Alhamdulilah, malam semalam bertempat di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Manifesto Tambahan BN Terengganu telah diumumkan dengan disaksikan ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin parti komponen BN Terengganu.
Aku Janji BN Terengganu yang mengandungi 18 perkara bakal dilaksanakan di Terengganu jika mendapat mandat rakyat untuk terus memerintah negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Antara janji BN yang terkandung dalam manifesto berkenaan ialah membina 10,000 unit rumah mampu milik, peluang rakyat memiliki 1 tapak rumah atau 1 tapak pertanian dan pajakan tanah individu dinaikkan dari 30 tahun kepada 60 tahun.
BN juga berjanji akan menyediakan insentif khas untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang kritikal dan memperkasakan program e-Book. Selain itu, BN juga akan membina tiga lagi Sekolah Imtiaz iaitu di Setiu, Marang dan Kuala Nerus bagi menjadikan satu daerah satu Imtiaz.
Pada masa yang sama, BN akan memperkenalkan Khairat dan Insurans Takaful Rakyat serta memperluaskan perkhidmatan pusat hemodialisis. Melalui manifesto itu juga, BN berjanji untuk menyediakan dana pengurusan kepada pertubuhan belia dan NGO serta menjadikan sukan sebagai satu kerjaya.
BN akan mewujudkan gelanggang futsal di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan membina kompleks litar perlumbaan motosikal bertaraf antarabangsa. Selain itu, BN akan memperhebatkan dana usahawan dan memperluaskan skala perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta menarik pelaburan lebih RM25 bilion dalam industri petrokimia, bioteknlogi dan kelului dengan lebih 10,000 peluang pekerjaan dan BN Terenganu akan menjadikan Tasik Kenyir sebagai Hub Eko-Pelancongan dan Pulau Bebas Cukai.
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengingatkan semua wakil rakyat dan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini supaya menerima hakikat itu dan terus bekerja membantu jentera parti bagi memenangkan BN.
Apa yang penting adalah kekuatan diri, menentukan bahawa kita sedar dan bersyukur dengan peluang yang telah diberikan selama ini. Hari ini (PRU13) peluang itu diperolehi orang lain serta kita sepatutnya membalas jasa baik parti yang selama ini memberi peluang kepada kita menjadi wakil rakyat dan yang berhormat.
Sampai giliran orang, kita sokonglah orang itu. Macam dahululah, kita minta rakyat sokong kita, hari ini orang minta sokongan , tak kan kita tidak mahu beri sokongan. Tidak bolehlah begitu kerana hidup ibarat roda ada naik dan ada turun. Sebagai seorang Islam kita mesti menerima takdir dan ketentuan Allah SWT.
Sebagai seorang pemimpin yang pernah mendapat tempat bertanding pada pilihan raya lalu dan tidak mendapat peluang itu kali ini, pastinya tidak terlepas dari perasaan kecewa.Tetapi kita perlu sedar itulah politik. Akan ada perkara yang tidak diduga berlaku dan yang tidak mungkin berlaku akan berlaku. Jika dulu kita tidak menduga menjadi calon, tidak menduga nama kita digugurkan kerana dalam politik pelbagai kemungkinan berlaku. Sebab itu `jika takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai’ . Kalau takut orang keji, orang hina, orang kutuk..jika begitu payahlah, sebab kita tidak boleh menutup mulut semua orang.
Apapun, matlamat sekarang adalah memastikan kemenangan parti Barisan Nasional untuk terus diberi mandat oleh rakyat dan meneruskan legasi kepimpinan. Walaupun tidak terpilih sebagai calon namun teruslah berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.
Sumber: http://www.ahmadsaid.net/2013/04/aku-janji-bn-terengganu.html
JOM TERJAH:
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
Daftar SAYS Malaysia di sini
Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline surveyDaftar SAYS Malaysia di sini
Cari Blog Ini
Memaparkan catatan dengan label Janji. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Janji. Papar semua catatan
Selasa, 16 April 2013
Sabtu, 8 September 2012
Himpuan Janji Ditepati: Dua pelajar IPT menang kereta Preve, Chevrolet
Dua orang pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) muncul pemenang hadiah utama cabutan bertuah sempena "Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati" pada 31 Ogos lepas dengan masing-masing membawa pulang kereta Proton Preve dan Chevrolet Cruze.
