JOM TERJAH:

Sertai online survey dan anda dibayar setiap survey
klik link dibawah untuk menyertai
ipanelonline survey

Daftar SAYS Malaysia di sini

InstaForex

Cari Blog Ini

Isnin, 23 Disember 2013

10,500 pemohon layak miliki PPA1M Putrajaya

Kesemua 10,500 pemohon yang pendapatan isi rumah tidak melebihi RM8,000 layak memiliki Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Putrajaya.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, sebanyak 10,639 unit PPA1M akan dibina di Putrajaya dan berdasarkan jumlah tersebut bermakna kesemua permohonan telah berjaya.

Menurutnya, keputusan dan lokasi unit PPA1M akan diketahui oleh pemohon secara berperingkat melalui beberapa siri cabutan yang telah dirancang oleh kerajaan.

"PPA1M merupakan agenda kerajaan untuk membantu penjawat awam memiliki rumah sendiri berikutan mereka yang pendapatan isi rumah kurang RM8,000 sebulan didapati sukar untuk melakukan urusan pembelian rumah.

"Cabutan undi akan dibuat sebaik sahaja plot kediaman mendapat kelulusan pembangunan, oleh itu kesemua penjawat awam yang memohon tidak perlu risau atau gusar kerana giliran anda akan tiba dalam siri cabutan undi akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis cabutan undi PPA1M siri ke-2 bagi Pangsapuri Seruling, Presint 5 di sini hari ini. Yang hadir sama Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat dan Naib Presiden Jabatan Perancangan Bandar PPj, Datuk Omairi Hashim.

PPA1M yang diberikan nama Pangsapuri Seruling di Presint 5 itu akan dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. (PjH) dan dijadualkan siap sepenuhnya pada Disember 2015.

Menurut Ali, projek PPA1M merupakan salah satu hasrat kerajaan untuk memberi peluang kepada penjawat awam memiliki aset sendiri di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang merupakan sebuah bandar raya terancang dan serba moden.

"Harga seunit rumah yang ditawarkan di bawah skim PPA1M adalah antara RM150,000 dan RM300,000 manakala keluasannya pula daripada 1,000 hingga 1,500 kaki persegi," katanya.

PPA1M secara tidak langsung akan memberi peluang lebih baik kepada penjawat awam yang masih menunggu kelulusan mendiami kuarters di Putrajaya. "Sebelum ini ramai penjawat awam yang mengadu mengenai kekurangan kuarters kerajaan di sini, dengan adanya PPA1M ini saya yakin masalah berkenaan akan selesai, sekali gus memberi keselesaan kepada penjawat awam," katanya.

Dalam pada itu katanya, keputusan dan senarai nama pemohon yang berjaya bagi sesi cabutan PPA1M sesi ke-2 boleh disemak di laman sesawang rasmi PPj iaitu www.ppj.gov.my atau www.putrajaya.gov.my pada 30 Disember ini.

sumber: utusan

Tiada ulasan: