“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Namun, dalam banyak perkara ada juga perkara yang tidak boleh kita mengubahnya. Dalam hidup ini ada tujuh (7) hal yang tidak boleh kita ubah :
1- Jenis Kelamin atau jantina
Jantina adalah suatu ketentuan yang Allah telah berikan kepada setiap manusia. Samada mahu atau tidak kita hendaklah pasrah dan berbangga kerana diciptakan mempunyai jantina lelaki maupun wanita. Memang ada kita mempersoalkan bahawa jantina boleh diubah melalui pembedahan jantina, tetapi dapatkan kita sebagai manusia mengubah naluri dan fitrah yang telah Allah anugerahkan kepada manusia itu sendiri. Oleh itu, terimalah seadanya dirimu samada lelaki atau wanita.
2- Orang Tua
Setiap manusia kita semua mempunyai ibu bapa yang telah ditentukan oleh Allah swt. Dapatkan kita mengubah asal kejadian ini. Bersyukurlah dan hargai orang tua atau ibu bapa kita , walau siapa pun 'dia' . 'Dia' adalah orang tua atau ibu bapa kita yang menjaga dan mendidik kita sehingga dewasa.
Kenangilah jasa mereka tanpa mereka siapalah kita. Sila jawab soalan ini siapakah yang melahirkan?
- Perdana Menteri
- Doktor
- Guru
- Akauntan
- Sekalipun seorang tukang sapu
Walaupun, baik atau jahat, cantik atau hodoh,kaya atau miskin, itu adalah tidak penting apa yang penting ibu tetap ibu, dan bapa tetap bapa ia tetap orang tua kita yang tidak dapat kita ubah dalam kehidupan kita hingga akhir hayat kita.
3- Hari kelahiran
Adalah hari permulaan kita dilahirkan di dunia ini sebelum kita dipanggil mengadapnya. Hari lahir ini adalah hari ketentuan yang memang sudah ditentukan dan janganlah sesekali kita menyesalinya.
4- Bentuk Fizikal
Hakikatnya bentuk fizikal kita ini dipengaruhi oleh banyak faktor dan pemakanan kita seharian. Jika kita mempunyai rambut kerinting atau lurus, hidung yang mancung atau pesek,wajah yang nan ayu atau hodoh,kulit putih maupun hitam terimalah seadanya. Dapatkah kita mengubah ciptaan Allah ini?
Dapat...
Tapi bagaimana, adakah ciptaan Allah yang asal menyamai dengan pembuatan tangan-tangan manusia itu. Sudah tentu berbeza bukan!.
Contohnya adakah sama kecantikan hidung yang diciptakan Allah dengan manusia, atau kewangian dan keindahan bunga yang Allah ciptakan dengan manusia. Sudah tentu tidak sama bukan! . Maka bersyukur dengan fizikal yang telah Allah ciptakan untukmu.
Jadilah hamba Allah yang taat dan sujud menghadapNya dengan hati yang pasrah dan ikhlas dalam mengharap keredhaanNya.
5- Masa Lalu
Dapatkah kita mengembalikan masa yang telah kita bazir masa lalu. Sudah tentu tidak kan. Hukamah ada mengatakan kan "Masa itu adalah ibarat mata pedang, potonglah ia sebelum ia memotang kamu". Masa itu adalah emas. Serta pelbagai lagi perihal masa, ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara.
6- Kedudukan dalam keluarga
Kedudukan dalam keluarga kita sebagai anak bongsu,anak tengah maupun anak yang sulung ia adalah ketetapan dan kita sebagai manusia biasa tidak dapat untuk mengubahnya. Bolehkah kedudukan ini diubah oleh kita kerana tidak suka atau tidak pasrah pada ketentuan ini. Apa pun yang terjadi, adik mesti menghormati abang, dan abang menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk jadi 'role model' kepada adik-adiknya.
Oleh itu, bersyukurlah dengan gelaran yang anda dapat, dan kedudukan anda dalam keluarga.
7- Suku bangsa
Janganlah kita menyesal menjadi orang melayu,jawa atau cina. Sesuatu bangsa itu mempunyai identiti yang tersendiri dan unik. Sebenarnya suku bangsa itu tidak boleh berubah apa yang boleh kita ubah adalah cara kita berfikir untuk maju dan berjaya.
Jika kita berubah cara kita berfikir, insaallah berubahlah cara hidup kita. Contohnya bangsa melayu duduk di kampung dan bercucuk tanam di kampung. Orang melayu boleh berjaya jika cara kita berfikir dan hingga menyebabkan bangsa melayu maju dan berjaya di mata dunia jika berubah cara berfikir kan! Jika mahu berubah....
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Wassalam....Sumber
1 ulasan:
tiada yang boleh diubah ketetapanNya ini.
Catat Ulasan