Normazaitul Akma Che Daud, 21, pelajar Kimia Analisis di Universiti Malaysia Terengganu memenangi kereta Proton Preve dan Faizah Adam, 19, pelajar Diploma Pengurusan Sumber Manusia di Kolej Cybernatics memenangi kereta Chevrolet Cruze, menerima hadiah masing-masing daripada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim di sini hari ini.
Normazaitul Akma yang sedang menjalani latihan praktikal di Jabatan Kimia, Petaling Jaya terkejut dengan hadiah yang diterimanya, dan merancang untuk membuat kejutan kepada ibu bapanya.
Beliau yang mempunyai lesen memandu tidak menyangka kehadirannya bersama rakan-rakannya untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan di Stadium Bukit Jalil membawa tuah kepadanya.
Bagi Faizah, hadiah yang dimenanginya itu akan dihadiahkannya kepada bapanya kerana beliau belum mempunyai lesen memandu.
Anak kedua daripada tiga beradik itu menghadiri perhimpunan itu dengan mengikuti rombongan Surau Al-Asma, Kajang yang seramai 30 orang, tidak menyangka kad yang diisinya pada majlis itu membawa tuah.
Sementara itu, Rais dalam ucapannya berkata kementerian mengucapkan penghargaan kepada para penaja hadiah iaitu DRB-HICOM, NAZA Motor Sdn Bhd, Malaysia Airlines System Berhad (MAS), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Celcom dan Axiata.
Cabutan bertuah yang julung kali diadakan itu telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dengan sebanyak 383,213 kad telah diterima daripada satu juta kad cabutan bertuah yang diedarkan di seluruh negara.
Selain kereta Proton Preve dan Chevrolet Cruze, hadiah lain berupa tiket penerbangan ke London dan Sydney, sebuah Motor Vespa Naza, sebuah motosikal 125cc, empat buah Motosikal Modenas, tiga buah telefon pintar Blackberry, 10 unit basikal Fixie dan 50 unit Huawei Tablet.- Bernama

Rabu, 27 Jun 2012
Mungkir Janji, Tak Kenang Budi, Tak Bayar Hutang… Memang Amalan Pembangkang
KUALA LUMPUR, 27 Jun – Sifat sebenar pakatan pembangkang yang dianggotai DAP, Pas dan PKR telah terpamer sebagaimana perlakuan mereka yang gagal dalam melaksanakan tanggungjawab diamanahkan oleh rakyat selepas PIlihan Raya Umum ke-12 lalu, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin
Katanya, pakatan pembangkang lebih cenderung menyerlahkan sifat buruk mereka sebagaimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak iaitu tidak menepati janji, budi tidak perlu dihargai dan hutang tak perlu dibayar.
“Perlakuan buruk pembangkang ini dapat dilihat oleh rakyat seluruh negara bukan saja di kawasan bandar tetapi masyarakat di pedalaman juga kerana sifat buruk mereka tidak dapat disembunyikan lagi,” katanya kepada UMNO-Online.
Beliau amat bersetuju dengan kenyataan PM yang mengingatkan rakyat tidak boleh berharap kepada pembangkang untuk menentukan masa hadapan mereka kerana pembangkang mengamalkan nilai buruk iaitu janji tidak perlu ditepati, budi tidak perlu dihargai dan hutang tidak perlu dibayar.
“Kita lihat bagaimana ‘buku jingga’ pembangkang yang mengandungi pelbagai janji-janji mustahil sedangkan janji-janji lama mereka sebelum menang dalam PRU-12 pun tak dapat ditunaikan.
“Saya ambil contoh di Perak yang mana mereka menjanjikan pemberian wang RM1,000 kepada mana-mana pelajar yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi tapi malangnya apabila mereka berkuasa dan janji tersebut dituntut maka pelbagai alasan diberikan kepada rakyat yang akhirnya langsung tidak ditunaikan,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah menempelak pakatan pembangkang ini yang hanya mudah berjanji tapi tidak boleh menunaikannya.
