MADRID: Real Madrid menamatkan kemarau empat tahun apabila muncul juara Liga Sepanyol selepas menewaskan Athletic Bilbao 3-0 hasil jaringan Gonzalo Higuain, Mesut Ozil dan Cristiano Ronaldo, awal pagi tadi.
Madrid memerlukan kemenangan dengan Bilbao apabila sebelum itu pesaing terdekatnya yang juga penyandang juara, Barcelona menewaskan Malaga 4-1.
Kejayaan itu juga mencatat rekod kepada pengurus Real, Jose Mourinho apabila membolot empat trofi liga di empat negara berlainan.
Ia lebih manis apabila Real mengesahkan trofi La Liga miliknya ketika saingan liga masih berbaki dua lagi perlawanan musim ini.
Mourinho sekali lagi enggan bertemu wartawan Sepanyol selepas tamat perlawanan tetapi bercakap kepada Real Madrid TV.
“Ia kejuaraan yang hebat untuk kami, tiada siapa memebri harapan kepada kami sepanjang musim ini, kami bangkit dari mula (musim) hingga penamat dan ia amat mengagumkan dan pemain berhak memiliki kejuaraan ini.
“Saya sudah memenangi kejuaraan di Portugal, Itali dan England tetapi di sini (Sepanyol) adalah yang paling sukar sekali.
"Saya fikir Barca sekali pun selepas menang tiga kejuaraan berterusan, mereka tahu bahawa kami berhak memilikinya kali ini," kata pengurus berusia 49 tahun itu.
JOM TERJAH:
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
Daftar SAYS Malaysia di sini
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline surveyDaftar SAYS Malaysia di sini
Cari Blog Ini
Memaparkan catatan dengan label La Liga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label La Liga. Papar semua catatan
Khamis, 3 Mei 2012
Real Madrid juara La Liga
Label:
Berita,
Infomasi,
La Liga,
Real Madrid,
Sukan
Ahad, 22 April 2012
Barcelona tewas kepada Real Madrid di Nou Camp | Real Madrid hampir bergelar Juara La Liga 2011/2012

C. Ronaldo muncul wira selepas berjaya menjaringkan gol kemenangan Real Madrid. hasil kemenangan 2-1 Real Madrid ke atas Barcelona, Real Madrid terus menerajui persada liga dengan kelebihan 7 mata berbanding pencabar terdekat, Barcelona.
Pada separuh masa pertama perlawanan berkesudahan Real Madrid mendahului Barcelona 1-0 hasil jaringan S. Khedira pada minit ke 17.
Barcelona berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 70 jaringan A. Sanchez. selang 3 minit kemudian C. Ronaldo muncul wira buat Read Madrid setelah rembatannya mengegar jaring.
Label:
Barcelona,
Berita,
Infomasi,
La Liga,
Live Streaming,
Real Madrid,
Sukan
Langgan:
Catatan (Atom)


