kemerdekaan Malaysia adalah untuk memperingati hari di mana semua warga negara ini mencapai kebebasan daripada penjajah.
"Dan ia bukan hanya kemerdekaan daripada penjajahan British tetapi kesan daripada penjajahan berkurun lamanya oleh orang asing semenjak zaman penjajahn Portugis, Belanda dan Jepun.
Bila negara mencapai kemerdekaan, kita boleh merangka masa depan sendiri berbanding apa yang kita terpaksa buat menurut arahan penjajah," jelas pensyarah itu lagi.
TANPA 31 OGOS, AKAN TIADA 16 SEPT
Katanya, dengan memberi kepentingan yang lebih terhadap tarikh 16 Sept berbanding 31 Ogos, ia akan 'melenyapkan' pengorbanan dan perjuangan serta nilai usaha para pejuang kebebasan negara.
"Tanpa 31 Ogos, 1957, tidak akan wujud tarikh 16 Sept, 1963. Tanpa pengorbanan serta usaha keras para pejuang kemerdekaan pada masa lampau untuk mencapai kebebasan tahun 1957, tidak akan ada sebuah persekutuan Malaysia yang dibentuk pada tahun 1963.
"Inilah yang perlu diberitahu dan diabadikan kepada generasi muda".bernama

Label:
1Malaysia,
Infomasi,
Melayu,
Merdeka,
pendidikan
Selasa, 4 September 2012
TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA - CHEDET
1.Kata Hang Tuah “Tak akan Melayu hilang di dunia.” Dapatkah kata-kata keramat ini menentu yang Melayu tak akan hilang di dunia?
2.Di Singapura kerana tidak ada lagi sekolah Melayu dan bahasa penghantar di sekolah-sekolah di Republik itu ialah Inggeris dan China; segala urusan rasmi dan tidak rasmi menggunakan Bahasa Ingggeris atau China, maka orang Melayu sudah pun tidak menggunakan Bahasa Melayu. Mereka menggunakan Bahasa Inggeris walaupun semasa bercakap dengan anak pinak, keluarga dan kawan-kawan Melayu.
3.Budaya, adat istiadat Melayu juga terhakis. Yang tinggal hanyalah agama Islam mereka.
4.KeMelayuan mereka sudah tinggal separuh. Kita boleh ramal yang hakisan keMelayuan mereka akan berterusan sehingga akan hilanglah Melayu di Singapura.
5.Di sebelah utara pula kita dapati orang keturunan Melayu yang tidak dapat bertutur kata dalam Bahasa Melayu. Mereka Islam dan bangsa rasmi mereka ialah Thai. Maka hilanglah juga Melayu disitu.
6.Tetapi di Malaysia juga kehilangan Melayu sedang berlaku. Ada anak muda Melayu yang tidak lagi ingin dikenali sebagai orang Melayu. Mereka orang Malaysia. Ada pula yang hanya akui mereka orang Islam dan tidak perlu dikaitkan diri mereka dengan kaum Melayu.
7.Tetapi yang akan menghilangkan Melayu di dunia ialah dakwaan bahawa sesiapa yang bercakap berkenaan dengan bangsa Melayu, mereka akan dituduh “racist”. Oleh itu orang Melayu sudah tidak lagi berani menyebut perkataan Melayu kerana tidak mahu dituduh “racist”.
8.Kasihan Hang Tuah. Besar kemungkinan kata-katanya tidak lagi akan menjadi kenyataan. Demikianlah apabila kita bergantung kepada kata-kata hikmat untuk nasib kita, akhirnya akan hilang hikmatnya.
Sumber: CHEDET

Langgan:
Catatan (Atom)