“Mereka mudahlah untuk bercakap kerana mereka bukan pentadbir kerajaan, tetapi apabila diberi mandat untuk mentadbir negeri macam-macam pula helah mereka,” ujarnya.
Soal beliau, adakah kepimpinan sedemikian yang mahu dipilih dan diangkat sebagai peneraju pentadbiran negara sedangkan telah terbukti apa yang di katakan tidak dikota.
“Mereka telah menunjukkan sifat kepimpinan yang buruk sebagaimana misalnya di Selangor yang gagal memenuhi pendidikan percuma kepada para pelajarnya biarpun mereka sendiri yang membuat tuntutan sedemikian.
“Ini baru satu kerajaan negeri yang diuji untuk realisasikan janji-janji mereka, tapi itu pun tidak dapat dipenuhi jadi bagaimana pula dengan macam-macam janji lain yang mereka anggap kononnya lebih baik dari Barisan Nasional (BN).”
Justeru beliau berharap rakyat bijak membuat penilaian dan menjadikan nasihat Perdana Menteri sebagai azimat untuk menentukan pemimpin akan datang dalam PRU-13. -MediaUMNO

Janji tinggal janji?
Sejak 22 tahun Pas memerintah Kelantan pelbagai aduan daripada mulut terkeluar terhadap kepincangan pentadbiran parti yang memperjuangkan negara berkebajikan itu.
Antara isu yang menjadi kemarahan rakyat ialah isu bekalan air bersih di seluruh negeri Kelantan, projek mega yang gagal dilaksanakan seperti projek pembangunan Lembah Sireh, Pasar baru Pasir Puteh, Stadium baru di Pasir Puteh, Jambatan Palekbang-Kampung Cina dan pembinaan masjid di Kelantan.
Selain itu, terdapat projek-projek yang dilaksana Pas Kelantan menjadi keraguan rakyat terhadap kejayaannya seperti projek Jihad ternak, projek Koridor Depu, projek Ladang Rakyat dan projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai.
Justeru Pergerakan Pemuda Umno Kelantan disaran mendedahkan kegagalan kerajaan Pas menunaikan janji kepada rakyat sejak ia mengambil alih pentadbiran negeri ini pada 1990.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata banyak janji Pas yang belum ditunaikan termasuk janji memberi bantuan bulanan RM100 kepada warga emas, menyelesaikan isu air bersih, mewujudkan bandar Kawasan Dagangan Bebas Asia (AFTA) di Rantau Panjang serta jambatan kedua Sungai Kelantan di Palekbang, Tumpat.
“Kita mahu Pemuda bangkit dengan berani menyatakan perkara yang benar berhubung janji-janji PAS sejak mentadbir negeri ini pada 1990 yang gagal ditunaikannya kepada rakyat,” katanya.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata pemimpin UMNO di setiap peringkat juga perlu mengemilangkan usaha meningkatkan program penerangan menjelang pilihan raya umum akan datang.
Sehubungan itu, beliau memuji usaha OMBAK menganjurkan forum itu yang mampu memberi kesedaran kepada rakyat mengenai janji-janji manis PAS.-khabarkotabharu.com
Selasa, 26 Jun 2012
Tabur janji kerana pilihan raya umum
Keghairahan Kerajaan Pas Kelantan menabur janji melaksanakan projek mega dipercayai berpunca daripada pilihan raya umum yang dijangka diadakan tidak lama lagi.
Pengerusi Gerakan Tukar Rakyat, Kamarudin Mohd. Kasim mendakwa, taktik tersebut sudah dapat dihidu kerana seperti biasa setiap kali menjelang pilihan raya umum, Kerajaan Pas Kelantan akan tampil dengan pelbagai janji projek baru.
Dakwanya, salah satu contoh yang boleh dilihat adalah pembinaan stadium di Bukit Merbau yang diumumkan Mei tahun lalu tetapi upacara pecah tanahnya hanya dicadangkan dilakukan pada bulan Mac lalu.
"Ini jelas apabila Pas menjangka pilihan raya umum pada bulan Mac lalu, maka mereka kata nak buat pecah tanah bulan Mac, tetapi bila tiada pilihan raya akhirnya majlis itu juga tidak dibuat langsung.-utusan

Langgan:
Catatan (Atom)